ISLAM DAN PENYAKIT MENTAL

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital July 22 2015

1)Apakah penyakit mental dari segi perspektif Islam?

Di dalam Islam, elemen, psikologi sangat dititikberatkan.Kepentingan unsur psikologi ini dipaparkan dengan kefahaman bahawa manusiaitu dicipta daripada 2 unsur utama iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual ( roh).
Manusia memerlukan nafkah atau input untuk setiap elemen iaitu fizikal, intelek (pelajaran), emosi atau rohani (kasih sayang) dan iman. Kekosongan dalam satu elemen menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan halatuju hidup yang jelas dan bermakna.
Islam mengiktiraf penyakit mental atau penyakit psikiatri yang wujud dan diterangkan dalam perubatan moden. Malah Islam itu bersifat inklusif iaitu menerima ilmu yang dihasilkan melalui kajian saintifik dan penerbitan moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Malah Islam menyuruh umatnya mendapatkan rawatan apa cara sekali pun selaras dengan landasan ajaran Islam (halal dan toyyiban). Ini termasuklah rawatan moden di klinik dan hospital atau altenatif yang berpandukan ayat Al Quran dan tiada unsur syirik dan pemujaan jin dan syaitan.
Umum mempunyai salah taksif bahawa rawatan Islam hanya merujuk kepada rawatan tradisional. Hakikatnya rawatan moden menggunakan kaunseling, psikoterapi dan ubat moden juga tergolong dalam rawatan Islam.
2) Apakah penyebab seseorang itu boleh mendapat penyakit menurut Islam?
Menurut Islam, kita tidak menolak teori bahawa seseorang itu mendapat sesuatu penyakit psikiatri seperti kemurungan, Schizophrenia adalah disebabkan pelbagai faktor. Ini termasuklah keturunan (genetik), cara didikan oleh ibubapa, faktor personaliti, kelemahan Iman dan kurang beribadatserta bencana hidupmenyumbang kepadaseseorang itu mendapat penyakit psikiatri.
Malah dengan kajian sainstifik telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyi tahap keagamaan, amalan ibadat dalam Islam serta Imanyang tinggi, melindungi (protective factor) seseorang dari mendapat penyakit psikiatri.
Sebagai contohnya seseorang yang kurang keimanan akan terjebak dengan masalah dadah, alkohol serta gejala sosial yang akan menjurus kepada masalah sosial dan masalah psikologi seperti kemurungan, keretakan institusi keluarga dan psikosis akibat dadah. Mereka yang kurang keimanan dan sifat sabra akan mendedahkan diri kepada tekanan emosi, stres serta bertindak luar batasan serta memudaratkan diri dan keluarga.
3) Apakah rawatan untuk mengubati penyakit mental dalam Islam?
Model yang dianjurkan dalam rawatan Islam iaitu “Bio-psycho-social and spiritual model”. Yang mana bagi menjamin seseorang mendapatkan rawatan yang komprehensif dan menyeluruh, setiap 4 elemen di atas harus diberi perhatian.
Aspek bio- (biology) termasuklah menerima dan memakan ubat yang dicadangkan oleh doktor secara berterusan agar risiko penyakit berulang dapat dicegah. Aspek “psycho-social” adalah kaedah kaunseling, penerangan tentang penyakit dan kepentingan ubat-ubatan serta menggalakkan sokongan keluarga sangat penting. Di samping itu elemen agama (spiritual) seperti mendekatkan diri dengan Allah, kembali melakukan amalan yang disuruh serta meninggalkan cara hidup yang menyesatkan dan melalaikan mampu membina keyakinan sahsiah seseorang dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang dalam dunia ini. Konsep berdoa dan bersolat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong. Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses pemulihan. Ini termasuklah rawatan melalui doa berpandukan ayat Al Quran, terapi bacaan Al Quran untuk penyakit panik, terapi sujud dalam solat serta kaunseling menggunakan nas-nas ajaran Hadith , Sunnah dan tasawuf dapat membantu menyucikan hati.
Menurut buku Imam Al-Ghazali menyatakan; Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif. Namun sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif
4) Adakah teradapat institusi mental Islam dan bila ia ditubuhkan? Adakah Islam lebih maju dalam merawat penyakit mental dari Barat?
Wad psikiatri pertama adalah ditubuhkan pada tahun 705 Masihi di Bagdad oleh Al-Razi. Al-Razi adalah seorang cerdikpandai Islam dan juga ahli perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai seorang ahli perubatan yang pertama di dunia. Beliau berpendapat bahawa penyaki mental adalah sebahagian dari penyakit perubatan yang memerlukan ia dirawat secara ubat dan kaunseling seperti psikotherapi.
Ibnu Sina atau dipanggil dalam bahasa Latin sebagai Avicenna, telah mempengaruhi ilmu perubatan dalam dunia Islam dan Eropah. Ilmu perubatan beliau telah dicatit dalam beberapa buku rujukan. Namun sejak beberapa abad selepas itu, dunia perubatan Islam menjadi suram dan dipelopori oleh cendiakawan barat.
Nak dapatkan nama penuh dan jawatan Prof sekali. Terima kasih banyak banyak Prof. Ahmad Johari Mohd Ali Wartawan Berita Harian
Profesor Dr. Ramli Musa
Pakar Psikiatri dan Ketua Jabatan,
Jabatan Psikiatri,
Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Hospital,25150 Kuantan,
Pahang.
Tel: (+609) 5716400 @ Tel: (+609) 5132797 ext 6210
Fax: (+609) 514 5866

375 Comments

  • Intan Napi says:

    Bagaimana pula kaitan gangguan sihir dan penyakit mental.apa komen dr?

    • Ramli Musa says:

      Maaf, Topik agak besar untuk dibincangkan secara tulisan.

    • Rosli Bin Ibrahim says:

      Saya Pernah Gangguan Mental Konon Nya Terkena Sihir & Gangguan Mental Sakit Schizophrenia Semenjak 16 Tahun . Saya Pernah Di- Beri Salah Ubat2 Psikiatri . Ubat2 Salah Ia Lah Stelazine Largartil & Melleril & Injection Modecate 1 cc Sekali Setiap Bulan . Ubat2 Salah Tersebut Di Beri Selama 28 Tahun . Dari Tahun 1971 Sehingga !999. Dan Saya Komplain Dgn Membuat Surat Aduan Kpd Pengarah HBUK Ipoh Perak .Dan Saya Telah Berjumpa Dgn Doktor Juswan Affendi Dari Surabaya Indonesia Dtg Berkerja Di- HBUK Secara Kontrak . Beliau Telah Mengesorkan Saya Makan Ubat Resperidone 1 mg Pagi Artane 2 mg Malam & Injection Fluanzol 30mg Cucuk Sekali Setiap Bulan Di Lengan Kerana Dekat Dgn Otak . Selepas Tukar Ubat Yg Saya Request Dgn Doktor Pakar Saya Berubah Segala2 Nya Berubah Selepas Saya Makan Ubat2 Yg Betul . Saya Berkhawin Buat Kali Kedua Selepas Tetapi Saya Tak Ada Anak . Dgn Isteri Yg Pertama Saya Dapat Anak Lelaki Seorang Kapten Askar Dia Mengandong Secara Angkat Kaki Isteri Dia Dan Saya Tanggong Anak Ini Sampat Umur 21 Tahun . Doktor2 Psikiatri Bagi Saya Salah Ubat2 . Cik Bukan Semua Doktor Itu Pandai Mereka Baca Rawatan Saya Dan Bagi Ubat2 Ikut Yg Lama Dia Tak Bertanggong Jawab Cik Buat Komplain Dgn Aduan KKM Dlm Computer . Mintak KKM Itu Tukar Ubat Kpd Resperidone Artane & Inj. F . Kalau Cik Tidak Berkerja Mintak Kerja Kerajaan Dgn Doktor Pakar Di- Situ . Ubat2 Psikiatri Tiada Kenamegena Dgn Rahim Adik . Walau Sakit Mental Tetapi Boleh Mengandong Boleh Anak Baca FaceBook Saya Rosli Ibrahim Bekas JuruEngine Laut Kapal A7 / A18 Pembantu Laut A17 . Jabatan Laut Malaysia . Saya Sudah Bersara . Rawatan2 Saya Adalah Percuma Suami Isteri Kerana Saya Berkhidmat Selama 37Tahun 4 Bulan 26Hari . Pencen Saya Penoh . Isteri Saya Yg Kedua Tidak Boleh Hamil Sebab Doktor Sakit Puan Klinik Sakit Puan HTAR Klang Kata Isteri Saya Tiada Telor Budak . Mandul . Hp Saya Adik 017 6906752 . Ada Jgn Malu Dgn Saya . Umur Saya 66 Tahun . Gangguan Syaitan Bukan Gangguan Mental Kerana Makan Salah Ubat . SMS Kpd Saya . O.K . Baca Facebook Saya Sampai Habis . Kita Masaallah Sama . Saya Pernah Berubat Dgn Arwah Ustaz Harun Din .

      • Ramli Musa says:

        Bukan salah ubat, ubat Stelazine Largartil & Melleril & Injection Modecate adalah memang untuk Schizophrenia, tapi ubat lama,
        Ubat lama ada sedikit sebanyak kesan samping.
        Ya Dr Juswan memang doktor kontrak dari Indonesia, pernah berkhidmat di Teluk Intan dan HBUK.
        Kisah sangat lama ini.

  • Zarina hj hussein says:

    Salam dr
    Anak saya 28 th didiagnosis schizo sdh hampir 4 th.Masih menerima rawatan hosp.Sakit nya bermula sem 2 di uitm.rawatan Islam pun saya ikhtiar.Sembhyg x tinggl,dpat khatam quran,klau cakap pasal saham..pndailh juga.Tpi gangguan2 suara masih ada..yg dngr semuanya negatif.Tlng dr adakah cara lain nk rawat…saya dn suami dh nk pencen. .

    • winroses says:

      puan, boleh saya tanya berkenaan bagaimana puan dapat tahu atau kenalpasti anak puan mghidap skizo? bgaimana puan menerimanya? sbahagian ibu bapa tidak percaya.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Makan ubat seperti disarankan adalah jalan penyeselaian paling penting dan berkesan

      • Nur Irdina says:

        salam prof, nak bertanya tentang sakit mental berpanjangan (mutbiq) dengan sakit mental sementara (aridh/ghair mutbiq) apa maksudnya??

        • Ramli Musa says:

          salam

          memang dlm psikiatri ada penyakit kekal; (susah sembuh) (spt Schizophrenia) tapi ubat boleh mengawal.
          Ada juga penyakit psikiatri yg boleh sembuh (spt anxiety), jadi ubat boleh diberhentikan bila sampai waktunya.

    • Fatimaj ismail says:

      Assalamualaikum Prof,
      Ada kah apa2 makanan tambahan saperti vitamin yg boleh di berikan kepada pesakit Schizo.
      terima kasih

    • MOHD FIRDAUS B. SHAHARUDIN says:

      doktor sy penghidap shizophrenia….sjak umur 23 tahun hingga kini 33 tahun masih brgelut dgn penyakit n.maaf nak cakap, sy lelaki sering trjebak dgn onani, slpas melakukan hal trsebut hati selalu gelisah dan akal sering tringat hal tidak baik akibat prbuatan trsebut.sakit shizophrenia sering dtg ketika melakukan hal trsebut.saya thu hal tersebut haram di sisi agama ttp sy sentiasa brdoa dijauhkan dr kemaksiatan trsebut.Apa tips doktor utk keadaan sperti sy?

      • Ramli Musa says:

        Salam
        bauk jika saya tahu apa symptom shizophrenia yg anda ada, utk kepastian diagnosis yg betul.
        Tahniah anda ada kesedaran yg mana kita panggil insigt toward illness kerana ini menjamin masa depan lebih baik.

        Onani ada beberapa pandangan tentang hukum,
        jalan paling berkesan pandangan saya dekatkan pd Allah SWT dan mencari pasangan.
        Dalam usaha mencari pasangan, kita perlu baiki diri dulu

    • Ira says:

      Doktor saya nak Tanya, saya sebelum ni Makan ubat respiredone 2mg 1 bulan sebab saya Ada delusion. Tapi ubat Tu untuk org Yang sakit skizorfenia Kan. Saya takut nak Makan. Saya takut saya kena halusinasi jadi saya putus ubat slow slow. Lepas putus ubat emosi saya jadi kosong. Dah nak dekat sebulan tak Ada emosi. Saya dah dua Kali putus ubat. Kali pertama putus ubat saya kena withdrawal systom. Habis sakit badan. Jadi saya Makan ubat balik. Kalau Kali kedua saya putus ubat ni boleh ke saya Makan ubat balik. Tak tahan dengan emosi kosong ni doktor. Tapi saya takut side effect ubat.. bila saya jumpa doktor Psy kat hospital mereka suruh sy Makan lama. Tapi saya takut.. buntu saya.. sanggat melelahkan Dan berputus asa.

  • yanie says:

    Salam, bagaimana sy mahu merawat pesakit mental yg fobia ke Klinik pakar untuk rawatan? Hrp dpt mmbntu dan memberi sumber yg btul.tq

  • ali umar says:

    Assalamualaikum wbt. saya menghidap BMD sejak 2016. Bolehkah saya menguatkan rohani dan tinggalkan ubat-ubatan?

  • Anis says:

    Boleh saya tahu jika ada tempat rawatan bg individu yg mengalami mslh gangguan jiwa atau mental.

  • Seri says:

    Assalamualaikum prof, saya mempunyai keluarga yang menghidap sakit mental. Dalam sebulan, tidak sampai seminggu moodnya ok. Selebihnya dia akan bercakap seharian tanpa henti kecuali waktu tidur dan solat( jika dia mahu solat shj, kalau tak dia taknak solat), menjerit2 dengan sgt lebih dari sejam sehingga dapat didengari dari luar.bercakap topik yang berubah-ubah, terlalu details sehingga sekecil perkara remeh pun diambil kira. Memprovok dan menekan orang lain,cenderung menyalahkan dan menuduh orang lain. Masalahnya dia langsung tidak mahu ke hospital malah jika disebut hospital untuk rawat, dia menjerit-jerit. Selalu dia menjerit sehingga tengah malam. Tidur hanya beberapa jam. Bercakap perkara yang tidak logik dan celaru. Kami sangat tertekan dengan keadaan ini kerana rtdak mampu memujuknya ke hospital dan terpaksa menghadapi keadaan in. Dia sangat bijak diluar kebiasaan

    P/s: mohon pertolongan prof memberikan cadangan kerana kami benar-benar buntu. Harap tidak mempamerkan email saya.

    • Ramli Musa says:

      Salam bunyi seperti Bipolar disorder.
      Boleh bincang pakar. Ubat drop mungkin boleh membantu

      • Nur says:

        Slm dr,
        Saya seorg penjawat awm. Dari ujian dass sy mempunyai kemurungan teruk, anxiety,. Ada masa tertentu sy bagaikan alami hypomania dimana rasa keyakinan tinggi, rasa diperlukn dn diri sgt bermakna. Pada episode menghampiri mood x ok, sy tiba2 akn marah dn sgka buruk,rasa gelisah buat andaian tersendri ttg org lain. Sekiranya sy mendpt rawatan dn dianogese bipolar disorder adakah perlu sy memaklumkn sy mempunyai penyakit ini kpd jabatan? Saya melalui fasa ini sjk 15thn lalu. Hanya menyedari dan menyesaki sy ada maslh mental baru2 ini. Secara asas ya perubahan mood tidk mengaggu tugas sy sejk 15 thn ni. Cuma ada kalanya menjejaskqn hubungan dgn ketua dn kwn2. Apa yg blh sy buat adalah meminta maaf kpd mereka. Skrg sy sedang mengawal dan lbh alert dgn perubahan mood, tanpa ubat. Adakah perlu sy ambil ubat? Saya sgt bimban stigma dan kesan ubat spt mengantuk menjejaskan kualiti kerja saya😢

        • Ramli Musa says:

          Bunyi spt masalah Bipolar type II (hypomania)
          Low dose mood stabilizer memberi manafaat mengawal mood.
          Jika tidak akan gangu hidup.

          • Adam says:

            Saya pun berasa bnda yang sama.. adakah ini salah satu kesan pengambilan dadah terlarang suatu masa dahulu. Sy selalu delusi . Sometime panic sampai semput.. Anggap sekeliling sy berkata negative ttg sy . Hubungan dgn isteri pun terjejas. Apekah pilihan terbaik utk sy?

          • Ramli Musa says:

            kesan dadah memang ada kesan jangka masa panjang.
            jika sudah berhenti, masih tak sihat, elok jumpa doktor

  • jahara says:

    Boleh saya tahu jika ada tempat rawatan bg individu yg mengalami mslh gangguan jiwa atau mental. Hospital mana yang terbaik ye area PJ /KL

  • Azhar Bin Abdul Rahim says:

    Mengalami gangguan jiwa dan ambil ubat tidur

  • Azhar Bin Abdul Rahim says:

    Apakah penyakit tidur tidak akan pulih kembali doktor

  • Liza says:

    Assalam bagaimana saya nak dptkan rawatan utk anak saya yg ada masalah depression di hospital tuan dr.. adakah sy blh buat temujanji melalui no phone diatas or mcmaner?
    Tq

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Puan tinggal di mana?

      • Ashraff says:

        Bagaimana konsep untuk pesakit MDD/DID yang mempunyai banyak personaliti dalam satu jasad mengikut islam?

        • Ramli Musa says:

          Maaf sila beri nama penyakit penuh. Umumnya Konsep penyakit dalam Islam adalah standard macam penyakit lain

        • Ahmad Saimi Bin Yeob Ramli says:

          Assallam Dr, saya telah ada penyakit exenty, panic attacks hampir 20 tahun, kini umur saya 55 tahun.. Dulu saya refer dgn hospital kajang, pindah ke Hospital putra jaya, pindah ke pusat psikateris Matahari juga di putra jaya.. Dan kini ada sekali refer the psikateris Hospital Ampang Putri.. Tapi saya berhenti keran ubat yg diberi saya makan 3 minggu.. 3 minggu sakit perut. Saya dah mula tak berminat dgn Dr tersebut.
          Saya refer dr tersebut kerana masuk tahun 2021 penyakit ixanty macam dah mula ada semula… Sintem kini dia lebih mengganggu perut yg menyebabkan perut merasa amat sakit.. Kadang2 ia menggangu dada menjadi ketat, urat belikat dan bahagian kaki merasa macam ada sakit saraf..berkaitan saraf sudah buat cek-up dgn dr pakar saraf tapi dia kata saraf saya ok..
          Dulu saya majan ubat, cymbalta, nexium utk sakit perut… Sekarang ini kedua dua ubat langsung tidak memberi kesan..
          Minta tolong Dr syorkan Dr terbaik utk saya follow up di KL…terima kasih

    • Ramli Musa says:

      Lebih elok dapat rawatan di klinik terdekat utk jangka masa panjang. Itu sebab saya bertanya puan tinggal di mana.

    • Raiesha says:

      Saya mengalami kemurungan yg teruk. Dan kemudiannya, byk simtom2 yg berlaku Dan ketara yg berlaku dlm hidup saya. Bila saya nk jumpa doktor, family saya tak percaya. Mereka kata saya meng ada2 kan penyakit tersebut. Dan ape yg saya buat, saya rawat diri saya dgn amalkan solat sunat dhuha, berzikir dan ubah mindset positive. Kemudian, saya minta support dri family. Saya pegang kata2 mak saya, iaitu “Lawan perasaan tu, lawan fikiran tu, ingat yg itu hanyalah bisikan syaitan”. Dan kemudiannya alhamdulillah, saya semakin yakin dgn diri saya, saya kuatkan mental dan fizikal saya finally saya mampu tangani masalah tersebut. Saya yakin, penyakit yg berkaitan dgn mental health issues ni perlu mengamalkannya. Dan semoga bermanfaat. Terima kasih.

  • Makhluk Tuhan says:

    Assalamualaikum.
    First of all, terima kasih sebab xjemu menjawab soalan ² dari kami. Adakah disebabkan sy schizophrenic, menyebabkan adik /ahli keluarga lain juga boleh mengalami masalah mental lain? Alhamdulillah syukur sekarang sy jauh lebih baik dari dulu. jauh lebih positif dr dulu. tp sekarang adik sy teruk sgt.. dia diagnosed with BPD,tp doktor masih x jelas lg.. skrg dia sudah mula bertindak ganas seperti sy sebelum ni. Sy rasa bersalah wlupon sy tau byk sgt hikmah atas semua dugaan kami sekeluarga. Keluarga kami kecil dan mempunyai 2 org pesakit mental didalam rumah yg sama xsemudah yg disangka. Adakah sy memberi kesan negatif terhadap anak² atau ahli keluarga lain nanti ? Bagaimana boleh sy membantu adik sy apabila dia mula bertindak diluar kawalan?

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Menurut kajian, memang kehadiran faktor genetik menyumbang kepada mana-mana penyakit psikiatri. Namun genetik bukan 100% punca. Satu fakta sangat menarik untuk difahami masyarakat adalah; faktor persekitaran serta cara keibubapaan yang sihat adalah lebih kuat dari genetik. Maka…… walaupun kita ada faktor genetik, dengan ada pendekatan parenting style yg kondusif dan supportif, ia adalah faktor pelindung (protective factor) yang kuat untuk mengelak anak2 mendapat penyakit psikiatri.
      Soalan saudara sangat relevant dan bernas utk masyarakat.. tahniah.

  • Burhanuddin Mat sharif says:

    Saya didiagnose menghidap generalised anxiety disorder. Sy telah lama menghidapi penyakit ini selama 20 tahun. Skrg menjalani rawatan mengambil ubat dan rawatan kaunseling di hospital. Mohon sekiranya ada kaedah lain.

    • Ramli Musa says:

      As salammualaikum,
      Pandangan saya ubat dan kaunseling hospital sudah memadai meliputi 80% kehendak rawatan dan penyembuhan.
      20% lagi kalau dapat pengisian spirituality atau keagamaan atau lebih tepat nilai Islam seperti lebih dekat dengan Allah dan ibadat. walllahhualam..

      • Atiqa says:

        Salam doktor, sebenarnya pesakit mental ini bermula dengan tekanan hidup? Lama-kelamaan melarat sehingga menjadi pelbagai jenis sakit mental..? Adakah ini benar?
        .
        Sebenarnya mereka perlu mengenalpasti tekanan yang dihadapi dan tau bagaimana nak menyelesaikan masalah tekanan dan emosi mereka. Bila emosi down maka senanglah dapat pelbagai gangguan.
        .
        Sefaham saya jika kita jiwa lemah, mudah mendapat gangguan dari jin iblis dan syaitan..bagaimanapun pesakit mental perlu juga mengkomsumsi ubat-ubatan supaya tahap kimia di otak mereka stabil. Dan apabila mereka dalam keadaan tenang dan normal, ketika ini perlulah mereka mengisi jiwa dengan ilmu dan mendekatkan diri dengan Allah.
        .
        Maafkan saya jika pemahaman saya tidak betul.
        .
        Saya seorang tenaga pengajar di institusi awam yang melihat makin ramai remaja atau anak muda yang mengalami tekanan hidup dan terburu2 dalam buat keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri. Ada juga rakan2 sekerja yang suka membuli menyebabkan rakan yang lain merasa tertekan.
        .
        Oleh itu saya terpanggil utk lebih memahami isu ini.

        • Ramli Musa says:

          Penyakit psikiatri itu luas, tak boleh kita pukul rata. Mereka berbeza dari banyak aspek.
          Dalam AlQuran dan hadith sunnah suruh manusia mendapatkan rawatan dan ubat utk sembuh.
          Mengangungkan jin memberi bekas juga boleh menjerumus syirik.
          Namun bukan bermakna kita tolak kewujudan jin spt Quran nyatakan

  • Pn Ros says:

    Assalammua’laikum Prof, saya sangat perlukan pandangan Prof tentang anak saya. Bagaimana saya boleh jumpa dan dapatkn ‘consultation’ Prof?

  • Liyana says:

    Assalamualaikum Dr, bagaimana cara untuk kita bantu sbg seorang isteri jika suami berpenyakit mental?
    Mereka pun layak untuk bernikah bahagia seperti orang lain

    • Ramli Musa says:

      waalaium salam,

      Saya sukar memberi pandangan kerana senario agak singkat

    • Pn Min says:

      Assalamualaikum Dr.
      Saya menghidap penyakit delusion. Dr di hospital beri saya Fluvoxamine 150mg dan Risperidone 2mg. Saya masih makan ubat, malam, tetapi side effect ubat sangat kuat di mana saya mengantuk sampai ke pagi. Saya nak stop ubat.. sebab menganggu fokus saya untuk buat kerja rumah dan menjaga anak. Saya seorang surirumah.

      • Ramli Musa says:

        Salam,
        Nasihat saya elok minta nasihat doktor yang merawat. Ini kerana saya tidak mengetahui mendalam tentang latarbelakang keterukan penyakit. Ada ubat lain jika mengantuk. kombinasi ubat yg dinyatakan sepatutnya tidak begitu mengantuk esp Risperidone.

        • Pn Min says:

          Terima kasih Doktor di atas nasihat. Saya akan refer kpd Doktor yg merawat saya di Hospital Kajang.

  • fauziah says:

    Assalam,
    Doc ada klinik utk rawatan psikiatri ke?

    • Ramli Musa says:

      As salam.
      Ada Kuantan Clinical Diagnostic Centre, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek,
      Kuantan. 0179500058

    • D says:

      Dr Ramli, saya perlukan pandangan doktor atas sebab berikut, mohon pencerahan.. : –
      1) MDD 1st diagnosed ; private clinic ; meds : lexapro 10mg , appo Q 1 biji, rivotril
      2) stop mkn ubat stlh tahu pregnant
      3) doktor pakar gyneo KKIA saran jgn berhenti ubat
      4)miscarriage 5months, admitted hospital 6 hari, ada episod re-lapse
      5) very bad conditions during post partum
      6) stlh miscarriage, teruskan rawatan dgn Dr Psikiatri di GH. Meds lexapro 20mg sahaja. Saya sendiri tidak mahukan appo Q kerana terasa begitu kuat.
      7) Baru2 ini, rasa ok dan sihat. Agak menJaga pemakanan. Ubat tidak ambil sebulan.
      8) Seorang Dr. yg berjumpa utk merawat anak. Kebetulan beliau salah seorang member psychiatry’s associate malaysia. Katanya beliau dlm psychiatry’s forensic.
      Katanya saya tidak MDD. Saya tidak perlukan ubat. Semua apa yg saya rasa atau alami, itu semua sekadar perasaan. Boleh lawan dgn pikir positif saja. Dan buat cara2 islam. Dlm konteks ini saya fahamkan, menerusi ibadah dsb. Dan dia kata minta cari Doktor psikiatri yang Islam. Bkn doktor paychiatrist saya yg bukan Islam.
      Saya terjumpa blog Dr Ramli. Mohon jasa baik Dr Ramli, utk beri pencerahan. Saya skrg sudah tak makan ubat. Kata doktor yg saran saya carik doktor Islam tu, ubat2 anti depressant semua kacau otak.
      Kerana saya rasa, saya ada side effect. Bila ambil ubat.
      Terima kasih, Dr Ramli.

      • Ramli Musa says:

        Hi,
        Terdapat percanggahan pendapat antara doktor berbeza.
        Maka elok berjumpa semula pakar psikiatri untuk pengesahan
        Mengambil ubat antidepressant seperti Lexapro adalah boleh semasa mengandung.
        Selalu doktor ada cara untuk mengelak komplikasi mengandung.

  • Itqan says:

    Assalam..boleh sy dapatkn no telefon Dr…

  • Hana says:

    Assalam dr.. bbrapa bulan lalu sy akhirny brjumpa dgn pkar psikiatri stelah 5kali perkara sama berulang dimana sy bertindak gnas dan mnyakiti org sekeliling. Sy brtukar mnjadi org lain dan berkelakuan pelik ttpi kebnyakanny sy ingat momen trsebut cuma gagal mengawal dri sndri.Sebelum ini, keluarga hnya berjumpa dgn ustaz dan mreka mngatakn sakit sy berkenaan dgn gnguan mkhluk halus(saka). Unt mkluman dr, prkara ini dikesan sejak 10tahun lalu dan amat meremukkn hati sy bila tringat kmbali smua prkara yg sy lakukan, mnyakiti kluarga sy shngga tiap kali pejam mata psti smuany bermain kembali difikiran.Sy malu dgn dri sndri. Seringkli sy menangis krn perbuatan sy dan sy tahu sy xpatut ingat perkara2 lalu. Sy tidak mahu mnyusahkan org lain trutamany ibu sy dan slpas smbuh dri episod, seringkali sy jauhkn diri sy dari parents krn tidak mahu mereka lihat sy dlm keadaan tidak stabil. Sy tidak prnah mnceritakn perkara ini kpd rakan2 dikolej , tkut dihakimi krn mmpunyai skizofrenia. Sy amat lemah dlm komunikasi shgga mmbataskn sy meluahkn pndapat dn prasaaan sy. Dan disebabkn itulah dlm kbnyakan masa sy mngmbil sikap berdiam diri dan akhirny sy jdi seorg yg tiada keyakinan dri.Kdg2 sy brfikir “apa guna aku hidup kat dunia nie kalau asyik susahkn org lain. Tiada ap yg boleh aku bggakn walau dlm segala aspek tiada satupun aku cmerlang”.Sy tiada motivasi unt hidup.. Sy juga ingin mnjadi spt org lain yg berjaya dan dpt nyumbangkn ssuatu yg bermnfaat. Sy mahu berubah supya lebih positif dan berkeyakinan dri ttpi tidak tahu mahu mula dari mna.Bolehkah Dr. berikn pndpat tntg apa yg patut sy lakukan unt perbaiki dri dan smbuh dri pnyakit ini?
    Terima kasih atas perhatian Dr.
    Maaf jika ad yg xfaham..

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, Agak menyukarkan saya mengagak penyakit anda kerana tidak banyak simptom dinyatakan.
      Memakan ubat berterusan adalah faktor sangat penting untuk sembuh dan hidup dengan lebih berkualiti dan bermakna disamping pendekatan lain seperti kaunseling dan intervensi keluarga.
      Berdasar perjumpaan dengan pakar psikiatri, apa nama penyakit dinyatakan dan bagaimana pengambilan ubat?

    • Hamba Allah says:

      Kembali kepada Allah.. Allah sedang menguji kita..

  • eman says:

    dr, saya dapat tahu dengan pengambilan ubt utk depression ni akan ade side efek seperti seseorg itu akan jadi slow. betul ke dr?

    • Ramli Musa says:

      salah sama sekali

      • Assalammualaikm dokter saye seorg pesakit bipolar disorders disahkn oleh dokter yg merawat saye , saye diberikn rawatan ubat alhamdulilah berkesan Dan disamping mendekatkn diri dgn ibadat , Alhamdulillah saye sihat dan rase diri lebih muhasabah, tetapi akhir akhir in saye rase penyakit saye mula kembali apabila saye mula stress dari penyakit lain kesakitan pada gusi yg terus menerus hingga membuatkn saye hilang tumpuan Dan mula sukar tido mlm kembali Serta resah gelisah mengigil, menagis yg sukar untuk dikawal..meskipun ketika beribadah tetapi alhamdulilah saye masih dapat solat kerana kewajipan ..tapi yg saye mula risau keadaan saye mula kembali menagis masalah2 lain yg saye nyatakn ..

  • Nur says:

    Assalamualaikum,
    Sy 25th dan mengalami penyakit depression, anxiety disorder dan ptsd. Sy sedang jln sesi kaunselling. Sy ingin minta pendpt.kadangkala saya rasa berbelah bagi utk ke kaunseling kerana ia bgkn ‘guilty’ pleasure teruma skali kalau ia bkaitn dgn masalah keluarga cth penceraian. Kt tk digalakkan mmbuka aib org. Kadangkala saya rasa bersalah utk meluahkn sebb sy menceritakn aib org tua saya sendiri. Adakah perbuatan sy keji demi mmbantu diri sendiri.
    Selain itu, sy tdk mnjdkn masalah2 ni penghalang utk sy jalani hidup spt org biasa. Saya setuju bahawa iman merupakan faktor ‘protection’. Sy masih dpt kawal diri dr melakukn perkara yg ditegah. Tp kadangkala sy rasa penyakit 2 makan dalam. Dn mmjd semakin teruk skrng sejak sy mula mengalaminya 7 tahun lalu. Adakah digalakan utk berjumpa dgn psikiatri? Saya tkut ia menjejak pemohonan kerja saya kerana saya ‘mentally ill’. Mohon mengongsi pendpt. Terima kasih. 🙂

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,
      Terima kasih kerana sudi berkongsi.
      Hakikat penyakit psikiatri termasuklah anxiety dan kemurungan atau depression sangat mengganggu kehidupan.
      Penyakit ini menyekat kita dari berfungsi dari aspek ahli keluarga, bekerja dan menikmati nikmat hidup sebenar. Tanpa rawatan juga mengurangkan kualiti hidup kita (QoL).
      Dalam Islam sendiri kita disuruh mendapatkan rawatan kalau kita tengok sirah, Rasullullah sendiri menyuruh mendapatkan rawatan dari tabib bukan Islam selagi rawatan itu tidak bertentang syariah.
      Bercerita konflik keluarga dengan terapis (therapist) dengan niat rawatan dan mengikut etika perubatan kerahsiaaan perubatan (medical confidentiality) ia tidak bertentang syariah. Ia tidak dikategorikan sebagai mendedah aib.

      Rawatan psikiatri sangat berkesan. Rugi jika tidak mendapatkan rawatan.

  • Raja Natasha Raja Musafarudin says:

    Assalamualaikum Dr,

    Saya mengalami gangguan perasaan dan tidak pasti sama ada ianya berkait dengan masalah psikiatri atau tidak. Di dalam diri saya seperti ada dua jiwa. Satu mengarah kepada kebaikan dan satu mengarah kepada keburukan. Suara itu seperti suara saya sendiri. Masalah yang saya hadapi adalah hasutan jahat itu sering mahu menyesatkan saya dari akidah islam dan keimanan saya. Pada mulanya saya fikir ia adalah hasutan syaitan, lama kelamaan saya menjadi keliru kerana ia seolah2 sudah melekat di fikiran dan hati saya. Dan sebahagian lagi dari diri saya yang masih waras cuba menghalang perkara buruk itu berlaku dan cuba menjaga akidah saya. Saya banyakkan solat, beristighfar dan berzikir untuk hilangkan ‘fikiran-fikiran’ itu. Ia hilang sementara setelah zikir, tetapi saya akan sentiasa teringat balik akan ‘fikiran-fikiran’ itu sehingga susah untuk saya menepisnya keluar.

    Apabila saya diserang dan cuba melawan ‘kata-kata’ itu, saya menjadi cemas dan ketakutan. Saya tidak boleh fokus dengan kerja, malah saya tidak fokus dengan orang yg sedang berbual dengan saya. Walau ketika berada di kalangan ramai, saya seperti berperang dengan diri saya sendiri untuk melawan kata kata itu. Saya menjadi ketakutan dan murung sebab saya buntu.

    Saya cuba mencari sesuatu aktiviti untuk mengalihkan fokus saya namun gagal. Saya juga hilang minat dengan hobby saya. Saya menjadi sangat tertekan.

    Saya telah menjalani perubatan ruqyah beberapa kali, namun masalah itu masih ada. Apa pandangan Dr tentang masalah yang saya hadapi? Saya ingin mendapatkan khidmat psikiatri tapi saya mahu berjumpa psikiatri muslim yang faham dengan masalah yang saya hadapi. Adakah Dr mempunyai cadangan siapa yang perlu saya jumpa?

    Saya sangat berharap pertolongan Dr.

    Wasalam,
    Raja Natasha.

    • Ramli Musa says:

      waalaikum salam,
      Terima kasih

      • Raja Natasha Raja Musafarudin says:

        Salam Dr,

        Adakah Dr sudah menganalisa masalah yang saya hadapi. Maaf jika saya kelihatan agak mendesak, tapi saya perlukan cadangan langkah apa yang saya perlu ambil untuk mengubati.

        Wasalam,
        Raja Natasha

    • Ramli Musa says:

      Insyaallah ada ramai pakar psikiatri muslim di serata Malaysia.
      Cadangan saya berjumpa pakar psikiatri terdekat.

      • sa says:

        assalamualaikum doktor.saya ada masah anxiety disorder kerana mempunyai kecemasan melampau untuk tidur…bila pejam mata hati saya akan berdebar2 dan otak saya macam block mata saya untuk tidur…walaupun sebenarnya saya sanagt mengantuk semasa tu. saya sudah dapat rawatan dihospital dan diberi ubat setralime 50mg dan ubat lorazempam..sudah 2 malam saya makan ubat tu dan dapat tidur…tapi pada siang hari mata saya masih mengantuk..dan tidak dapat tidur ..perasaan berdebar2 datang lagi…saya bimbang akan bergantung pada ubat tersebut seumur hidup

  • Ainul says:

    Salam Prof
    Boleh recommend klinik pakar atau specialist yg bagus yg ada disekitar KL?

    • Ramli Musa says:

      Salam Puan,
      Saya tak boleh menjawab soalan itu atas 2 perkara.
      1. Setiap pakar ada sub-kepakaran berbeza untuk penyakit berbeza. Elok nyatakan masalah apa.
      2. Faktor etika perubatan.

  • Lisa says:

    Assalam doktor. Adakah permasalahan sikap anak merupakan masalah mental? Sikap anak keterlaluan sehingga berani memukul dan menghamburkan kata kata kesat… Adakah boleh dipulihkan segera?

    • Ramli Musa says:

      Ia bukan masalah mental serius tapi lebih kepada masalah sosial atau tingkahlaku. Ia masih dalam skop rawatan pakar Psikiatri kanak-kanak yang dipanggil conduct disorder.
      Maka bolehlah dirujuk ke pakar psikiatri terdekat. Bertindak awal sebelum semakin teruk.

