by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital October 21 2020
TOPIK: Adakah ada kesan negatif pada rekod kerja anda apabila anda ada rekod rawatan psikiatri?
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman.
Saya terdetik untuk menulis post seterusnya apabila kerap diajukan soalan ini. Harapan saya agar di akhir penulisan ini, masyarakat tidak lagi risau atau teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan untuk diri anda serta ahli keluarga anda sendiri.
Assalamualaikum wbt Dr. Banyak kawan yang depressed extremely severe by test DASS tak nak jumpa doktor psikiatri sebab takut ada mental health record. Macam mana nak jawab ya?
Di sini saya lihat ada 2 isu yang menjadi halangan kepada niat mendapatkan rawatan atau pertolongan. Pertama adalah stigma (malu pada pandangan negatif masyarakat kerana mendapatkan rawatan psikiatri) dan ke-2 adalah isu kerja di mana akan tercalar kerana mempunyai rekod psikiatri.
Unutk menjawab soalan ini, perlu kita faham 2 perkara penting.
1. Tidak semua penyakit psikiatri itu teruk dan tidak boleh sembuh. Umum masyarakat kerap membuat kesimpulan mudah iaitu semua penyakit psikiatri adalah teruk, tak boleh sembuh, dan akhirnya tidak mampu bekerja. Perlu difahami, penyakit anxiety (panic DLL), kemurungan dan lain-lain tidak dikategorikan sebagai penyakit psikiatri yang serius. Ini kerana penyakit ini boleh sembuh tanpa memerlukan ubat dan boleh berfungsi seperti sediakala.
2. Isu Kerahsiaan Perubatan atau “Medical Confidentiality”. Isu Kerahsiaan Perubatan ini merangkumi semua disiplin seperti Pembedahan (surgery), Kanak-kanak (Pediatric) dan lain-lain. Tidak semestinya psikiatri. Ini bermakna tiada sesiapa boleh membocorkan maklumat perubatan tanpa mendapat kebenaran pesakit itu sendiri. Sehinggakan pasangan anda tidak berhak mendapatkan laporan perubatan tanpa kebenaran anda. Namun tiada istilah “absolute medical confidentiality” bagi melibatkan isu merbahayaka nyawa manusia lain.
Dengan penerangan ini diharap tiada lagi halangan bagi seseorang mendapatkan pertolongan psikiatri dan keluar dari penderitaan kehidupan.
Wassalam
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Nak tanya ada kesan negatif jika ada rekod psikiatri adakah ada sekatan jika ada rekod psikiatri pergi atau pindah ke luar negara?
tidk sepatutnya ada, tengok negara juga
Boleh minta kerja kerajaan awam tak kalau ada rekod psikiatri?
ada kesan tak kalau minta kerja kerajaan awam?
Maaf bertanya.. Saya dah setahun x leh nak tido mlm.. And hampir setiap malam saya rasa berada dalam ketakutan bila x dpt tidur.. Sebab saya rasa saya dh x normal.. Doc ada nasihatkan saya tiga kali utk pergi jumpa psikatri.. Tapi saya x jadi n takut nak pergi sebab parents saya selalu ckp kalau saya pergi jumpa psikatri saya susah nak dapat kerja.. Tapi badan saya dah lemah kepala saya rasa berat sgt… Apa saya patut buat..🙏
Yg pasti simptom ini sudah menggangu kehidupan anda.
Jadi pilihan di tangan sendiri sama ada pilihan sembuh dgn rawatan atau terus kekal sengsara dengan penyakit.
kerana doktor lain pun sudah nasihatkan jumpa
utk soalan rekod kerja, baca;
https://www.ramlimusa.com/1223-2/
Nak tanya ada kesan negatif tak kalau ingin pergi ke luar negara/pindah ke luar negara jika ada rekod psikiatri?
tidk sepatutnya ada, tengok negara juga
Ada kesan negatif ke Kalau nak mintak pekerjaan awam kerajaan? Mohon jawab. Terima kasih
Tak ada, record and interview session are P&C
Nak bertanya jika pernah P Kali PERTAMA di pskitri shja PERGI.kli KEDUA dn seterusnya TAK pernah pergi dh sbb dh okey…2015-2023 ADAKAH rekod Masih di Simpan Klau P Kali PERTAMA shja…Dan boleh ka SYA NK Minta KERJA KERJAan Contohnya Minta askar..boleh ka Tuan…
rekod wajib hospital simpan, namun kita jaga kerahsian; medical confidentiality
Saya baru diberhentikan kerja pada 20 november 2023.Masalah saya ialah kerana didakwa tidak hadir bekerja walaupun saya telah meminta cuti.Disebabkan itu saya dikenakan tindakan tatatertib sehinggalah diberhentikan.Sebenarnya saya tertekan dari awal tahun masalah ini berlaku bermula selain daripada masalah kewangan penstrukturan organisasi baru di tempat kerja.Adakah saya memang patut diberhentikan kerana saya langsung tidak dapat pembelaan selaian gaji tidak dibayar bermula dari bulan ogos 2023
Salah tempat bertanya