PROGRAM KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT: HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA (WORLD HEALTH ORGANIZATION)

by Prof Dr Ramli Musa under Activiti Mempromosi Kesihatan Mental November 12 2015

PENDAHULUAN
  • Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan pada 10 Oktober setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan serta menjana sokongan tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental. Namun demikian, gangguan penyakit mental ini seringkali mendapat tanggapan atau stigma yang negatif daripada kalangan masyarakat umum. Oleh yang demikian, sambutan hari Kesihatan Mental Sedunia kali ini adalah landasan yang sesuai untuk mempromosi, memberi pengetahuan dan khidmat nasihat kepada masyarakat umum tentang kepentingan kesihatan mental di samping mengurangkan stigma negatif di kalangan masyarakat.
  • Bersesuaian dengan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini “Memartabatkan Kesihatan Mental”, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HTAA, dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kelab Kesihatan Mental Pahang mengambil inisiatif untuk mengadakan program bagi memberi pendidikan dan khidmat nasihat kepada kakitangan kerajaan dan masyarakat tentang kesihatan mental umumnya dan penyakit mental khasnya.
  • Sambutan ini juga adalah bertujuan mengkongsikan program pemulihan pesakit yang mempunyai penyakit mental supaya mereka dapat berfungsi di dalam masyarakat sama ada dengan cara berkerja mahupun berintraksi dengan masyarakat terutama bagi kalangan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kejiranan. Pesakit Skizoprenia kebanyakkannya adalah tidak bekerja, maka salah satu objektif program ini di adakan adalah membincangkan bagaimana usahanya menggalakan pesakit-pesakit ini bekerja.
  • Rasional untuk mengadakan program ini di lokasi Pusat Membeli-belah Kuantan Parade adalah kerana tempat ini merupakan tempat tumpuan orang ramai di hujung minggu. Oleh yang demikian, ianya bersesuaian dengan objektif program ini, iaitu untuk mempromosikan kesihatan mental kepada setiap lapisan golongan masyarakat di samping mengurangkan stigma tentang penyakit mental.
OBJEKTIF PROGRAM
  • Memberi pendidikan kepada peserta dan orang ramai tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan kepentingannya
  • Membincangkan peranan pihak berwajib dalam program pemulihan pesakit skizophrenia dalam bolehkan mereka bekerja dan diterima dikalangan masyarakat
  • Memantapkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental.
  • Mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental untuk menjana kesihatan global yang baik dari peringkat kanak-kanak, dewasa hingga ke usia emas.
  • Mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkait penyakit mental
1. Anjuran bersama :  , Jabatan Psikiatri, Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Kelab Kesihatan Mental Pahang
2. Tajuk  Kursus:         Program Kesihatan Mental Masyarakat : ‘Memartabatkan Kesihatan Mental’
3. Tarikh:                     24 Oktober 2015
4. Tempat:                   Kuantan Parade, Kuantan, Pahang
5. Masa:                       10.00 pagi – 2.00 petang (Sabtu)
 

 

 

 
 
MASA
PROGRAM
PENCERAMAH
10.00 am- 10.15 am
Pendaftaran 
AJK
10.15 am – 11.00 am
Schizophrenia dan Cabaran Pemulihannya
Prof. Dr. Ramli Musa
Dr. Suhaila Mohd Zahir
11.00 am
Sarapan Pagi
11.15 am
Bacaan Doa
Kata-kata aluan
Pengerusi
11.30 am
Perasmian
1.Ucapan Ketua Jabatan Psikiatri&Kesihatan Mental HTAA
2.Ucapan YH Dato’ Pengarah HTAA
11.45am – 1.00pm
Forum Memartabatkan Kesihatan Mental: Pencegahan Stigma Negatif dan Pengasingan Sosial di kalangan pesakit mental`
Isu:
  • Kesihatan mental di tempat kerja
  • Kesihatan mental remaja dan pendidikan
  • Kesihatan mental warga emas
Moderator: Prof Dr Ramli Musa, Pakar Psikiatri, UIAM
Panels:
1. Pakar Kesihatan Pekerjaan
2. Dr Kartini Abdullah, Pakar Psikiatri, UIAM
3. Dr Suhaila M.Zahir, Pakar Psikiatri Geriatrik, HTAA
Sepanjang Program
Pameran Kesihatan Mental
Kuiz
Saringan Kesihatan Mental dan Memori
AJK
1.00 PM – 2.00 PM
Makan Tengahari
           2.00 pm
Bersurai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires