by Prof Dr Ramli Musa under 4. DASS skor & Cara Mendapatkan Rawatan Pakar December 28 2017
Soalan ini amat penting kerana penggunaan DASS di Malaysia amat luas sekali.
Skala Depression Anxiety and Stress Scale (DASS) telah diterjemahkan dalam 45 bahasa dan digunakan seluruh dunia untuk mengukur tahap kemurungan, ketakutan serta stres. Maka adalah penting kita membuat kajian psikometrik (psychometric)
Adakah DASS Versi Bahasa Melayu valid dan reliabel?
4 artikel ini membuktikan kekuatan psikometriknya.
NAMUN harus dingatkan penilaian oleh pakar psikiatri berpengalaman adalah terbaik dan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana skala.
_____________________________________________________
These 4 articles are the evidence that this questionnaire is validated among the Malaysian population.
Ramli M, Ariff MF, & Zaini Z. Translation, validation and psychometric properties of Bahasa Malaysia version of the Depression Anxiety and Stress Scales (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry 2007;8 (2):82-89.
http://www.med.cmu.ac.th/dept/psychiatry/AJP_Contents-vo%20l%208-2.htm
Ramli M., Salmiah MA, Nurul Ain M. Validation and psychometric properties of Bahasa Malaysia version of the Depression Anxiety and Stress Scales (DASS) among diabetic patients. Malaysian Journal of Psychiatry, Nov 2009 Vol 18 No. 2, page 40-45.
http://ejournal.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=65
Ramli Musa, Roszaman Ramli, Kartini Abdullah, Rosnani Sarkarsi Concurrent Validity Of The Depression Anxiety and Stress Scales (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry, Vol.12(1), Jan – June 2011:. http://www.aseanjournalofpsychiatry.org/online_12_1.htm
Ramli M, Rosnani S, Aidil Faszrul AR. Psychometric Profile of Malaysian version of the Depressive, Anxiety and Stress Scale 42-item (DASS-42). Malaysian Journal of Psychiatry, 2012 Vol 20, MJP Early Online 1-1-12.
http://www.psychiatry-malaysia.org/file_dir/6825599714f1398ee31bd6.pdf
You may download everything about the DASS from this webpage;
http://www2.psy.unsw.edu.au/groups/dass/translations.htm
Wish you a pleasant day ahead.
Thank you.
Kind regards
Professor Dr. Ramli Musa
Consultant Psychiatrist & Head, Department of Psychiatry,
Kulliyyah of Medicine, International Islamic University Malaysia,
Jalan Hospital,25150 Kuantan,
Pahang MALAYSIA
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
saya seorang yang amat ceria di sekolah, tapi apabila di rumah saya sangat lain….saya kerap menangis, selalu teringat kesalahan say pada masa lampau, saya tidak bole mengawal perasaan marah…saya kerap sekali terasa dengan apa yang orang lakukan terhadap saya, saya pasti akan menangis sekurangnya 1 sehari…. adakah sy kemurungan dan patutkah saya brjumpa dengan kauselling?
Ada kemungkinan. Namun yg lepih penting kita mencari punca. Mengapa hanya berlaku di rumah. Pasti ada tak kena di rumah.
Assalammualaikun Dr. maaf kalau ayat sy panjang lebar & mungkin suda biasa d ajukan pada Dr. sebelum ini..sy cuma nak minta pendapat Dr. sy seorang surirumah tangga sepenuh masa & mempunyai 4 org cahaya mata.. waktu ank ke 3 sy pernah mengalami tahap kemurungan y begitu teruk sehingga sy mencederakan diri sendiri..waktu tu sy kena admit wad biasa d sebabkan kecederaan sy & telah menjalani pembedahan kecil..Dr. dekat situ masa tu ada rujuk sy pada pakar psikiatri & ada temujanji untuk rawatan seterusnya..sy ada jg d bg ubat untuk sy makan tp x ingat nama ubat & sy x makan pun ubat tu sebab masa tu sy masih menyusukan ank y baru berusian 1 thn lbh, sy takut klau sy mkn ubat tu ada kesan y x baik pada dia..& temujanji dgn pakar psikiatri pun sy x pegi sebab ank2 x ada jaga masa tu..family mahupun suami x bg sokongan pada sy untuk buat rawatan..sekarang sy selalu sedih + murung + kuat marah walaupun di sebabkan hal kecil pada ank2 mahupun pada suami..hidup sy rasa penuh kebencian & marah shj..apa2 pun y terjadi pd sy, suami mahupun pada ank2, sy rasa semua berpunca dr sy sendiri.. Adakah apa y sy rasa ni normal buat ibu2 seperti sy @ sy memang patut jumpa pakar psikiatri seperti y di arahkan sebelum ni?
Waalaikum salam,
Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dan perjalanan hidup puan di sini. Saya berjumpa ramai kes di mana pesakit mahu mendapatkan rawatan namun pihak keluarga menentang kerana tidak percaya dengan rawatan Psikiatri di hospital. Amat malang sekali kerana pesakit dan keluarga tidak menikmati kualiti hidup yang diharapkan.
Hanya ada satu jalan penyelesaian. Iaitu mendapatkan rawatan di hospital. bagaimana mengendali ahli keluarga yang menentang? Desaklah pada keluarga bahawa anda memang tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital. Tiada cara lain. Bagi pesakit dewasa, anda sepatutnya bebas membuat keputusan.
Saya sudah melakukan dass test dan mendapati skor kemurungan 21.00 skor kebimbangan 18.00 dan skor stress 21.00 apa yang perlu lakukan setelah itu
Boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam dr, markah ujian saya 34, 22, 32. Saya rasa punca adalah dr suami yg selalu maki dan memerli saya hari2, dan keluarga mentua yg selalu burukkan saya di depan anak2. Suami juga selalu maki2 saya depan anak2. Anak2 pula sudah semakin kuranh hormat pada saya. Mereka juga ( suami dan anak) mencari salah saya. Bagaimana cara saya nak berdepan dengan situasi ni hari2? Saya sekarang jadi makin kuat tidur, (sebb selalu rasa sgt letih), kuat marah, tp ketika suami marah2 saya mendiamkam diri mcm patung. Saya marah di dalam. Saya simpan dan pendam. Saya dapati saya sekarang jadi sangat malas.. semua benda saya malas nak buat, hanya ingin kurungkan diri dalam bilik. Tp saya tetap akan diperli2 kerana malas. Tolong bg pendapat pada saya dr. Terima kasih.
ada beberapa simptom kemurungan disokong dengan ujian DASS
Saya melihat family kaunseling jalan penyelesaian yg definite dan perlu berjumpa dgn pakarnya.
Jika tidak tekanan akan berterusan dan masalah tidak selesai
DR, score saya
Kemurungan/Depression:
34 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Keresahan/Anxiety:
2 (Normal)
Stress:
10 (Normal)
. Dan diri saya kurang mempercayai test & score ini…macam mana tu? huhu.
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Saya rasa dah boleh potong vocal box saya sebab berapa banyak kali saya cakap dengan parents I need professional help. Tapi mereka suruh saya beriman. Benda bukan saya tak buat apa yang Tuhan minta dah cukup lima waktu, dah cukup baca ayat suci, saya masih sama condisi yg teruk juga. Kadang2 bila tengah berada di kawasan yang sunyi pun boleh dengar suara2. Penat.. sebab tu saya simpan je, bc simpan pendam ni boleh mati jiwa. If that’s what parents want then i shall fulfill. Saya ada je kawan2 yang mendengar apa yang saya nak cakap tapi sampai bila, diorang pun ada life sendiri, tak nak lah sebab saya org lain pun terikut sama. Again I’ve told my parents all they did was “banyakkan berzikir, rohani kau tak cukup makan tu. Tak yah nak fikir depress sangat, sbb kau fikir lah kau depress.” .
Benar anda perlukan bantuan professional.
Pujuklah ibubapa untuk berjumpa pakar, beritahu mereka ini utk kebaikan bersama.
Family counseling adalah penyelesaiannya.
Isu berzikir dan dalan2 adalah tambahan pada usaha ikhtiar
Assalamualaikum dr… saya ingin bertanya saya seorang yg aktif, bekerja dan jgak bnyak mlakukan aktviti ngo kekdang shngga mngakibatkan tidur lewat dan bangun awal, makan juga tak menentu dgn memakan makanan ayam dan dging serta tidak makan sayuran, saya juga perokok dan seringkali meminum minuman berkafein sperti kopi dan nescafe, pada suatu hari semasa saya balik dari tugasan saya nk tdur jam 4 pagi tiba2 kaki dan tangan saya sejuk, jantung berdetup laju, menggeletar dan rasa mcm nak pengsan, kmudian dlam 15 ke 20 min rasa ok balik, slepas dr kjadian tu sya rasa takut mati, xboleh bersendirian, hilang selera makan, badan selalu rasa lemah dan slalu brfikiran yg bukan2 serta bila rasa banyak berfikir akan berdebar…
mengapa post 2 soalan sama?
salam,
check jantung dulu, kita normal, ia kemungkinan besar anxiety. sila nyatkan DASS anda bila bertanya
Assalamualaikum dr,saya sangay stres apabila kena balik ke asrama ,saya selalu overthingking dgn ape yg terjadi di rumah semasa saya tiada,padahal semua baik2 sahaja,saya juga sangat resah bile fikir masa akan dtg,saya fikir terlalu jauh.benda ni buat saya menangis seminggu tanpa henti di sekolah,tapi mcm saya ckp sebenarnya semua baik2 sahaja cuma saya berfikir terlalu jauh,lagi2 ia melibatkan ibu bapa saya,saya kadang2 tiba2 terfikir benda yg bukan2 saya belajar baru sem 3 tapi saya dh fikir mcm mana saya nk hadap peperiksaan sem 6.sekarang saya masih cuti lagi beberapa hari nak balik ini poun saya rasa kepala saya berfikir mcm2 mcm mana doktor,apa saya boleh buat??.saya dh buat ujian tu dan saya dpt kemurungan teruk,keresahan teruk dan stres pun teruk
Asslmualaikum,doc, mrkah sy 38,36,38 apa yg prlu sy buat? Sy xda tmpat mluah 😢
salam,
boleh rujuk di sini sebagai rujukan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr.,
Saya juga mengalami masalah yg sama..berlaku di rumah shj.
Saya jadi cepat marah dengan anak-anak w/pun perkara kecil..saya pernah Cuba nak baling kerusi, gunting dan ambil pisau dan hala ke anak-anak..
Saya tiada tempat untuk mengadu.. Saya dah buat Ujian dass online hasilnya moderate..
Jangan cuba2 buat macamtu sebab budak kecik tak tahu apa2. Nanti anak-anak pun stress jugak. Family saya boleh tahan kucar kacir sikit masa saya kecik, mak saya selalu stress. Dia suka marah2, campak2 barang, dan maki2 kiteorang adik beradik. Bila budak kecik stress, dia tak tahu nak salur ke mana sebab punca stress tu dari parents. Saya selalu rasa nak bunuh diri masa saya 10-13 tahun. Stop believing in god masa 11 tahun. (Tapi tu lah saya tak cukup bijak masa tu untuk buat suicide tanpa pengetahuan orang lain, so saya decide nak keluar dari rumah, tapi duit pulak tak ada. So saya belajar sungguh2 untuk dapat sekolah asrama, alhamdulillah dapat, lepas duduk asrama, saya jarang balik rumah, stress level menurun sebab tak ada sape maki, and start believing in god again). Sekarang saya dah 21, saya faham la yang mak saya stress masa tu sebab ayah saya. Ayah saya pon jarang ada kat rumah, so saya pon tak peduli sangat masa tu.
Ok kesimpulannya, kalau anak puan bijak (macam saya) kira ok lah. Macammana kalau akal anak puan tak panjang sangat, dia stress rasa nak mati lepas tu terus bunuh diri? Puan kena cari punca stress tu, and cuba elak punca stress kalau boleh. (Contoh: saya stress duduk rumah, saya usaha untuk dapat asrama).
Sekian.
Salam,
Saya menghargai pandangan en sebagai seorg anak yg melalui situasi stress dan masalah dari ketidak-harmonian ibubapa.
Amat benar jika ibubapa tidak harmoni akan menggangu emosi anak.
Jika tidak sehaluan, kedua ibubapa harus berpisah secara baik dan masing2 melunaskan tanggungjawab masing2 seperti nafkah, perhatian, kasih sayang dan masa bersama ibu atau bapa.
Komen anda mewakili perasaan anak-anak di luar sana. terima kasih
Random people, perjalanan kehidupan kita hampir sama. Di masa melalui fasa2 yg sukar dlm hidup, saya selalu ingatkan diri yg saya perlu sayangkan diri dan Allah sentiasa ada bersama. Alhamdulillah skrg saya lebih redha dan tenang.
Saya pnya skorr
24
30
26
Bantulah sya… Sya risau semakin teruk…
assalam doc. sy dh buat dass and result sy adlh
depression -34
anxiety -20
stress-22
sy dh cuba dkt 6 website lain before and mostly result sy same, semua result says that i’ve severe depression? is it true? i feel so sad knowing that… i’ve talked about this to my counselor 5 month before. kwn kwn sy pun nmpk perubahan sy 2 years before and the most worse is i’ve try to self-harming when i’m in hostel. when its turn to holiday,i cover it up so that my family doesn’t know. i’ve talked about this to my friend and he warn me to not do self-harming anymore. until now i didn’t do that. now its holiday,i keep on pretending so well in front of my family and sometimes i keep avoiding them. i cant sleep sometimes, i feel so tired being in this situation. i wont meet psychiataris or else. i wont let my family know about this.but im suffering and sick about everything. its feel like i need help but i wont and i cant. what should i do now?
Nothing much to be offered if refusing meeting a psychiatrist
saya pelajar, umur 20. saya selalu buat ujian DASS untuk tgk keadaan saya. harini saya buat lagi,
depression – 22
anxiety – 42
stress – 38
mana mana website pun, mmg akan dpt keputusan anxiety saya teruk. tapi saya tkpernah lagi jumpa mana mana pihak. do i need to refer to someone with that result?
seperti dinyatakan DASS sudah diuji ketepatannya. Buatlah di mana akan saya utk point masa tertentu.
Utk soalan, di sini ada jawapan;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
DASS memang tepat. You you repeat at various sites, the results will be the same. This is what we call reliability
Salam doc, saya selalu rasa berdebar2 bila nk hujan lebat, bila dalam gelap, dan bila berjauhan dgn keluarga, sy sentiasa merasa risau dan tkut serta berfikiran negatif dan termenung sorang2. ini keputusan DASS sy, 14,18,20. apakah yg sy perlu lakukan doc bg hilangkan masalah ini?
Maaf saya tak boleh jawab
Ringkas sangat.
post ini boleh membantu
Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini.;
http://www.ramlimusa.com/apakah-indikator-untuk-difikirkan-sama-ada-perlu-mendapatkan-rawatan-di-klinik-pakar-psikiatri/
kenapa saya sering rasa kosong,selalu rasa diri saya disisihkan dan sentiasa memikirkan hidup tidak ada makna.
?
Saya selalu nampak benda yang takada pun sebenarnya, kadang2 duduk dalam bilik air nampak kelip2 tapi bila panggil mak, mak kata takada. dan saya selalu dengar suara2 taktahu suara dari otak atau hati atau dari mana. saya susah nak tidur sebab suara, dan banyak sangat soalan pelik2 ,saya taktahu macam mana nak hentikan.and selalu saya menangis saya taktahu saya takfaham, saya tak gila itu je saya tahu. ya saya pernah cederakan diri ya pernah. tapi lepastu saya sedar. tpi suara tu datang balik
Agak samar penerangan. Ada possibility hallucination atau depersonalization. Dua symptoms ini lebih mudah dinilai berdepan. Selain itu kita akan lihat ada symptoms lain tak..
Salam dr saya punya skor depression 40 anxiety 32 stress 34 adakah saya perlu berjumpa pakar?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum dr saya seorang yang okey tapi dalam hati saya rasa rimas serabut banyak fikir saya suka fikir perkara yang tidak bagus tentang diri saya saya rasa sunyi walaupon semuanya dah cukup tapi saya tetap rasa saya sunyi saya selalu sedih saya tak rasa gembira walaupon perkara yang saya buat tu saya suka saya cepat bosan dan cepat putus asa dengan apa pon yang saya buat saya selalu rasa tak ada apa apa pon yang boleh diharapkan saya selalu rasa saya menyusahkan keluarga saya mungkin ke saya kemurugan?
Sila nyatakan ujian DASS di sini
Kemurungan: 42
Keresahan : 26
Stress : 32
assalamualaikum prof . sy ad satu soalan. sy dh bnyk kali jwab soalan mcm tu sbb sy rasa diri sy dh xmcm dulu. sy mula sedar dan tau pasal depression ni start sy 16 tahun n skrg sy 18. selepas tu baru sy sedar ada something wrong dgn sy tp sy keliru dan xyakin nak rujuk pakar. parent sy jgk xtahu pasal ni. boleh sy dpt pendapat prof. Terima Kasih .
Salam,
Umur 18 anda sudah boleh buat keputusan sendiri berjumpa doktor atau kaunselor utk pertolongan tanpa permission ibubapa
Assalamualaikum Doc. Keputusa saya,Depression : 46
Anxiety : 36
Stress: 38
Apa perlu saya buat ya ?
salam,
boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
assalamualaikum doc.. result yg sy dpat kemurungan 38 keresahan 32 dan stress 36..sy seorang plajar skolah menengah sy kerap menangis smbil senyum dah tergelak sy juga slalu mengurung dri sndri dalam bilik.. sy slalu cedera kan diri sy utk menghilang kan stress kdang kdang sy rasa mcam dlam diri sy ni ada 2 org yang 1 suruh sy pkir positive and sabar yg lagi 1 kerap buat sy rsa takut galabah nk nangis dan mnjerit skuat kuat nya.. sy stress smpai terlampau brgangung kpd seseorang sbb sy rsa sy tak boleh nk jadi happy mcam dlu tnpa org skeliling sy.. adakah sy prlu dpatkan rawatan?
salam, baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
assalamualaikum doc.. result yg sy dpat kemurungan 38 keresahan 32 dan stress 36..sy seorang plajar skolah menengah sy kerap menangis smbil senyum dah tergelak sy juga slalu mengurung dri sndri dalam bilik.. sy slalu cedera kan diri sy utk menghilang kan stress kdang kdang sy rasa mcam dlam diri sy ni ada 2 org yang 1 suruh sy pkir positive and sabar yg lagi 1 kerap buat sy rsa takut galabah nk nangis dan mnjerit skuat kuat nya.. sy stress smpai terlampau brgangung kpd seseorang sbb sy rsa sy tak boleh nk jadi happy mcam dlu tnpa org skeliling sy.. adakah sy prlu dpatkan rawatan?
salam, baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Saya akan merasakan murung dan stress pada waktu2 tertentu, saya tak paham kenapa tapi ia terjadi apabila saya teringat masa silam dan kesalahan saya dekat orang, saya akan mula panic dan menangis sepanjang hari bila menangis dalam keadaan panic saya akan sesak nafas, dan saya mudah rasa serba salah, dan akan sakit dada setiap kali saya terluka hati dgn perbuatan or pecakapan orang sekeliling saya. Terkadang ia mengganggu saya ketika sedang melalukan sesuatu dan boleh terjadi reflaks yang menyakitkan diri seniqi contoh mcm tarik rambut sendiri, tumbuk dinding dgn tangan sendiri, gigit tangan sendiri. Adakah perkara ini normal, saya juga kerap sakit kepala disebabkan stress tapi saya tak pernah refer mana2 doktor
ia simptom anxiety dan kemurungan.
Soalan anda ?
Assalamualaikum dr sejak ii akhir ni otak saya asyik fikir nak mati je hari ii menangis. shaking boleh dikatakan hari ii. Kepala saya pon kerap sakit. Termenung saja. Saya rasa mcm dh takde guna saya hidup mcm takde fungsi. Apa perlu saya buat dr saya penat 😔😔
salam, penerangan ringkas lebih kepada kemurungan dan sedikit anxiety,
malang tiada DASS, saya perlu tahu keterukan masalah utk jawab
sila baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
saya tak pernah rasa ada tanda untuk sendiri . saya cuma rasa takut dengan kes pembunuhan , dan membuatkan saya terbayang dengan situasi orang sekeliling . dan perasaan saya akan menjadi sedih
Assalamualaikum doktor. Saya mimi. Seorang pelajar umur 20tahun. Sejak kecil saya mmg seorang yg agak diam. Tapi lama kelamaan saya rasa saya terlampau malu yg tk dpt dibendung. Sehingga la sekarang. Bila ada presentation public speaking, saya menggeletar teruk. Sebelum tu nervous tak tentu pasal sampai sakit perut. Bila kat depan otak saya tak dpt tangkap apa yg saya dah prepare last2 byk merepek je. Belum lagi dgn relationship. Ex saya dulu ajak keluar sekali je pun saya bagi mcm2 alasan. Bukan tak sayang, tapi sebab malu yg menggunung. Otak mula fikir bukan2. Hingga nak otp pun saya tak angkat. Takut suara saya ni kelakar. Dari situ saya dapat agak saya ada social anxiety. Kawan2 ajak main game and voice chat pun saya awkward sangat. Kadang saya benci dan nangis kenapa saya jadi macam ni. Rasa mcm not good enough and at the end takkan ada siapa yang nk berkawan dgn saya dgn sifat saya ni. Belum lagi masuk alam kerja. Apa perlu saya buat doktor? Keluarga saya pun saya malu nak bagitau pasal ni.
Saya assume anda pelajar university?
Boleh jumpa kaunselor university.
Elok buat DASS DASS test, it sounds social anxiety
Assalamualaikum doktor. Saya tak tahu apa masalah saya. Saya pernah buat ujian ni dulu dan result tak berapa bagus tapi saya tak percaya dan ignore kan saja. Dan baru-baru ni tempat kerja saya buat ujian ni, maybe sebab ada kes pekerja yang kena berhenti sbb masalah kemurungan . Result saya masih tak bagus. Ofismate fikir saya salah jawab jadi suruh jawab dua kali. Still sama. Dan saya ke sini untuk jawab lg dan result masih sama. Plg latest stress sederhana, anxiety and depression teruk. Saya admit yg lately ni sy kerap fikir macam². Jadi sy sukar utk tidur, cepat pening kepala, mual. Kadang saya cepat sgt marah dan cepat tersentuh. Dan sy jugak kadang tak mahu jumpa org sampai sy rasa mcm org akn susahkn sy dan sy akan rasa mcm nafas pendek² dekat dada. sy rasa ni bukan masalah tp sy rasa sy tak guna. Perlu ke sy ke klinik?
Salam, Jika kita buat ujian sama berulang kali dan keputusan sama. ini menunjukkan ujian itu tepat (test-retest reliability)
Nasihat saya jumpa doktor utk antidepressant. ia membantu
Boleh saya bertanya.. Bila berjumpa dgn kwn ii saya berasa gembira dan tidak sedih tpi apabila pulang ke rumah saya mula rasa tidak selesa dgn semua bnda dan juga saya kdg ii cepat terasa dgn ibu dan ayah saya.. Saya juga cepat mnjadi pemarah bila dirumah .. apakah keadaan saya sebbanrnya?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr. Saya Meera berumur 15 tahun.. Saya mimpi masalah apabila marah akan marah teruk apabila sedih sedih teruk.. Akan menggigil dengan teruknya tangan.. Rasa takut.. Saya susah nak fikir secara positif.. Always fikir negatif dekat sekeliling saya.. Saya tak tahu nak perjelaskan semua ni pada keluarga.. Saya takut mereka susah faham.. Jadi adakah semua yg saya alami ni adalah anxiety?
Saya takut dengan semua bnda
Macam apa yang saya rasa akan jadi dan bila betul² bnda tu terjadi saya jadi takut, kecewa dan murung dengan lamanya.
baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Mimpi ada banyak reflection tentang emosi kita.
Ada kala jgn ambil mudah mimpi, sama seperti interpretasi mimpi oleh Rasullah SAW
Salam dr, saya selalu rasa terlalu cemas dlm satu perkara dan asyik pandang negatif dr smua benda dan saya akan tiba” gelisah tanpa sebab dan jantung akan berdegup dengan kencang tanpa sebab dan rasa mudah nangis dan sensitif. Saya juga kerap rasa diri saya x berguna.
salam,
malang DASS tidak disertakan
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
saya pulak bebreza sangat dari dulu dan sekarang. ramai bila jumpa saya cakap sangat lain berbanding dulu. saya dulu seorang yang periang, mudah bersosial (bergaul dgn org baru) dan sedikit mesra (murah sneyum). sekarang, ramai tegur saya suka menyendiri. tak campur dengan orang lain. sebelum ni saya tak sedar perubahan ni sampai satu tahap saya perasan saya mudah marah dan sukar ditenangkan. saya lebih suka berdiam diri tanpa selesaikan permasalahan dengan seseorang:(
Baru ni saya ada terkena sakit kepala seperti baru bangun tido pada waktu senja, hilang selera makan, badan lemah dan lesu, seolah-olah tiada semangat. Sehinggakan saya tidak menjamah makanan hampir 15 jam, ini berlarutan hingga 2@3 hari, kerisauan mula timbul apabila saya berjumpa dengan berjumpa dengan orang yg menghidap penyakit ini. Di fahamkan simptom yg saya alami seakan-akan simptom yg d alami oleh beliau pada masa dahulu. Saya telah pegi ke klinik untuk membuat rawatan dan d fahamkan hanya menghadapi samada simptom stop smoking @ mabuk kopi. Setelah 4 hari baru saya rasa badan mula beransur-ansur pulih tetapi masih lemah mungkin di sebabkan saya makan terlalu sedkit di sebabkan hilang selera makan, saya ada membuat DASS test ini sebanyak 4 kali, dah keputusan
Kemurunagan: 2
Keresahan: 2
Stress: 8
Keputusan 4 ujian yg saya buat hampir sama, Persoalanya adakah saya telah d kategorikan sebagai penyakit yg telah menghidap DASS ini?
jawapan;
https://www.ramlimusa.com/apakah-indikator-untuk-difikirkan-sama-ada-perlu-mendapatkan-rawatan-di-klinik-pakar-psikiatri/
Saya rasa kosong…tak tahu nak buat apa.. nak bergantung harap pada siapa…. Cuma rasa nak terjun mana² bangunan ja… tapi tu jalan terakhir.
