by Prof Dr Ramli Musa under 3. Masalah Kemurungan (Depression) January 30 2021
TOPIK 1.
Puan M adalah seorang wanita keturunan Cina berumur 57 tahun yang melalui kepayahan hidup sejak kecil, beliau banyak mendapat sokongan emosi oleh jiran berlainan bangsa.
Malang perkahwinannya juga gagal kerana si suami seorang panas baran dan tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini beliau tidak pernah mendapatkan rawatan psikiatri dan mencari pertolongan di pelbagai klinik kerana masalah tidur.
Rakaman ini direkodkan pada pertemuan ke2 selepas beliau dimulakan ubat antidepressant dgn dos rendah setengah biji. Di samping itu beliau juga memakan ubat tahan sakit untuk sakit tulang belakang.
Antara objektif saya adalah mengurangkan stigma dan salah anggap masyarakat tentang ubat psikiatri. Percayalah rawatan kemurungan dan anxiety sangat berkesan dan mudah. Hanya dalam masa 2 minggu kesan penyembuhan dapat dirasakan. Malangnya kita takut mendapatkan rawatan sewajarnya.
Dengarkan rakaman beliau yang sihat setelah ambil ubat antidepressant (audio telah mendapat keizinan beliau)
TOPIK 2
Sebaliknya, bagaimana pula bila sudah sembuh, tapi berhenti ubat antidepressant dipertengahan jalan tanpa nasihat doktor akibat percaya secara tradisional?
Saya paparkan salah satu contoh kesan berhenti ubat lebih awal dan kesannya ( ia salah satu pertanyaan di website ini).
TOPIK 3
Soalan seterusnya, adalah ubat antidepressant ini selamat untuk mereka yang berumur?
Ini salah satu contoh jelas jawapan saya pd persoalan ini bahawa ubat antidepressant selamat walaupun untuk warga tua.
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
doktor apa beza pdd with mde dan mdd ye?