  • Azhar says:

    Assalamualaikum Dr.
    Nama saya azhar, umur 34 tahun bkerja sbagai pnjawat awam di penang. Tahun lepas bulan mac 2017 saya mengalami tekanan perasaan kerana takutkan di serang cancer disebabkan seketul biji di ketiak sehingga saya hilang keupayaan tidur secara drastik sehingga hari ini. Saya fobia ke hospital ketika itu tetapi apabila saya hilang tidur saya mmbuat scan dan ianya hanya bisul tetapi saya masih tidak boleh tidur dan slpas 2 bulan sy berjmpa doktor tan chee kuan di hsptal lam wah ee pkar pskiatri dan di diagnosed sbgai anxiety disoder depression dan doktot bg ubat espran 5 mg dan respidon 0.5 mg , tetapi doktor sehingga hari ini sy masihtidak tidur secara mnsia normal. Ada bisikan atau suara di hati yg suka fikir buruk malah saya kerap sakit seluruh tubuh especially urat saraf diseluruh tubuh dan sering rasa macam2 fikiran negatif, solat bc quran zikir saya jaga cuma subuh sy terlepas waktu kerana susah hendak bangun pagi…

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Berdasar penceritaan En, mungkin menghadapi masalah Illness Anxiety Disorder.
      Itu sahaja komen saya kerana tiada soalan diajukan.

      • Azhar says:

        Dr. Sekarang sy memakan ubat tidur respidon 0.5mg dan escitalopram 5mg, adakah ubat ini yg terbaik untuk gangguan tidur? Apakah langkah sy untuk hilangkan sakit urat di seluruh tubuh saya? Adakah sy boleh jumpa doktor di penang? Apakah nasihat doktor untuk masalah tidur sy?

        • Ramli Musa says:

          Risperidone dan escitalopram bukan ubat tidur.
          Ubat tidur selalunya hanya digunakan untuk jangka masa singkat sahaja untuk mengelak kebergantungan.

  • Nora says:

    Assalamualaikum Dr. Suami saya pesakit mental Bipolar Disoder sejak tahun 2004. Masalah suami saya ialah dia tidak dpt makan ubat EPILLIM dan QUETIAPINE yg diberi oleh doktor. Ubat ini memberi kesan kebas di bibir, selalu khayal dan tidak dpt fokus pada kerja. Ini menyebabkan dia tidak mahu makan ubat ini dan simptom Bipolar ini akan datang selepas 2 hingga 3 bulan dia tinggalkan ubat ini. Kami telah ajukan masalah ini kpd doktor pakar dan mereka masih memberi ubat ini juga. Adakah ubat lain yg saya boleh syorkan kpd doktor supaya suami saya berdisiplin makan ubat?

  • isham says:

    ade jual ubat serotonin x

  • Lily says:

    assalamualaikum wbt.
    Sy ingin bertanya apakah hukum disisi Islam, jika seorang pesakit schizo tidak menjalankan tggjawabnya sbg seorang suami/ ayah?
    (Maksud tggjawab ini general nya adalah spt memberikan nafkah zahir&batin)

    Soalan kedua
    Adakah pesakit schizo ini dikira berdosa besar jika dia mmbiarkan isteri dan anak2nya melakukan dosa?

    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, Dalam keadaan stabil (memakan ubat yang tetap) tanggungjawab sebagai seorang muslim dan ahli keluarga masih sama seperti individu normal lain kecuali semasa psikotik (relapse) di mana hilang kewarasan fikiran.
      Pada masa sama kita faham seseorang mengalami penyakit Schizophrenia ini ada banyak kebatasan disebabkan nature penyakit dan memerlukan sokongan keluarga.

      Juga pada masa sama isteri dan anak2 ada hak tertentu menentukan kehidupan masing2.

  • Zamree Ramlee says:

    Assalamualaikum Dr..
    Saya amat memerlukan nasihat dan pandangan Dr tentang masalah ibu saya..
    Pengenalan serba ringkas tentang ibu saya..
    Umur ibu saya skrg 67thn..pernah mendapat rawatan psikatri di hosp sebnyk 2 kali..kali pertama di utara tanah air lbh krg 33thn dahulu kerana bertindak agresif sehingga pakcik saya terpaksa pgl ambulan dan polis sewaktu iti saya berumur lbhkrg 12thn..kali kedua lbhkrg 29 thn yg lalu di HKL, kali kedua tersebut sy dgn ayah sy terpaksa menghantar ibu sy ke HKL kerana bertindak agresif spt sering memaki hamun dan membaling objek ke ayah saya..sy dan ayah terpaksa mengheret, menyumbat kedalam keta dan memeluk dgn.kuat ibu(grip) kerana ibu melawan dan xnk pergi HKL dengan rela..ibu di tahan di wad hampir 2-3 minggu..bila ibu dibenarkan keluar dia menjadi seperti blur ikut je apa yg kami suruh kradaan dia spt kosong sampai duduk dikerusi berjam2 sampai meleleh air liur pun dia x sedar kesan drpd ubat yg.HKL bagi..lbhkrg 1-2 bulan ayah stop bg ubat sebab kesian tgk ibu camtu mcm patung kosong blur..Alhamdulillah selepas berhenti ubat keadaan ibu semakin baik, kembali ceria dan boleh berinteraksi dgn normal mcm x pernah sakit..selang 7-8 tahun selepas itu ada jgak ibu sakit balik tapi x seteruk dulu cuma ibu akan susah tidur dan bila 2-3hari x tidur dia akan mula dgr suara dr kipas atau aircond atau washing mchine..bila dh dgr suara ibu akan mula ckp benda2 merapu dan dia selalu ungkit kisah dia di heret dan dimasukkn ke HKL dulu..bg ibudia bukan sakit jiwa tapi dianaiya oleh ayah dan disihir oleh seseorang yg sering disebut namanya tp x kenal pun org tersebut, ibu sering ckp suara yg dia dok dgr ajuk dan ejek dia tu suara org tersebut..selalu bila ibu mula.jd begitu ayah akan curi2 bubuh ubat yg di bekalkn HKL dlm air minuman ibu..2-3 hari lps berjaya curi2 bg ubat kat ibu dia akan kembali normal..4-5thun lps itu hadi seperti setuasi tersebut selalunya bila ada sesuatu hal yg membuat ibu memikir sampai x bole tidur..ayah curi2 bg ubat jembali normal..tp dlm lbh krg 15 thn ni ibu dpt sakit sendi atrteis dan tyroid..tulang dan sendi jari tgn dan kaki ibu mula membengkok..semenjak 7-8 thn kebelakangan ni ibu kerap sakit jiwa balik..mula2 tu dpt juga redakan sakit dia bila curi bg ubst tp dlm 3 tahun kebelakangan ni sakit jiwa ibu makin kerap dan lambat nak baik kdg2 sampai berbln bln..tp sekrg ni ubat yg ayah curi2 bg mcm langsung dh xde kesan..madalahnya ibu x accept dia sakit jd susah utk bwk dia pegi psikatri..Saya mohon jasa baik Dr tolong lah saya …saya sgt2 buntu..kesian kat ibu .. hari2 tua ibu kalau bole sy dpt lihat ibu hidup tenang bersama ayah..Bantu sy Dr..

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Boleh saya tahu apa nama penyakit doktor HKL maklumkan pada puan?
      Selepas 2 kali dimasukkan pasti doktor akan memanggil ahli keluarga untuk penerangan.
      Dari cara penceritaan, berkemungkinan Schizophrenia atau dementia (onset dementia pd umur warga emas).
      Rawatan berbeza utk penyakit berbeza.

      Penyelesaian utk hampir semua penyakit adalah memekan ubat secara teratur. Kesukaran berlaku bila emak tiada insight dan tidak mahu makan ubat sehingga doktor memberi “drop”

    • Akif says:

      Macam abg saya ,tapi sentiasa kena makan ubat dah dekat berapa tahun dh ni,ubat pon mcm effect juga,penyakit skizofrenia ni boleh membunuh org .

  • Meee says:

    Sya slalu rasa disisikan oleh kawan-kawan… Ditertawakan di belakang… Sering diangap bodoh… Itu yg membuatkan hidup sya tidak tenang… Sya lebih suka bersenderian.. Daripada bergaul… Kerena bikin sakit hati… Satu orang hati sya lebih tenang… Tapi kedang-kdang sya bosan… Sya rindu kenangaan dengan kawan, -kawan waktu kecil..sya akan paksa diri untuk jumpa mereka… Main bola sama-sama… Sya selalu betdoa supaya tuhan bgi sya ketenangan… Tetapi selalunya sya kecewa… Bergaul dengan satu orang kawa sya ok tapi bila banyak atau berkumpulan saya akan jadi tidak tenang… Saya banyak sakit hati… Tapi sya peksa sbp sya tidak mahu bersendirian.. Sya mahu tuhan kembalikann hidup sya sebelum ini… Sejak sya alami kemuru gan hidup sya jadi begini.. Kawan 2 tidak suka sya.. Sya rasa hidup kosong sunyi…sya perlukan kawan… Tapi saya rasa kawan tidak percayakan saya… Saya berusaha untuk yakin kan mereka yang saya ok.. Tapi keadaan tetap sama. Mereka mcm menyisikan saya… Saya tidak peduli… Saya teruskan juga.. Berhubung… Saya paksa sama-sama main bola.. Kalau mereka tidak suka sya biarkan saja.. Layaklah seorang… Betulkah saya rasa mereka
    tidak suka atau perasaan saya… Tapi saya rasa.. Saya tidak silap.. Saya pasti apa yang saya rasa dan nampak… Saya jg ada masalah sukar tidur malam 2atau 3 pagi bru boleh tidur…

  • Syadidah says:

    Dr adik saya mengalami masalah mental…dia ada 2 watak panas baran dan normal tapi sebenarnya dia tak normal semua kakak2 saya tak berani jaga dia..Sebab bila dalam watak baran tak boleh silap sikit mesti dia lakukan kekerasan..selepas ni saya yang akan ambil alih penjagaan..boleh tak doktor macam mana saya nak mainkan peranan

    • Ramli Musa says:

      T kasih sudi berkongsi masalah
      Soalan sukar, saya tidak mampu menjawab selain cuba sebaiknya dan tahu limitasi diri.
      Cuma komen saya sepatutnya adik-beradik salin membantu.
      Bukan dipikul oleh seorang sahaja.
      Ini tanggungjawab bersama.
      Syndrome burn out mudah dapat jika seorang.

  • Nana says:

    Assalamualaikum Dr anak saya berumur 16 thn, mengalami masalah kemurungan dan Dr telah memberi 2jenis ubat risperidone 1mg & Fluvoxamine. 50mg tapi saya x beri anak saya mkn takut ada side effects, apa kah cara saya ini salah. Tlg bantu saya Dr

  • Nana says:

    Assalamualaikum Dr ada ke ubat risperidone 1mg & Fluvoxamine. 50mg perlu di ambil berterusan @seumur hidup oleh persakit

  • Azizah says:

    Assalamualaikum ustaz saya mempunyai seorang anak skg berumur 21th..dia mengalami masalah ganguan dalaman sejak di thn ke 2 semasa asasi..masa mula kena dulu dia hanya malas utk belajar tetapi skg dia mengalami madalah seperti ada masa2 dia akan rasa tertekan dan mula menyoal saya kenapa dia jadi begini 1.dia rasa org sekeliling akan mengata dia
    2.dia x boleh dgr bunyi org selsema
    3. Sentiasa menyalahkan org sekeliling
    4.tidak mahu berjumpa dgn saudara mara..suka bersendirian
    Kalau mcm ini di kategorikan sebagai penyakit apa ustaz

  • Timah says:

    Assalam doktor,

    Anak saudara saya sering bekelakuan pelik…umur 15 thn perempuan. Antara kelakuanya meludah ikut suka hati walaupun dlm rumah..suka memakai baju yg basah…bila di bilik air suka meramas sabun sampai hancur…memicit ubat gigi sampai abis..bila makan nasi mesti dia buang di lantai..sekarang suka berbogel dlm rumah…bila tanya dia kenapa buat mcm tu…dia ckp dia ikut kata hati..kdng2 dia buat tanpa sedar…
    Adakah perlu dibawa ke hospital doktor. Mohon pandangan dr doktor.
    Terima ksih.

    • Ramli Musa says:

      As salam,

      Bagaimana perkembangan pertuturan?
      Ada kemungkinan masalah Autisma.

      Boleh rujuk doktor untuk pengesahan.

      • Timah says:

        Pertuturan dia ok..dh bawa ke hspt….doktor suspect schizo berdasarkan apa yg sy cerita kat doktor….minggu depan doktor akn ambil darah dan lakukan ct scan di otak belakang…tp dia tidak lah bertindak agresif….mlm dia ssh nk tiduq..suka lompat…

  • Timah says:

    Pertuturan dia ok..dh bawa ke hspt….doktor suspect schizo berdasarkan apa yg sy cerita kat doktor….minggu depan doktor akn ambil darah dan lakukan ct scan di otak belakang…tp dia tidak lah bertindak agresif….mlm dia ssh nk tiduq..suka lompat…

  • syed says:

    dr sy skrg ni cpt marh emosi xmenentu rasa rimas bile ad dkeliling org hri2 mte sy merah berair ble bebual ngn org sy rase sedih xkrire pebualn 2 lucu atau xad x ubat2 y dr bole rekemen kn y sy bole cri kt gamasi

  • syed says:

    assalam..sy skg ni ad msalah cept marh emosi xtekawal rsa rmas ble bdepn dgn org cpt cemas risau gelisah..ad x ubat y bole rekemen utk sy bli dkt famasi

  • syed* says:

    sy ad msalah cpt marah down emosi xtekawal ade x ubt y boleh rekemen sy bli kt famasi**

    • Ramli Musa says:

      Anger management mungkin satu pilihan, Jika kemurungan ada ubat.
      Namun tidak dibenarkan mengambil ubat over the counter OTC tanpa berjumpa doktor.
      Peraturan Malaysia.