Assalamualaikum doktor.. Sebelum saya nak bertanya pd doktor, sebenarnya saya seorang yg pendiam.. saya kurang untuk bercakap.. saya sukar untuk meluah.. saya sukar untuk rapat dengan semua orang walaupun adik beradik saya sendiri.. saya merasa diri saya cuma seorang walaupun saya disekelilingi dengan orang2.. saya tak tahu nak luah macam mana, apa yg tengah saya alami dr dulu smpai sekarang ni saya tak tahu nak luahkan.. saya ada baca banyak artikel untuk pastikan kenapa dgn diri saya.. artikel seperti bipolar disorder dan mental disorder, banyak menjelaskan tentang simpton jika sesorang itu sedang mengalami disorder itu.. dan simpton yg dijelaskan disitu hampir serupa dlm diri saya.. ciri2 diri saya banyak cenderung pd introvert.. sebelum saya buat ujian DASS ni saya berasa takut yg melampau untuk lakukan ujian ni.. tapi bila saya merenung berfikir saya perlu buat untuk tahu dimana tahap diri saya.. dan selepas saya buat test DASS tu, keputusan yg saya dapat menunjukkan 36 stress 38 anxiety dan 34 depression.. saya takut doktor.. apa yg patut saya buat.. saya tak dapat nak berfikir.. 😔
Salam,
Jumpa doktor
Assalamualaikum doktor.. Sebelum saya nak bertanya pd doktor, sebenarnya saya seorang yg pendiam.. saya kurang untuk bercakap.. saya sukar untuk meluah.. saya sukar untuk rapat dengan semua orang walaupun adik beradik saya sendiri.. saya merasa diri saya cuma seorang walaupun saya disekelilingi dengan orang2.. saya tak tahu nak luah macam mana, apa yg tengah saya alami dr dulu smpai sekarang ni saya tak tahu nak luahkan.. saya ada baca banyak artikel untuk pastikan kenapa dgn diri saya.. artikel seperti bipolar disorder dan mental disorder, banyak menjelaskan tentang simpton jika sesorang itu sedang mengalami disorder itu.. dan simpton yg dijelaskan disitu hampir serupa dlm diri saya.. ciri2 diri saya banyak cenderung pd introvert.. sebelum saya buat ujian DASS ni saya berasa takut yg melampau untuk lakukan ujian ni.. tapi bila saya merenung berfikir saya perlu buat untuk tahu dimana tahap diri saya.. dan selepas saya buat test DASS tu, keputusan yg saya dapat menunjukkan 34 stress 38 anxiety dan 36 depression.. saya takut doktor.. apa yg patut saya buat.. saya tak dapat nak berfikir.. 😔
Salam,
Jumpa doktor
Salam dc. Saya dh ambil test 3x and ia menunjukkan yg saya ada masalah extremly severe dlm anxiety,severe dlm depress. Benda ni membimbangkan saya and x bgthu fmly tkot mereka risau. Sjak dri test tu,saya sedar ada simptom2 mcm x boleh tido,kurang selera makan,pening,cepat terasa,marah and pernah trembling beberapa kali di u. Semalam boleh dikatakan saya shaking yg teramatt sampai berpeluh,sesak nafas,x larat. Kalau ikutkan dgn apa yg saya bgthu ni,patut ke saya jumpa kaunselor? Or kena rujuk dkt klinik?
Boleh baca
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr..sy seorang suri rumah sepenuh masa.
Semasa berpantang anak pertama sy sudah mula tertekan..tekanan dari keluarga tapi sy masih boleh kawal perasaan sy.Semasa berpantang kali kedua sy mulai memukul anak pertama akibat tekanan dari keluarga juga dan sy rasa tekanan sy berlanjutan sampai anak ketiga.
Tapi sy membesar dalam keluarga yg porak peranda..cuma bila sudah berumah tangga sy rasa lebih tertekan sebab emosi tidak menentu..asal saja masa berpantang pasti ada perkataan/percakapan yg tidak baik diucapkan oleh keluarga.
Dulu sy jenis sosial sebab sy tertekan berada dirumah dengan keluarga yg porak peranda..sekarang sy cuma terperap dalam rumah jarang bergaul..bukan sebab terkongkong oleh suami tapi sy rasa lebih selesa berada dalam rumah.Sy cuma ingin elakkan daripada jadi bahan umpatan orang.
Sy minta maaf kalau Dr kurang faham apa yg ingin sy sampaikan..sy sendiri tidak faham dan tidak tahu macam mana cara menyampaikan apa yg sy alami.
Kadang sy rasa perlu jumpa pakar tapi sy takut..sy tidak pasti apa yg sy takutkan.
Sy bukan seorang yg baik..sy berusaha dari hari ke hari untuk menjadi seorang yg baik dan berguna buat keluarga.
Semasa kecil sampai sekarang sy tertanya2 apa salah sy? Kenapa sebahagian keluarga bencikan sy? Sehinggalah sy memilih untuk menjauh dari keluarga..sy kurang bergaul dengan keluarga walaupun sebenarnya sy teringin bermesra dengan keluarga seperti dulu sebelum parents bercerai.Entah dimana silapnya sekelip mata saja semua jadi begini.
Keputusan sy depression 24..anxiety 22..stress 24.
Boleh Dr tolong terangkan lagi jelas..adakah sy perlu jumpa pakar?
Terima kasih Dr membaca luahan sy.
Assalamualaikum Dr, saya mengalami keadaan yang sangat sukar sekarang, saya kerap diserang panic attack sehingga sukar saya membuat apa-apa perkara. Saya sudahpun membuat rujukan dengan pihak HKL, pada awalnya dikhuatiri saya berkemungkinan ada masalah jantung kerana saya kerap kali hendak pengsan dan bila ujian ECG saya dibuat adakala normal dan tidak normal. Saya telah dirujuk ke bahagian pakar perubatan dan sekarang menunggu tarikh temujanji pertama pada February 2019 nanti. Tapi walau apa pun, symptoms yang saya alami sekarang:
1. Saya kerap rasa berdebar biarpun benda remeh dan kadangkala berdebar secara mengejut biarpun saya dalam keadaan santai.
2. Saya sangat-sangat sukar untuk tidur dan waktu tidur saya sudah tidak normal.
3. Saya kerap berasa letih dan tidak bermaya.
4. Kerap rasa seperti hendak pengsan.
Dari apa yang saya alami sekarang, ia telah menggagu prestasi kerja dan kehidupan seharian saya. Saya sudahpun membuat ujian DASS dari laman sesawang Dr dan keputusannya adalah:
*Depression-18
*Anxiety-20
*Stress-18
Saya merasakan agak lama untuk saya menunggu temujanji hospital dan meneruskan proses selanjutnya. Dalam hal ini, seandainya betul saya mengalami apa-apa masalah tekanan atau anxiety, adakah ia boleh menyebabkan masalah jantung atau ia hanya memberi kesan kepada jantung?
Saya berharap Dr boleh memberi nasihat atas apa yang saya alami sekarang. Maklumbalas dari Dr amatlah saya hargai. Terima kasih.
Salam,
Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan memang tidak dinafikan menghadapi kekangan masa menunggu lama. Ini kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai.
Saya lebih mencadangkan berjumpa pakar di hospital swasta untuk 2 atau 3 temujanji. kemudian dirujuk ke hospital kerajaan.
Dengan cara begini ia dapat mengurangkan tempoh menunggu dan rawatan dapat dijalankan cepat.
Namun kena keluar modal sedikit,
Salam dr , saya bukannya seorang yg pendiam , bila di sklh sya boleh jdi someone yg happy tpi bila di rumah sya lebih suka menjauhkan diri dari keluarga , kadang” sya fikir lebih baik mati dri hidup dkt dunia ni , sya pernah simpan niat nak bunuh diri dri tahun lepas , sya lebih suka salahkan diri sendiri tentang perkara yg lepas , sya boleh jadi someone yg happy dan dlm pada masa yg sma tiba tiba jdi orng lebih pendiam , sya pernah rsa murung dlm jngka msa 3 minggu dn kemudian ok , lps tu murung blik . Jdi sya skrng sya kna buat ap ?
salam, anda ada kemurungan. elok berjumpa pakar.
hai assalamualaikum . erm dr. , sejak kebelakangan ni saya selalu ada masalah . masalah keluarga , masalah dgn kawan kawan , bercinta , semua . saya ni boleh dikatakan jenis ceria sgt . saya sukar nak beremosi depan kawan kawan saya , sbb saya taknak tunjuk kemurungan saya depan kawan kawan saya . saya dah buat ujian DASS tu , dan keputusannya , kemurungan dan tahap anxiety saya amat teruk . persoalaannya , adakah saya masih perlu ke klinik untuk membuat pengesahan tentang kemurungan saya , walaupun kadang saya terasa amat ceria , dan berasa okay .
Salam,
Sebaiknya ya
Salam Dr. Sebelum tu saya nak Minta maaf kalau ayat saya berterabur..
Dulu masa saya umur 10 tahun memang saya seorang yg happy go lucky tapi sejak family saya ada masalah & masalah kewangan saya jadi pendiam sampai sekarang,(sekarang saya 16thn), saya memang sukar nak cerita perkara / masalah sebenar dengan orang terdekat walaupun keluarga saya. Saya selalu rasa diri saya tak berguna.. selalu dipulaukan dengan rakan².. kadang² saya menangis tanpa sebab dengan membayangkan perkara buruk akan terjadi.. Tidur pun selalu lewat..
Bulan lepas pula, saya sangat
mengalami trauma& phobia atas apa yg dh berlaku, saya nak bersosial pun susah. keputusan yg saya dapat pun memang teruk :(.. adakah saya perlu membuat check up ?
Salam,
Anda mungkin ada kemurungan yg berpanjangan atau childhood depression.
Langkah permulaan berjumpa dengan guru kaunselor di sekolah.
Dari situ dia mungkin tahu sama ada perlu rawatan di hospital
Assalamualaikum Dr. saya berumur 13 Tahun. Saya ada ketidak harmonian dgn ibu bapa. Masa sy berumur 3 atau 4 tahun, abang sy autisme dia hempas laptop but pecah sikit a x rosak pun. Tapi sy nmpk ayah sy belasah dia teruk depan mata sy. Sy takut. Masa sy darjah 3 sy kurang pandai dlm matematik and ayah sy tolong ajar. Tapi otak saya susah sangat nk masuk. Then ayah sy pukul sy. Nasib baik ada mak sy. Saya boleh dikatakan broken home dan masa sy darjah 1 sampai darjah 5 sy dngn kawan2 sy selalu kena buli. Buli yg paling teruk masa darjah 4. Budak laki buli kami masa ustazah x datang. Kami kena sepak terajang. Kena hina. Sy rasa yg diorang letak maruah and harga diri perempuan bawah tapak kaki diorang. Leader diorang anak cikgu, pengawas pulak tu. Hampir tiap hari kena buli and tiap hari p sekolah elok balik sekolah lebam. Kami xpenah bagitau cikgu. Sebab kami selalu kalah dengan diorang. Diorang ramai mesti diorang support masing2. Kami jugak yg cikgu kata gedik gaduh dgn laki. Sy cerita dekat mak. Mak kata sabar ja. Sampai bila kami nk sabar? Sabar andan biarkan diorang buat suka2 hati kat kami? Tiap hari kami akan menangis kat sekolah. Kami xpenah cuba untuk report kat cikgu sebab Leader dia licik. Darjah 4 dah jadi dayus. Sejak darjah 4 saya paling pantang bila orang cari gaduh dengan kawan saya. Sebab tanpa kawan saya mungkin dah x ada semangat untuk hidup. Saya lawan semua yg kacau kawan saya. Saya x nak kawan saya rasa stress dan jadi mcm saya. Tekanan emosi sy semakin menjadi Since PKP 1.0 bila makin meningkat remaja saya suka overthinking d
Waaikum salam,
T kasih kerana sudi berkongsi masalah kehidupan. Kadang kala kita tidak mengharap apa2 selain hanya sebagai tempat luah perasaan.
Amat menyedihkan 2 perkara.
Kes buli di sekolah masih berleluasa dan diketuai oleh anak guru. Seperti dia menggunakan lesen anak guru utk aktiviti yg melanggar peraturan sekolah.
2. Isu mangsa bapa yg panas baran.
Pandangan saya gunakan sepenuhnya kesempatan ibu anda yg sangat supportive. Cuba juga membuat sesi kaunseling bersama kaunselor sekolah.
Assalamualaikum Dr, saya ana from Lahad datu, just nk share sedikit dgn Dr and saya da buat ujian Dass result Moderate. Dr saya sering berasa takut tanpa sebab and always memikirkan benda² yg menakutkan kadang saya boleh kawal dan sdh berjumpa doktor kerajaan dan telah membuat medical chek up ujian darah setelah result keruan HB saya rendah first 9.8 secondly 10.1 dr ada bagi ubat tambah darah Obimin, peningkatan hb ada menaik sikit ke 11.4 d sebabkan zat besi rendah punca darah lambat naik dan dr pun bg lgi ubat obimin 3bulan Dr persoalannya sekarang adakah saya mengalami anxiety , dan adakah perlu saya habiskan ubat obimin selama 3 bulan sedangkan darah HB saya 11.4?
Anemia yg teruk spt Hb below than 8 boleh memberi symptoms seperti anxiety iaitu jantung berdebar.jika hb sudah corrected above 10, kalau masih berdebar mungkin ia anxiety. DASS bagaimana?
salam Prof.
results DASS saya :
Depression : 24
Anxiety : 24
Stress : 20.
Selama ni saya ingat saya cuma stress. Stress sebab nak deal dengan attitude problem family members. Daripada kes hutang rumah mak saya, sampai lah kena tanggung adik beradik walaupun saya dah berkahwin. Saya dah berkahwin tapi belum ada anak, suami banyak support dan beri sokongan tapi family saya yang kebanyakannya menyumbang stress. Saya dan suami je yang kena usaha cari duit/ikat perut untuk bayar sewa rumah/belanja harian. Terbaru, saya dituduh anak derhaka hanya kerana menegakkan kebenaran ; mak saya seorang yang denial dan defensive tetapi depan orang lain suka play victim. Adik beradik saya tak membantu. Saya freelance sekarang, tapi saya tak rasa nak jumpa orang dan bersosial. Hanya kawan-kawan rapat sahaja yang saya pilih untuk berjumpa/luangkan masa. saya rasa family saya toxic sangat. Tapi dalam Islam, kita kena berbuat baik pada keluarga/ibu/bapa/adik beradik. tapi, diorang ni lah yang menganiaya saya dan menggunakan saya sampai saya rasa drained sangat. Should i seek specialist advice with my DASS results? Should I leave my family – be away from them? Tapi bukan ke itu nanti buatkan saya memang derhaka pada mak saya? Sekarang ni saya rasa kena betrayed by my own family despite whatever effort I put just to survive, daily. sigh.
Salam, Sebaiknya jumpa pakar psikiatri terdekat
Assalamualaikum dr.. Saya baru masuk aliran science stream ting. 4. Saya rasa x dapat effort untuk matapelajaran elektif. Untuk analisis Depress dan Stress saya dapat moderate tapi Anxiety saya dapat extremely severe. Patut atau x saya hanya jumpa guru kaunseling sekolah sahaja?
Saya rasa hopelesss.
Tak bermaya.
Bila cgu. atau kawan panggil, saya akan ambil beberapa sec baru sahut panggilan.
Sering penat tetapi x boleh tidur.
Sering terkejut.
Dan, saya x rasa zaman kanak ii sebab selalu buat kelas tambahan sejak usia 6 tahun.
Salam,
ya memadai kaunselor
Saya nak jumpe dokter psikiatri.. tpi, saye takut.. saye x nak keluarge saye tau.. and saye xtau nak buat appoinment kat mane..
Salam dr, saya nak tanya.. Percakapan berterabur salah satu punca depress ke? Kalau ramai-ramai percakapan saya jadi tak teratur, dan saya susah nak faham and fokus apa yang orang cakap walaupun benda ru senang
Salam,
Ada kemungkinan anxiety bukan depression.
Reality saya tak berapa pasti. Terlalu ringkas
Bagi saya boleh jadi campuran antara depress n anxiety. I feel it too, in my condition, bila sy depress, sy mmg hilang mood utk brckp. but ble org tanya, I feel like im forced to talk, then prckpan jd brterabur.
n yes, susah fokus tu mslh besar. in many aspect, I fail to fully focus on what happen around me.
time keje mmg agak susah, arahan yg org bagi mmg kena org repeat byk kali bru igt.
benda ni, kite kena adapt n try to solve skit².. improve skit² spye brckp dgn tenang, n give attention to our surroundings.
sbb sy dlu teruk sy punye depression, but now sangat² jrg and kadang sampai lupa cmne rasa depression tu. tips dy distract diri dr lyn rasa down tu, wat ap² yg kte happy..
good luck friend, sy tau awk bleh sembuh 🙂
Setuju, anxiety & depression are closely related.
Ubat penyakit 2 ini pun sama
ID: 2PML80 (untuk rujukan Prof Ramli).
Saya berumur 28tahun, seorng wanita yang punyai seorang ank dan sentiasa di sayangi suami.
walaupun saya sayang kan mereka tapi perasaan tak ingin teruskan kehidupan itu setiap hari bermain di minda saya. saya penat dengan dunia saya, saya penat dengan diri saya. hingga saat ini saya tidak mahu teruskan kehidupan lagi.
pada awal nya saya bukan begini, saya seorng yang berani, kuat ceria suka buat orng ketawa. tapi kini saya kehhilangannya. emosi saya tidak setabil saya tidak sekuat dahulu.
Agak penting terapist mengetahui apa yang menyebabkan perasaan itu datang.
Buat masa ini saya sendiri tidak jelas
Assalammualaikum wbt..sekadar bertanya pendapat…sebelum saya menhadapi masalah ini…saya adalah seorang yang ceria..tidak suka memikirkan hal2 remeh…dan saya seorang yg tegas utk diri sendiri…setelah saya di duga dengan masaalah percintaan…saya dapat rasai..dan dpt maklumat dr kawan2 sekeliling mengatakan perubahan sy yg ketara….setelah 8 tahun menjalinkan hubungan percintaan..saya di tglkan…selama kehidupan ini..saya belum pernah merasai nikmatnya bercinta…akan tetapi…setelah saya mula kenal..merasai..dan selesa dgn perkataan cinta itu…ianya telah di tarik semula..telah di berhentikan…saya mula merasakan sangat2 kosong…kehidupan sy berubah 360 darjah…saya lupa pada diri saya..pada keaadaan di mana saya bukan lg sy….saya kerap…mendgr sesuatu yg di bisikkan ke telinga saya…kerap…sgt2 kerap..saya ada berjumpa dgn dr di hospital permai..kerana GH refer saya ke sana…dr ada menunjukkan yg saya ada 3 perwatakan…dan dia sahkan saya menghadapi masalah ADD stage 3…tuan dr…adakah sy perlu terus utk mengikuti saranan dr utk pengambilan ubat secara konsisten…saya tak gila dr…cuma..kesilapan saya..saya tak pernah ada pengalaman dlm hal ni…dptlah kiranya dr berikan saya nasihat2 tambahan…untuk masalah saya ini..ya saya tahu..org di luar akan katakan saya Bodoh…hanya kerana cinta…tp..kenyataannya..inilah yg saya hadapi..bantu sy dr…sekarang ni pun..sy mendgrkan sesuatu yg membisikkan saya supaya sy tak perlu minta nasihat siapa2..sebab…takkan ada org yg akan faham…bantu sy dr…sy buntu…
Salam,
Doktor yg merawat adalah org yg lebih sesuai membuat keputusan. ikut nasihatnya. jika kena makan ubat boleh tanya dia atas sebab apa? Mesti ada sebab asas.
Assalamualaikum Dr.
Saya ingin bertanya , saya ada masalah kalau berjumpa dengan orang baru dan berada dalam persekitaran ramai terutama bila org ramai tertumpu kepada saya , saya akan mengeletar & mengigil dengan teruk . Saya juga sukar bernafas dengan baik bila ia berlaku . Saya tidak suka bergaul dengan kawan2 dan memilih untuk terperap di rumah bersendirian , tidak suka juga bergaul dengan family dan memilih untuk terperap di bilik !
Saya juga takut nak memulakan hubungan yang baru , serta cuba sesuatu yang baru kerana takut kalau saya gagal akan datang .
Adakah ini normal ?
Waalaikum salam, ia tanda social phobia
Assalamualaikum Dr,
Saya seorg mahasiswa yg memegang jwtn dlm organisasi sejak 6bln lps dgn sebahgian kerelaan saya. Awalnya semua tak boleh terima dan saya tertekan dgn keadaan sekeliling yg menyisihkan saya. Spnjg seminggu saya hanya menangis, pergi kls hanya untk attandence tp tiada fokus. Lama kelamaan org sekeliling boleh terima tntg jwtn tu tp saya masih rasa ini salah saya.
Saya juga sedar saya sering menangis untk hal kecil dan ketawa sndiri untk ceriakan diri sendiri dan saya rasa takut dengan perubahan emosi sndiri.
Tahap kerisauan saya smpai kalau naik lift sorang2 saya takut lift tu jatuh kebawah, langkah longkang takut jatuh, lintas jalan kena langgar,turun tangga takut org tolak sedangkan realitinya tiada.
Keputasan DASS saya semuanya teruk dan sgt teruk ttpi saya kurang percaya dgn keputusan DASS saya sbb mungkin saya terikut2 dgn bahan bacaan tentang anxiety. Jadi berdasarkan sebahagian cerita saya, adakah saya mengalami kerisauan melampau hanya overthinking?
Salam, maaf saya x boleh pastikan. Ia banyak bergantung pd DASS score dan symptoms kemurungan or anxiety. Tidak dinyatakan di sini
Aslm dr. Saya serong pelajar yg akn memasuki ke politeknik dlm kos pengurusan acara. Tetapi saya agak tidak yakin dengan keputusan yang saya ambil. Hal ini kerana, sebelum itu saya seorang pelajar F6. Dan apabila belajar di sana dalam 3 bulan membuatkan saya tidak dapat menyesuaikan diri di sana kerana persekitarannya yang membuatkan saya setiap hari menangis. Saya tidak dapat bercakap dengan rakan sekelas saya (lelaki dan perempuan ) saya hanya boleh cakap dengan kawan saya sahaja, tidak dapat bercakap dan kalut semasa presentation walaupun saya sudah kaji tajuk tersebut, agak takut untuk menanyakan soalan kepada kawan yang buat presentation, dan selalu merasakan saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri kerana warna kulit yang gelap. Saya takut dengan cara orang memandang saya kerana saya akan fikir yang mereka sedang kutuk penampilan saya. Saya selalu beritahu tentang hal ini kepada ibu saya, dia akan suruh saya mengabaikan semua itu dan fokus kepada diri saya tetapi amat sukar untuk saya membuat demikian. Sekarang saya sudah berhenti F6. Tapi saya takut saya akan berkelakuan seperti itu lagi. Tambahan pula dengan kos pengurusan acara. Saya perbah melakukan ujian psikometrik di sekolah menengah dan keputusannya saya seorang yang tidak bersosial. Apabila saya sedih saya akan bercakap seorang diri di dalam bilik agar melepaskan apa yang saya mahu cakap kepada sesiapa. Adakah saya x normal / saya just depression /saya anxiety attack .saya takut dengan masa depan saya.
Low self-esteem definitely ada,
Yg lain buat ujian DASS nak tahu
Assalamualaikum DR.Tolong izinkan saya untuk bertanya.Saya ada masalah di mana saya selalu overthinking yang berlebihan.Saya selalu fikir banyak benda sehingga saya berfikir tentang apa yang akan terjadi pada saya, untuk masa yang akan datang.Saya jadi mudah takut untuk berhadapan dengan masalah dan cabaran yang baru.Saya berfikir, menangis sehingga kepala saya sakit DR.Saya masih pelajar,dan saya mudah rasa tidak yakin dengan keupayaan diri saya.Saya selalu merendahkan diri saya dengan perkara negatif.Contohnya,saya selalu menganggap diri saya dan kehidupan saya ini sangat teruk.Saya rasa bersalah dan berdosa kerana saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada.Saya cepat berasa bersalah dengan orang dan kesalahan yang pernah saya lakukan itu menyebabkan saya selalu berfikir sampai sekarang.Sehingga saya sering memohon maaf kepada dia walaupun saya rasa saya tak ada salah.Selain itu,saya selalu berfikir yang orang ni tak suka dekat saya, orang ni mesti ini orang ini mesti itu.Dan sejujurnya ini membuatkan saya stress dan sedih,saya tak boleh nak positif thinking.Saya jadi takut untuk bercakap,takut untuk menjadi diri sendiri kerana takut orang lain bencikan saya dan sebagainya.DR ini buatkan saya sedih dan agak tertekan.Macam mana saya nak selesaikan semua benda ini
salam,
malangnya anda tidak menyatakan keputusan DASS.
boleh baca di sini utk panduan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
secara umum, keadaan penyakit anda ketara kerana banyak symptoms kemurungan spt rasa bersalah yg ketara
Ini hasil ujian saya:
Saya dapati…
Kemurungan: 34,sangat teruk
Keresahan: 16,teruk
Stress: 24,serdahana
Salam Dr saya selalu rasa useless.. sampai satu tahap saya benci diri saya dan salahkan diri sendiri kalau saya buat suatu benda tu gagal.. saya rasa tak berguna sangat.. saya suka menyendiri.. kalau happy tu sekejap je saya rasa.. saya rasa orang sekeliling tak suka saya.. saya rasa saya buat beban mak saya saja. saya rasa cepat bosan..saya buat DASS Dan score kemurungan saya sangat teruk tapi saya deny kan saya tak kemurungan.. saya tak pernah bagitahu sesiapa pasal hal ni. Kalau saya bagitahu emak saya mesti dia buat tak tahu je.. adakah saya betul2 megalami kemurungan.. apa perlu saya buat…..
Salam,
Saya menaruh dan percaya DASS adalah tepat.
Anda telah mengesahkan. Walaupun cuba deny tapi kita tahu hakikat diri kita sendiri.
Tiada nasihat lain iaitu berjumpa doktor utk bantuan
Salam, keputusan DASS sya semuanya 40 ke ats sya trkejut sgt adakah DASS ni betul, sya jwab semua soalan sepenuh jiwa sya , x ada siapa pun yg boleh tolong sya, semua family gelakkan sya bila sya bagitau mereka, mereka ckp sya hnya ank manja sbb sya ank bongsu padahal sya dh rsa begini dri umur sya belasan thun lgi, semenjak ayh sya meninggal 7 bln yg lalu prsaan skit tu dh jdi numb , sya dh x boleh rsa apadah cuma mengalir air mata ja, sekrang sya x tau nk buat apa ,sya dh mula cederakn diri sbb sya nk dh xleh than dh dalm ati ni mcm ada beban yg x boleh nk luah rsa mcm nk tido dan x nk bngn smpi bila2
Salam,
Benarlah DASS tepat terutama bila jawab dengan ikhlas.
Anda telah mengesahkan.
Elok jumpa doktor untuk pertolongan
salam,
kwn saya berumur 16 tahun dia seorg yg riang dengan orang sekeliling dia tpi dia slalu mengadu dgn sya bila die sesorg die akn menangis tnpa sbb dan dia juga byk kli nk bunuh diri dia kata bile dia dalam bilik dia lgi dia fikir pasal hidup dia terlampau takut untuk hidup dan juga mati dia selalu terbayang untuk bunuh diri dia slalu cari cara untuk dia tamatkn kehidupan dia dan ujian dass dia juga mengejutkn saya depression 40 anxienty 21 stress 31 dia takut dan malu untuk bagitahu ibu bapa dia smpai skrg dia rahsiakn apa patut dia lakukan?
Sebaiknya memberitahu ibubapa.
Mereka penjaga dan perlu tahu
Assalamualaikum doktor. Saya tertarik dengan kajian validasi doktor berkaitan DASS dalam saringan stress. Saya ingin bertanya, adakah terdapat mana-mana instrument atau alatan elektronik yang boleh digunakan untuk penyaringan stress ini selain dari menjawab survey?
Salam,
Alhamdulillah.
Survey adalah bagus selain interview yg tidak praktikal untuk kajian besar.
Assalam doktor…saya merupakan seorang pelajar..sejak beberapa tahun ni jika saya dilanda masalah saya sering kali menangis, merasakan diri seakan tidak berharga dan kerap kali berfikiran untuk membunuh diri..apa yg saya perhati sejak beberapa bulan saya menjadi semakin paranoid sedangkn tiada sapa sakitkn saya..saya cepat rasa serba salah..saya tahu saya perlukan pertolongan tapi tiada sapa memahami perasaan saya dan masalah sakit hati yang saya hadapi..skrg saya rasa tiada daya dan bersemangat untuk hari hari saya. Saya memberitahu family saya tapi saya tidak pasti mereka paham akan keadaan saya..saya tiada tmpt untuk meluahkn perasaan
Salam,
Umur berapa?
Jika dewasa boleh buat keputusan sendiri utk berjumpa doktor
Dr, saya selalu rasa nak marah2.. Kadang2 saya rasa sedih.. Saya dh buat ujian dass dan saya dapati tahap kemurungan saya sangat teruk.. Adakah itu betul? Sebab saya rasa saya takde rasa murung2.. Terima kasih
Dr. saya dah berkali buat ujian DASS. dan keputusannya selalu sangat teruk dan teruk. tapi saya risau mungkin saya terpengaruh dengan komen dan cerita org lain. jadi sy cuba nak nafikan result tu.
saya ada masalah pelupa yang bagi saya agak teruk. sy lupa apa sy buat td. apa sy nak buat td. sy tak lupa semua mcm lost memory. tp mmg kebanyakannya sy lupa mungkin sbb sy susah nak fokus. saya susah nak fokus apa orang ckp dan buat. mereka terpaksa berkali ulang baru saya dapat fokus. kdg sy malu, sbb sy rasa sy pelupa mcm org tua. kadang ada yang membuat saya marah, saya tau dia buat saya marah, tapi sy tak dpt nak ulang apa yg dia kata sbb sy lupa. sy terus lupa walaupn benda tu baru brp saat atau minit berlalu. kalau membaca atau dalam kelas, saya kena ulang banyak kali baru sy dpt fokus. sbb bila sy cuba baca, secepat tu je hilang fokus sy jd sy kena mula dr awal.
selalunya waktu malam nak tidur, saya selalu rasa tak selesa. saya rasa mcm cadar sy tak tegang, katil sy melunjur ke bawah, alas bantal2 saya buat sy tak selesa, sampaikan walaupun sy mengantuk, sy bangun untuk tolak tilam sy, tegangkan cadar sy, atau alas bantal sy, tp sy msih rsa tak selesa. otak sy rsa mcm tak tenang. sampaikan sy cabut cadar sy. selalu nak tolak tilam sy.
sy org yg ceria. bila keluar dgn kawan2 sy suka buat mereka ketawa. tp kadang sy akan rasa rimas nak marah secara tiba2. kwn sy gurau biasa pun saya nak marah. sy rasa rimas. lepas tu ok, dan kdg2 dtg balik.
bila balik rumah, selalu rasa tertekan dan rasa nak marah, sy boleh ckp lemah lembut dgn mak sy, bergurau dgn anak2 buah sy. tp sy selalu mengelak drpd adik beradik sy. sedangkan sy sygkan mereka. tp sy rimas dan boleh membuatkan sy marah. keadaan yang buat sy selalu tertekan ialah bila mak sy rapat dgn adik beradik dan sy rasa tiada hak dlm rumah tu. sy selalu rasa tak berguna dan menyusahkan yg lain. sy selalu rasa nak mati sbb sy yakin, mak sy dpt gembira dgn adik beradik sy yg lain tanpa sy yg menyusahkan. bila sy diam mereka dan mak sy fikir yg buruk psl sy yg membuatkan sy lebih tertekan krn mereka tuduh sy tanpa beri ruang sy perjelaskan. bila sy jelaskan keadaan sebenar mereka rasa mereka betul dan sy mereka cerita. benda ni selalu berulang jd sejak dulu lg yg membuatkan sy selalu tertekan dan lebih pilih utk menjauh. haritu sy hmpir bunuh diri depan mereka, tp tgok keadaan sy buat mereka lebih menyindir. keadaan sy buat mereka fikir sy gila dan lemah iman sbb sy msih muda dan mereka rasa mslh sy tak sebesar mereka. sy tertekan sbb sy tak meluah pd sesiapa tp mereka selalu dpt meluah pd mak sy masalah2 mereka. sy tak meluah sbb bila mak sy atau antara mereka yg marah sy, masalah sy tulah yg akan jd kelemahan sy yg mereka gunakan utk menyindir sy. byk lg masalah dlm keluarga yg membuatkan sy rasa sy nak mati, supaya mereka semua rasa bahagia tanpa sy. sy rasa sy terlalu tak berguna. maaf cerita nih terlalu panjang. tp sy nak tau sekiranya sy mengalami deppresi atau hanya lemah iman spt mereka katakan. sbb sy taktau nak rujuk pada siapa
perasaan nih ialah dpn mereka sy nak marah, bila sy sendiri sy sedih menangis. lepas tu selalu terfikir benda2 bodoh yg sy dah buat sebelum nih. sy terfikir yg semua org gelakkan sy ckp psl sy.
sy pun selalu cakap berterabur yg membuatkan org tak faham apa sy ckp dan kata sy ckp berbelit. walaupn sy cuba ckp dgn tenang. sy bukan saja tetiba marah. sy jugakk selalu tetiba diam rasa malas nak bercakap dan sgt2 tetiba walaupun sy mmg jenis byk ckp. bila org tegur, sy hnya rasa mgkin sy penat. tp komen disini membuatkan sy makin ragu2 itu perkara biasa atau tidak. sy betul2 perlukan bantuan. sbb sy risau sy min teruk. sy takde transport dan duit utk ke berjumpa dgn doktor sbb sy msih belajar. tp utk minta tlg org, semua org fikir sy lemah iman. kalau betul sbb lemah iman, mgkin sy tak perlukan rawatan doktor tp salah sy sendiri
Salam,
Pelupa, cepat marah, tidur terganggu, rasa tidak berguna, menyusahkan.
Semua tanda kemurungan, jumpa pakar utk rawatan
sy jugak selalu cakap berterabur yg membuatkan org tak faham apa sy ckp dan kata sy ckp berbelit. walaupn sy cuba ckp dgn tenang. sy bukan saja tetiba marah. sy jugakk selalu tetiba diam rasa malas nak bercakap dan sgt2 tetiba walaupun sy mmg jenis byk ckp. bila org tegur, sy hnya rasa mgkin sy penat. tp komen disini membuatkan sy makin ragu2 itu perkara biasa atau tidak. sy betul2 perlukan bantuan. sbb sy risau sy miakin teruk. sy takde transport dan duit utk keluar berjumpa dgn doktor sbb sy msih belajar. jd sy hrp sy tu keadaan sy dr sini
Jumpa kaunselor, pihak tempat belajar juga ada mekanisma membantu aspek keewangan.
Kadangkala kita sahaja tak mahu datang.
Rawatan di hospital kerajaan percuma termasuk ubat.
Dr semalam sy ada komen panjang mengenai masalah sy dan bertanya mengenai adakah sy mengalami depresi atau hanya lemah iman mcm yg keluarga sy ckp sebelum sy htr komen ini. tp komen itu dah takde. sy btul2 nak tau sbb risau sy hnya berlebih2an mcm org yg acah depresi utk nakkan perhatian. skrg sy tgh cuti sem jd tak dpt
Salam,saya juga alami depress,stress,anxiety, yang sangat teruk mungkin faktor genetik adalah penyebab saya jadi begini atau saya sendiri tidak pandai atasi..mungkin juga saya kerap diamkan diri atau tidak pandai bergaul..adekah umur seperti saya 19 tahun boleh atasi masalah tersebut….
Salam,
Depression boleh semuda umur 12 tahun.
salam dr,
sy seorang pendiam, selalu sakit2 sejak drpd sy kecil, sy mudah berasa takut tanpa alasan kukuh, sya terlalu risau tentang masalah org lain, sy susah utk tidur, tangan sy selalu shaking dan kadang2 sy cakap berterabur dan sekarang sy mula rsa sensitif dgan bunyi drpd tv dirumah ataupun handphone ibubapa sy.. sy rsa bunyi2 tu semua annoying dan sgat bising jdi sy kurung diri dlam bilik supaya jauh drpd bunyi tu.. sy buat DASS test anxiety dan depressed pada tahap sgat teruk.. ape perlu sy buat dr?
Assalamualaikum.
Dr, kalau selalu rasa tak yakin diri, sedih, diri tak dihargai, tak nak jumpa atau bersembang dengan orang ,rasa tak berguna untuk hidup, malas, tak semangat dan selalu bersendiri, macam mana tu dr?
Salam,
Mungkin depression
LANGKAH PERLU DILAKUKAN.
Buat ujian DASS di website ini
Baca apa interpretasi DASS diakhir keputusan DASS.
Jika ragu pada ujian DASS, Baca post “Adakah DASS Tepat” di akhir ujian DASS
Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO di sini..
dokter, sy ada masalah hati perasan sy kerap celaru, xtenang, resah,kdg2 rse nk mrah, kdg2 rse nk mngis, kdg2 tu rasa mcm diri ni xdhargai, sy xde kyakinan diri tpi sy cbe utk positif mgkin sy ni pmalu..bg, sy bnde tu mcm normal je mcm org lain..kdg2 sy ok sy buat apa2 semua ok.. mcm last night sy ada prsaan nak mngis tnpa sebab mgkin sy pk sy penat dgn keje,time tu jgk perut rse xselesa rse ada angin kejap mcm gastrik lpas tu kple sakit..tpi sy cbe bsgka baik je ttg sikap sy..bnde2 mcm ni normal ke doktr?
salam, boleh tak kalau dibuat “optional” pilihan jantina di dalam questionnaire DASS Dr? atau sekurang-kurangnya dimasukkan pilihan “saya tidak ingin memberitahu”?
http://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/
saya bukannya tak nak pilih tetapi jantina saya yang sebenar (non-binary) tiada dalam pilihan jadi saya tidak mampu untuk mula menjawab pun… jantina IC hanya membuatkan saya ingin membunuh diri dan saya mengelak sedaya upaya daripada pertanyaan berkaitan jantina dalam IC
sekian terima kasih
Salam,
Maaf mana2 borang akan ada hanya 2 pilihan.
Cuma sedikit kelongaran, Ia dipapar gender bukan sex. ada beza antara 2.
Assalamualaikum doctor,
pada tahun lepas saya telah mendapat referral letter untuk mendapatkan khidmat pakar psychiatrist, namun saya tidak dapat mencari masa untuk berjumpa dengan pakar atas faktor jadual yang padat, jadi adakah masih valid untuk saya menggunakan surat yang sama bagi mendapatkan rawatan atau tidak?
ok KOT. bergantung pd penerima
Assalamualaikum Prof.Dr… saya Muhammad Asraaf Bin Rahmat..
Bleh tak saya berhubung dengan Dr.melalui medium whatsapp.. untuk mendapatkan maklumat yg lebih… kerana saya sudah merjuk dengan kaunselor Uitm saya.. tapi saya nak maklumat yg lebih daripada Dr.
Asraaf
0187753025
Waalaikum salam. Maaf seperti dinyatakan sblm ini, tiada perkongsian personal no. Atas sebab etika
Salam Dr. Berdasarkan ujian yg sy perolehi ruj Dr: O43DYR, kemurungan dan anxiety sy teruk skali.. terus terang skrg ni sy mengalami kemurungan yg teruk dgn sgala permasalahan sehingga fokus terhadap kerjaya sy menurun.. sehinggakan sy xtau nak buat apa.. bebanan yg sedia ada menyebabkan sy slaluterfikir utk melarikan diri de semua.. bagaimana cr nye utk sy release kemurungan sy.. smpaikan xde ape pn sy boleh menangis dgn tiba2.. bantu sy Dr..
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Salam Prof Dr, Saya mengalami trauma dari kejadian pahit yg melibatkan keluarga. dah setahun lebih ianya berlaku tapi hari2 daily aktiviti sy ingatkan sy pasal kejadian tu. sy dah cuba untuk avoid contohnya tak pergi atau tgk benda2 yg berkaitan tapi susah. sy rasa penat sebab hari2 kene struggle. kadang2 sy rasa nak meraung nak menjerit tapi terbatas. sy jadi seorang yg sentiasa negative. rasa kejadian tu akan berlaku lagi. dr ada saranan apa yg patut sy buat?
Salam,
Susah nak bantu. apa perkara yg kita trauma?. Tidak dinyatakan
Assalamualaikum Dr,
DEPRESSION (28 extremely severe)
ANXIETY (12 moderate)
STRESS (24 moderate)
I’m 19 years old. I need a confirmation either I’m sick or not coz it’s always in my mind.
My parents divorced when I was 3 and my mom, siblings and I stay in our hometown since then. Since i was kid i am not given enough attention. My mom barely cares about me so my grandparents who took care of me when she’s not around. My uncle & aunty doesn’t really like us.
When I was 10 years old, we moved to other place. My mom & kakak bergaduh teruk and my mom keluar dari rumah. I tinggal dengan my dad and abang2 i since that and I always left alone at home. Unfortunately, I also know that my mom is a homosexual (lesbian)
My childhood days is not that good. I selalu menangis bila sorang2 dekat rumah, rasa diabaikan dan rasa diri tak berguna. Pernah sekali i ambil pisau dekat dapur sebab rasa nak bunuh diri. I selalu cakap sorang2 dan cakap depan cermin.
When I was 11 years old, my mom took me to stay with her and her friend (woman) . I saw everything/bad things that I shouldn’t see. I try to understand everything i saw between my mom and that woman. I always cry at night alone in my room. I selalu pendam apa yang I rasa dan tak pernah luahkan pada sesiapa. I rasa malu bila semua orang bercakap pasal my mom dan hanya mampu diam.
When I was 14 & 15 , I still tinggal dengan diorang but that woman has a son and a daughter. I stress sebab dekat rumah hari2 bergaduh dan tengok kemesraan my mom and that woman. I feel miserable. My PT3 is not good because I can’t concentrate on my study. I selalu menangis setiap malam bila fikirkan tentang semua perkara.
Luckily when I’m 16 & 17 i tinggal dengan atuk dan nenek i selepas bergaduh besar dengan that woman. My relationship with my mom is not good since then.
And until today I rasa sunyi, kosong dan tidak dipedulikan walaupun i ada siblings, my mom and dad around me, Sometimes i menangis tanpa sebab bcs that feelings come. It feels so hurt. I seorang yang tidak sabar dan suka marah2. I lebih suka bersendirian dan tidak suka bising2. Even hujung minggu i balik rumah dari kolej i, i lebih suka sorang2 dalam bilik dan tidak pedulikan orang lain. Ayah i selalu tegur sikap i yang suka duduk dalam bilik dan tak bergaul dengan orang lain tapi i tak peduli. I juga sangat sensitif dengan kata2 orang terhadap saya, mudah terasa. I rasa tak yakin dengan diri sendiri dan tak cukup bagus. I am really feeling down.
I have a boyfriend in army. He’s my closest friend and my good listener but he’s too busy. I don’t have patience and always getting mad at him. I will end up crying because I feel alone and empty. Please help.
Salam,
I’m truly empathy with the life that you have to go through.
You need to attend DBT sessions (Dialectic Behavioural Therapy) in order to maintain a good relationship with a person and to have a better quality of life.
See the therapist
Additional ,
nowadays i susah tidur malam and i’m stress about it. I juga kerap lupa sesuatu benda. Contohnya benda yg i nak cerita dekat orang. Bukan sekali tapi dah banyak kali. I tried to remember but i couldn’t.
Saya rasa useless sepanjang masa, kadang kadang saya susah nak faham apa yang orang lain cakap, saya suka menyendiri, tangan saya selalu menggeletar tiba2, and ada satu masa tu saya dapat berita yang mengejutkan, tubuh saya menggeletar. nafas saya kerap tercungap cungap. saya ni dikira mcm nampak happy je kat sekolah tapi kat rumah saya tak pernah rasa happy. and saya rasa saya ni too ugly sampai saya takut orang taknak berkawan dengan saya sebab muka saya, saya pernah nangis sebab tu. itu apa???
Oh and result DASS saya :
Depression 40
Anxiety 38
Stress 26
I’m 16
Kemurungan & anxiety
assalamualaikum..dr.,saya asyrafi baru bertukar disebuah jabatan kerajaan sebagai pembantu tadbir,ditempat kerja saya jawatan pembantu tadbir hanya seorang sahaja,jadi sekarang ni semua kerja-kerja spt pentadbiran,kewangan,perkhidmatan,cuti,surat-menyurat serta laporan harian,mingguan dan bulanan saya terpaksa buat, jadi sekarang DR. saya mengalami stress yang terlampau sangat kerana kerja yang banyak,sampai satu tahap saya tak nak buat kerja kerana berasa murung,kurang selera makan,jantung berdebar-debar,rasa nak pengsan, sakit kepala,badan rasa lemah serta malam tak boleh tidur dengan lena. sentiasa memikirkan kerja yang banyak, sehingga bila balik kerumah kita tidak boleh lupakan kerja-kerja dipejabat, murung, kurang bercakap dengan anak-anak dan isteri.suasana tempat kerja pun tidak selesa,rasa terkurung dan selalu diganggu staff yang tak suka dengan kita bekerja disini. bila dengar bunyi telefon pun kita rasa resah gelisah dan stress,sekarang ni pun saya tak boleh nak buat kerja kerana stress terlampau.atas nasihat kawan-kawan saya telah menggunakan ujian DASS disini dan keputusan yang saya dapat kemurungan : 28 (sangat teruk), keresahan : 32 (sangat teruk), stress : 30 (teruk),adakah dengan keputusan dass ini saya dikategorikan sebagai sakit mental..? adakah dengan keputusan ini saya perlu berjumpa doktor di klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan atau rawatan susulan..?
Salam simpati pd bebanan kerja
Salah satu rawatan kaunseling kita ajar pendekatan “assertive”
Kita kena assertive dari seorg passive
Apa itu? macam mana nak buat?
Bukan senang menaip. So jumpa psychoogist atau psychiatrist
Terima kasih Dr. kerana membantu..
Lagi satu DR. bila saya hendak pergi kerja,rasa stress tu datang dan jantung akan berdebar-debar, rasa murung dan resah tu akan datang tiba-tiba, sampai ada sekali nyaris-nyaris berlaku kemalangan.harap doktor dapat bantu saya..terima kasih.
Assalamualaikum,
Saya cenderung mencederakan diri sendiri bila saya rasa marah, kecewa.. In fact, saya dah pon memcederakan diri sendiri.. Tapi tidak lah sehingga ke hospital.. Saya seorang yg suka duduk bersendirian.. Saya memang xkan berkongsi masalah dgn siapa2.. Dengan kawan2, memang saya nampak ceria.. Kdg2 rasa lebih baik saya takde.. Ni keputusan ujian saya.. Apa patut saya buat?
26 (Teruk/Severe)
Keresahan/Anxiety:
18 (Teruk/Severe)
Stress:
18 (Ringan/Mild)
Salam,
Jumpa pakar
Salam dr saya baru berumur 18 tahun.
Stress 20
Anxiety 30
Depression 10
Sejak saya f4 saya sering mengalami mengigil yang teruk sehingga saya berjumpa doktor banyak kali serta diberi ubat tapi masih belum jumpa punca dan penyelesaian sehingga saya stop pergi. Saya sering mengalami takut dan cemas secara tiba tiba walaupun saya hanya duduk sahaja. Jantung saya akan jadi laju dan saya akan jadi sangat mengigil sehingga tangan saya tidak terkawal serta bila saya bercakap juga mengigil. Sejak kebelakangan ini menjadi lebih teruk saya punya mengigil. Saya juga mengalami masalah tidur jika saya terlalu memikirkan sesuatu membuat saya tak senang hati sehingga ianya berlaku atau saya dapat selesaikan dan saya akan jadi cemas. Perkara ini jadi semakin teruk sejak tahun ini apabila saya tidak ditawarkan pengajian di mana mana dan saya terlalu sedih. Saya juga berasa rimas bila duduk di rumah dan saya lebih gembira untuk keluar dari rumah.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
assalamualaikum Prof, saya dah buat ujian DASS. kemurungan saya 40, keresahan 42, stress 42. first saya kene buat atasi ni, saya kene pergi klinik ke ?
Salam,
Banyak yang bertanya PERLUKAH SAYA JUMPA DOKTOR?.
Ada yang beri info pendek tapi bertanya soalan di atas. Maaf saya bukan ada supernatural ability boleh menilik dari jauh.
Jadi saya akan copy & paste jawapan di bawah..
Happy reading…
LANGKAH PERLU DILAKUKAN.
Buat ujian DASS di website ini
Baca apa interpretasi DASS diakhir keputusan DASS.
Jika ragu pada ujian DASS, Baca post “Adakah DASS Tepat” di akhir ujian DASS
Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar.
Bila sudah buat keputusan mahu jumpa pakar psikiatri, baca “Bagaimana mahu berjumpa doktor psikiatri”.
Lihat senarai hospital di website ini.
Jika berminat ingin membuat temujanji dgn saya di klinik swasta saya di KCDC Kuantan, ini nombor untuk dihubungi;
Assalamualaikum Dr , maaf mengganggu. saya tak pasti apa masalah saya sebenarnya tapi bila saya sendirian dalam bilik saya sering menangis memikirkan masalah yang berlaku dalam hidup saya, masalah kewangan, cara untuk bahagiakan keluarga dan kawan-kawan, saya pernah terfikir untuk cari pasangan hidup tapi apabila sesorang mula mendekat saya malah menjauh, saya tak pasti kenapa tapi saya tak dpt rasa apa-apa pun masa tu and saya boleh lupakan dia dgn cepat. terima kasih Dr.
Waalaikum salam,
Boleh saya tahu umur berapa?
Counseling in shaa allah boleh membantu
assalam doktor. saya seorang pelajar dan berumur 18 tahun. saya tak tahu la. saya rasa saya makin lama macam makin menjauhkan diri daripada orang sekliling. saya tak keluar rumah lebih daripada seminggu dan tak bercakap dengan sesiapa. saya tak bercerita masalah saya kepada sesiapa tetapi saya seringkali ada terfikir untuk membunuh diri itu adalah cara yang terbaik sebab saya dah letih untuk semuanya. saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan. saya baut ujian dass, semuanya sangat teruk kecuali stress. saya kerapkali menangis tanpa sebab di waktu malam atau waktu waktu saya bersendirian.
Salam,
Boleh jumpa guru kaunselor dan dia akan rujuk jika serious
Assalamualaikum doktor. Sejak dri form 4 saya makin stress sampai satu tahap saya selalu seksa diri saya sendiri. Sejak saya masuk belajar kat matrik ni saya jadi makin stress. Saya akan lukakan diri saya kalau stress,saya suka bersendiri ada sampai satu hari saya tak balik asrama dan saya duduk seorang diri dekat masjid, saya hampir satu bulan ni tak boleh tidur lepas subuh baru mata start penat tu pun kena paksa mata untuk tidur,saya juga tiada selera makan tapi kadang2 selera makan saya terlebih sampai saya makan banyak kali dlm sehari. Haritu saya ada buat soalan DASS and result saya adalah sangat teruk. Saya masih blum dapatkan apa2 bantuan sbb saya tidak tahu bagaimana saya boleh bantu diri saya.