      • Puan Ina says:

        Salam Prof,
        saya ingin meminta pendapat tentang suami saya yg didiagnos bipolar disorder bulan 7 yg lalu.
        simptom beliau byk berfikir tentang agama Islam, byk plan, byk berckp..kdg2 jadi murung dan cepat marah. Masa umur 20an pernah dpt depression yg teruk dan sering syak orang lain.
        Alhamdulillah sejak mula ubat epilim, nampak sedikit perubahan. Lebih tenang dan tidak emosi dan marah-marah kalau saya mengajar anak solat. Dahulu sgt marah kalau saya mengajar anak tentang agama.
        Walaubagaimanapun, beliau masih kata agama Islam sekarang hanyalah interpretasi ulama mengikut hadis masing2. Beliau kata nak ikut nabi sahaja. kalau nabi masih hidup, tentulah hanya satu tafsiran dlm agama Islam.
        Suami saya dulu belajar syariah hingga ke universiti, beliau juga hafiz al Quran. Tapi sekrang beliau tidak solat dan tidak melalakukan amalan Islam yg lain kerana pemikirannya itu.
        Bagaimana boleh saya bantu dia dr? perlukah naikkan dos ubat epilim? kerana dr yg mulakan rawatan ada beritahu mereka mulakan dos yg kecil dulu. Terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya.

  • Puan Ina says:

    Assalamualaikum Prof,
    Mohon pencerahan daripada tuan Dr. Sejauh manakah penyakit mental mempunyai kaitan dengan keimanan dan amalan seseorang dr?
    Suami saya telah didiagnos penyakit bipolar disorder pada bulan Julai lepas. Untuk pengetahuan dr, simptom beliau yang utama ialah fikiran-fikiran tentang agama Islam yang bertubi-tubi, banyak plan dan ada masa menjadi depressed dan cepat marah. Pada usia awal 20 an beliau pernah ada episod depression. Di waktu itu beliau juga berasa syak dengan orang lain dan merayau dalam kampung, akhirnya dimasukkan ke wad dan diberi antipsychotic tapi akhirnya ibu mertua membawa beliau balik ke rumah untuk diberi rawatan dengan ayat al-Quran. Sejak itu beliau makin baik dan dapat terus belajar dan menghafal al-Quran tapi tiada pergi berjumpa dr psikiatri lagi.

    Setelah 2-3 tahun berkahwin,beliau selalu ajukan soalan-soalan tentang agama Islam kepada saya. Beliau merasakan bahawa agama Islam yang ada sekarang ini hanyalah interpretasi daripada ulamak dan bukan ajaran sebenar yang dibawa Nabi Muhammad dan itu membuatkan dada beliau sesak.

    Untuk pengetahuan dr, suami saya dulu belajar hingga ke Universiti dalam bidang syariah dan beliau juga hafiz al quran. Solat tidak tinggal malah menjadi imam di surau. Tapi sejak lebih kurang 7 tahun lepas beliau jadi keliru dan akhirnya meninggalkan semua amalan termasuk solat. Cuma beliau masih percaya Allah itu tuhan yang sebenar. Beliau mahu mengikut nabi, tapi katanya nabi telah tiada dan ajaran Islam sekarang berbeza- beza mengikut ulamak yang menafsirnya.

    Sejak jumpa dr bulan 7 yang lepas dan mulakan ubat epilim, suami saya nampak lebih tenang , tak mudah irritable. Cakap-cakap tentang agama Islam masih ada tapi tidak sekerap dan intensed seperti dulu. Bahkan dia tidak terlalu marah dan emosi bila saya mengajar anak tentang solat dan ajaran agama yang lain. Jika dulu, dia sangat marah dan panjang leterannya jika saya mengajar anak solat kerana katanya jangan ajar apa yang kita tidak tahu.

    Sekarang ini dia masih sama pemikirannya bahawa ajaran Islam yang ada sekarang hanya interpretasi ulama dan kita semua tidak tahu bagaimana sebenarnya ajaran yang dibawa Nabi Muhammad. Katanya jika Nabi masih ada tentulah hanya satu saja ajaran agama itu, tidaklah seorg ulama pendapat begini dan seorg lagi pendapatnya berbeza sama sekali. Dan masing-masing mengikut hadis mereka. Disebabkan perkara ini, beliau tidak solat, tidak puasa dan tidak melakukan amalan Islam yang lain.

    Bagaimana boleh saya ubah pemikiran dan persepsi suami saya tentang Islam dr? Kata dr yang merawat suami saya, ubat dimulakan dos yang rendah dahulu dan dr akan tengok respon suami saya. Sekarang kami telah berpindah dan suami saya telah dirujuk ke hospital lain yang berdekatan untuk rawatan susulan. Bolehkah ubat epilim membantu mengubah fikiran beliau? Perlukah saya minta dr naikkan dos ubat suami saya waktu kami pergi rawatan susulan nanti?

    Terima kasih dr kerana sudi meluangkan masa membaca dan menjawab komen saya.

    • Ramli Musa says:

      As salam.

      Terima kasih kerana puan sudi berkongsi masalah dan bercerita panjang lebar.

      Tidak dinafikan ujian besar puan hadapi bila suami menghadapi masalah Bipolar.

      Satu faktor sangat penting yang selalu doktor akan asses. Bagaimana kesedaran dia tentang penyakit Bipolar yg dihadapi dan bagaimana kemahuannya mengambil ubat hospital?

      Walaikumslm,

      Dahulu kira2 3tahun Lepas pernah Saya bawa jumpa Pakar tapi suami Saya Tak yakin yg dia sakit Dan Tak mahu mkn ubat hinggalah bulan 7 lepas Ada terjadi sedikit salah faham dgn tempat kerja, suami Saya bertindak marah2. Dari situ dia menyesal Dan Sendiri minta Saya bawa jumpa psikiatri.

      Sejak diberitahu Ada penyakit ni, suami Saya Ada membaca tentang penyakit ini Dan Dia Setuju yg dia Ada penyakit, Cuma tentang fikirannya itu dia Masih Tak rasa salah apa yg dia fikirkan. Dia juga suarakan pada Saya, kerana penyakit bipolar, Dia Sudah hilang hak memberi pendapat, pasti org kata ini hanya cakap2 org Gila.Dia sedih sebenarnya Saya tidak Setuju dgn pemikirannya.

      Ubat memang dia patuh makan. Selalu Dia yg minta Saya ambilkan Jika dia masih Belum makan Dan memang Saya nampak dia telan. Saya juga check ubat memang habis makan. Katanya dia Tak kisah apa yg dr mahu label dirinya, dia hanya Tak mahu marah2 lagi, jadi dia pasti akan makan ubat.

      Yang benar,
      Puan __

      Alhamdulillah dia telah sedar. Cuma dose Epilim agak rendah. Antipsikotic dose rendah mungkin membantu.
      Boleh berbincang dengan doktor atau pakar psikiatri yang merawat.

      Wassalam

  • Puan Ina says:

    salam dr,
    Saya ingin bertanya tentang keadaan suami saya.Beliau telah didiagnos bipolar disorder bulan Jun lepas. Beliau ada banyak thought tentang agama Islam , byk plan, banyak cakap, ada episod menjadi depressed dan irritable. Umur 20an ada depression yg teruk sampai perlu masuk wad. Kemudian ibu mertua berubat cara Islam , suami saya ok dan dapat meneruskan pelajaran.
    Sekarang sejak mula ubat epilim Nampak alhamdulillah ada sedikit perubahan dari segi dia lebih tenang, kurang cakap2 tentang agama dan tidak cepat nak marah.
    Tetapi beliau masih tidak solat kerana pemikiran yg sering beliau bahaskan ialah ajaran Islam sekarang adalah interpretasi ulama mengikut hadis yang mereka belajar tapi ianya berbeza-beza antara seorg ulama dgn yg lain.
    Bagaimana boleh saya bantu beliau supaya dapat solat semula dan ubah pemikiran suami saya? Perlukah minta dr naikkan dos ubat epilim? ( dahulu suami saya memang solat berjemaah, malah menjadi imam dan beliau juga belajar di universiti dlm bidang syariah dan hafiz al quran) Dua tiga tahun lepas kahwin, nampak pemikiran2 ini selalu ada.)

  • Diyana says:

    Assalam dr,
    Saya nk tanya berkenaan tingkahlaku ibu saya. Kebelakangan ni kami sekeluarga merasa sgt susah utk berkomunikasi dgn ibu sbb setiap perkara yang kami cakap ibu susah utk faham. Selalu sgt terjadi bila kami cakap pasal lain, ibu pula balas lain. Ayah dah bawa ibu jumpa pakar telinga sbb kami ingatkan ibu kurang daya pendengaran tapi sebaliknya pakar telinga check, telinga ibu okay. Kami dapati ibu juga tak fokus dalam melakukan sesuatu perkara dan ibu juga kerap tidur, makan pula berselera. Kami buntu sangat, adakah simptom seperti ini juga dikaitkan dgn sakit mental dr??

  • Ana says:

    As salam doktor…adik saya berumur 26 Tahun dan di sahkan doktor mengalami penyakit skizofrenia semenjak berumur 17 Tahun…Pada peringkat awal
    Sy sekeluarga menyedari perubahan sikap adik saya yg suka ketawa sendiri dan selalu termenung…kadangkala adik sy akan berpewatakan pelik seperti sedang mendengar org bercakap tetapi tiada org disekelilingnya…kami terus membawa adik saya berjumpa ustaz dan ustaz memberitahu yg adik saya ada gangguan mahluk halus…dah bermacam2 ustaz sy jumpa utk merawat adik saya tp masih tidak sembuh…sy pernah pujuk adik saya supaya dia menceritakan sbb apa kelakuannya demikian dan adik sy cerita dia mendengar suara dari telinganya yang ada org sedang membuat lawak..kadang2 suara tu berubah tiba2 mengutuk adik saya pula…adik sy juga bercerita dia mcm melihat org sekeliling mcm marah dia…mengejek dia jika dia berada di tempat org ramai…dia juga beritahu saya ada org tuduh dia ambik dadah dan org sekeliling boleh baca hati dia..selain itu adik sy mengadu nampak lembaga hitam di hadapannya…kdg2 kata2 adik mcm sy tidak boleh terima dek akal…di sebabkan sy tak nk adik sy tertekan…sy sentiasa mendengar setiap cerita yg adik sy luahkan…selama ini adik sy mengambil sejenis ubat
    Utk mengurangkan masalah penyakit yg dialaminya.Pernah suatu hari penyakit adik saya makin teruk…krn dia terlalu kerap mendengar suara di kepalanya sehingga dia tidak boleh bekerja..adik sy mberitahu dkt sy…dia mendengar suara org terlalu byk sehingga adik sy tertekan…kdg2 adik sy akan menangis sbb tidak tahan dengan suara yg dia dgr hari2…sy juga turut menangis melihat nasib adik sy…di sebabkan penyakit adik sy makin teruk doktor pun memberi suntikan ke atas adik sy…selepas suntikan adik sy dah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa dah mula kembali ceria…dia masih juga mendengar suara tetapi suara tu tak jelas…selepas beberapa tahun mengambil suntikan adik sy berjumpa dgn doktor dan mengatakan hasrat untuk tidak mengambil suntikan dan ingin mengambil pil shj..krn dia fikir dia sudah sembuh…selepas 3 bln tidak mengambil suntikan dan hanya bergantung pada pil…penyakit adik sy semakin teruk…sikap nye berubah seperti pertama kali adik sy mengalami penyakit terbabit dan semakin teruk…adik sy melawan ckp mak ayah…malas solat,malas mengaji,dan dia hanya dlm dunia khayalan nye shj…tak nak mkn ubat…klu di suruh…di marahnya kami sekeluarga…suka bersendirian dlm bilik…buat kerja pun dah tak btul.skip mkn ubat..kdg2 mkn kdg2 tidak…kalau sy suruh mkn ubat adik sy menjawab…klu mkn bkn boleh baik pun…tak kisah dgn penampilan diri dan sering ketawa sendiri….adik sy mula melayan dgn dunia fantasi nya semula katanya ada org yg sentiasa buat lawak dan menghiburkan nya…kadang2 ketawa sendiri dan sampai tahap adik sy tak tdo mlm dan ketawa smpi pagi…pada pendapat doktor…ada tak penyakit spt adik sy di luar sana??dan adakah penyakit adik sy boleh diubati lagi…sy hrp doktor dpt menjawab persoalan sy…

    • Ramli Musa says:

      waalaikum salam,

      Penyelesaian mudah penyakit Schizophrenia adalah pengambilan ubat berterusan seumur hidup.
      Penyakit ini boleh dikawal tapi sukar sembuh.
      Sangat kerap berlaku pesakit akan berhenti ubat bila sihat. Dan penyakit berulang.
      Injection selalu dimulakan oleh doktor bila pesakit dilihet sukar untuk mengambil ubat.
      Namun ubat perlulah mencapai dose yg minima dan sesuai dgn badan.
      Pastikan ubat pil diambil secara tetap.
      Injection monthly satu cara mudah memsatikan ubat berada dlm badan.