Salam,
Elok jumpa doktor. Di sini pun kita tak tahu punca stress
Saya sedar yng saya mula stress bila kawan saya pinggirkan saya.saya pon start menyendiri sbb saya tak nak mereka ambil tahu pasal saya. Saya kadang2 akan menangis tanpa sebab tapi saya dpt rasa yg hati saya rasa kosong sangat sbb tu saya menangis. Saya pernah menangis 3 hari berterusan disebabkan imaginasi saya sendiri.
assalamualaikum doktor. sy berumur 19 tahun. dan saya hidup dlm keadaan yg penuh dengan tekanan. ibu dan ayah sya sdh bercerai. ibu sya ada masalah, setiap kali sya buat salah dia akan jadi marah sgt. sampai berniat nk bunuh saya dan dia akan ambil pisau untuk cuba cederakan sy. tapi kalau adik beradik yg lain buat dia cuba akan keluarkan kata2 kesat. tapi bila marah dengn saya di beritahu yg dia haramkan air susu yg mengalir dlm badan sy. dia tak nak mengaku sya anak kandungnya. mula dari situ, saya jadi banyak fikiran. sampaikan saya buat keputusan untuk berhenti kerja. skrang hidup saya tidak tentu arah. bila sya stress saya akan jadi sesak nafas. kadang sesak nafas tu berlanjutan sampai seminggu. saya terpaksa cari nafas sendiri. sya rasa badan saya panas2 sejuk dan pening. saya jadi penakut saya rasa ada benda yg sedang memerhati sy. sya ada beritahu dengan abang sya tntang ap yg sya alami tapi dia cuba gelakkan saya. saya nak tahu, saya ada kemurungan atau pun itu cuma pekara biasa yg dihadapi oleh semua org?
Salam jumpa pakar, kaunseling keluarga boleh membantu
Assalamualaikum dr, maaf sy betul2 nak tahu. Sy dah berjumpa dr and katanya sy memang perlu dirujuk ke pakar. Sy menghidap anxiety disorder. Sy baru shja buat appointment. Tapi Parents sy kurang bersetuju untuk sy terima rawatan. Betul ke kalau sy ada sejarah /terima rawatan sebagai pesakit bhgn psikiatri, sy akan susah mendapat kerja?
Sedih parents yg begini
Jawapan nya tak betul
Penyakit itu sendiri menyekat dari melkukan kerja. Dapat kerja pun boleh kena buang
Salam dr, saya tak tau dekat mana saya harus mencari sokongan dengan keadaan saya yang asyik kemurungan ni. Dah 2 tahun saya sentiasa menangis bila berseorangan dalam bilik. Bila depan orang saya akan buat2 gembira. Nak minta tolong dapatkan sokongan dari keluarga. Keluarga juga punca utama buatkan saya jadi macam ni. Selalu memperkecilkan saya. Selalu buat saya terasa. Sejak 2 tahun saya mudah sangat terasa.. Saya suka menyendiri menangis… Tiada siapa yang faham.. Keluarga jauh sekali untuk faham… Ada juga saya sampaikan terfikir nak bunuh diri tapi belum sampai tahap tu sekadar pernah lukakan tangan sekali dan merasa sangat tenang bila tangan luka. Itulah sekali dan tak pernah lagi kerana saya cuba untuk lawan perasaan ni… Tapi sampai bila saya nak bergini saya pun tak tahu… Harini pun saya rasa diri ni teruk sangat… Saya dah tak tahan… Dimana lagi harus saya minta bantuan.. Saya buat banyak kali ujian DASS ini hasilnya.
TAHAP KEBIMBANGAN
12.00
TAHAP KEMURUNGAN
21.00
TAHAP STRESS
13.00
As salam
Persoalan; saya tak tau dekat mana saya harus mencari sokongan
Bagaimana nak jawab tanpa tahu
Anda tinggal di mana? masih belajar?
Assalamualaikum. Dr, saya Melissa dari Johor. Saya cuma mahu kepastian bahawa adakah saya juga salah seorang menghadapi Axiety Disorder.
1) Tangan mudah menggigil bila nak buat sesuatu.
2) Kerap menangis. Duduk seorang diri boleh menangis. Dengar lagu sedih, automatik saya
akan menangis sebab mindset masatu akan terus teringat benda2 yang pernah saya lalui
dulu. Dan saya menangis teresak2 sehingga dada saya berasa sakit. Memang akan macam
tu bila menangis.
3) Mula sembelit, hilang selera makan sejak beberapa hari, dada akan berdegup laju secara
tiba2.
4) Mudah rasa risau yang melampau. Overthinking. Saya rasa saya diperhatikan kalau keluar.
Even dalam rumah pun saya merasakan ada orang sedang memerhatikan saya.
5) Saya mudah berburuk sangka pada orang. Selalu fikir yang orang sekeliling tak suka pada
saya. Saya juga lebih selesa untuk bersendirian. kalau dalam family pun, saya tak beberapa
rapat. memang sendirian sebab saya tak selesa
Adakah ia AD? Harap Dr dapat beri jawapannya. Saya inginkan kepastian
Tambahan lagi, saya mudah rasa takut. Contoh, masuk rumah hantu.. bila disergah, saya akan menangis dan meraung ketakutan yang melampau. Kalau tengok movie hantu, saya tak berani nak buka mata besar. Saya takut ada scene sergah. Takut yang teramat.
Combination between anxiety dan kemurungan, Reality kedua2 memang berkait rapat
assalam doc, saya tak tau dekat mana saya harus mencari sokongan dengan keadaan saya yang asyik kemurungan ni. Dah 6 tahun lebih saya sentiasa menangis bila berseorangan dalam bilik. Bila saya keluar dari bilik, sya sntiasa menunjukkan yg saya ni okey. Nak minta tolong dapatkan sokongan dari keluarga. Keluarga juga punca utama buatkan saya jadi macam ni. Selalu memperkecilkan saya. Selalu buat saya terasa. Sejak umur 13 tahun saya mudah sangat terasa.. Saya suka menyendiri menangis… Tiada siapa yang faham.. Keluarga jauh sekali untuk faham… Ada juga saya sampaikan terfikir nak bunuh diri tapi cepat” sedar balik. sye bersendirian dlm bilik pun sbb fikirkan kewangan saya, cara nk happykan family dan org sekeliling.. tpi dlm masa yg sama sedih sbb family tkpernah nmpak pun effort sya.. saya dah cuba bersuara, tapi lepas bersuara ayah selalu ungkit” seoalah dia tak pernah pilih kasih.. tapi semua bnda jelas nampak.. kdang” sampai serabut fikir mcm mne lagi nk suruh diorang nmpak effort sye ? saya berumur 21 tahun ini.. tahap kemurungan saya 40.. anxiety 24 dan stress 22
Salam,
6 tahun dalam kemurungan tanpa rawatan, pasti menyiksakan dan banyak masa terbuang.
Apabila kita sendiri bersuara, selalunya mmang akan jadi negatif.
Namun jika sesi family counseling dibuat oleh professional, selalunya akan jadi outcome positif.
Kerana kaunsling itu dibuat diantarakan org ke3 yg professional
Sy dulu sering menjadi mangsa dera dr segi mental dan fizikal oleh suami. Suami sy jenis baran melampau, sy dah la kecik tp setiap kali mrh sy lah punching bag utk die.. Muka sy byk kali lebam2 kena penumbuk bertubi2 sepak terajang die pun sy dah kena… Ckit pun die x kesian kt sy.. 8 tahun sy hadap semua tu..Tp sy ckit pun x bls atau simpan dendam kt suami sy, sabar je lh yg sy mampu.. Tp skrg suami sy stroke left side terlantar atas je atas katil.. Sy yg menjaga tp baran die ttp xberubah smpai satu tahap sy sendiri yg bg pisau kt suami sy utk bunuh sy dr dia sakit kan hati sy.. Die provoke sy smpi sy menggigil tangan sesak nafas jantung laju.. Dah abis kata sakit hati ni.. Sy decide nk bunuh diri mlm tu tp nasib sy baik Ade hamba Allah tegur sy dgn tiba2 terus sy tersedar mengucap pnjang.. Tp sejak dr hari tu sy jd baran..smpi nk tikam anak sy sendiri.. Sy klw mrh anak sy mesti pukul atau pijak2 anak sy.. Bila sy sedar sy betul2 menyesal.. Tp Sy xtau adakah sy ni depression tahap ape.. Sy slalu dgr bisik2 suara kt telinga sy.. Adakah sy ni di tahap yg teruk ?
Saya faham, dengan kesan psychology penderaan pd masa lalu dan kini tertekan kerana terpaksa menjaga dia ditambah dengan mulut panas baran.
Mungkin berfikiran pahala dan ganjaran besar di kemudian hari menjaga suamidapat memujuk hati dan perasaan puan.
Utk tahu depresison boleh lihat DASS score
Assalamualaikum saya tidak tahu sama ada diri saya sekarang ini hanya sekadar over reacting atau ianya berlaku betul..tapi sejak akhir2 ini saya mengalami sukar untuk bertenang…tidur juga tak cukup…saya mudah panik jika ada sesuatu triggered saya..saya mudah sangat2 menjadi cemas seolah2 benda tu berlaku dan saya tidak boleh keseorangan tapi saya selalu tinggal sendirian…Malah saya akan nangis atau ada yg sangat menyedihkan dan berat di hati saya…tapi di masa yang sama…saya sangat takut untuk pergi minta bantuan pakar kerana saya takut ianya overreacted saja… saya telah buat dass di laman web encik dan kemurungan saya 40 manakala stress dan anxiety adalah severe atas 40?…tapi saya juga tidak tahu dan takut ingin meluahkan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka kurang tentang hal2 ini…terima kasih harap anda dapat kesan komen saya ini
Waaikum salam, berapa umur?
Nampak perlu jumpa doktor utk rawatan
Assalamualaikum Dr,kalau keputusan DASS saya kebimbangan dengan stress berada pada tahap teruk adakah saya perlu jumpa doktor?
Waalaikum salaam Boleh belek post saya yg lain. Ada jawapan utk soalan itu
Saya slalu rsa saya tak berguna sbgai seorang anak,kawan…saya rasa tiada keyakinan diri dan jarang berkomunikasi dengan orang kecuali bila orang itu sendiri yang menegur saya terlebih dahulu tetapi saya tidak tahu kenapa saya tidak merasa mahu menjawab mereka dan saya hanya mampu menjawab satu dua patah perkataan…Saya lebih suka menghabiskan masa seorang diri dan bila orang membawa saya untuk keluar bersama mereka,saya akan berasa di pulaukan dan susah untuk mengikut rentak mereka…Seringkali apabila orang membuat lawak,saya tidak tahu kenapa saya tidak merasakan apa2 walaupun orang sekeliling saya sudah terjatuh kerana kelucuan jdi saya membuat keputusan untuk hanya sekadar senyum…Alarm saya senang saja…Setiap pagi saya akan bangun awal…Benda yang membantu saya untuk bangun awal ialah perasaan sedih dan sakit yang secara tiba tiba muncul ketika saya tidur,saya akan terus terbangun dan coba untuk menghentikan sakit itu…apabila sakit hati dan sedih itu berkurang,baru saya akan memulakan rutin harian saya seperti biasa..Kadang2,bila saya berseorangan,saya akan menangis secara tidak sengaja dan saya tidak pasti apa yang saya sedang nangiskan…sebenarnya banyak lagi,tapi itu saja saya akan beritahu buat masa ini..
Asslamualaikum dr ,
Keputusan DASS sya
Depression:24
Anxiety: 30
Stress:34
Ia menunjukkan sya sedang mengalami masalah yg besar . Sudah 4 tahun sya lalui semuanya keseorangan . Masalah keluar kawan2. Sya juga pernah berjumpa dgn dr dan dia hnya memberi ubat saja untuk sya makan tiada rawatan susulan . Dlam masa yg sama sya ada mengambil ubat tahan sakit utk kurgkan sakit sya disbbkn sya tercedera ketika bersukan . Sya pernah berkongsi masalah dgn keluarga tapi mereka tidak menghiraukan sya . Mereka kata sya hnya mengada2. Sya pernah cuba utk suicide tapi kwn sya dpat halang apa yg sya cuba lakukan . Ada kawan yg dapat mendengar masalah sya tetapi sya tidak dpat utk meluahkan semuanya krana saya tidak berapa percaya pada mereka . Banyak kali sya cuba utk suicide tapi mesti ada yg menghalang . Sya stress dlm setiap perkara yg sya lakukan . Bolehkah dr tolong sya .
In sha Allah boleh. Jumpa doktor, doktor apa? pakar? ubat apa?
assalamualaikum Dr. Saya tak pasti nak mula mcm mana tapi keputusan DASS saya menunjukkan kemurungan 34, keresahan 22, stress 28. saya seorang yg mudah cemas dan panik jika berlaku sesuatu. jika saya menghadapi masalah ia memakan masa untuk saya menenangkan diri dan melupakannya. saya kerap kali berfikiran negatif dalam semua benda yg saya lakukan. saya mudah terasa dengan orang sekeliling tanpa sebab dan start fikir yang bukan-bukan tanpa sebab. dari kecil saya kerap memendam rasa jika ada masalah terutamanya masalah keluarga. saya kerap kali menangis sendiri semasa kecil dan memikirkan saya tidak disayanggi oleh ahli keluarga saya. saya juga pernah berfikir untuk membunuh diri atas faktor tersebut selain sentiasa dihina oleh rakan-rakan saya. bila sudah menjangkau umur remaja perkara ini sudah berkurangan dan saya dapat atasinya tapi beberapa bulan kebelakangan ini ia datang semua. sekarang saya mempunyai masalah dengan orang sekeliling saya. saya menangis, saya termenung, saya berdiam diri kerana terlalu stress memikirkan perkara-perkara negatif padahal ia tiada apa-apa pon. saya sentiasa memendam rasa saya tidak pernah cerita masalah saya kepada sesiapa termasuklah ahli keluarga saya. saya berfikir ingin berjumpa doktor tapi saya takut. apa yang harus saya lakukan Dr ?
Salam, anda ada kemurungan. Elok jumpa doktor
Assalamualaikum
Skor saya
10
30
24
Boleh doktor berikan cadangan tindakan yg perlu saya lakukan. Saya amat tidak tenang. Perasaan ini bermula selepas saya mengalami demam denggi. Tolonglah saya.
Semua soalan di atas sudah dijawab. Baca post2 saya
assalam doc…
depression: 28
anxiety:32
stress:32
saya baru berusia 16 thun doc, adakah saya benar ada depression? saya dah buat ujian ni setiap bulan dan jawapan nya lebih kurang.. saya seorang yang amat ceria dekat sekolah tapi setiap kali saya pulang ke rumah saya tak henti menangis, dekat sekolah saya dianggap sebagai seseorang yang amat berkeyakinan diri tapi sebaliknya di rumah saya jadi tak ketahuan.. saya selalu pendam setiap cemuhan sebab semuaorang anggap saya seorang yang kuat, dulu ii saya selalu dibandingkan dengan cousin saya, walaupun start tahun lepas saya kurang dibandingkan tetapi ia seolah olah memberi luka yang amat dalam…dan bermula dari tahun lepas saya selalu pukul kepala saya tanpa saya sedar dengan tangan saya sehinggalah tahun ni saya sering sakit dan sesak nafas… saya taktahu nak mengadu dekat siapa sebab saya sedar yang gred peperiksaan saya agak menurun baru baru ni kerana saya sentiasa dapat A tapi peperiksaan baru baru ini saya gagal walaupun saya dah cuba yang terbaik dan saya fikir adakah kerana saya depression? macam mana saya nak bagitahu parents saya? apa patut saya buat? adakah saya menghidap depression? saya selalu rasa tak nak hidup tapi saya rasa bersalah kat parents dan saya spm tahun depan, apa patut saya buat?
lepastu saya selalu ada masalah nak tidur sebab saya asyik berfikir dan boleh dikatakan hari hari saya menangis dan kadang kadang benda tu kecik je tapi saya rasa sakit sangat sangat…. saya anak tunggal dan saya selalu rasa terbeban sangat sebab nak banggakan parents saya sampai saya rasa saya taknak hiduppp
Salam doktor.. Saya berusia 24 tahun.. Dari kecil keluarga saya tidak seperti keluarga lain.. Ibu bapa saya bercerai semasa umur saya 1 tahun.. Sejak itu saya tinggal bersama atuk, nenek dan pak saudara saya.. Saya sangat bergantung harap pada atuk saya.. Pada usia 11,atuk saya meninggal dunia.. Dan itu memberi impak besar kepada saya.. Tersangat besar.. Mulai saat itu.. Hidup saya semua diaturkan oleh keluarga.. Saya tidak bekerja kerana harus menjaga nenek saya.. Tiada kawan.. Malah sekarang saya langsung hilang minat untuk bersosial.. Bagi saya.. Safe n comfort zone saya hanya lah di bilik saya.. Its hurt me so much.. Banyak kali berharap dapat mengikut atuk saya.. Help me..
Salam,
Nak tolong macam mana?
Dr. Sy prlukn bantuan, sy slalu rasa resah kerana hal2 yg kecil sahaja .dahulu sy dapat msih dapat lawan perasaan ini tetapi kini sy dpt mengetangetahui bahawa sy kian lemah dlm menahan perasaan .sy slalu membandingkan diri sy dgn saudara mara yg lain .antara sebab yg lain ialah sy tidak boleh menyatakan kerana sy malu .sy harap sy boleh memberitahu dr. secara peribadi lagi .
Random people, perjalanan kehidupan kita hampir sama. Di masa melalui fasa2 yg sukar dlm hidup, saya selalu ingatkan diri yg saya perlu sayangkan diri dan Allah sentiasa ada bersama. Alhamdulillah skrg saya lebih redha dan tenang.
Saya tak tahu kenapa, saya selalu rasa ketakutan & resah yang melampau. Sometimes baca feed or news dekat social media pon saya boleh jadi takut melampau. Berdebar and mengigil. Saya taknak self diagnose. Cuma kenapa ye saya always rasa macam tu. Kadang saya tak tahu apa yang buat saya takut. Saya akan cari orang yang saya selesa utk bercakap utk tenang kan saya. Tapi semua orang tak faham kenapa saya rasa takut. And keep asking me “kenapa nak rasa takut, benda takde apa”. Tapi saya tak boleh jawab persoalan tu. Rasa takut tu yang datang secara tiba2.
Mungkin Gen Anxiety dis.
Buat DASS
Sy cpt marah.. mudah stress.. xbole dgr bunyi bising2.. anak2 bsing sy xsuka.. sy slalu Rasa semua org Tak suka sy. Sbb mmg dari dulu Tak Ada yg suka sy. Kawan2 pulaukan sy.. keluarga pulaukan sy.. keluarga mrtua Tak suka sy.. sy Rasa sedih nangis.. sy Rasa dri gemuk Dan Tak cantik.. sy suka marah suami sy.. sy mudah terasa.. lepas Tu sy Rasa bersalah Dan mintak maaf.. lepas Tu marah balik..sy Tak boleh kawal emosi.. sy Rasa dri sy Tak Ada siapa hargai Dan sayang. Sy Tak boleh tidur kadang2. Saya takut nk to.. mimpi yg takut2.. sy takut mati sbb amalan sy Tak Banyak.. .. sy slalu Tak cukup nafas.. dulu sy penah jumpa doc. Sy ckp sy Tak cukup nafas. Mereka cek sy kata semua normal . Mereka buat Surat suruh jumpa pakar.. sy kata sy Tak gila. Sy Tak pergi. Tapi skrg sy Rasa nak pergi jumpa doc. Tapi sy Tak tahu nak cakap apa.. ??? Boleh tlg sy
Anda tidak nyatakan tinggal di mana.
DASS score bagaimana?
dokter, sy ada masalah hati perasan sy kerap celaru, xtenang, resah,kdg2 rse nk mrah, kdg2 rse nk mngis, kdg2 tu rasa mcm diri ni xdhargai, sy xde kyakinan diri tpi sy cbe utk positif mgkin sy ni pmalu..bg, sy bnde tu mcm normal je mcm org lain..kdg2 sy ok sy buat apa2 semua ok.. mcm last night sy ada prsaan nak mngis tnpa sebab mgkin sy pk sy penat dgn keje,time tu jgk perut rse xselesa rse ada angin kejap mcm gastrik lpas tu kple sakit..tpi sy cbe bsgka baik je ttg sikap sy..bnde2 mcm ni normal ke doktr?
Pertanyaaan ini di post “Adakah Skala DASS Tepat?”
So buat DASS score utk tahu jawapan
Assalamualaikum Prof. dan semua yang membaca.
Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kerana atas inisiatif Prof. melalui link di laman web ini saya akhirnya berjaya merungkai permasalahan yang dialami lebih 30 tahun ini. Dengan maklumat yang Prof. kongsikan saya dapat kefahaman dan kesedaran untuk meminta pertolongan profesional.
Dua kali saya buat ujian DASS di sini (selang sebulan) dan berdasarkan score, saya terus pergi ke Klinik MENTARI Putrajaya untuk mohon pandangan. Di situ saya diminta buat ujian DASS sekali lagi secara manual dan terus diberikan tarikh appointment dengan psikiatris.
Alhamdulillah saya sedang menjalani rawatan selain psikiatris, saya dirujuk juga kepada Occupational Therapist di Hospital Putrajaya. Di tempat kerja pula saya turut mengikuti sesi dengan pegawai kaunseling. Sejak temujanji pertama dengan psikiatris bulan Disember 2019, saya didiagnos anxiety disorder (generalized anxiety disorder) dan mendapat preskripsi fluoxetine HCl 20mg.
Bila saya baca dan ikuti semua komen, maklum balas tuan/puan di atas rupa-rupanya saya tidak bersendirian. Kita tidak bersendirian. Sayu juga mengalami segala gejala dan pengalaman yang tuan/puan semua lalui.
Kini saya rasa lebih tenang setelah tahu apa sebenarnya masalah saya selama ini. Insya Allah banyak yang boleh diperbaiki.
Terima kasih sekali lagi Prof. Dr. Ramli Musa.
Alhamdulillah website ini banyak membantu masyarakat. Akan saya abadikan komen Puan dalam bentuk post di website ini. Jarang orang memberi komen begini. Selalunya bertanya soalan.
Semalam saya berjumpa seorang pesakit yang telah menghabiskan masa selama 5 tahun menghidapi kemurungan dan akhirnya semakin teruk hingga mengalami Hallusinasi pendengaran (auditory hallucination). Beliau telah berjumpa 10 rawatan traditional dan yang terakhir mencadangkan berjumpa Pakar setelah semua “benda” yang menempek dibuang oleh perawat tradisional dan tiada lagi “benda” boleh dibuang. Kos rawatan selalunya “ikut sumbangan ikhlas” namun selalunya harapkan dalam RM200-300 sekali. Perlunya kita memberi masyarakat ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam isu psikologi dan psikiatri yang dikaitkan dengan stigma negatif.
Saya ingin bertanya adakah saya tergolong dalam anxiety ini antara tanda yang sering saya alami sejak 12 bulan yang lalu.Contohnya saya kerap menangis tanpa sebab, rasa takut,gelisah ,tiba tiba panik,marah ,sesak nafas,jantung berdegup dengan laju,berasa rendah diri dan saya selalu bertanya pada diri sendiri i should die or life akibat tekanan saya alami dari keluarga dan orang sekitar saya.
Ya itu tanda anxiety. Sila buat DASS utk kepastian
Salam dc. Saya dh ambil test 3x and ia menunjukkan yg saya ada masalah extremly severe dlm anxiety,severe dlm depress. Benda ni membimbangkan saya and x bgthu fmly tkot mereka risau. Sjak dri test tu,saya sedar ada simptom2 mcm x boleh tido,kurang selera makan,pening,cepat terasa,marah and pernah trembling beberapa kali di u. Semalam boleh dikatakan saya shaking yg teramatt sampai berpeluh,sesak nafas,x larat. Kalau ikutkan dgn apa yg saya bgthu ni,patut ke saya jumpa kaunselor? Or kena rujuk dkt klinik?
Boleh baca
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Saya dah pernah cuba membunuh diri pada usia 13 tahun. https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/?results=3K56WQ
salam dc. sjk due menjak ni sy rase lain. lain yg sngt lain. sy rase semua bende tak best. buat tu tak best. buat ni tak best. sy rase semua bende membosankan. tidur pom sy rase bosan. tak tahu kenapa. sy dah buat ujian dass tu. jwpnnye kemurungan sy sngt teruk. sy dah jumpe pakar. banyak kali dh. ect pom sy dah buat. tapi hasilnya same je. sy dah tak tahu nk mitak tlng dgn sape. sy harap dc boleh tolong.
Salam,
Bagi mereka yg sudah jumpa pakar, pakar itu org terbaik utk nasihat kerana dia lebih tahu keadaan keseluruhan.
Asalam Dr, saye seorang pelajar. Saye x tahu nak share mcm mne tntg diri saye. secara ringkas, sye org nye bole bercakap di khalayak ramai, pernah jadi fasilitator untuk beberapa program yang ade di dalam ipt, saye boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan ipt yang lain dari segi percakapan dan sebagai nya. tapi bila dalam sesuatu keadaan cth sye seorang, saye tiba tiba rasa down. semua benda saye tak boleh buat, dlm mase same klau rkn ipt lain dtg untuk berbual dan sebagainya, karakter saye brubah, dri segi prcakapan, tingkah laku. perubahan yg saye alami ni bukan saye perasan, tapi rkn yg melihat. watak saye berubah bila sye berbual berdua, bertiga dan kelompok (brubah atas bilangan). bila saye buat sesuatu yang sye minat, saye akan buat abis baik, tapi cepat bosan. boleh dikira saye cepat bosan dengan semua perkara. Saye akan tepis semua orang yang halang saye untuk buat ape yang saye nak. keadaan tidur saye drpd skolah sudah mula brubah. pkul 5-6 pagi waktu biasa untuk saye tidur. saye jadi susah untuk tidur. pernah saye 3hari terus, tidak tidur dan saye x rase letih. saye bukan s’org pelajar yang bijak. penilaian saye daripada sekolah tidak pernah memberangsangkan, tetapi tidaklah corot. hnya sye tak pernah dapat skor tinggi. bila di ipt masalah ni makin mnjadi teruk. saye lebih pentingkan program drpd sesi kuliah. sebab saye mudah hilang fokus dengan ape yg saye x suka, dan cepat bosan. banyak lagi Dr saye nak share dengan Dr. mohon Dr dapat membantu. saye tidak pernah menceritakan hal/masalah peribadi saya dekat sesiapapun hatta parent atau kwn baik saye. Harap Dr bole beri bantuan kepada cerita saya. terima kasih
Maaf agak komplex, ada banyak mixture symptoms. antara kemurungan, lack of attention issue, dan self-esteem.
Jumpa kaunselor IPT untuk nasihat. Setiap IPTA IPTS ada unit kaunseling, jika serious atau x boleh selesai, akan dirujuk doktor
Depression 38
Anxiety 40
Stress 38
dah meet up dgn psychiatrist 3 years ago, diagnosed with depression and schizo, but i think nothing changed after that.what should i do?
Go for a second opinion
doc boleh tinggal kan no tel supaya sya boleh tnya dgn personal ?
maaf x dibenarkan
assalamualaikum Dr, pernahkah Dr dengar mengenai HADS test? dan sejauhmanakah ia digunakan di Malaysia? apakah perbezaan dia dengan DASS? DASS dan HADS manakah yang lebih reliable Saya ada cuba untuk mencari maklumat di google tetapi maklumat yang saya perolehi kurang memuaskan.
Salam of course.
HADS stands for Hospital Anxiety and Depression Scale. Dari nama ia lebih sesuai utk populasi hospital dan kurang sesuai utk populasi umum, satu lagi ia x boleh ukur tahap stress
Kemurungan: 36
Anxiety: 12
Stres: 24
Adakah keputusan ini tepat..dan adakah saya perlu merujuk ke hospital
post pun sudah dinyatakan jawapan
Assalam Dr. sejak saya duduk rumah saya sering rasa rimas dan tak suka duduk rumah rasa nak bebas. Bila saya duduk rumah saya asyik rasa nak marah, banyak berfikir tapi tak fikir apa apa pon, ingatan saya makin lemah, saya rasa susah bernafas secara tiba tiba, rasa nervous tiba tiba sampai rasa tak sedap perut dan saya akan shaking, saya juga kerap sakit kepala sejak kebelakangan ni dan saya susah nak tidur asyik berfikir tapi tak tak tahu apa macam ada sesuatu yang tak selesai mengganggu fikiran saya. Kadang saya ada rasa keluarga saya tak sayang saya kenapalah saya masih hidup kenapa saya tak mati. Saya asyik murung dan asyik marah tiba tiba je bila duduk rumah sampai mak saya tegur muka asyik masam je hari hari tapi saya asyik nak makan je. Sebelum ni saya duduk kolej pon saya ada rasa perasaan yang sama benda ni jadi lebih teruk lepas saya berjumpa dengan dua orang kawan saya yang mengalami depression saya terlalu stress sebab diorang terlalu bergantung untuk saya memahami sehingga saya stress dan saya ada cubaan untuk kelar tangan saya masa di kolej. Bila berhadapan dengan orang ramai walaupun saya kenal atau tak saya akan mengigil yang sangat ketara walaupun saya dah cuba kawal. Apakah saya patut buat? Parents saya jenis tak percaya semua benda ni dan selalu percaya ubat tradisional untuk bagi saya makan. Dah pernah banyak kali jumpa doctor untuk cari punca mengigil tu tapi doctor tak jumpa puncanya lagi sampai saya stop sebab study. Klinik di musim pkp ni terima ke untuk ujian? Apa saya patut cakap masa nak buat ujian di klinik?
Salam
Anda ada beberapa symptoms kemurungan spt, rasa rendah diri, cepat marah, sensetif, stress, mungkin boleh berjumpa kaunselor kolej dahulu utk assessment
Jika berat akan dirujuk hospital
Saya yang post di atas ini. Saya makin kerap suka marah dan menangis tiba tiba. Saya juga lebih suka bersendirian sekarang. Saya nak berjumpa kaunselor tapi semestar ini saya belajar secara online. Ada alternatif lain doc?
Saya dah buat ujian dass
Depression – 22
Anxiety – 38
Stress – 28
Assalammualaikum doktor di ujian dass ia menujukkan yang saya sangat teruk tapi saya tidak tahu apakah itu benar?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum doctor … badan saya otot sering berdenyut2 adakan ini punca anxiety
Mungkin, ringkas sangat, sila buat DASS
assalamualaikum dr. saya dah buat DASS online test dan saya dapat teruk-sangat teruk-teruk. saya cuma nak cerita apa saya alami dan nak tahu pendapat dr. saya tak tahu bila dan kenapa dia start tapi saya cepat sedih. kalau ada orang cakap something yang buat saya sakit hati ataupun tersinggung saya cepat sedih dan kalau saya tak dapat tahan saya nangis lebih lebih lagi bila sorang sorang. tapi apa yang saya perasan saya lagi cepat sedih bila parents saya sendiri yang cakap sesuatu yang boleh buat saya upset. tapi saya takde masalah apa apa dengan family saya cuma saya just kalau saya tersentap saya terus kurung bilik menangis walaupun kadang kadang ayah saya bergurau je ataupun nasihat saya. tapi ada juga masa yang saya brush it off dan bergurau balik. dr saya juga selalu rasa macam saya ni takde orang yg saya boleh count on dan saya rasa macam semua orang yg kawan dengan saya sebenarnya tak suka saya or sebenarnya diorang okay je tapi saya je kot overthinking? itu pun masalah saya, saya cepat sangat overthinking. kdang2 ada masa saya terfikir kesian org sekeliling saya mana lah tahu diorng semuanya sayang saya tapi saya sahaja yang rasa macam tak. sya macam confused dr. bila saya dalam episod sedih saya saya teringat org sekeliling saya saya rasa macam kena sya kena sedih semua org ok je tapi saya tak tahu lah dr saya pun confused. dr saya juga ada masalah untuk self-deprecation . bila saya tak achieved sesuatu yg saya nak, saya cepat lose hope dan saya selalu rasa macam baik tak payah hidup . benda ni jadi lagi teruk bila tahun ni result spm saya keluar, saya dapat 7A1b1c kalau ikutkan org yg ni sangat sangatlah okay tapi saya tak suka … saya kat sekolah bukan jenis socialise dan saya ni hanya boleh dikatakan okay dalam academic masuk juara program sekolah tapi bila result saya macam tu dan tengok kawan yg saya belajar sama sama naik atas pentas …saya benci sangat diri sendiri.saya ingat lagi saya tengok org lain enjoy dengan kawan kawan ada la rasa jealous tapi saya set kan mind saya takpe belajar pandai pandai sekarang tak penting,future lagi penting dan saya selalu rasa tak sabar nak habis high school sb saya sealalu anxious everytime bangun pagi saya dah fikir tak sabar nak balik rumah sedangkan saya masih dekat rumah baru nak bersiap. sampai sekarang dr. bila saya teringat hari rrsult saya akan terus down and nangis everytime teringat.saya tak tahu la tapi saya rasa macam banyak sangat negativity dalam mind saya dan saya pernah jugak tiba tiba dada rasa berat and then heavy breaths 🙁 saya cuma nak tahu pendapat dr tetang saya thank u !!
Ha ha ..
memang saya confused, walaupun panjang saya masih jelas isu sebenar.
Yg pasti anda ada masalah keyakinan diri, banyak self blaming dan self condemnation
Saya rasa kaunselor sekolah atau universiti akan banyak membantu
Anda perlukan kaunselor mungkin tak perlukan pakar psikiatri
Haii docter dass .. saya selalu rasa tak yakin pada diri .. kadang2 ta ada masalah saya nagis .. hati cepat tsentuh .. cepat sedih .. pekara kecil pun kadang2 saya boleh menagis .. saya juga ada sakit kepala yang teruk .. mungkin maigrin tapi pernah sakit kepala smpai 2-3 hari .. pernah juga nak tido tiba2 rasa nak menagis .. ade masa rasa letih dan rasa down sangat … Rasa penat sgat .. adakah itu tanda kemurungan …??
Tangan saya juga sering megeletar .. ade masa susah nk kawal pergerakann menelan dan tarik nafas
Salam,
Ada banyak kemungkinan,
namun apa simptom yg anda nyatakan lebih kemurungan.
Saya tertanya, anda post soalan pd post Adakah DASS tepat, tapi tidak nyatakan keputusan DASS di sini.
Bukan mudah utk mengagak2
Tangan saya juga sering megeletar .. ade masa susah nk kawal pergerakann menelan dan tarik nafas
24
18
16
Ini skor saya .. pada pendapat dass macam mana
Baca;
https://www.ramlimusa.com/interpretasi-skor-dass-anda-interpretation-dass-scores/
Assalamualaikum, keputusan anxiety saya teruk, n bila baca simptom ii anxiety bnyk yg match dgn diri saya. Pada mula saya rasa saya cuma mempunyai sifat pemalu, tapi bila lama-kelamaan sya rasa malu saya semakin teruk, bila berdiri depan khalayak ramai, mesti tangan menggigil lepastu berpeluh. saya nak eye contact dengan org yg saya x kenal mesti susah. Saya perasan bnda ni masa saya tingkatan 1, sekarang sudah tingkatan 3. Adakah memadai jika saya hanya bertemu dengan kaunselor sekolah?
untuk permulaan boleh cuba,
Jika tidak improved, kena jumpa doktor untuk ubat
Assalamualaikum…saya x tahu nak buat dah. Buntu. Sakit kepala. Makin kuat merokok. Hilang kepercayaan, benci kat family. Saya belum kahwin dan rasa x boleh berkahwin. Saya ada bussines tapi semua yg saya ada rasa xde makna untuk masa depan. selalu fikirkan kematian.
Soalam encik?
Harap membantu;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Keputusan dass saya
Depression 34
Anxiety 28
Stress 26
Saya selalu rasa yang saya ni tak berguna. Saya pernah terfikir untuk bunuh diri dengan bermacam cara. Saya selalu menangis bila ada masalah. Saya selalu rasa yang saya ini tak berguna bila ada orang yang selalu yang memberi harapan terlalu tinggi terhadap saya end up saya tak boleh buat. Menangis setiap malam dan bila selalu berada seorang diri adalah sangat kerap. Saya pernah termarah orang dengan nada yang tinggi lepas tu tangan saya menggigil. Saya mudah rasa tersinggung. Saya pernah telan ubat tidur banyak2 bila saya rasa diri saya tak berguna. Saya cenderung berfikiran negative.
Jelas anda ada kemurungan
Ubat antidepressant disamping psychotherapy sangat membantu
Assalamualaikum, Dr.
Keputusan dass saya:
Depression 24, teruk
Anxiety 18, teruk
Stress 28, teruk
Saya ada history cuba utk mencederakan diri dan bunuh diri dari childhood krn faktor dipulaukan semasa zaman sekolah menengah, kawan yg rapat dgn saya bertahun-tahun berubah ikut pulaukan saya, masalah hbgn ibubapa yg ditolak kpd saya disebabkan saya anak sulung. Disebabkan mslh rumahtangga antara parents saya, saya sering dijadikan tmpt utk diluahkan menyalahkan antara satu sama lain dan saya rasa tertekan disebabkan tersepit antara mrk. Kwn-kwn masa zaman matrikulasi, uni adlh tmpt utk saya melupakan apa yg berlaku di rumah. Saya seringkali rasa kemalasan utk pulang ke pangkuan keluarga, seboleh-bolehnya saya nak jauhkan diri. Ya, ia agak mengganggu tumpuan saya dlm bljr, tapi saya terpaksa lawan sbb dgn cara tu saya boleh alihkan tumpuan saya drpd perasaan yg membelenggu diri. Dgn kwn2, saya cuba belajar utk terbuka dgn org lain, sbbnya kadangkala saya masih ada rasa takut dipinggirkan dgn sebab yg tak munasabah mcm dulu. Saya sering persoalkan kekurangan diri rasa mcm diri tak diperlukan, mcm tiada sesiapa yg pedulikan. Saya bertemu seorg kwn baik yg saya sgt rapat masa di uni. Dia tmpt saya berkongsi mslh saya bertungkus lumus dlm pembelajaran, mslh saya dgn parents. Tapi malangnya, kwn baik saya tu menghidap kanser otak, utk tempoh setahun tiba2 dia menghilang dan saya sering tertanya2 dia di mana, kalau boleh saya nak dia tau yg saya dah berjaya praktikal di sykt terkemuka, kalau boleh saya nak dia tau yg dia org pntg yg sama2 tlg saya sampai saya boleh ke tahap tu. Saya praktikal sambil belajar, jadi saya bakal menduduki exam professional dlm masa terdekat. Dan sebulan sblm exam, saya dpt khabar dari seorg kwn dan adik kwn baik saya tu yg kwn baik saya dah meninggal. Luluh hati saya sbb saya tak tau status dia sampaikan terdetik di hati yg dia dah meninggal tu mmg tiba2 betul, dan ya, at least saya dpt tau dan dpt ziarah keluarga dan kubur arwah. Saya kesal sbb saya xdpt jaga dia, saya xde kereta nak pergi jenguk dia selalu, saya kesal yg saya tak bersama dgn dia masa dia bertarung nyawa selama kami hilang contact. Saya murung, berkurung dlm bilik. Cuba jerat leher, tak makan berhari2. Sampaikan nenek saya yg tgk sakit sedarkan saya yg saya masih ada nenek utk dijaga. Saya masih ada cita2 impian dgn kwn baik saya tu utk saya kejar. Masa tu, mmg exam professional tu saya tak lepas, dan sampai sekarang, saya xboleh nak sentuh atau masuk dlm bidang yg berkaitan dgn exam yg saya ambil masa arwah kwn baik saya meninggal. Lps kwn baik saya tu meninggal, saya jadi trauma. Jadi sebaik-baiknya saya jaga nenek sebagaimana yg saya nak buat tapi saya tak boleh buat utk arwah kwn baik saya. Waktu final year uni, saya seringkali balik utk jaga nenek. Nenek meninggal setahun slps kwn baik saya meninggal, sblm saya habiskan semester terakhir. Ya, keputusan exam saya merosot lps arwah kwn baik meninggal, saya seboleh-bolehnya cuba kawal prestasi saya. Saya menidakkan perasaan sendiri dan sibukkan diri stlh arwah nenek meninggal. Saya sedih sbb arwah nenek xdpt tengok saya konvo. Ya, ada kwn-kwn di sisi saya yg cuba utk berada dgn saya, tapi saya akan bndingkan mrk dgn arwah kwn baik saya sbb saya mcm xboleh terima org lain. Bg saya, arwah kwn baik saya tu adlh kwn terbaik drpd kwn yg bertahun2 berkawan dgn saya tapi akhirnya tikam saya dari blkg ikut ckp org lain yg kenal xlama mcm saya dgn dia. Kisah tu semua menghantui saya sampai skrg. Saya skrg bekerja dan belajar part time. Saya prnh alami tekanan di tmpt kerja lama disebabkan kerja yg terlalu teruk melebihi had masa sampai tak pernah ada ruang dan masa utk berehat. Masa saya bekerja di sana, tak prnh sekali pun saya lulus peperiksaan disebabkan diganggu dgn kerja masa saya cuti belajar, mc pun dipanggil kerja. Slps saya berhenti dr tmpt kerja tu, selama seminggu saya tidur all day bangun sekejap2 je sebab nak lepaskan bebanan fikiran dan replace tidur yg selama ni tak cukup. Selama 3 bln saya terpaksa menganggur, niat saya utk lulus exam. Saya kerja part time sbb saya terpaksa utk tampung kos hidup yg basic. Saya ibarat nak buang semua yg saya ada demi lulus exam. Tapi saya tetap tak lulus. Saya dpt kerja tmpt baru dlm jurusan saya, saya mmg pilih tmpt yg boleh bg saya ruang utk fokus lulus exam. Saya cemburu dgn kwn sekerja yg dpt offer kerja di sykt terkemuka impian saya, sbb saya xdpt lg ke sana. Saya jg tahan diri sbb saya tau yg kalau saya dpt kerja di sana, saya takut jd tertekan dgn kesibukan mcm di tmpt lama. Fokus saya utk lulus exam. Tapi sehingga ke hari ini, saya dah ambil exam yg sama 6 kali, dan exam baru 2 kali, saya belum lulus lg. Saya rasa sgt rendah diri dan kdg2 tu mcm saya tak nmpk harapan sampaikan saya penat dgn semua ni. Kdg2 tu, bila dgn org sekeliling, saya dihantui dgn perasaan dipulaukan yg dulu tu, jadi saya rasa ragu2 sbb takut jadi yg sama. Walaupun ibubapa saya dah xbuat isu mcm dulu, saya tertekan dgn sikap mereka. Dan adakala pakcik makcik saya akan mmpersoalkan balik apa salah yg ibubapa saya buat kat mrk. Jadi semua tu jatuh kat bahu saya. Saya tak tau apa yg saya perlu buat sbb semua ni akan berulang2 menghantui saya. Jumpa doktor pun saya tak tau sebab saya rasa berat nak pergi dan saya takut utk tau kos juga sebab keluarga saya bukan dr golongan senang. Kdg2 tu mmg saya nak hiraukan semua ni tapi mmg akan dtg balik kat saya. Saya cuba lawan perasaan negatif dlm diri utk buat sesuatu yg bahaya kat diri sendiri. Memang seringkali saya berperang dgn diri.
Salam t kasih berkongsi perjalanan hidup penuh like dengan panjang lebar.
Pergolakan isu rumahtangga ibubapa mengheret kepada kesangsaraan hidup anda.
Kehilangan rakan yg sangat memahami diri anda serta keluarga yg rapat sememangnya memberi kesan mendalam dlm kehidupan yg sememangnya sudah sempit.
Anda ada simptom kemurungan yg jelas. Anda cuba mengatasi sendiri tapi nampak tak berjaya. Maka ia petanda perlu ubat antidepressant dan paling tidak kaunseling.
Hampir semua University ada kaunselor bertauliah. Sesetengah University yg ada medical faculty pasti ada clinical psychologist dan psychiatrist.
Boleh dapatkan bantuan professional
Salam doc. Saya nak bertanya sedikit. Saya sejak akhir2 ni baru ada keberanian nak berjumpa psychiatrist tp saya taktahu saya ni betul2 perlu ke. Result DASS saya 38(depression), 16(anxiety), 30(stress) . Saya perasan perubahan diri saya sejak setahun lepas atau lebih. Dulu saya jenis suka sangat bergaul dengan orang, tp sekarang ni saya dah tak suka. Saya rimas ada dengan orang ramai jadi saya banyak mengurung diri dalam bilik. Setiap malam saya nangis, kadang taktahu apa punca tapi saya tak pernah rasa happy. Kalau berjumpa kawan2, saya lebih banyak diam dan perhati sahaja dan saya masih rasa kosong. Saya ada trauma dengan kisah lampau saya dan sampai sekarang saya masih sedih dengan benda tu walaupun dah bertahun, mungkin itu punca. Sekarang saya jenis tak suka bergaul, suka menyendiri sebab saya selalu end up dengan pergaduhan dengan kawan/family and saya akan terus blame diri saya and dah lebih setahun saya selalu fikir untuk suicide. Saya tak pernah cuba lagi, tapi saya kerap bayangkan saya bunuh diri kalau ada benda trigger. Macam kalau drive, saya suka sangat tgk kereta yg bawak laju2, dengan harapan dia akan langgar saya. Kalau saya nampak pisau, saya selalu imagine orang bunuh saya atau saya bunuh diri sendiri. Ada sekali saya terpecahkan kaca, dan saya hampir2 self harm. Saya taktahu ini cuma masalah diri saya atau saya mmg perlu jumpa psychiatrist. Saya cuma penat hidup macamni dah setahun lebih. Saya tak pernah rasa happy, tak pernah rasa nak hidup lagi tapi saya rasa nak mati 🙁
Oh selain tu, saya selalu tidur waktu pagi/petang sebab saya taknak berjumpa dengan orang sangat. Malam saya tak tidur sebab saya selesa takde orang waktu tu. Pukul5/lepas subuh biasanya baru saya tidur. Saya jadi takut nak berjumpa dgn orang, sebab selalunya akan bergaduh dan saya mudah sangat terasa dan terus nangis. Lepastu mula lah makin trigger nak suicide.
Salam,
Memang ada tanda2 kemurungan namun masih belum jelas bagi saya.
Bagi pakar @ therapist adalah penting utk kami mengetahui apa sebab berlaku (triggering factor) yg x dinyatakan di sini.
Saya cadabgkan anda baca post2 saya tentang kemurungan dan bila perlu jumpa pakar utk dapat sedikit idea
Saya doakan semoga kalian semua diberi kesembuhan.. Walaupun saya tidak mengalami dan memahami kesakitan yang kalian rasakan, saya yakin kalian pasti boleh menghadapinya. Kalian insan2 terpilih, insan-insan yang kuat. Takdir saya dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang diuji dengan kesakitan ini membuatkan saya lebih faham dengan keadaan ini. Untuk sahabat-sahabat saya, kalian adalah the real fighter, silent fighter in your own battle.. Don’t give up. Aku sentiasa ada untuk support hampa!!!!!.. dan untuk kalian pejuang-pejuang diluar sana, jangan malu untuk jumpa doktor, jangan malu untuk ceritakan masalah ni dengan kawan-kawan dan family korg.. Fahamkan mereka dengan apa yang kalian hadapi. Saya dulu kurang ilmu tentang penyakit ni, tapi saya didedahkan dengan penyakit ni melalui sahabat saya, tahap awal bermula dari perasaan “takut sangat-sangat dengan kematian” sampaikan setiap apa yang dia buat semuanya nak relate dengan kematian. Contoh kalau aku tidur, tiba2 aku mati mcam mana?.. kalau aku makan, then tercekik tiba2 mati mcam mana?.. then masuk tahap kedua dia cerita dia dah mula rasa puas kalau dia bercakap sorg2, bercakap dengan dinding, dengan bantal, kipas sampailah dia ketahap dia nak cederakan diri sendiri, tidur dengan gunting, selalu panjat bangunan tinggi sebab nak terjun, cederakan diri dengan jarum.. Bayangkan dari perasaan takut mati sehinggalah ke perasaan “nak sangat-sangat mati”. Bahaya, Sangat Bahaya Penyakit ni.. But one day, i got a text from her ” Aku dekat hospital, terpksa admit ward mental tak tau untuk berapa hari, aku tak tahan sangat dah, just to inform u that. doakan aku”.. Nangiss saya masa tu tak tahu nak react.. Sekarang alhamdulillah dia semakin baik .. So untuk kalian diluar sana, berjuanglahhh saya tahu anda mampu!!!!
Alhamdulillah t kasih atas kata2 perangsang
Asalam doc, saya tak tahu lah kalau doc baca comment saya, saya 14 , saya kat sekolah selalu kena body shaming, selalu kena shaming depan satu kelas ,no one in class respect me, sometime rase takde sorang pun kisah pasal saya , saye selalu terperuk dalm bilik, saye rase kalau alone tu lagi best daripada keluar rumah kena shaming kena ejek, kadang tu rasa nak bunuh diri, saye dah cuba bunuh diri , saye dah makan panadol 3 papan tapi nothing happen, aaye selalu takut nak gi skolah, even nak gi skolah pun rase cam nothing. Hope doc boleh comment.
Salam, Anda rasa rendah diri, ini disumbang dgn keadaan ibubapa yg agak kritikal terhadap anda
Cara parenting begini tidak sihat utk perkembangan emosi dan jati diri anak-anak. Saya melihat anda ada kemurungan walaupun kerap saya minta keputusan ujian DASS.
Elok berjumpa guru HEM atau kaunselor sekolah utk tindakan permulaan
assalamualaikum dr. saya selalu sedih kt rumah. kt tempat bljr bisanya okay. cuma ada terasa sikit ngn kwn. si far kt tempat bljr ok. tpi bila balik rumaha saya selalu rasa saya ni tk penting. saya sedih. apa patut saya buat. saya tk tau la ni normal ke tak. tapi result D=28 A=22 S=28
Ya kesidehan berpanjangan adalah satu tanda kemurungan.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum, saya keliru mengenai diri saya. Kadang saya rasa diri saya tidak dihargai dan disayangi oleh keluarga dan kawan kawan. Saya selalu berasa cemburu apabila melihat kawan kawan saya yang lain mempunyai orang sekeliling yang sentiasa ada bersama mereka, bercuti bersama, keluar bersama, always spend time together. Saya juga teringinkan keadaan yang macam tu tapi saya tiada kawan kawan yang ramai dan ramai, saya cuma kenal mereka kerana tempat belajar atau kerja selepas tiada kena mengena saya dilupakan, saya cuba contact tapi saya rasa saya sahaja yang ingat pada mereka. Saya juga kadang rasa kenapa hidup saya tidak seperti orang lain yang sentiasa gembira. Kadang saya merasakan diri saya dipinggir oleh orang lain, saya cuba jadi mesra tapi tetap rasa orang lain tak suka pada saya. Saya juga selalu overthinking dan fikir perkara perkara negatif yang tidak pasti. Kadang saya tertanya kenapa saya perlu hadap dan hidup seperti ini. Saya juga selalu menangis dalam dia dan bersendirian tanpa pengetahuan orang lain. Saya stress, saya menangis, saya kecewa, saya menangis, saya sedih, saya menangis. Saya tak yakin pada diri saya. Saya tak tahu nak bercerita bagaimana lagi.
saya dulu pernah stress sampai susah nak bernafas tapi saya tak pernah jumpa pakar . sekarang saya tak msh xtau yg sy ada atau tak depression atau anxiety disorder . tp sy dh buat dass depreasion sy sangat terok . perlu ke sy rawat ? dlu sy prnh bnyak kali sakitkan diri sndri . sbb sy rasa sy xmmpu bahagiakan org keliling sy
Post ini ada jawapan;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
saya bila dengan kawan kawan selalu tunjuk yang saya happy tpi bila balik je mood jadi lain selalu berkurung dalam bilik kadang kadang keluar bilik sbb makan je , saya cepat terasa dan mudah menangis , sometimes saya rasa yang saya ni tkde siapa siapa , rasa sedih dengan tibe tibe saya cuma nak tahu , adakah saya perlu jumpa kaunselor?
Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
assalamualaikum doktor…macam mana saya nak control anxiety saya doktor saya dah tak tahan dari usia saya mencecah 11 tahun saya dah ade tanda tanda panic berlebihan. Susah nak tidur , kerap menangis , takut tanpa sebab dan org selalu anggap saya gile sebab anxiety attack. kadang kadang saya macam pesakit mental sekejap menangis pastu tiba tiba dalam 10 minute sy dah boleh gembira macam tak ada pape berlaku pastu nangis lagi sekali. saya takut rasa sepi bila saya cite kat kwn kwn saya diorang padang saya macam bukan manusia normal. saya memilih untuk diam dan itu membuatkan panic saya makin menjadi jadi doktor.
Waalaikum salam,
Memang sukar keluar dari keadaan yg sudah sampai peringkat penyakit tanpa ubat (antidepressant).