  • Hawa says:

    Dr, saya ingin bertanya kalau dr tahu adanya pusat rawatan psikiatrik islamik yang dapat mengubati, membimbing dan memperbaiki akidah akibat gangguan makhluk serta gangguan mental hingga menyesatkan akidah pesakit. Saudara saya mendpat gangguan tersebut dan pernah berubat secara rawatan islam dan konvensional, dulunya makan ubat tetapi sekarang setelah keluar dari rawatan konvensional, berhenti makan ubat sendiri. Akidahnya pula sudah menyimpang, mendekati agama-agama lain seperti budhist, jew dan lain2. sedangkan beliau berhijab labuh, memakai purdah tetapi hisap rokok pula. kalau ada kiranya dapat dr sarankan kepada kami.

  • Edi says:

    Salam Dr,Saya Edi,umur 33 sy berniaga sendiri selepas SPM.Adat berniaga,sebelum ini pun byk kali jatuh dlm perniagaan,tapi tahun 2016 saya jatuh teruk,sehingga berhutang hampir RM600k akibat biz partner ,ibubapa saya turut tolong bagi saya duit sbb kesiankan saya tapi akhirnya semua gagal.Sejak dari itu saya dh menjauhkan diri dr keluarga dan segalanya sedangkan selama ni kami semua rapat dan bahgia sgt.saya dah 2 tahun xkeluar dari bilik,xbercakap dan jumpa dgn sesiapa waima keluarga sendiri yg 1 rumah sehingga makan pun mak letakkan dpn pintu bilik.Saya sentiasa kenangkan perniagaan yg dh tak ada, salahkan diri saya kenapa aku buat mcmtu mcmni kenapa la tuhan tak protect saya dr partner mcm tu n so on.Dalam 2 tahun sy murung ni sampai sekarang berat bdn sy dr 85kg skrg 45kg,gigi depan pun dh ronggak,haha.hari2 saya fikir saya anak x guna mam bapak dh bela ekok2 dr kecil skrg skrg mreka dh tua tapi saya tetap menyusahkan merekaSaya 2 3x pernah cuba bunuh diri tapi saya xsampai hati bila fikirkan mak saya. Banyak kali saya buat mental test online,all the results ckp sy bermasalah mental..entahlah,saya pun xtahu apa nak buat…

  • ezhuana says:

    boleh saya dapatkan rawatan psikiatri dengan Dr. Suami saya mengalami kegelisahan.

  • Tini says:

    Assalamualaikum Dr. Ramli. Saya di diagnose BPD type 2 Julai tahun ini. sekarang ini saya mengambil ubat lamotrigine 100mg. Tetapi sekarang ini saya merasa saya dalam depression phase dan ini amat mengganggu saya sebagai seorang pelajar. Saya semakin stress kerana sekarang saya sedang menyiapkan tesis saya. Sudah seminggu saya tidak melakukan apa2 kerja,saya tidak tahu kerana terlalu malas atau apa. Next appointment saya dengan dr pula adalah beberapa minggu lagi. Saya buntu macam mana nak naikkan semangat saya supaya boleh buat kerja saya. Harap Dr. dapat membantu saya. Terima kasih

  • bella says:

    Assalammualaikum. Dr, Saya Ada Soalan nk tanya. Saya Ada seorang abang yang Ada penyakit schizophrenia. Dah satu dekad lebih duduk Di rumah. Dia Di diagnose Ada penyakit tu semenjak belajar Di UIA dulu. Dr, masa awal2 Dia kena penyakit dulu, Kami Adik beradik boleh lah nampak usaha dia utk Berubah. Beribadat, pergi masjid Dan sebagainya. Walaupun dia x boleh nk bekerja mcm org biasa, tpi dulu bila ayah Saya Suruh buat kerja rumah, at least dia buat. Tpi Dr, Sekarang Ni perangai dia semakin teruk. Kami boleh lah nk tegur dah makan ubat ke belum tpi nnti dia akan marah2. Disebabkan dah 10 tahun duduk satu rumah dgn dia, Kami Adik beradik dah x boleh tahan lagi dah. Dia seperti menggunakan Alasan Sakit Untuk tak mahu Buat apa2. Selalu salahkan Allah dalam segala hal, salahkan ayah saya. Dengki dengan Adik beradik yang berjaya. Jumaat lepas Dia hampir mencederakan ayah saya dengan mengamuk Dan memukul pintu bilik ayah Saya sbb ayab Saya tegur dia x membantu apa2 Di rumah langsung. Dia selalu nak hidup mewah,mencuri duit mak ayah saya bila parents saya keluar bekerja. Dia suka mengugut ayah saya Atau sesiapa yang berani Masukkan Dia dalam hospital mental, Dia akan cari sampai dapat Dan bunuh. Saya sendiri Ada record Apa yang Dia ckp. Kami dah buat laporan polis sbb Adik beradik Saya ramai perempuan. Ayah saya dah tua, Dan Dr, Kami bukannya X Ada Masalah sendiri, bila balik rumah, mesti kadang2 akan marah dlm keadaan rumah bersepah2, Dan bilik Dan tandas dia yg busuk. Tpi bila bab nak cari makan mahal2, Nak tgk wayang, Dia x ada Masalah. Dia juga selalu tgk benda yg X elok yg menuju Ke arah pornografi. Saya Dan Adik beradik bersetuju nak Masukkan Dia dalam hospital Sakit untuk permanent, tpi mak saya mcm x boleh terima. Sedangkan ayah saya hampir mati sbb dia cekik dan tumbuk ayah saya dulu. Apa yang Dr boleh suggestkan? Byk lagi yang terjadi tpi saya terpaksa ringkaskan.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Selepas 10th mendapat penyakit dan tidak berkerja ini kita panggil “negative symptoms of Schizophrenia”.
      Rehabilitation spt supported employment” boleh membantu. Boleh berhubung dengan hospital merawat abang.

      • Bella says:

        doktor, employment support tu kami dah cuba dah. dia dimasukkan dalam hospital hukm. masalahnya doktor, dia yang x nak. kalau kami paksa nnti dia ugut lah mcm2 nak tumbuk lah apa lah. Kami sekeluarga dah takut dgn dia sbb sudah berapa kali dia ugut nak patahkan leher ayah saya, adik saya dgn saya. Pukul kepala adik saya sbb dia cuba nak protect saya dan kakak saya dri kena pukul.

  • IRDIN says:

    Assalam doc. boleh sye tnye. Apabila sesorg sdg brjumpa dgn pakar psikatiari.. Apa soalan yg akn diajukan? dan bagaimana doktor doktor mentafsir dn mmberi kesimpulan kpd psakit? dan mmgapa mereka akn diambil darah dan di scan pd otak?

  • Bahruddin says:

    Assalammualaikum
    Bagaimana pula jika seseorang menghidap schizoprenia seumpamanya pernah mendengar suara bisikan,bayang2,dan perubahan percakapan serta tingkahlaku,selepas itu dalam beberapa tahun semuanya sembuh tapi ada perubahan dari segi lidah seperti berkata-kata,kemaluan seperti ad yg bergerak dan kesakitan/lenguh di suatu tempat dalam tempoh masa yang lama…adakah ini dari kesan ubat yang diambil/atau dari rawatan islam bagaimana

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Lidah bergerak dan lenguh boleh jadi kesansamping tardive dyskinesia dan kemaluan bergerak boleh jadi delusion jika ia suatu kepecayaan.
      Boleh bincang dgn doktor merawat.

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Lidah bergerak dan lenguh boleh jadi kesansamping tardive dyskinesia dan kemaluan bergerak boleh jadi delusion jika ia suatu kepecayaan.
      Boleh bincang dgn doktor merawat.

  • Hanis says:

    Assalamualaikum Dr, abg saya baru berkahwin bulan sept lepas.. 2 minggu lepas baru kami sekeluarga dapat tahu yang isteri dia adalah pesakit schizoprenia. Sebab dia cakap sorang2 dalam bilik, marah2 abg saya, memburukkan dan nak melagakan kami sekeluarga. Dia juga bertindak ganas, die mencederakan kakak dan abg saya(dia tendang dan sepak). Dan dia juga mencederakan diri dia sendiri sampai mata dia bengkak. Dan dia kata abg saya yang tumbuk dia. Kami hantar dia ke hospital dan dimasukkan ke wad psy. Dan sekarang nampak dia dah ok sikit sebab dah start balik makan ubat. Dia stop makan ubat beberapa bulan sebelum berkahwin dengan abg saya. Dan sekarang dia sedang mengandung 3 bulan. Keluarga dia tak cerita habis dengan abg saya pasal penyakit isteri dia . Abg saya tahu tapi tak tahu sampai seteruk ini. Keluarga kakak ipar saya sekarang memang nampak sangat nak melepaskan diri masing2 dan selalu cakap ini adalah tanggungjawab abg saya sebagai seorang suami. Perkenalan abg saya dan wife dia singkat dan terus berkahwin. Abg saya kata sepanjang berkawan dan bertunang, tiada langsung nampak simptom2 sakit schizoprenia. Sebab tu abg saya buat keputusan ambil dia menjadi isteri. Abg saya sekarang buntu sebab dia kata dia terasa mcm diperangkap oleh keluarga mentua dia. Ibu saya juga sekarang masih trauma dengan kejadian dia meracau kat rumah. Dan itu kejadian pertama yang kami alami sendiri. Dengan keadaan yang isteri dia sedang mengandung dan penyakit dia, apa yang patut abg saya buat? Adakah anak itu boleh mewarisi penyakit dr ibu dia dan risiko untuk anak itu hidup kerana penyakit ibu dia yang boleh membahayakan keselamatan?

    Doc di hospital dia dirawat skrg ada bgtahu abg saya, isterinya akan mengalami 2x ganda stress daripada wanita yg normal.
    Kakak ipar saya pernah dimasukkan ke hospital Tanjung Rambutan selama 2 bulan pada 5 tahun lepas x silap sy kerana bersikap agresif. Dan doc yg sedang merawatnya sekarang sudah rujuk dengan doctor yg merawat dia dulu.

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Ya ada cabaran dalam rumahtangga dan menjaga.
      Jika dia telah didiagnos sebelum perkahwinan dan diketahui keluarga, sebaiknya diberitahu kepada pihak satu lagi untuk keadilan.
      Serta mengelak pihak sebelah rasa terinaya.

  • arisha says:

    saya menghadapi tekanan yang banyak dalam idup. saya xrasa hati sy kuat utk hadapi ni. sy stress dengan kerja dan keluarga, anak2 tidak dibenarkan tinggal dengan saya dan berjauhan.begitu juga dengan tahap kewangan saya. apa yang patut saya lakukan?saya sering di condemn bila di tempat kerja. dirumah juga. apa yg saya perlu buat?

    • Ramli Musa says:

      Jumpa pakar psikologi atau psikiatri

      • nisah says:

        assalamualaikum dr bleh tk dr jelaskn kaedh tpt nk knl psti pnyik biporal ni..sbb ad sstgh org mood swing die brlku sbb proses bdn atau akn dtg haid dsbbkn ktkstabilan hormon..tp ade juga yg mmg pure pskit biporal ni..jd bleh tk dr srnkn kaedh pling tpt atau lngkh awl nk tntukn yg die mmg ade pnykit tu sblm jumpe dgn pakar

    • One says:

      Salam Doktor ada provide kaunseling bagi pesakit BPD?

      • Ramli Musa says:

        Salam, ada namun perlu banyak kali dan consistent utk BPD

        • Harry says:

          Salam prof. Adakah patient schizophrenia mempunyai siffat manipulative (suka menipu). Sebagai contoh, ibu saya penghidap schizophrenia dan dalam treatment. Symptoms semuanya improve tiada masalah. Tetapi dari dulu sampai kini ibu saya sering mengatakan tidak dapat bangun pagi malah ada masa akan buat2 tidak sihat semasa anak2 balik atau tetamu datang. Bagaimana cara untuk mengubah ibu saya Prof.