Yg saya nampak penyelesaiannya berjumpa pakar untuk antidepressant.
boleh baca juga;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Kemurungan/Depression:
20 (Sederhana/Moderate)
Keresahan/Anxiety:
36 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Stress:
22 (Sederhana/Moderate)
Assalamualaikum saya nur berumur 20 tahun, saya seorang pelajar. Sejak sekolah lagi saya memang rasa takut berhadapan dengan orang ramai sebab saya banyak fikir kemungkinan yang orang fikir tentang saya sehingga saya mengigil, demam, loya, diarrhea, rasa nak pengsan sebelum buat pembentangan hingga saya terpaksa balik rumah. Saya pergi klinik semasa 16 tahun untuk masalah mengigil yang kerap saya hadapi dan doctor refer saya pada hospital sbb mungkin ada tiroid tapi setiap kali jumpa hasil darah memang tiada tiroid hingga akhirnya saya stop pergi semasa 17 tahun sebab surat saya hilang. Masa saya 18 tahun masa bekerja saya tiba tiba sahaja rasa sesak nafas, mula mengigil, badan rasa lemah, tangan saya kebas, jantung laju. Disebabkan saya pernah alami asma semasa kecik dan kali terakhir saya kena umur 12 tahun doctor kata asma saya nak serang balik dan cuma bagi saya gas. Selepas saya sambung belajar makin kerap jadi sesak nafas, sakit dada, jantung berdebar, mengigil, rasa takut, tiba tiba menangis. Kolej saya cuma ada MA bila saya jumpa MA dia kata saya macam ada hyperventilation dan refer sy ke klinik doctor check jantung tapi ok tak ada masalah dan minta ambil darah set appointment doctor cakap mungkin tiroid tapi saya tak pergi sebab tak ada transport. Kalau malam saya rasa sesak nafas warden bawa ke klinik pon doctor cuma bagi gas bila saya jumpa MA sebab sakit dada (kerap jadi) MA marah saya tak cakap dengan doctor saya tak asma tapi doctor bagi gas sebab saya sesak nafas masih ada oksigen. Sekarang kelas online di rumah shj walaupun online saya rasa takut bila ada suara yang terlalu banyak keluar dan presentation secara live online pon saya takut sampai suara saya menggelatar. Perkara ni sangat menganggu saya lagi lagi semasa ada ujian dan saya perlu mengejar masa. Sebelum ni waktu malam saya susah nak tidur sampai saya telan ubat selsema nak bagi mengantuk tapi saya tetap tak boleh tidur tapi baru baru ini pukul 10 saya dah rasa mengantuk. Semasa saya belajar di kolej classmates kata saya sombong tak nak lepak dgn mereka tapi saya tak suka keluar awkward, saya suka menyendiri saya seronok saya dapat menyendiri. Kadang roommate saya balik saya rasa rimas dan marah sebab ganggu waktu saya berseorangan. Saya tak suka berada di tempat ramai orang dan tak pandai bergaul. Sekarang saya rasa sedih dan menangis fikir diri saya kenapa saya terlalu takut dan malu untuk buat sesuatu yang saya inginkan. Saya cemburu tengok kawan yang boleh buat sesuatu dengan yakin. Saya nak pergi ke klinik semula tapi ibu bapa saya tak pernah percaya perkara macam ini. Saya ingat mahu berjumpa kaunselor dahulu jadi tak perlu berhubung dengan ibu bapa saya tapi saya rasa takut, berdebar, sesak nafas nak mohon berjumpa kaunselor secara online. Kawan saya kata saya seperti anxiety. Adakah saya ada anxiety doctor?
Ini simptom anxiety atau lebih tepat Social Anxiety Disoder.
Boleh Google baca utk tahu lebih lanjut.
Rawatan ; antidepresant dan kaunseling teknik graded exposure
assalamualaikum doc.
i got 38,14,26.
end year of 2019,saya pernah rasa ibu lebihkan adik bongsu.i felt sunyi.i didn’t close with my dad..so,kurang kasih sayang.at that time jugak…saya stress bcause of problems at school..abt friends & teachers..everyday saya nangis bcause of my friends…but,then i can control my sad,alhamdulillah saya okay..
but,my murung & sad datang again..
saya stress,sad bcause saya always ada gaduh with my bestfriends…
saya tak mintak pun semua tu…
semua tu salah faham then gaduh..
until today,kitorang dah tak bertegur..dah 3tahun kitorang berkawan…i lost 2 bestfriends yang saya sayang then saya ada sorang jek :).
saya jugak pernah sedih teruk bcause break up with ex..1 month jugak laa nak moveon..but,now saya okay jee..
2020 jugak saya kembali sedih sebab ibu saya :).dia lebihkan adik saya…dia selalu manja2 dengan adik bongsu sayaaa tu even saya ni tak penah dimanjakan macam tu..when saya murung,ibu saya marah saya :).dia cakap saya ni pelik la selalu murung,nangis…
saya sedih sangat2 bcause ibu saya tak faham perasaan saya..
until now,saya sedih,murung bcause of this…
i don’t have anyone to share my problems…and up pendam je selagi nyawa ni ada..
i know…tak perlu pun rasa macam tu dekat adik saya..but,saya memang tak boleh buang perasaan ni..
saya selalu harapkan perhatian & bermanja dgn ibu saya..
tapi :)…
hm..
kawan2 kat sekolah semua perasan perubahan saya..
saya jadi seorang yang pendiam,tak bergaul dengan orang..takut hilang orang yang saya sayang…introvert..mulut selalu kering even dah pakai vaseline..tbh,saya rimas mulut kering:)..taktahu dah nak buang cane mulut kering..
tbh,i miss my smile..now,saya memang susah nak senyum!saya taktahu..mulut saya cam dah lupa macam mana saya senyum!saya terkejut gilaa..if ada orang buat lawak pun..saya senyum macam tak ikhlas!gelak tu memang tak la sekarang…
saya rindu saya yang ceria:)..
with my family…
especially with my bestfriends & ibu!
doc rasa apa yang patut saya buat?
harap doc sudi jawap.
maaf if panjang sangat :).
assalamualaikum.
Waalaikum salam,
Sukar memberi cadangan kerana x tahu umur anda.
Boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/
Mungkin ada jawapan di sana.
Saya lihet sesi family counseling pasti dapat membantu dan merungkai banyak masalah
Assalammualaikum doc..
Penghujung tahun 2020, di tempat kerja saya, saya perlu menanggung kerja kawan saya yg bercuti panjang..dan dalam 2 bulan tu saya berselang seli bekerja dari rumah..dan ada kalanya kerja tu memerlukan saya masa sehingga ke malam untuk selesai apabila tahap kerisauan takut di tanya boss pada keesokan hari..
Dan pada awal tahun ini beban kerja hakiki saya banyak tertunda disebabkan saya terlalu fokus untuk menyiapkan kerja kawan saya..dan terdapat 2 minggu tu saya struggle dari pagi ke malam menyiapkan kerja-kerja saya yg tergendala dan yg urgent yang mana diperlukan untuk minggu itu..hampir setiap hari saya bekerja pagi ke malam dan tidur juga selalu lewat sehinggakan bangun pagi terus akan mengadap laptop untuk menyiapkan tugas..dan message telefon dari pegawai saya pun sering diterima bertanyakan update kerja dan progress adakalanya pegawai saya itu membantu..kadang-kadang sehingga ke malam juga bercerita tetang kerja..
tetapi kebelakangan ini saya tidak tahu mengapa bila setiap kali pegawai saya bertanyakan hal kerja saya mula jadi bosan dan malas untuk membalas message nya..adakalanya saya jadi rasa sengaja untuk membalas message tersebut sehinggakan die menghubungi saya hanya untuk bertanyakan progress kerja..saya tidak kisah tetapi bila mana hari sabtu dan ahad pun saya masih perlu update kerja saya jadi bosan dan adakalanya emosi sedikit..satu hari tu kadang-kadang saya rasa malas untuk melakukan semua benda..
Saya nak tanya doc adakah rasa bosan yang saya rasakan ni faktor saya kurang berehat..tekanan dari keadaan sekeliling ? Dan adakah rasa ni akan memberi kesan untuk masa akan datang ? Jika doc boleh beri pandangan bagaimana untuk saya atasi semua ni ?
Salam,
Spt selalu saya komen mahukan keputusan DASS.
Apa kata anda buat ujuan DASS, utk bexa stress biasa dan kemurungan
Anda tidak nyatakan banyak simptom tk saya diagnose tapi lebih kpd masalah suasana kerja
Baca https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assamualaikum Dr., sy nak minta pendapat berkenaan ujian sy buat. Boleh kata berpuluh kali sy buat ujian, hasilnya lebih kurang. Saya dulu seorang yg suka berkawan, peramah tapi sy x sedar sejak bila sy jadi seorg yg sgt pendiam, malu yg melampau, takut yang tidak munasabah, dan macam2 lagi. sy selalu imagine benda yg buruk2 walaupun sy tidak memikirkan hal tersebut. Yang menjadi masalah besar kpd sy sekarang ialah sy tak tahu mcm mana nk dptkn rawatan. Kalau saya ke klinik, sy nk ckp ape? nk kena tunjuk ujian DASS terus ke? sy jadi bingung dan risau. sy tak nak berterusan mcm ni dan nak hidup normal. Yang paling ketara sy perasan adalah bilaman sy bercakap kadang2 berterabur ayat dan selalu salah eja bila menaip. adakah tu normal? harap Dr. boleh bantu saya. TQVM
Kemurungan/Depression:
40 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Keresahan/Anxiety:
26 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Stress:
28 (Teruk/Severe)
Salam, nampak masalah ketara,
Ya simple tunjuk ujian DASS dan cakap ada masalah tekanan perasaan.
Selebih mereka akan handle
Boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
=26
=22
=28
Entah la nk kate cam mne,tapi sy rase sy org yg mmg x gune..sy buat pape smue nye x gune..blajar bodo..xleh harap..dh la bodo..x pandai ambik hati org..cepat melenting..bnde yg x patut fikir pon jdi bnde wajib lak..x prnh rse masa depan sy cerah..mesti kucar..sy cube tau..cuba nk ubah diri..tapi x mampu sbb org sekeliling..nk sngt rse hidup cam org lain..tapi entah sbb sy bodoh x tahu nk buat ap..bnyk kali nk bunuh diri..kt sklh try nk potong nadi..try lemas kn diri..slalu hentak kepala kt dinding..tu dh mmg jdi tabiat..cakar ii lengan..kalau nangis je mesti gelak cam org x betul..tgh marah pon boleh gelak ii smbil baling ii barang..sy pon x tahu la knpe sy mcm tu..srabut gilerrr..kuat mengeluh..x suke duk kat ramai ii org..jdi srabut..entah la..kt kelas slalu x fokus..asyik nk temenung je..bnyk kali camtu..tgh solat pon boleh termenung..patu jdi x tahh ap..entah la sy mmg jahil sngt sbb slalu fikir tuhan tu ade ke x?mmg xleh nk lari la..kepala slalu berdesing sakit giler mmg mcm kene cucuk paku.. slalu jadi kejap tapi kerap..sy x tahu la nk wat ape..x prnh nk rse citer kt org lain..sbb malu ad prasaan yg bodoh mcm ni..x tahu nk wat ape..💔💔💔
Anda ada kemurungan; rasa rendah diri, hopeless, useless, cepat marah DLL
antidepressant dan kaunseling jalan penyelesaian di samping pengisian rohani
Saya sudah menjalani dass test for several times and differents months yet saya masih dapat markah yang sama which is tiga-tiga kategori lebih 40+. Saya masih lagi ragu ragu adakah patut saya seek psychiatrist. Saya jadi takut apa yang akan disoal, apa yang saya kene cerita, adakah saya kene cerita sedangkan saya bukan sejenis yang meluah? Pada pendapat Dr, apa patut saya buat?
Psychiatrist adalah manusia yg paling tak takut jumpa.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr, saya ni kalau di luar mcm gila2 sikit perangai mahupun di hadapan parents saya.. Tapi di belakang mereka tak tau yg saya mat stres or what dan saya dtg ke website ni untuk ketahui masalah yang dihadapi, keputusan nya tinggi…. Sometimes keputusan bunuh diri pun ada di minda, saya lebih prefer utk berdiam diri dan pendam…. Saya tau ini tak lah memberikan kebaikan terhadap diri saya, tapi ia nya sudah berlaku sejak 2014 umur saya 12 tahun… Depressing and stress kemudian 2017… ” Tak semestinya orang terdekat kita mahupun darah daging kita boleh dipercayai,” my thoughts always remind me went I’m around with the closes person.
ada jawapan,
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
34/42/36.. is this okay Doc? 🤣
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Hi doc saya 18 years old
Dan saya sering rasa sedih apabila berseorangan walaupun sebelum saya sedih saya sangat seorng yang gembira tapi bila saya berseorang diri banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya ..
Test mental saya kemurungan 30, anxiety 30, akhir sekali 30 .. setiap malam saya sukar untuk tidur .. saya akan gelisah semasa hendak tidur .. saya jugak selalu menangis setiap malam .. saya takut berseorangan… tangan saya mudah mengeletar apabila saya memegang sesuatu barang … apabila saya bercakap communicate atau membuat sesuatu perkara fikiran saya selalu bercakap dgn diri saya .. saya jadi tidak fokus dgn bende yang saya lakukan kerana fikiran saya terganggu .. pernah sekali saya membawa kereta tapi saya memikirkan perkara lain .. otak saya tidak pernah kosong ada saja yang lalu di dalam otak saya ..kadang kadang bende yang tidak saya mahu fikir kan bende tu lalu die fikiran syaa .. saya tertanya “kenapa saya macm itu kenapa saya macam ini” .. apa saya perlu buat ye doc?
boleh baca
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Doc saya selalu rasa takut yang sangat teruk ( mcm kita baru buat salah) tampa sebb lepas tu saya selalu menangis sampai 1-2 jam tampa sebb dan kadang ii sy overthinking yang sampai saya tk boleh kawal dalam waktu yang sama sy menangis yang sangat teruk sampai sy tk boleh nk stop dan satu lagi saya selalu rasa cemas …dia datng tiba ii je , tapi sangat teruk
soalannya?
di sini ada jawapan
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Sejak kebelakangan ini, saya kerap berasa letih, terutama selepas pukul 4:30 ptg hingga 9 malam. Adakah keletihan antara tanda2 seseorang menghadapi stress, anxiety atau depression?
Salam,
Itu petanda depression, Namun anda tidak menyatakan keputusan ujian DASS yg sering saya minta. DASS akan menunjukkan keterukan (severity)
Boleh baca selanjutnya post2 ini. semua sudah saya dihuraikan, harap ia membantu.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum Dr. perlu ke saya berjumpa pakar kalau saya depression 34, anxiety 22 dan stress 40. Saya budak sekolah menegah 14 tahun, stress tu saya alami kat asrama. Kalau kt rumah saya ok cuma saya kurang bersosial dengan orang. Saya kerap nangis x kira kt mana-mana lagi-lagi waktu malam. Lepastu saya jenis yang macam baik hati, x tetap dengan apa yang saya dah cakap. Saya jadi macam biarje apa yang orang nak buat kt saya. Saya pernah jugak fikir nak bunuh diri tapi saya x boleh nak buat… saya mampu imagine je. Imaginasi saya, kawan-kawan cakap terlalu kuat sbb saya suka cakap sorang2 waktu malam. Saya anggap yang saya bercakap dengan orang yang saya x puas hati or orang yang saya nak luahkan.
Jawwpan perlu bila rasa nak bunuh diri..
Saya melihat anda ada sikap Non-assertive yg perlu diubah supaya hidup todak terus tertekan. Ia memerlukan sesi kaunseling
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Di sini ada jawapannya..
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr. perlu ke saya berjumpa pakar kalau saya depression 34, anxiety 22 dan stress 40. Saya budak sekolah menegah 14 tahun, stress tu saya alami kat asrama. Kalau kt rumah saya ok cuma saya kurang bersosial dengan orang. Saya kerap nangis x kira kt mana-mana lagi-lagi waktu malam. Lepastu saya jenis yang x tetap dengan apa yang saya dah cakap. Imaginasi saya, kawan-kawan cakap terlalu kuat sbb saya suka cakap sorang2 waktu malam. Saya anggap yang saya bercakap dengan orang yang saya x puas hati or orang yang saya nak luahkan.
perlu
Di sini ada jawapannya..
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum Dr. perlu ke saya berjumpa pakar kalau saya depression 34, anxiety 22 dan stress 40. Saya budak sekolah menegah 14 tahun, stress tu saya rasa alami kat asrama. Kalau kt rumah saya ok cuma saya kurang bersosial dengan orang. Saya kerap nangis x kira kt mana-mana lagi-lagi waktu malam. Lepastu saya jenis yang x tetap dengan apa yang saya dah cakap. Imaginasi saya, kawan-kawan dan family cakap terlalu kuat sbb saya suka cakap sorang2 waktu malam. Saya anggap yang saya bercakap dengan orang yang saya x puas hati or orang yang saya nak luahkan.
perlu
Di sini ada jawapannya..
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum doktor..4tahun lepas saya pernah kehilangan 2orang yg saya sayang..mak dengan suami..dan saya pernah 3kali mengambil panadol dan ubatan2 dengan dos yg lebih..tapi saya xpernah pun ke hospital..untuk buat sebarang rawatan..saya cuba lalui hidup saya macam biasa..tapi makin lama keadaan saya makin teruk..sekarang saya xmampu nak kawal marah..kadang2 saya mudah rasa annoyying dengan semua org..cepat sedih..cepat terasa..dan sekarang saya mula rasa bosan tuk bekerja(saya seorang cashier di sebuah pasaraya)..saya selalu rasa berdebar dan tangan menggeletar..ada 1hari tu..saya rasa berdebar sampai tekanan darah naik terlalu tinggi..saya ada berjumpa kaunselor tapi kaunselor cakap keadaan saya xteruk..tapi saya rasa saya dah xmampu nak kawal semua rasa ni lagi..lepas kaunselor cakap macam tu..saya rasa kecewa sangat..saya rasa xguna pun saya jumpa kaunselor..keadaan saya tetap teruk..kadang2 saya rasa nak mati ja doktor..
Result dass saya
34 kemurungan
30 anxiety
34 stress
Ia petanda perlukan rawatan, paling tidak kaunseling berterusan
Saya tak suka duduk dkt tmpt yg ramai org, walaupun saya kenal, contohnya sepupu atau saudara mara sendiri, apath lagi org lain yang tak kenal.. My heartbeat went 📈📈 tangan sejuk mengeletar, lutut rasa lembik ja nk berjalan.. Masa tulah sakit perut mencucuk mcm ditikam.. Kalau tak sakit perut pun, kepala rasa berdenyut denyut saja.. Nak bercakap dengan orang pun instighfar dulu banyak banyak.. Takut tanpa sebab.. Rasa macam semua orang tengah judge saya dalam diam, sebabtu saya tak suka bergaul dgn org ramai atau orang yang tak rapat.. Tapi umi saya marah, dia ckp nanti kalau susah, nak minta tolong jiran pun jiran tak kenal.. Dengan sepupu, saudara mara sendiri pun taknak bergaul.. Umi saya marah sangat.. Tapi umi tak rasa apa yang saya rasa. Saya cuba, bukan tak cuba, tapi makin saya paksa jantung berdegup makin teruk.. Rasa nk menangis tak tentu pasal… Padahal bukanya buat apa pun.. Saya rasa teruk sangat, apalah nk jadi dengan diri sendiri.. Nak pulak ayah selalu cakap saya tak boleh diharap, dahla saya anak sulung, tanggung jawabnya besar.. Selalu dicompare dengan anak anak kawan mereka.. Rasa macam kalau saya tak lahir mesti tak menyusahkan semua org macam sekarang ni.. Kadang kadang saya cuba positive, parents cakap macamtu sebab dia nak saya jadi yang terbaik.. Kakak yang bertangungjawab yang boleh jaga adik adik dengan baik. Saya tenanglah sekejap, tapi kdg” bila terfikir balik apa yang parents saya cakap tu, benda tu sangat menganggu fikiran saya walaupun dah cuba postive.. Rasa useless sangat.. Saya sendiri tak yakin dengan diri sendiri.. Setiap kali nk hantar kerja pdpr pun jantung saya akan buat concert, confident saya sangat rendah.. Walaupun saya tau kalau saya ada buat kesalahan cikgu takkan marah, jantung akan tetap rancak berkonsert, tangan sejuk tapi nasiblah tak sampai shaking.. Teringat pula tahun depan kelas akan campur dengan budak lelaki, jantung laju ja, dah dapat rasa dia punya aura uncomfortable.. Buat presentation depan kawan kawan perempuan saja pun dan mengeletar teruk, apatahlagi bila campur kelas tahun depan.. Teruk betul kan, kalaulah confidence boleh dibeli : ).. Tidur saya memang terganggu, tak teratur lansung.. Setiap hari, tak boleh nk tidur awal lansung.. Kalau tertidur atau saya paksa diri untuk tidur awal dalam pukul 10 atau 11 mcmtu.. 2, 3 pagi nanti mesti akan terjaga, mula susah nk bernafas dan shaking.. Symptom dia sama macam bila saya nk cuba bergaul dengan orang.. Kaki rasa sejuk.. Out of nowhere mesti saya akan menangis.. Paling awal saya tidur pun pukul 3 ke 4 pagi macamtu.. Tidur lambat dah buat saya sakit kepala, lepastu nanti tak tentu pasal sakit perut… Saya minta maaf kalau terlalu panjang 🙂
Salam,
thanks,
ia jelas anda ada masalah Social Anxiety atau social phobia.
Ada rawatn berkesan untuk kurang masalah ini di hospital atau klinik pakar psikiatri
Saya nak sangat dapat kaunseling dekat sekolah tapi saya malu, kadang Ii bila cg ckp kalau ada masalah apa Ii bole mintk nasihat saya rasa macam dia tuju dekat saya, saya tatau kenapa saya rasa macam marah sedih … Umur sya baru 15 saya Jenis baran cepat marah cepat melenting cepat terasa, saya cakap banyak dengan kawan yang saya kenal saya rasa happy ja tapi bila saya sorang Ii saya Mula rasa alone, bila dgn org saya xkenal saya jadi pendiam. Saya baru pindah sekolah Dan saya rasa menyesal sebab saya xpandai nak bergaul. Kalau dulu saya paling susah nak menanggis sekarang sbb pkp saya makin mudah menanggis Dan rasa keseorangan. Saya Malas nak bergaul semua. Saya rasa saya tidak berguna saya rasa kosong
Saya nak sangat dapat kaunseling dekat sekolah tapi saya malu, kadang Ii bila cg ckp kalau ada masalah apa Ii bole mintk nasihat saya rasa macam dia tuju dekat saya, saya tatau kenapa saya rasa macam marah sedih … Umur sya baru 15 saya Jenis baran cepat marah cepat melenting cepat terasa, saya cakap banyak dengan kawan yang saya kenal saya rasa happy ja tapi bila saya sorang Ii saya Mula rasa alone, bila dgn org saya xkenal saya jadi pendiam. Saya baru pindah sekolah Dan saya rasa menyesal sebab saya xpandai nak bergaul. Kalau dulu saya paling susah nak menanggis sekarang sbb pkp saya makin mudah menanggis Dan rasa keseorangan. Saya Malas nak bergaul semua. Saya rasa saya tidak berguna saya rasa kosong. Depress saya sangat teruk , anxiety saya skit Dan stress saya teruk mengikut ujian.
assaamualaikum doktor sy umur 13, sy bersekolah di SMAKJ,sekolah berasrama,dulu saya amat senang nk menghafal quran dri umur 7-12,tpi skrg sy makin susah nk hfl 30 minit nk hafal setengah muka pun susah dan sy juga perlu menghafal utk subjek2 khusus sy.Ye sy tau mungkin disebabkan subjek sy banyak sampai 30 subjek seminggu tpi keputusan ujian DASS saya tinggi dkt anxiety,skrg PKP so nk pergi hospital tu family bangkang teruk2 sy masih bwh umur.Masa duduk asrama tu rasa tenang sikit tpi yelah skrg PKP jdi kena duduk rumah.Saya dh penat sangat.Ibu sy selalu ckp klu xmampu pindah sek men biasa je.Tpi sy xnak sy nk sek tu jugak.Cuma itulah sy stress dan penat hari2.Macammana ye doktor boleh tolong saya?
saya nk kaunseling kt sek tpi sangat malu nk cerita dkt org
Salam,
elok jumpa doktor atau kaunselor utk penilaian, diagnosis dan rawatan.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
assalam doc..sy ida dari pahang…sejak seminggu ni sy mengalami perasaan resah dan risau ttg keadan diri sy…perkara berlaku secara tiba2…sebelum hari kejadian sy ada sedikit stress sbb sy ada masalah kesihatan yg xbegitu teruk sebenarnya…tetapi sy anggo perkara itu terlalu serius…2 3 ahri sy berfikiran begitu…tiba2 hari seterusnya sy terkena seprti resah dgn tiba2..perit rasa mual dan muntah…tiada rasa berdebar cuma rasa xselesa di ulu hati….dan itu mnyebabkan sy rasa resah..sememangnya sy ada gastrik dr sekolah menengah lg…dan sekarang pon gastrik selalu dtg jika sy xjaga permakanan dan waktu makan…adakah sy ada tanda2 anxiety?