          • Ramli Musa says:

            Salam

            Schizophrenia ada symptom yg kita panggil negative symptom. Rasa tiada motivasi dan terpaksa “push’ adalah tanda negatove symptoms.
            Positive adalah symptom hallucination.
            Positive symptoms mudah dihilangkan tetapi tidak negative symptoms. Ia memerlukan dorongan keluarga berterusan

  • nisah says:

    assalamualaikum dr bleh tk dr share cr pling tpt knlp sti pskit mntl sbb ad sstgh kes mood swing die brlku sbb proses bdn atau mybe die akan dtg haid dsbbkn ktkstbiln hormon..dn ade jugak mmg btol ii mngidp pnykit mntl..bleh tk dr trgkn kaedah tpt knlpsti pnykit mntl ni

  • Jemy says:

    Assalamualaikum. Suami saya menghidap bipolar disorder. Sudah 17 thn. On medication – lithium dan rispedale. Kami sudah berkahwin 22thn dan mempunyai anak: 21, 17 dan 11. Pada 8/10/18 suami saya bagitau dia mendapat wahyu dan akan berkahwin lain. Sedang bercinta dan merancang utk berkahwin. Saya bawa ke HKL (memang mendpt rawatan disitu) dan buat blood test. Rupanya dari awal tahun suami saya tidak mengambil ubat ( menipu kononnya makan ubat). Silap saya sbb leka menjaga ayah yg uzur terabai suami. Kandungan lithium amat rendah. Tambahan pula suami perokok tegar. Wahyu itu adalah delusion suami. Malangnya suami tetap berkeras untuk berkahwin dan perempuan tersebut pun berkeras nak kahwin dengan suami saya (andartu 48thn sebaya saya dan suami). Doctor bagitau suami tak capable utk ada 2 isteri. Dan saya sendiri tahu suami tak mampu. Malangnya suami masih bertegas walaupun mendapat halangan keras dari keluarga suami. Semalam suami berjumpa keluarga perempuan dan pihak disana menerima suami. Dan saya memang tak dapat menerima semua ini. 17thn saya berkorban bila dia mengalami rapid circle/ manic. Macam- macam saya hadapi. Anak2 lebih suka saya berpisah walaupun sayang si bapa. Mereka tak sanggup lihat saya merana. Saya berada dlm persimpangan, saya masih sayangkan suami dan saya tahu suami masih sayangkan saya, cuma dia tak dapat bezakan antara realiti dan fantasi tambahan pihak disana lebih berjaya (karier, mewah) dari saya dan dapat mengikatnya. Saya takut suami saya hanya tersedar bila talak sudah jatuh. Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Suami merancang berkahwin pada bulan 08/19. Abang ipar minta saya bersabar, masa ada masa untuk menyedarkan dia. His doctor advice yang sama. Tapi saya sangat sakit. Mental saya pula yang tersiksa melihat suami bahagia bercinta dan merancang perkahwinan dan tempat2 untuk travel. Hanya Allah tahu bertapa terlukanya saya. Dan perempuan tersebut berjaya melalaikan suami saya sebagai seorng muslim. Saya tak sanggup berpisah dan saya juga tak boleh terima suami berkahwin lain.
    Adakah mahkamah syariah terima permohonan polygami suami saya? Sahkah perkahwinan tersebut? Saya ada report dari doctor, kalau saya guna untuk halang perlahwinan suami pasti membenci saya. Apakah yang harus saya lakukan

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Jangan risau dia ingin berkahwin lain. Kerana mungkin dia dalam stage mania.
      Mania selalu mempunyai libido atau nafsu tinggi dan kurang kewarasan.
      Jelas di tidak memakan ubat dengan teratur.
      Boleh buat arrangement dan agreement bersama doktor dan suami supaya dia setuju puan pegang ubat dan serve pd dia.
      Itu cara selalu saya buat memastikan compliance dia teratur

  • Jemilah says:

    Assalamualaikum. Suami saya penghidap bipolar disorder dan sudah 17thn mendapat rawatan di HKL. On medication – lithium dan rispedale. Ada masa manic/ rapid circle. Pada 08/10 suami bagitau dia hendak berkahwin lain dan sedang bercinta. Saya memang terkejut sbb kami pasangan bahagia dan jarang bergaduh besar. Couple contoh pada anak buah dan ramai cemburu. Tak ada angin tak ada ribut tetiba suami bagitau dia tgh bercinta dan akan berkahwin. Silap saya sbb saya sibuk menjaga bapa yg uzur sehingga tak perasaan semua tu dan tak sedar dia mengelat ambil ubat. Suami cakap dia dah sembuh dan tak perlu ubat. Dia dapat wahyu dari Allah utk berkahwin lain. Saya bawa jumpa doctor dan kandungan lithium amat rendah jadi apa yg didengar adalah delusional semata2. Malangnya suami amat nekad dan pihak perempuan tak peduli walaupun tahu keadaan suami. Siperempuan andartu dan ada semua. 2 biji rumah, kereta, mewah dan melancung setiap tahun. Doctor bagitau suami tak capable ada 2 isteri dan saya pun tahu suami tak melepasi syarat2 poligami. Malah keluarga suami dan kawan2 turut menghalang. Anak2 (21, 17 & 11) marah dan tahu abahnya tak layak poligami. Anak2 mahu saya berpisah sebab tahu banyak yg telah saya lalui dan korbankan. 22thn kahwin hidup saya hanya melayan suami. Semalam suami berjumpa keluarga perempuan dan menerima suami. Saya amat terluka. Saya amat menyayangi suami walaupun tahu dia tak sempurna. Saya akan file fasakh.
    Adakah mahkamah terima permohonan poligami suami saya? Bolehkah dia bwrkahwin lain? Sahkah perkahwinan dia kelak? Bagaimana kalau dia tersedar kelak- dia sudah kehilangan saya dan anak2? Ihklaskah perempuan itu?

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Jangan risau dia ingin berkahwin lain. Kerana mungkin dia dalam stage mania.
      Mania selalu mempunyai libido atau nafsu tinggi dan kurang kewarasan.
      Jelas di tidak memakan ubat dengan teratur.
      Boleh buat arrangement dan agreement bersama doktor dan suami supaya dia setuju puan pegang ubat dan serve pd dia.
      Itu cara selalu saya buat memastikan compliance dia teratur

  • Shamsul says:

    Salam doktor,

    Doktor boleh merawat OCD juga ke?

  • Mohd Nor says:

    Asalam Prof, saya mengidap anxiety dan mood swing apabila berhafapan dengan stress . Saya buntu. Sebelum ini, doktor kata saya ada bipolar. Pernah ambil xanax bila perlu dan zoloft (agak lama). Saya stop zoloft kerana anggap dah stabil. Stress tak terkawal dan saya tertekan sekarang. Mohon nasihat Dr.

  • Abdul Salim b Khalid says:

    Assalam, Dr. Ibu saya berumur 73 tahun. Sudah hampir 2 tahun ibu saya bercakap sendirian. Pada peringkat awal, saya ingatkan penyakit nyanyuk tetapi keadaan ibu saya semakin teruk sekarang. Ibu semakin agresif sampai tidak tidur dan makan. Saya sudah 2 kali cuba untuk membawa ibu ke hospital tetapi tidak berjaya memujuknya. Ini kerana ibu akan marah-marah bila nak dibawa ke hospital. Apakah penyakit ibu saya Dr dan bagaimana cara untuk merawatnya?

    • Ramli Musa says:

      Salam, Nyanyuk di perinkat severe atau advanced boleh bertindak begitu. Ini yang dipanggil sebagai BPSD; Behavioural Psychologixal Symptoms of Dementia. Doktor swasta mungkin penyelesaian, kerana tidak perlu tunggu lama dan pesakit menadi cepat marah

  • Rozana says:

    Salam Dr, abg sy telah menghidap schizoprenia lebih 20thn dan skrg umurnya 41thn. Dia mmg dpt rawatan di HKL, tp lately ni dia ada menunjukkan sikap agresif. Di mana saya boleh hantar dia untuk rawatan tetap sebab risaukan kemungkinan dia lebih agresif kepada orang tua saya? Setakat yang saya tahu drp mak saya, dia masih ambil ubat yg dibekal oleh hospital, tetapi saya nak cuba rawatan untuk sembuhkan dia.

  • Rozwan says:

    Salam Dr.
    Saya risaukan anak lelaki saya yg berusia 21 thn, 2 ke 3 thn sblm ini dia bersikap normal. Sekarang dia sering menunjuk perasaan marah dgn menumbuk pintu, perabot dan sebagainya, kadangkala menjerit dengan kuat seolah-olah sedang menghadapi masalah yg besar atau tekanan yg kuat. Jika saya bertanya kenapa dia tidak akan menjawab puncanya dia akan minta saya tolong keluar dari biliknya.
    Saya cuba menyelidik rupa-rupanya sedang bercinta dan sikapnya akan berubah menjadi tidak normal kerana cemburu dan takut kehilangan kekasih hatinya. Dia sering berbual melalui telefon apabila merasa tidak puas hati dgn jawapan kekasihnya itulah yg membuat dia bersikap begitu (mengamuk)
    Dr adakah sikap anak saya ini normal bagi anak muda yg sdg bercinta ataupun saya perlu membantunya dengan apa-apa cara atau rawatan. Saya bimbang jika sikap ini berterusan dia boleh mencederakan dirinya dan isterinya jika mereka berkahwin nanti.
    Terima kasih Dr.

  • lin says:

    assalam.doktor..sy ade ocd..baru on treatment..nak tya dok ocd ni boleh sembuh sepenuhye..dan brp.lama sy perlu makan ubat dan bolehlan sy hendak mengandung akan dtg..apakah penyebab ocd iye doktor

    • Ramli Musa says:

      OCD penyakit yg agak liat utk sembuh tapi tak mustahil. Anggaran masa makan ubat perlu mengambil kira banyak faktor seperti tempoh tidak sihat, personality seseorang dan lain2, disebabkan itu saya tak boleh nyata Jan tempoh sebenar di.sini

  • Aishah says:

    Assalam doctor,bolehkah anxiety disoder dan post partum dpression sembuh…jika boleh bagaimanakah caranya.

  • Ernie shahanim binti iskandar says:

    Assalamualaikom, dr saya ernie, nak tnye beberapa perkara.. Saya selalu terdedah pada perkara yang x baik blue dari kecik oleh orang sekeliling cubaan, cabul dan sebagainye, saya pun pernah di dera mental dan fizikel, akibat dari itu,saya takut hendak berkahwin, rasa rendah diri,dan takut bergaul dengan semua org,lebih suka berkurung dari bergaul.. Takut melihat org marah.. Sensitive.. Perkara tu sudah lama berlaku tapi kesanye masih terasa, boleh saya minta pandangan dr apa masalah saya,bagaimana nak mengatasi nye, saya juga merasakan seperti ade gangguan dalam diri saya..

  • Ezwan says:

    Salam Dr, saya nak tanya apakah ibu sy menghidap skizo?

    Ibu saya berumur 66 tahun. Dia mengadu x boleh nak tidur malam sbab ada org yg sering mengganggunya dengan bercakap dgn dirinya, sedangkan suara tersebut hanya dia seorang yg dgr. Dia sering juga bercakap seorang diri dan ketawa. Yang menjadi masalahnya apabila dia x boleh tido malam, dia akan meracau dan membaling brg2 yg ada di sekeliling dia. Dia meracau dengan jerit-jerit mengatakan yang setan jangan kacau dia, dia nak tido.. sehingga ke pagi dia akan begitu dan selepas keletihan di pagi hari biasanya selepas subuh dia akan tidur hingga tghr dalam pkl 1@2 br bangun..

    Saya dan adik dah bingung dgn keadaan dia seperti itu. Apa yg boleh saya buat Dr? Adakah itu simptom penyakit skizo? Minta pendapat n nasihat Dr..

    • Ramli Musa says:

      salam,
      jika dia tak sihat pd usia 60an
      kemungkinan besar penyakit dementia.
      banyak jenis dementia perlu analisis doktor pakar

    • Eifa says:

      Assalamualaikum. Disahkan oleh doc sy skizoprenia, adakah sy tak boleh khawin.jika sy khawin akan ada masalah bakal suami nanti. Soalan kedua jika khawin adakah bakal mak mertua terima seadanya setelah dpt tahu penyakit sy ni.