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/?results=NM9P3G
ni skor dass sy…harap dpt diberi pandangan
Assalamualaikum dr… saya ingin bertanya saya seorang yg aktif, bekerja dan jgak bnyak mlakukan aktviti ngo kekdang shngga mngakibatkan tidur lewat dan bangun awal, makan juga tak menentu dgn memakan makanan ayam dan dging serta tidak makan sayuran, saya juga perokok dan seringkali meminum minuman berkafein sperti kopi dan nescafe, pada suatu hari semasa saya balik dari tugasan saya nk tdur jam 4 pagi tiba2 kaki dan tangan saya sejuk, jantung berdetup laju, menggeletar dan rasa mcm nak pengsan, kmudian dlam 15 ke 20 min rasa ok balik, slepas dr kjadian tu sya rasa takut mati, xboleh bersendirian, hilang selera makan, badan selalu rasa lemah dan slalu brfikiran yg bukan2 serta bila rasa banyak berfikir akan berdebar…
salam,
check jantung dulu, kita normal, ia kemungkinan besar anxiety. sila nyatkan DASS anda bila bertanya
Assalamualaikum Dr. Sy dh mmbuat ujian Dass , teenyata tahap keadaan sy skrng sangat teruk dri smua sudut dalaman, ttpi diri sy mampu kawal asbab sy merasakan sy menumpang di rumah kluarga Dan perlu menyara dn mendidik anak sy , punca sy begini atas asbab sy kecewa dn kesal atas perbuatan sy yg dahulu terhadap suami sy. Kini suami tidak lg tnggal bersama saya dn anak , suami myewa di tmpt lain dn tggal bersama rakan²nya . Keadaan sy terlalu sakit dn stiap waktu dn hari menangis tanpa henti, hidup tidak semangat lgi seperti awal prkhwinan ,. Sy merasakan diri sy sngt teruk Dan Hina disekeliling , . Adakah sy perlu segera dapatkan rawatan ? .
Salam,
ini masalah perkahwinan atas apa berlaku pd masa lalu. soalan ini sodah saya jawab pangjang leba
Boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalam doc. Saya rin, 20 tahun. Keputusan dass sy kemurungan 32 anxiety 34 stress 40. Sy sukar utk tidur malam kerana otak sy selalu berfikir tentang pelbagai perkara. Perkara yang dah lepas, sekarang dan yang akan datang. Kadang2 sy akan mengambil ubat selesema pada waktu malam utk buatkan saya mengantuk. Saya tiada keyakinan diri. Saya takut utk berada di depan orang ramai dan saya juga tidak berani utk berckp dgn org luar cthnya ketika nk order makanan di kaunter. Saya juga kerap shaking dan rasa tercungap cungap walaupun tidak melakukan aktiviti spt bersenam. Apabila saya dalam tekanan, saya sukar mengawal diri. Saya seorang yang memendam rasa, saya tidak menceritakan masalah kepada orang lain. Saya juga cepat irritated walaupun dengan perkara2 kecil. Saya selalu ada suicidal thought dan akhirnya saya akan pukul kepala saya sekuat kuatnya. saya juga mudah rasa penat dan hilang mood. Saya hanya rasa bersemangat utk melakukan sesuatu hanya utk beberapa minit kemudian saya sdh pnat. Sejak skolah rendah, sy ad masalah dgn kawan2 sehinggakan saya mnjadi takut utk kenal orang baru kerana sy takut orang baru itu akan buat sama macam mereka. Sampai sekarang, peristiwa hitam sejak skolah rendah tu sering menghantui diri saya sampai saya tidak dpt stop utk fikirkannya. Sy juga tidak berdaya utk melakukan perkara2 yg kecil seperti mandi. Sy pernah tidak mandi selama 4 hari kerana saya merasakan mandi itu terlalu memenatkan. Kalau makan, sy makan sikit shja kerana menjadi cpat kenyang sehinggakan berat telah susut menjadi 37kg dan sy tinggi 154cm dan rambut gugur terlalu banyak. Adakah saya perlu berjumpa doc atau saya hanya sedih yang biasa?
salam,
simptom yg anda ceritakan ke arah masalah Social Phobia atau nama barunya Social Anxiety Disorder.
Ia akan menggangu hidup anda
jika mengganggu hidup, perlu jumpa
Salam doktor, DASS skor sy depression 40, anxiety 28, stress 22.
Teringin sangat nak cerita kat org keadaan kita. Tapi x pandai.. Sebab dari kecik terbiasa pendam. Sy cuba ya. Sy perasan tanda2 ni dari zaman kolej.. Cumanya keadaan bertambah teruk sejak sy kerja kat tmpt skrg ni. sedih berpanjangan, suka menyendiri, kadang takut nak berada di dunia luar, lemah badan padahal x banyak buat kerja, hilang daya tumpuan, tiada minat pada hobi lagi, tidur berlebihan kemudian bangun dlm keadaan masih penat. Sy kerap x dapat berfikir.. Working environment sy skrg begitu pressure sampai ia menganggu life sy. Sy dah tak tahan tpi terpaksa teruskan buat sementara waktu atas faktor2 lain…
Maaf ni bukan soalan. Tapi sikit luahan je. Cuba untk meluah. Tq..
Sampai masa sy akan dtg jumpa pakar bila sy totally x tahan..
salam,
t kasih atas perkongsian dan luahan
Saya dapat rasakan anda jenis personality yg reserved and having small circle of friends.
Anda juga jelas ada masalah kemurungan yg perlukan perhatian doktor
Asslamualaikum doktor , skor untuk ujian DASS saya ialah 10,30,30 . Umur saya 18 tahun , kebelakangan ni saya keral berasa resah dan tangan saya selalu mengigil setiap malam , kadang ii saya rasa down sangat sangat , saya selalu rasa kan diri saya ni teruk sebagai seorang anak , sebagai seorang akak , sebagai seorang kawan , sebagai seorang pelajar . Kadang ii satu hari sayang habiskan seharian dengan menangis kerana terlalu rasa patah semangat , saya juga selalu cepat berfikir , saya selalu berfikir jauh kadang ii smpai tak tidur malam , sebelum ni saya memang ada imsonia , tapi dulu saya tktahu saya tkboleh tidur sebab kan saya trlalu banyak berfikir . Hmm , banyak lagi saya nak luah tapi saya tktahu nk smpaikan mcm mana 😭 boleh tk doktor berikan saya pandangan doktor , hm
salam
Ia petanda anxiety.
boleh baca lanjut utk panduan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assallamuaalikum doctor
Skor ujian DASS saya ialah 36,34,42
Dan saya ada buat DASS di beberapa link Dan hasil tetap sama.
Umur saya 34 tahun sejak akhir2 INI saya selalu rasa gelisah takut sedih yang berpanjangan,mengigil rasa down sangat bila saya pikir yang bukan2 says rasa diri hidup macam terpaksa.
Saya mula rasa down teruk masa umur 16 tahun bila ibu bapa saya meninggal.
Saya rasa takut hidup sorang diri saya tak tahu nak share dengan siapa rasa sedih and kecewa saya…
Lepas arwah suami saya meninggal keadaan saya makin teruk ada masa rasa nak bunuh diri tapi rasa kesian dekat anak saya yang masih kecil.
Bila PM umum lockdown saya jadi sensitive ada masa saya nangis Tanpa sebab rasa tak berguna jadi IBU
APA yang perlu saya buat doctor?
😔😓😔
waalaikum salam
Perlu jumpa pakar psikiatri untuk rawatan yg comprehensif demi kesembuan
Assalamualaikum, saya berumur 17 tahun,skor ujian DASS saya semua sangat teruk, saya selalu search kt google kaitan cara bunuh diri, dan saya pernah membuat perkara ii tu walaupun tidak teruk,saya tidak berjumpa dengan cikgu kauseling kerana taknak kene judge dan orang sekeliling tahu, walaupun saya spm thun ni, saya berasa tiada semangat nak belajar dan tidak membuat perkara saya suka lagi,tambah lagi seekor kucing bunting beranak di belakang rumah, so sye jaga, tpi mak kucing tu beranak lagi dan sekarang saya mempunyai banyak kucing, yg betina saya masuk dlm sangkar, tpi ada yg on heat membuatkn kucing tu meow tak berhenti, sudah memberitahu parents untuk memandulkan tetapi mereka tidak bersetuju kerana mahal, tiap malam saya bangun kerana stres bunyi bising, saya juga kerap sakiti diri sebab saya x tahu nk buat apa lagi utk ank kucing tidak bnyk dan tidak bising, hal kucing semua tuju kepada saya, saya berasa tiada siapa fhm saya, saya tahu saya stres sebab bende remeh, saya hanya pendam dan takut suatu hari saya cuba sakiti diri dengan lebih teruk, doc rasa apa patut saya lakukan?
Assalamualaikum doc, markah saya 32,16,28. Saya seorg yg periang lgi2 klau dekat umh. Tpi, bila saya sedih, saya lgi suka pencilkan diri saya. Saya akan duduk sorg2 dlm bilik, saya tkkan berckp dgn sape2,termasuk ahli keluarga saya. And bila saya dh start down, saya akan buat perkara yg menyebabkan down saya makin teruk. Mcm dgr lagu2 sedih, gmbr2 sedih smpi saya rasa hidup ni tk bermakna. Kdg2 terlintas dlm kepala saya untk cederakan diri saya. Ye saya buat, cuma saya sedar yg bende tu sakit and saya akan berhenti slps itu. Tpi saya tk bole nk buat apa2,sbb makin lama bende ni bole buat saya makin teruk. Dri fikir nk guris tgn, nk telan panadol bnyk2 smpi saya fikir nk bunuh diri saya.. Saya tk tau nak buat apa.. Saya tk tau nk ckp dgn siapa..
Assalamualaikum Dr, saya selalu rasa berdebar, degupan jantung laju, tangan dan kaki sejuk, menggeletar dan kadang kepala sakit. Hal ini jadi apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan saya. Terutama sekali apabila berkaitan dengan bekas teman lelaki saya. Sebelum ini pun waktu bercinta dengan teman lelaki saya, saya mengalami keadaan tersebut apabila saya mendapati sesuatu yang tidak menyenangkan dari teman lelaki saya. Kami baru sahaja berpisah dan perkara ini sangat membuat saya trauma kerana kami telah bercinta hampir 8 tahun di mana dia berjanji untuk mengahwini saya. Saya ada juga berhubung dengan dia, di mana saya pernah bercakap melalui telefon. Waktu itu saya sedar, yang saya bercakap terketar-ketar seperti seorang yang sangat bimbang untuk “presentation” kelas. Saya juga baru baru ini terima “sms” daripada dia yang di mana saya sangka kan dia menghubungi saya untuk memperbaiki hubungan kami. Namun dia menghubungi saya untuk menuduh sesuatu yang tidak saya lakukan. Waktu terima “sms” dari dia, keadaan yang saya sebut atas sekali itu terjadi. Saya rasa macam hendak pitam. Namun, waktu itu saya di tempat kerja. Jadi saya berfikir untuk mencari cara agar tidak terjadi sesuatu ke atas diri saya. Waktu rehat saya hanya mampu menangis dan hilang selera makan. Selama ini saya selalu berfikir yang saya tidak guna untuk hidup dan mencari cara untuk hilangkan rasa sakit “hati” yang saya rasa. Saya susah untuk tidur dan tidur pun selalu terjaga atau tidak nyenyak. Saya selalu mencari cara untuk mencari ubat yang sesuai dengan saya. Untuk menenang kan saya. Ada cara tak untuk saya Dr? :’)
salam,
ya ia anxiety symptoms yg mula menggangu hidup.
Utk ubat, kaunseling dan rawatan serta penerangan lengkap, perlu berjumpa doktor. tiada pilihan mudah dan cepat lain. ubat pun bukan boleh beli tanpa surat doktor
sepanjang pkp ni, awal ii saya rasa okay. tapi sejak sebulan yang lepas, saya banyak menangis, hilang minat belajar, semakin panas baran. saya cuba bagitahu ibu bapa tapi mereka tak faham. macam mana saya nak terus terang kepada mereka? saya hampir menoreh tangan di bahagian nadi lebih dari dua kali. saya penat.
salam,
post ini boleh membantu;
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/
assalam Dr.. boleh tolong suggestkan apa yg saya kena buat utk positivekan diri bcs i’ve no idea about life.. mcm takde future langsung.. and perlu ke saya buat rawatan kalau result saya depression 42 anxiety 26 stress 30.. sbb saya baru 17..
Salam,
Maaf bukan mudah.
Perlu buat oenilaian dan tahu punca rasa down,
Salam Dr, markah saya adalah 40:36:40.
Saya murung dan kerap kali setiap minggu saya mempunyai keinginan untuk sama ada membunuh diri atau mencederakan diri. Saya masih boleh kawal fikiran saya untuk tidak tamatkan hidup, cuma gagal untuk kawal mencederakan diri.
Punca murung saya datang dari pelbagai sumber, salah satunya adalah kisah silam dimana saya mengalami trauma akibat dibuli, dirogol, diperas ugut dan sebagainya. Dan saya juga akan mudah terkesan dengan kata-kata kasar daripada orang sekeliling, saya boleh maafkan mereka tetapi saya tak boleh abaikan dan lupakan. Dan semua ini bila saya fikir, saya akan rasa loya dan hendak muntah.
Saya sudah ke HKL mendapatkan rawatan, tetapi saya rasa tidak berkesan. Dan mereka juga anggap saya pesakit stabil tetapi saya masih rasa tak stabil sangat dan isu saya berganti-ganti di dalam otak saya.
Jujur cakap saya tidak tahu apa yang saya perlu buat. Saya masih hidup pun sebab saya sedar bunuh diri itu dosa besar.
salam,
bagi saya simptom dan DASS score nampak ketara ditambah dgn trauma hidup dan niat nak tamat riwayat.
Saya tak pasti kenapa HKL kata tak significant.
Cadangan saya dapatkan second opinion dari doktor lain jika tak puas hati.
Saya baru lepas keguguran anak pertama..tggal bersama mertua & suami…mertua brsikap endah x endah..x peduli saya berpantang…asyik bawa suami klua beli brg lh urus itu la urus inilah..makan tghari & mlm slalu lambat…suami bekerja & terpaksa kejar masa nak masak utk saya…dalam msa yg sama nak layan kerenah mak dia..semasa mereka kluar, tggal saya seorang d rumah saya akan nangis & berniat nak bunuh diri.. saya akan berfikir samada nak kelar semua nadi saya atau terjun dr tmpat tggi…pernah juga nak blari ke tgh jalanraya
kes begini memerlukan marital atau family counseling.
Banyak perkara boleh selesai melalui musyawarah.
Boleh jumpa kaunselor. Jika kemurungan jumpa psikiatrist
Assamualaikum doktor , markah ujian saya adakah 42 , 34 , 42 . Saya seorang pelajar di sekolah menengah . Saya tidak boleh dan tidak pernah berpikiran positif , tangan saya kerap mengigil bukan cuma tangan saya juga rasa badan dan kepala saya mengigil . Saya sangat tertekan dgn pelajaran . Saya seorang pelajar cemerlang dan pelajar harapan cikgu . Saya tiada kawan untuk meluahkan perasaan di dalam kelas saya cuma ada 5 orang kawan itu pon tidak rapat . Kawan saya cuma akan bercakap dengan saya apabila mereka mahu meminta jawapan atau meminta saya tolong ajar mereka . Saya sering bersendirian . Saya tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup lagi . Saya selalu terfikir untuk mencederekan diri saya . Saya sangat tertekan dgn pelajaran pada waktu pagi hingga petang saya online class , selepas kelas habis saya mempunyai tuition sehingga malam kalau tiada tuition pon saya ttp subjek dgn homework . Saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri . Saya seorang pelajar yg pemalas dan nakal pada tahun lepas . Saya hendak masuk ke kelas pure science kerana saya mahu menjadi seorang scientist tetapi saya tidak dpt kelas pure science , saya dpt acc . Saya berasa tertekan sejak dari itu dan saya tidak boleh berhenti belajar . Ibu bapa saya tidak mengambil kisah tentang pelajaran saya . Saya sentiasa dapat top 3 setiap kali exam di kelas tetapi saya tidak pernah rasa bangga dan happy dgn apa yg saya dpt . Saya rasa semua benda tidak mencukupi kerana saya tidak masuk kelas pure science tersebut . Kawan yg paling rapat dgn saya adalah org yg sentiasa dpt top 3 jugak kami sailing membandingkan markah kami . Saya akan berasa tertekan apabila markah dia lagi tinggi dari saya . Saya juga menangis apabila saya mendapat A- kerana bagi saya itu sangat terok . Simptom yg saya alami semakin terok tangan saya kerap mengigil dan saya menangis pada setiap hari . Saya tidak pernah rasa happy . Saya selalu menyiapkan kerja rumah saya sambil menangis . Baru ii ini saya kehilangan kucing saya ianya menyebabkan saya lebih tertekan , sedih dan kemurungan . Saya tidak tahu jika saya perlu teruskan hidup atau tidak . Seperti yg saya beritahu pada tahun ii lepas saya pelajar yg malas dan saya kerap ponteng sekolah kerana saya tiada kawan dan mempunyai masalah dgn kawan . Pada waktu tingkatan 2 saya duduk di kelas yg majority org cina . Perempuan melayu cuma ada beberapa org sahaja dan mereka tidak suka saya jadi saya ambil keputusan untuk ponteng sekolah . Guru kaunseling sering tegur saya kerana saya ponteng kelas dia jugak tegur saya di depan orang ramai saya tidak pernah dan tidak akan melupakan dan memaafkan dia . Pada tahun lps saya tingkatan 3 saya dipindahkan kelas lagi tetapi kali ini kelas ini ok. Saya berasa malu apabila mempunyai program yg berlainan dgn kaunseling kerana guru itu . Saya tidak boleh melupakanya . Tahun ini saya tingkatan 4 dan sekelip mata saya berubah menjadi pelajar cemerlang dan pelajar harapan cikgu . Tetapi semakin lama saya berasa semakin terok , sedih dan tertekan . Saya selalu berasa saya oranh yg paling trok dan tk guna di dunia . Saya dipanggil utk masok dlm satu program yg berlainan dgn mental health kerana skor saya sgt trok . Saya berasa mahu untuk membunuh diri dan saya juga berharap supaya saya dimasukkan di dalam hospital . Saya mintak maaf kerana luahan saya agak tidak masuk akal dan panjang tetapi percayalah byk lagi yg saya pendam . Saya tidak pernah menceritakan masalah saya pada siapa ii walaupon ahli keluarga sendiri kerana saya tidak percayakan mereka. Saya mahu perut ke hospital utk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor tetapi saya tidak tahu bagaimana utk memberitahu ibu bapa saya . Saya tidak tahu bagaimana utk memberitahu ibu bapa saya kerana selama ini saya pura ii menjadi seorang yg happy go lucky person tapi apabila di belakang mereka saya seorang yg lain . Apakah yg patut saya lakukan
Salam,
“tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup lagi . Saya selalu terfikir untuk mencederekan diri saya”
ayat ini memberi gambaran pd saya anda perlukan perhatian paling kurang kaunselor sekolah dan juga pakar psikiatri. Ia satu tanda kemurungan.
Masalah yg saya kenalpasti adalah anda too perfectionist dan meletakkan expectation TERLALU tinggi.
Dlm hidup ini terlalu tinggi juga masalah dan menyebabkan stress terlalu tinggi
salam doktor, Umur sy sekarang 22 tahun , saya sudah lama nak luah benda ni tp sekarang sy beranikan diri untuk tanya doktor sendiri ..yg saya kerap takut, resah tanpa sebab .. terkadang sy sedih terlampau . selalu terfikir untuk tamatkan hidup, dan takut untuk keluar dari rumah . saya juga kurang selera makan .. kurang tidur ataupun terlebih tidur .. rasa bersalah yg mebuak buak dan cepat tersentuh .. diluar sy kelihatan tenang dan ceria sebab sy tak mahu orang tahu apa yg sy pendam .. saya terlalu takut dan trauma .. dan sy akan toreh lengan sy sendiri apabila terlampau tertekan dan sedih tanpa sebab .. adakah sy perlukan rawatan psikiatri doktor ?
salam,
anda memepunyai symptom kemurungan ketara dan sedikit anxiety.
Soalan ini sudah dijawwa
sila baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum Dr, saya baru pertama kali menjawab dr link diberikan. Saranan dr seorang kawan, krn dia rasa sy depress. Saya tak tahu apa sbnrnya yg saya alami tapi sy cuba mnjawab soalan² dari link ini. Saya dapati Depress (38), anxiety (18) dan stress (24). Saya 40 tahun, berkahwin sudah 17 tahun. Saya jenis pendiam, mmg sukar bersuara dan dlm prkhwinan pun sy masih pendiam. Bila sy menyuarakan impian, kehendak dan berkongsi sedih, jawapan drnya selalu menghampakan. Sepanjang berkahwin, saya susah berjmpa keluarga, padanya saya di bawah tgjwbnya sepenuhnya. Kebetulan, sy dr broken famly. Ibu sdh mnggal dn ayah berkahwi lain. Jika dpt berjmpa famly, biasanya kami melalui pergaduhan kecil. Dulu, sy tidak ada akaun fb dan ig krn suami beranggaoan sy tidak perlu itu semua. Sy punya cita2 bekerja krn sy btgjwb mmbyr hutang² pinjaman semasa study dulu, dn sy melihat dia tidak berusaha membantu. Tapi, dia selalu tidak memberi support dn mnjadikan ank sbgai alasan. Sy berusaha bisnes dr rmh, namun apa sj usaha sy tidak bernilai di matanya dn selalu memandang rendah kemampuan sy. Sy pula mudah down. Sy memendam sejak awal…kerana sy fikir inilah takdir saya. Saya serah semua pd Allah. Sy mahu bersyukur dn redha, tapi selalu hati saya terguris dgn kata²nya yg merendahkan kemampuan saya, dan maruah keluarga saya. Kelemahan saya ialah, apabila sy tidak berani bersuara dan hanya memberontak dua tiga hari x bercakap. Saya fikir, ini akan berakhir seiring peredaran masa. Namun, lama kelamaan saya rasa dia suami sendiri tidak memberi harapan, hati sy semakin jauh, sy selalu marah pd ank². Tahun lalu sy memberontak, entah dr mn kekuatan itu dtg sy x tau. Kami pula dingin. Saya memilih utk berpisah tp dia menolak. Sejak dua tiga bulan ni saya x mahu makan, rutin harian tidak lagi saya lakukan…saya kerap menangis..merasakan tidak ada jalan keluar. Saya sendiri tidak tahu apa mahu dilakukan. Saya mahu bahagia namun tidak boleh, sprti dlm penjara. Saya mahu mencari pekerjaan, tetapi selalu merasakan saya tidak diperlukan di luar sana kerana usia dn tdk ada pengalaman. Saya ingin berdikari dn mencari kemampuan saya, kehidupannyg sy idam²kan tetapi seakan tiada jln menujunya. Saya jg merasakan sy bkn ibu yg baik kerana selalu lepaskan kemarahan kpd ank². Jiwa sy kosong, fikiran selalu serabut. Kualiti tidur semaki turun. Ada waktunya saya mahu cari bahagia dn berjaya. Tapi ada waktunya sy rasa di sinilah kehidupan sy dn menunggu akhirnya sy dijemput Allah.
Sy bertahan dlm rmhtgga krn ank² saya. Saya juga dibayangi kehancuran rmhtgga ibu bapa. Suami pula selalu cakap seolah² isu rmhtgga berpunca dr isteri…sy berusaha spy tiada pertengkaran namun memendam terlalu lama tanpa bercerita kpd sesiapa membuatkan sy rasa sangat sakit dn terluka.
Maaf Dr, benarkah saya kemurungan? Apakah saya terlalu teruk? Saya rasa seperti tiada masa depan lagi. Sy perlukan pandangan Dr. Terima kasih.
Salam,
melalui penulisan puan,
puan mempunyai personality interovert (sukar meluahkan dan tidak ramai kawan) dan tidak assertif (non-assertive).
Kedua ciri ini mendedahkan seseorang kepada kemurungan.
Ini ditambah dengan masalah kurang perhatian ibubapa kerana kematian dan ayah kawin lain serta perselisihan pendapat dan kurang sokongan keuarga.
Berjumpa pakar paling tidak boleh diberi family atau marital counseling
ASSALAMUALAIKUM DR,
Saya umur 23 tahun dan masih belajar tahun akhir. Sy hanya ingin berkongsi dan ingin meluah kisah sy. Keputusan DASS sy pada website Dr ialah 38, 30, 28. Sy juga pernah menjalani ujian DASS di klinik dan sy di sahkan ada MAD. Sy mempunyai masalah trauma dgn hal perkara yg lalu. Apa2 kejadian yg buat sy sakit jatuh terduduk masih sy ingat sampai skrg. Sy mempunyai masalah dgn org sekeliling sy. Sy selalu rasa macam takde org yang suka pada sy. Takde yg ingin berkawan. Sejak dari sy kecik dan sekolah rendah lagi sy ada masalah berkawan sampai lah sekolah menengah dan sehingga hari ini masih dgn perkara yg sama. Sy ditinggalkan banyak kali. Tak ada satu pun yang betul2 ada dgn sy. Pasti yg datang akan pergi. kadang sy tercari cari apa salah sy. Sehinggakan sy pada tahap sanggup diperbodohkan asalkan sy ada kawan. tgok org yg lain semua ada kawan, ada kawan baik. tapi sy hanya ada diri sendiri yg bila2 masa akan jatuh. sy nak sangat rasa ada kasih syg seorang kawan.yg ambik berat, yg boleh bercerita gelak suka makan sama2. Disebabkan skrg sy sedang practical di sebuah company ni dan department sy sekarang hanya sy seorg shj perempuan mmbuatkan sy lagi tertekan. keluar makan pun hanya seorang diri. tiap hari nak pergi kerja rasa tidak semangat. ibarat pergi kerja tapi berkurung dalam gua. sy tak ada keyakinan diri untuk bergaul dgn muka sy yg berjerawat bila semua pekerja sini lelaki sy takut ada yg geli. Selain tu, sy rasa mulut sy sgt kerap kering dah mnum tapi masih lagi kering.
sy start ada depression punca dari masalah keluarga. Pernah cuba untuk bunuh diri. disebabkan ada masalah keluarga sy decide untuk cari tempat practical yg jauh sikit niat untuk keluar dari rumah dgn harapan keadaan sy makin teratur. tapi ternyata lain jadinya. sy dapat rasa mental sy makin hari makin teruk. satu sbb masalah tempat kerja(masalah kerja dan tiada kawan ditempat kerja). kedua masih lagi masalah kawan iaitu roomate sy. sy berkongsi 3 org dalam satu bilik. dan kami mmg saling kenal sbb mmg belajar dari tempat dan batch yg sama. pada awal masuk rumah tu lagi sy dah rasa yg mereka lain sgt layanan pada sy. sy practical tempat lain dan mereka berdua tempat yg sama. kadang2 mereka pergi makan, keluar jalan2 tanpa tanya atau ajak. walaupun sy satu bilik tiba2 mereka dah siap2 nak keluar. sy tidak tahu samada benda itu normal atau tidak tapi bagi sy tidak. sy makin hari makin overthinking. bagi sy kawan ni sgtlah penting. sy nak sangat ada kawan yg ada susah senang sy. sbb bila ada kawan utk bercerita untuk gelak sy rasa sy sedar dari dunia gelap sy.
skrg sy sangat takut kalau berseorangan dalam bilik. sy takut sy akan overthinking makin teruk. Menangis tanpa sebab. Termenung tanpa sedar. sy takut sy hanyut balik dalam dunia depress sy. sy ada partner yg kadang dia faham kadang dia mcm dah penat dgn keadaan sy. dan yg paling buat sy lagi tertekan dia tak tahu mcm mana nak handle bila fikiran sy tidak waras. kadang dia hanya biarkan sy sedangkan hanya dia harapan sy. Tangan sy juga kerap menggeletar dan sy sangat kerap kancing gigi.
sy tidak mau aibkan keluarga sy, tetapi ada satu hal yg selalu bermain difikiran sy. selepas sy disahkan ada MAD, then sy dapat surat untuk rujuk pakar. lepas sy beritahu keluarga sy hal ni mereka tak dapat terima dan cakap “benda ni mengarut, kadang2 benda ni menipu je, kalau ada masalah doa jelah pada tuhan jgn percaya sgt benda mcm ni”. dan ada satu ayat ni “tak perlu pergi jumpa pakar, nanti dalam data kite ada penyakit sakit jiwa nanti susah kalau nak dapat kerja” then sy decide buang ubat2 and tak pergi jumpa pakar.
salam,
abnyak soalan yg anda mahukan sudah saya ulas secara dalam dalam post-post saya;
boleh baca;
Isu rekod psikiatri;
https://www.ramlimusa.com/1223-2/
isu perlukah jumpa pakar;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
pada pandangan saya perlu jumpa, banyak manafaat berjumpa di luar jangkaan fikiran kita
assalamualaikum dr, saya berumur 15 sekarang. i just found this website recently and got 42/34/40. memang dari dulu ada masalah menggeletar most of the time, gelisah and sukar untuk tidur. sebenarnya saya dah lama nak pergi klinik but takda siapa yang nak bawakkan. even bila saya bagitahu kakk saya, dia cakap saya overreacting and tak percaya apa yang saya cakap. terfikir nak bgtau parents tapi takut sebab dari dulu memang tak rapat dengan every family members and kita orang pun tak sembang sama-sama. i asked my teacher to take me before tapi dia takut saya ada appointment yang kena ada parents. disebabkan saya sendiri tak rapat dengan fam members and jarang keluar rumah sejak kecil, sekarang saya jadi takut dengan orang. saya sentiasa merasakan diri diawasi dan cepat gelisah even dalam rumah and pernh kena panic attack even though im alone. selalu dianggap beban keluarga sebab saya ada asthma(banyak kali pergi klinik untuk dapatkan rawatan), keputusan exam merosot dan dianggap malas. dulu jarang but now, hmpir setiap hari saya ada suicidal thoughts and pernh cuba untuk membunuh diri sebab rasa dah tak ada reason untuk hidup. nak sangat pergi klinik and ask if dia orang ada ubat untuk tenangkan diri/tidur tapi tak dapat. and i can’t even rely on my friends sebab dia orang ada masalah masing’’ and saya jenis tak suka susahkan orang lain. saya sendiri tak tahu apa perlu saya buat sekarang.
salam,
T kasih soalan anda.
Jelas anda ada maslah anxiety.
isu tidak mendapat sokongan ibubapa atau keluarga sudah saya ulas dlm post ini.
Harap ia boleh membantu utk solusi
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/
Saya dapat skor
Kemurungan -40
Keresahan -40
Stress -38
Adakah saya perlu rujuk pada pakar?
boleh baca post ini utk penjelasan;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum , skor ujian dass saya depression -40 Anxienty – 12 stress -28 . Perlu ke saya dapatkan rawatan. Kadang ii saya rasa saya boleh kawal sendiri emosi saya tapi kadang ii saya luar kawalan saya akan kerap menangis dan kerap bersendirian.
salam, sila baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Dr, saya selalu rasa tidak tenteram bila tahu orang mengumpat atau salah sangka tentang diri saya.. Kadang2 sesuatu yang remeh boleh buat saya over thinking sebab saya pernah ada pengalaman dipalau rakan sekelas, dimalukan depan orang ramai, dan banyak lagi berkaitan tersebut.. Keadaan ni pernah membuatkan saya kemurungan sampai tak bersosial, tak keluar rumah dan jarang keluar bilik hampir 3 bulan pada 3 tahun lepas.. Saya pernah cuba dapatkan kaunseling tapi saya rasa tidak dan percaya untuk ceritakan segalanya.. Adakah ada kaedah lain untuk atasi masalah saya ni?
DASS tidak dinyatakan,
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum dr, saya berumur 29 tahun. Hasil keputusan ujian saya 34,12,20.. Saya ingin luah sedikit kehidupan harian saya.. Saya telah 6 tahun berpisah dengan suami.. Semasa saya dalam pantang melahirkan anak saya pernah rasa ingin gantung diri kerana tekanan dari suami dan keluarga.. Setelah saya berpisah dengan suami, boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan menangis seorang diri sehingga sekarang.. Pada mulanya saya tidak boleh terima kenyataan saya telah berpisah namun selepas itu saya dah boleh terima status sekarang.. Saya juga mempunyai masalah keluarga yang tidak benarkan kemana saya pergi walaupun untuk berhijrah mencari rezeki untuk anak.. keluarga saya juga tidak benarkan berjumpa dengan rakan sekolah.. Keluarga saya tidak mempercayai kepada saya.. Saya tertekan dengan cara ini.. Saya juga rasa seperti dipilih kasih oleh keluarga kerana saya tidak boleh jadi seperti adik saya yang boleh pergi kemana sahaja.. Saya juga rasa terasing kerana saya mempunyai penyakit neurofibromatosis.. Saya pernah cederakan diri dengan menumbuk kepala saya berkali dan setiap hari bercakap seorang diri depan cermin sehingga kini.. Setiap malam saya akan menangis fikirkan pelbagai masalah lain dan saya berasa seorang yang tidak berguna jika saya masih hidup.. Adakah saya perlu untuk pergi membuat rawatan? Terima kasih dr.
Salam,
saya lihat antara solusi masalah terbesar sekarang adalah sesi kaunseling keluarga. Maka masih perlu dibuat oleh pakar. Dengan siapa sesi kaunseling itu? saya tak pasti siapa keluarga yg anda maksudkan. bapa? emak? yg mengongkong.
Tentang soalan perlu tawatan, puan boleh baca di sini; saya sudah ulas
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
dr saya merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan juga anak tunggal dengan ibu bapa angkat. Saya dapat 42 30 40. Saya tidak pernah menceritakan stress atau kesedihan atau kebimbangan saya setiap hari yang berlaku sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Saya berasa sangat tidak layak hidup. Saya pernah mencederakan diri sendiri berkali-kali jika terlampau stress atau takut. Saya amat risau yang saya mampu melakukan perkara yang lebih teruk pada diri sendiri. Ibu bapa angkat saya tidak pernah tahu dan ambil kisah, saya juga pernah cuba untuk beritahu mereka tetapi sepertinya mereka tidak mahu melayan. Akademik saya juga dari sangat bagus dari sekolah rendah makin merosot dan itu membuatkan saya risau saya tidak dapat membanggakan keluarga saya. Maaf ya dr jika terlalu panjang, juga ini kali pertama saya menceritakan kepada seseorang.
anda ada 3 indikator spt saya nyatakan dlm post ini utk jumpa pakar
niat cerdera diri, pelajaran merosot dan tak mahu hidup
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum. Saya berumur 17 sekarang dan saya anak paling last dalam keluarga saya. Saya jarang menceritakan tentang kemurungan saya di mana mana. Adakala saya rasa nak bunuh diri tetapi saya tahu bunuh diri berdosa jadi saya tak bunuh diri jadi jangan risau saya tahu hukum nye.
*Maklumat*
Kemurungan/Depression:
22 (Teruk)
Keresahan/Anxiety:
12 (Sederhana)
Stress:
8 (Normal).
Saya jumpa website ini saja saja aja sebab saya merasakan terlalu banyak masalah. Saya okey je bila bersama keluarga dan kawan saya. Tapi saya sering pendam masalah saya seorang diri. Mungkin itu sebab Kemurungan saya teruk. Saya nak menceritakan masalah saya kepada keluarga, kawan dan guru kaunseling tetapi saya pernah menceritakan kepada mereka bertiga tetapi adakala berhasil sedikit. Saya selalu down dengan diri saya. Seperti merasakan tidak begitu cantik, ” adakah mereka nak berkawan dengan orang seperti saya “, kadangkala saya teringin nak ada orang seperti kawan yang sudi mendengar masalah saya dan menasihat saya jika saya membuat kesilapan. Kawan kawan saya yang ada sekarang tidaklah sesuai untuk menceritakan masalah saya. Mereka tak pernah ada untuk saya bila saya sedang sedih. Saya pendam seorang diri dan merasakan tidak lega dan hanya membuatkan masalah saya itu hanya bertambah. Saya adalah seorang yang kuat cemburu dengan kakak saya (dengan orang lain juga). Dia mempunyai segalanya seperti, jika dia mempunyai masalah dia ada kawan kawan yang boleh meluahkan, dia juga sering di puji cantik oleh kawan dia dan lain lain lagi. Saya selalu berfikiran negatif bila berseorangan, saya selalu fake kepada semua orang. Fake smile, fake yang saya okay. Bukan sebab saya tak nak tunjuk diri saya yang sebernar tetapi saya takut. Saya pernah tunjuk perangai saya kepada kawan saya dan mereka tidak boleh menerima nya (perangai kuat merajuk) dan pernah bercakap belakang tentang saya (‘mestilah, siapa je yang tahan dengan perangai saya’) dan ia membuatkan saya untuk berubah tetapi perangai tu still ada dalam diri saya dan saya seharusnya fake sahaja (‘kan’). Lagi satu masalah dengan family itu biasa cuba bila saya gaduh atau rasa marah terhadap family saya, saya tiada kawan yang sudi dengar tentang masalah saya dan jika saya menceritakan tentang masalah family saya kepada mereka jawapan mereka tidaklah seperti yang saya harapkan. So saya hanyalah pendam tapi jika saya ingin mengeluarkan juga saya akan menulis diary atau membuat kawan di fikiran saya (seperti saya yang tanya saya juga yang jawab) or kepada teddy bear supaya merasa lega sedikit. Kadang kala dia lega tapi kadang kala dia ingin seseorang yang hidup. saya suka melukis komik tentang saya mempuyai kawan yang ramai. (Membuat komik sangat seronok kerana hanya komik je yang ada apa yang tak ada). Sekian. Adakah saya berlebihan maafkan saya kalau cerita saya terlalu membosankan .
salam, t kasih atas penuisan yg panjang. saya cuba faham dan cari apa point dlm penulisan anda tapi hanya jumpa1 point kepada masalah anda iaitu cepat merajuk dan marah.
Komen ringkas saya, sikap selalu merajuk ini tidak menguntungkan dan hanya akan merugikan diri sendiri tanpa kita sedari.
Jadi cuba buang.
T kasih
Assalamualaikum dokter, saya ingin bertanya boleh kah pesakit bipolar disoder sembuh dengan sepenuhnya? saya salah sorg pesakit bipolar disoder dan saya pernah pergi mendapatkan rawatan di klinik psikatrik, namun saya telah berhenti secara mendadak dan saya merasakan yang saya dah ok…namun sejak beberapa minggu ni, saya selalu moody yang teruk bila bersendirian, saya rasa nak marah tapi saya tak dpat nak luahkan,saya cepat terasa walaupun hal tersebut sangatlah tak masuk akal, namun saya akan cepat terasa yang sangat sangat teruk, saya terasa nak menangis tapi saya tak tahu punca apa yang buatkan saya rasa nak menangis, adakah penyakit bipolar saya telah kembali
salam,
sembuh mungkin sukar, tapi insyaallah boleh dikawal dgn ubat
salam doc,
saya pernah menjadi mangsa pukul, saya jadi macam trauma. saya nak marah tapi tahan sebab takut lebih teruk kena pukul. walhal itu bukan salah saya. saya banyak makan hati dan rasa berdendam. dia berani pukul saya depan mak dia. tapi ujungnya saya dipersalahkan sebab buat mak dia nangis tengok saya kena pukul. sedangkan saya yang menahan sakit. saya rasa tak adil dia buat saya macam tu.
sampai satu tahap saya lepaskan geram saya bunuh binatang yang dia bela & buat harta bende dia kereta rosak . saya buat bende tu semua sampai saya rasa puas. dan buat hidup dia jadi tanda tanya. saya buatkan family dia bertuduh sesama sendiri. dia tak syak yang saya buat. dia tak sedar saya tengah berdendam dengn dia. dia tak amik tahu pun yang saya ni tengah stress. yang dia tahu dia je yang betul. saya rasa jiwa saya kosong. saya terpaksa pura pura happy sedangkan saya berperang dengan diri saya.
saya rasa saya macam susah nak rilex, contoh bila tengah marah sesuatu bende saya akan hentak barang, tarik rambut & gengam tangan kuat kuat.
dan lepastu saya akan nangis sendiri.
apa masalah saya ni ? saya cerita dengan kawan saya dia cakap saya gila.
salam, ini bunyi seperti masalah rumahtangga.
pendekatan membalas dendam dengan menyalurkan kepada binatang, barang dan keluarga adalah tindakan yg tidak digalakkan.
kaunseling keluarga atau perkahwinan diperlukan di sini
Assalamualaikum dr… Sy seorg remaja yg dibesarkn dri broken home dan strict parents… sy selalu mrasa hidup ini tiada mkna tika brseorangan…sy jg slalu mnjdi mngsa pkul dan tmpat ibu bpa mlepaskn amarah ktika ad prgaduhan diantara mreka…sy sring brasa ingin mrh dan ad stu msa sy mmbrontak pda ibu bpa sy…sy slalu dipersalahkan dlm smua prkara dan dijdikan sprti tidk wjud dlm kluarga… sy jg slalu mrasa sdih pabila mlihat keluarga org laen yg bhgia shingga…sy prnh mluahkn pda kwn ii tpi rsanya hmpa…skrg sy dihalau dri rumah sndri tnpa sbb dan trpksa brkrja demi mnruskn hidup sy…adakah sy mengalami stress/depresi/tekanan dan ap yg patut sy lakukan dr ?
waalaikum salam,
saya sangat simpati dengan nasib anda.
Umur anda sangat penting utk beri pandangan, malang tiada perkenalkan diri
kemurungan
36 (sangat teruk )
keresahan
36 (sangat teruk )
stress
38 (sangat teruk )
Assalamualaikum dr… Sy seorg remaja perempuan yg berusia 16 tahun , sye dibesarkn dri broken home dan strict parents… sy selalu mrasa hidup ini tiada mkna ketika brseorangan…sy jg slalu mnjdi mngsa pkul dan tmpat ibu bpa mlepaskn amarah ktika ad prgaduhan diantara mreka…sy sring brasa ingin mrh dan ad stu msa sy mmbrontak pda ibu bpa sy…sy slalu dipersalahkan dlm smua prkara dan dijdikan sprti tidk wjud dlm kluarga… sy jg slalu mrasa sdih pabila mlihat keluarga org laen yg bhgia shingga…sy prnh mluahkn pda kwn ii tpi ntah la , sye jadi seperti ini semenjak bapa sya meninggal dan beberapa tahun ibu sye baerkahwin dengan yg baru , ayah tiri sye suka kongkong sye , slalu marah ii ,maki ii sye , dan sye suka melukakn diri sye , sye sering mencabut sehelai demi sehelai rambut sye …adakah sy mengalami stress/depresi/tekanan dan ap yg patut sy lakukan dr ?
Soalan ke3 sama anda
Salam,
Besar dugaan anda alami,
Jalan yg saya nampak adalah memerlukan sesi family counseling.
Antara jalan dekat adalah kaunsekolar sekolah, namun berdasar feedback klient saya, hati2 dgn kaunselor sekolah kerana mereka kurang menjaga kerahsiaan. akhirnya masalah kita tersebar dan menerukkan keadaan.
Jalan lain di Klinik kesihatan ada doktor dan kaunselor
Assalamualaikum,keputusan dass sy adalah 38,32,38 soalan sy di sini adalah apa posisi keadaan syb,adakah sy sakit atau macam mna ? Sy mengalami tekanan yg sgt berat sejak kecil dan mengalami ketakutan tanpa sebab sejak kecil dan selepas kawin semua macam dah tak ada lg sampai satu ketika suami sy mengalami sakit yg sgt berat sehingga menjejaskan ekonomi dlm keluarga tambahan masa tu sy dalam hamil 5bln dan terpaksa berpindh ke rumah mertua dan mendapat tekanan lg dan lg sehingga melahirkan dlm 2 tahun sy kemurungan tanpa bantuan sesiapa kemudian kembali pulih ,tp sejak tahun lepas sy masa mengalami benda yg sama macam sy alami masa mengandung dan melahirkan tu ,sy tak rasa macam nk bunuh diri tp rasa useless rasa nk pukul org sy cepat marah, depressed tanpa sebab
Salam, ya sangat ketara
boleh baca lanjut;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Ujian DSS yang dilakukan:
Kemurungan/Depression:
40 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Keresahan/Anxiety:
26 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Stress:
32 (Teruk/Severe)
Perlukah saya mendapatkan rawatan? Saya tertekan dengan keadaan diri, hilang keyakinan, sedih, kecewa, stres.. cuba kuat hanya kerana anak.
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
hi, nak tanya, kenapa saya tiba” rasa telinga berdesing, darah mcm naik ke otak rasa panas kebas, jantung dah mula degup kencang, rasa gelisah yg amat datang, trus rasa mcm nak terduduk.. takut dgn entah pun tak tahu, mata mcm berpincar”.. sakit bila dtg perasaan ni, rasa gelisah mcm nak tercabut jantung, otak lagi mcm entah fikiran semua dtg entah apa2, dah mula nagative otak ni.. result dass KVV363
Boleh baca post saya dalam topik anxiety, anda akan lihat banyak simptom diterangkan di sana
Kemurungan/Depression:
40 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Keresahan/Anxiety:
20 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Stress:
20 (Sederhana/Moderate)
hai. sy umur 27 . dulu saya bkn mcm ni. tapi sebab masa lalu sy (gangguan seksual )saya jd mcm ni. Saya mkin dewasa . makin saya ingt masa lalu sy tuh( saya tdk dapt lupa semua tuh) sy tidak tau sy depresion kh tidk. Tapi sy sdh jwb soaln tuh dgn jujur .Sebelum saya jawb soaln itu dn tulis komen ini. saya sudah pikir masak2 apkh ini yg saya rsa. Dan ya. inilh yg saya rsa! saya slalu rsa tdk mahu hidp. saya benci dri sya. sya rsa tk dpt trima kehidpn sy ni. Sy trauma. Saya tdk dpt cri kerja sbb bila d tmpt kerja sy rsa tdk dpt buat apa2 . rsa mcm sy ni beban. Rasa dalam otak sy ni bercelaru. mcm2 yg sy pikir .. kdg bila sy mrah betul dengn adik2 saya . Rsa mcm mahu kasih luka drg. saya juga rasa saya ada social pobia . saya tidak mahu hidup begini . Apa patut saya buat
Saya dari sabah
Keganasan seksual sememangnya akan memberi kesan psikologi dan nampaknya anda apat terkesan sehingga dewasa.
Antara masalah yg boleh dihidapi adalah PTSD, anxiety dan kemurungan.
Selalunya kami akan bertanya dengan mendalam kejadian seksual tersebut unutk memahami bagaimana ia member kesan pd individu.
Namun anda tidak menyatakan keterukan symptom
Jika ingin tahu perlu buat apa boleh rujuk;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
assalam. umur saya 20-an. saya tinggal di selangor. saya nak bagitahu, kebelakangan ini saya sering merasakan diri saya tidak lagi diperlukan. tiada siapa yang sayang saya. tiada siapa yang ambil berat tentang saya. saya rasa saya ni tak penting dan saya rasa orang sekeliling tak suka saya. sehingga kadang kala saya seperti mahu pergi dari dunia ni. perkara ini buatkan saya terganggu untuk bekerja. bila saya terlalu berfikir tentang perkara seperti ini, ia membuatkan saya sukar untuk bernafas, ingin menangis, dan pening kepala. saya rasa lemah. saya sudah tidak berminat untuk melakukan aktivit yang saya minati. kadang kala saya rasa kosong. semakin lama, saya menjadi seorang yang hilang sabar. bila saya cuba control, pernafasan sedikit sesak tapi masih mampu bernafas. saya banyak kali berfikir dan sedih memikirkan kehidupan saya. apa yang akan terjadi kepada saya. lepas itu, saya sentiasa mahukan tunang saya mengikuti apa sahaja kehendak saya. jika dia tidak turuti, saya merasakan saya ni tidk penting dan dia tak ikhlas. kenapa dengan saya ni dr. saya dulu tak macam ni dr. saya pelik dengan diri saya
Anada ada symptom “worthlessness, uselessness, hopelessness, emptiness semua ini tanda kemurungan
Sila berjumpa doktor utk rawatan penyembuhan sebelum melarat
Saya selau lihat kes “gastric: yg tak sembuh, sebenarnya ia masalah anxiety.
Buat operation hiatus hernia habis puluhan ribu pun masih tak sembuh
mencegah lebih baik sebelum merebak
Boleh rujuk;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Kemurungan/Depression:
40 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Keresahan/Anxiety:
28 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
Stress:
34 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
-Sukar tidur. Selalu jam 4 pagi atau 5 pagi baru dapat tidur tapi tidak nyenyak. Dalam jam 9 saya memang bangun
-Rasa penat lemah kadang2 tapi takda juga saye buat apa2
-Rasa pusing selalu
-Haid tidak teratur (padahal dulu okay saja)
-Im thinking about suicide everyday
Umur saya 25. (saya kena gangguan seksual dari orang2 dekat juga waktu kecik)
Tak pasti apa saya nak jawab. Apa soalan anda?
Saya boleh katakan ia mungkin PTSD (post Traumatic Stress Disorder)
Assalamualaikum dr… Sy seorg remaja perempuan yg berusia 16 tahun , sye dibesarkn dri broken home dan strict parents… sy selalu mrasa hidup ini tiada mkna ketika brseorangan…sy jg slalu mnjdi mngsa pkul dan tmpat ibu bpa mlepaskn amarah ktika ad prgaduhan diantara mreka…sy sring brasa ingin mrh dan ad stu msa sy mmbrontak pda ibu bpa sy…sy slalu dipersalahkan dlm smua prkara dan dijdikan sprti tidk wjud dlm kluarga… sy jg slalu mrasa sdih pabila mlihat keluarga org laen yg bhgia shingga…sy prnh mluahkn pda kwn ii tpi ntah la , sye jadi seperti ini semenjak bapa sya meninggal dan beberapa tahun ibu sye baerkahwin dengan yg baru , ayah tiri sye suka kongkong sye , slalu marah ii ,maki ii sye , dan sye suka melukakn diri sye , sye sering mencabut sehelai demi sehelai rambut sye …adakah sy mengalami stress/depresi/tekanan dan ap yg patut sy lakukan dr ?
Salam,
Besar dugaan anda alami,
Jalan yg saya nampak adalah memerlukan sesi family counseling.
Antara jalan dekat adalah kaunsekolar sekolah, namun berdasar feedback klient saya, hati2 dgn kaunselor sekolah kerana mereka kurang menjaga kerahsiaan. akhirnya masalah kita tersebar dan menerukkan keadaan.
Jalan lain di Klinik kesihatan ada doktor dan kaunselor
Soalan ke2 sama anda
Salam,
Besar dugaan anda alami,
Jalan yg saya nampak adalah memerlukan sesi family counseling.
Antara jalan dekat adalah kaunsekolar sekolah, namun berdasar feedback klient saya, hati2 dgn kaunselor sekolah kerana mereka kurang menjaga kerahsiaan. akhirnya masalah kita tersebar dan menerukkan keadaan.
Jalan lain di Klinik kesihatan ada doktor dan kaunselor
kemurungan
36 (sangat teruk )
keresahan
36 (sangat teruk )
stress
38 (sangat teruk )
Assalamualaikum dr… Sy seorg remaja perempuan yg berusia 16 tahun , sye dibesarkn dri broken home dan strict parents… sy selalu mrasa hidup ini tiada mkna ketika brseorangan…sy jg slalu mnjdi mngsa pkul dan tmpat ibu bpa mlepaskn amarah ktika ad prgaduhan diantara mreka…sy sring brasa ingin mrh dan ad stu msa sy mmbrontak pda ibu bpa sy…sy slalu dipersalahkan dlm smua prkara dan dijdikan sprti tidk wjud dlm kluarga… sy jg slalu mrasa sdih pabila mlihat keluarga org laen yg bhgia shingga…sy prnh mluahkn pda kwn ii tpi ntah la , sye jadi seperti ini semenjak bapa sya meninggal dan beberapa tahun ibu sye baerkahwin dengan yg baru , ayah tiri sye suka kongkong sye , slalu marah ii ,maki ii sye , dan sye suka melukakn diri sye , sye sering mencabut sehelai demi sehelai rambut sye …adakah sy mengalami stress/depresi/tekanan dan ap yg patut sy lakukan dr ?
Soalan ke4 sama anda
Salam,
Besar dugaan anda alami,
Jalan yg saya nampak adalah memerlukan sesi family counseling.
Antara jalan dekat adalah kaunsekolar sekolah, namun berdasar feedback klient saya, hati2 dgn kaunselor sekolah kerana mereka kurang menjaga kerahsiaan. akhirnya masalah kita tersebar dan menerukkan keadaan.
Jalan lain di Klinik kesihatan ada doktor dan kaunselor
Saya Rosli dari Sabah sudah makan escitalopram 1½ biji dalam 2 bulan tapi saya masih fikiran berselaru.boleh saya mengambil herba mengandungi angelica.untuk pengetahuan doktor saya ada makan ubat untuk tekanan darah tinggi.kencing manis kolestrol dan pencair darah.saya doktor dapat menerangkannya