      • Ramli Musa says:

        salam,

        pesakit schizophrenia boleh berkahwin syarat pihak bakal suami perlu tahu dan boleh menerima anda serta perlukan family counseling pra-perkahwinan

  • mohd firdaus says:

    salam dr, sy pnghdap skizoprenia…sy x pasti punca sy dpt pnyakit n sbb keturunan sy xde pnyakit n.adakah sbb brain injury boleh mnjadi pnyebab sbb sy pnh kmlangan di kepala di dahi shingga benjul…. dan soalan kedua, jika sy sdah mngmbil ubatan ttp d siang hr pnyakit ini dtg smula, apa yg patut sy lakukan?harap Dr boleh bg ulasan mngenai perkara ini…

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Kebanyakan penyakit jadi walaupun tiada faktor genetik dlm keluarga.
      Takdir Allah.
      Jumpa semula doktor merewat berbincang.
      Banyak persoalan perlu dijawab.
      Ubat apa?
      Dose cukup?
      ada on-going masalah hidup? DLL

  • Amirah says:

    Assalamualaikum doktor,
    Ayah saya baru sahaja dimasukkan ke hospital disebabkan bercakap merapu-rapu dan high blood pressure. Sebelum ini ayah saya mmg mempunyai masalah hidup (bisnes,muflis dsbnya) dan selalunya akan cuba selesai sendiri tanpa pengetahuan keluarga. Sekarang beliau hanya duduk dirumah bersama ibu dan adik. Dulu adik saya bersama anak isteri pernah tinggal bersama ibu dan ayah. Ayah saya ok sahaja, tak pernah bercakap merapu-rapu. Sejak adik sekeluarga terpaksa berpindah disebabkan tawaran kerja, beliau sering mencari cucu-cucu nya. Mungkin kerana rumah sunyi. Kami adik beradik hari-hari call dan video call. Ayah tidak lah bercakap merapu-rapu sepanjang hari, tidak ada suara halus memanggil. Ibu sangat risau melihatnya. Semalam doktor yg merawat bertanya, dia ada di mana. Katanya di tempat kerja dahulu (20 thn yg lps). Tarikh dan tahun terkini pun tak ingat. Nama anak-anak, isteri, cucu dan menantu masih diingati. Doktor masih belum pasti apa penyakitnya, cuma blh kata mild strok (pertuturan). Sekarang pula di hospital asyik risau bila dgr budak-budak menangis. Apa sebenarnya penyakit ayah saya? Adakah depression? Bolehkah ia diubati? Serba salah kami adik beradik, kerana 3 daripada kami tinggal di perantauan. Hanya seorang adik (bujang) tinggal bersama-sama ibu ayah. Apa yang kami yg harus buat sbg ahli keluarga?

  • Puan Zamalia Mahmud says:

    Salam Dr,

    Anak saya umur 19 tahun telah mengalami kecelaruan tidor sejak 5 tahun yang lalu. Dia pernah mengalami beberapa situasi yang membimbangkan spt high stress dan depresi yang menyebabkannya dia tidor berpanjangan pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.
    Keadaan sekarang ialah dia tidak boleh tidor sepanjang malam dan akan mengantuk pada awal pagi. Apabila tidor biasanya melebihi 12 jam dan akan terjaga selepas waktu asar. Saya telah membawanya berjumpa 2 doktor psikiatri dan mereka memberi ubat untuk memudahkan dia tidor pada waktu malam tetapi apa yang berlaku ubat tersebut menyebabkan dia lebih keletihan. Keadaannya ini telah menganggu pengajian dan kehidupan sehariannya yang tidak normal. Apa kah rawatan lain yang sesuai untuknya Dr?

  • norma says:

    Asssalamualikum doc,
    Apakah tanda2 yang ditunjukan oleh abg sy ini, dia boleh dikatakan sedang mengalami sakit mental. Dan jika ya apakah langkah2 yang perlu diambil oleh keluarga ahli keluarga untuk membantunya.
    tanda-tanda yang dialaminya:
    1) duduk termenung sendirian
    2) sering menggelarkan dirinya firuan dan adik beradiknya… adik beradik firaun
    3) selalu bercerita kisah 20tahun yang lalu dan merasa bersalah
    4) mula bertindak agresif dengan mencederakan dirinya(selepas berubat cara islam)
    5) adakalanya dia menangis
    6) tidak ada selera makan
    untuk makluman doc, dia baru sahaja mengalaminya dalam ms 3 bulan

  • Bantu saya says:

    Assalamualaikum Doktor. Saya ingin bertanya tentang permasalahan yang dialami ibu saudara saya yang berumur 75 tahun. Saya tinggal dengan beliau dari kecil, dan kini kami tinggal berdua sahaja.

    Sejak menjengah usia dewasa kini, di mana umur saya 27 tahun sekarang, saya semakin peka dengan keadaan ibu saudara saya ini yang mana saya perasan terdapat beberapa tanda seperti penyakit skizofrenia, di mana beliau sering menceritakan perkara2 yang agak aneh yang saya tak pasti sebenarnya wujud atau tidak, seperti ternampak bayangan itu ini, adakalanya dikatakan hantu yang memandangnya, kelibat di dalam rumah seperti tiba2 ada orang lalu, mendengar suara2 pun ada, dan ada satu masa, ibu saudara saya terjaga dari tidur dan mengatakan jiran belakang rumah membuat bising dan mengatakan “kenapa jiran ini sengaja cuba ingin menyakitkan hatinya dengan membuat bising” yang mana saya pasti kami dan si jiran itu tidak pun mengenali satu sama lain, kerana tidak pernah berjumpa (perumahan kawasan rumah teres).

    Selain itu, ibu saudara saya sentiasa skeptikal dengan orang sekeling, mengatakan orang itu tidak suka padanya, orang yang sedang bersembang dengannya tiba2 seolah2 ingin memerlinya dsb. Dan jika diceritakan tentang keadaan dalam rumah ini, sudah ramai yang keluar masuk untuk tinggal bersama sama ada disebabkan kerja atau menumpang tinggal di sini. Namun tiada seorang pun yang lama di sini dan pergi secara damai. Maksud saya di sini kerana akan terdapat perbalahan dan menyebabkan orang ingin keluar dari rumah.

    Untuk pengetahuan Doktor, ibu saudara seorang yang sangat menjaga solat dan rajin membaca Quran pada setiap hari. Tetapi adakalanya terasa sedikit pelik juga kerana ketika sedang membaca Quran pun, boleh terjadi perbalahan dengan orang yang berada berdekatan dengannya, termasuklah saya.

    Untuk info tambahan, dalam kalangan keluarga kami, terdapat juga yang pernah menghidapi penyakit mental dan ada yang pernah dirawat di dalam wad suatu ketika dahulu.

    Oleh itu persoalan saya di sini,

    1) Pada usia emas ini, adakah seseorang tiba2 boleh dikesan menghidapi penyakit mental dan semakin hari semakin nampak tanda2 nya, kerana sebelum ini kelihatan agak normal?

    2) Jika saya berbincang dengan ibu saudara saya tentang penyakit mental/skizofrenia, sejauh mana beliau akan menerima kenyataan ini? Maksud saya, adakah seseorang yang mengalami penyakit mental, akan ingin menerima kenyataan dan terbuka hati mendapatkan rawatan, lagi2 di usia 75 tahun?

    3) Apakah yang perlu saya lakukan jika ibu saudara saya menafikan akan perkara ini dan menolak rawatan moden? Adakah memadai dengan apa yang ibu saudara saya sudah amalkan, menjaga ibadah dan dekatkan diri dengan Allah?

    4) Dan untuk soalan terakhir, apakah keadaan beliau akan lebih buruk jika tidak mendapatkan rawatan lanjut? Oh ya, ibu saudara saya sering menghadapi masalah tidur, di mana itu tidak pasti disebabkan masalah kesihatan (penuaan) atau kerana kerana terlalu banyak berfikir/perkara yang merisaukan.

    Besar harapan saya untuk mendapatkan respon dari pihak Doktor, kerana saya sangat buntu dengan apa yang perlu saya lakukan kerana saya pun kekangan dari segi bantuan saudara-mara, kawan, kewangan, dan juga masa.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Bukan Schizophrenia, tetapi Dementia. berkemungkinan besar jenis Alzheimer’s.
      Ia melibatkan masalah memory dan kognitif.
      Tiba masanya kita membuat hampir semua keputusan untuknya

  • bukannamasebenar says:

    Assalam.
    Saya ada masalah was2 yang teruk. setiap kali solat saya akan terasa macam xcukup contoh terlupa baca al-fatihah padahal sy dah baca, rukuk , sujud dan tahiyat awal. Malah sy sering ulang solat kerana was-was tersebut. Bukan sahaja dlm solat tetapi aktiviti harian yg lain. selalu rasa mcm xbuat benda tu tp sbnrnye dah buat contoh sy dah kunci kereta tp sy ulang semula kunci kereta. kadang2 saya sampai sakit kepala fikirkan ni. adakah sy perlu ke pakar psikatri?

  • raudah says:

    Assalamualaikum Dr,
    Jika bakal pasangan kita disahkan mempunyai penyakit by polar disorder type 2. Adalah masalah tersebut akan diwarisi oleh anak kelak? Apakah saranan dari pihak Dr untuk saya teruskan hubungan ini. Terima kasih.

  • Dania says:

    Salam Dr,
    Sy mengalami adjustment disorder dimana sy tlh kehilangan rakan2 sebaya & menjejaskan kehidupan sy sbg seorg pelajar. Sy berasa hidup sy tidak brguna & hanya mnyusahkan org sekeliling.. Imej & maruah sy telah jatuh.. sy tidak tahu bgaimana mahu mneruskan khidupan akan dtg.. sy malu mahu berjumpa dgn penyarah & org sekeliling..

  • Mimie says:

    Salam doktor,

    Adik sy berumur 27tahun.Dia ada penyakit sawan. Dua minggu lepas dia kelihatan pelik,berjalan tanpa berhenti dan dia ada bagitahu dia terdengar bisikan dekat telinga mengenai perkara buruk dan baik.Keadaan emosi semakin teruk dan kami terpaksa menghantar dia ke hospital.Doktor ada bagitahu otak dia telah dijangkiti virus dan telah effect dekat saraf telinga.Sepanjang berada di hospital,doktor ada bagi ubat penenang dan antibiotik.Suara2 bisikan semakin berkurangan.Kemudian adik saya dapat keluar dari hospital dan sekarang berada di rumah.Semasa berada di rumah,adik saya masih terdengar bisikan dan ubat pun dia tak nak makan.Dia cakap ubat tu dadah,bahaya untuk dia.Sekarang dia selalu termenung,menyediri dan bisikan tu masih ada.Temujanji dengan doktor dalam 3 minggu lagi.Apa perlu sy buat?adakah keadaan adik saya akan lebih teruk sementara menunggu tarikh utk appointment itu?

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Halusinasi atau mendengar suara ghaib boleh terjadi disebabkan sawan atau meningitis (jangkitan kuman otak).
      Ia boleh berpanjangan. Selalu doktor akan memulakan ubat antipsikotik. antara pilihan adalah antipsikotik mestilah kurang risiko sawan. Dalam keadaan teruk tak perlu tunggu appoitment.
      Boleh call dapat appoitment awal atau datang ke Kecemasan utk kes kritikal.

      • Hazunhikma binti setia says:

        Trma kasih ats jwpan doktor…saya ada satu lagi persoalan..adakah penyakit seperti ini boleh pulih?adik saya di bagi ubat penenang..satu hari sebiji…dia kalau boleh tak nak tidur..jika dia tidur..dia akan mimpi perkara2 yang buruk…apa kami perlu buat doktor?

  • Zam says:

    Salam doc..sy brumur 27 taun..sebelum nie sy mempunyai sakit dada..sy selalu pikir ia akan memudarat kan diri..tpi sekarang skit dada dah sembuhh …tpi otak still lg memikirkan bnda yg pelik2..adakah ia akn memudarat kan fizikal saya?

  • nur Ashidah bt. Yahya says:

    Assalamualaikum Dr. ,Saya sedang menjalankan kajian bertajuk “Strategi Dya Tindak dalam Kalangan Pesakit Kemurungan Di Hospital Bahagia,Ulu Kinta, Perak”. Jika tidak keberatan, bolehkah Dr menjadi salah satu pengesah kepada soalan temubual saya?. jika Dr setuju, di mana saya boleh untuk menghantar instrumen temu bual berkaitan kajian saya.. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Dr didahului dengan ucapan terima kasih

  • Izzira Jamal binti Amalluddin Jamal says:

    Assalamualaikum. Doktor mengesahkan bahawa ayah saya berpenyakit dementia seawal usianya 53 tahun. Kini dia berusia 58 tahun. Pada awalnya dia mengalami kemurungan disebabkan kematian orang orang yang tersayang secara berturut turut dalam tempoh 5 tahun (2009-2014). Selain itu tanda tanda dementia memang ada pada ayah saya sebelum doktor mengesahkannya. Di sini saya ingin bertanya adakah makhluk halus berpotensi untuk masuk ke dalam badan orang yang berpenyakit begini? Kerana ada beberapa perkara yang terjadi pada ayah saya yang menjadi keraguan sama ada ianya berkait dengan sihir/saka. Antaranya;

    1) badan susut mendadak walaupun makan secara berselera dan juga dalam kuantiti yang banyak. Selepas makan, nak makan lagi

    2) tidak dapat bertutur dengan jelas seperti sebelumnya. Orang sekeliling tidak faham apa yang hendak diperkatakan. Seolah olah tidak pandai bercakap. Hanya gagap

    3) tidak tahu terus menerus apa itu ibadat seperti solat dan puasa walhal dia seorang yang tidak tinggal solat sebelum ini dan rajin juga berpuasa sunat isnin dan khamis

    Mohon penjelasan.

    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Dalam Islam elok kita berbalik kepada prinsip iman yg disyariatkan.
      Segalanya adalah kuasa Allah SWT.Bukan kuasa lain.
      Kita sebagai hamba harus redha dan berusaha mendapatkan rawatan.
      Dementia ada banyak jenis.
      Dementia pd usia 53th adalah agak awal.
      Ia unlikely disebabkan oleh dementia jenis Alzheimer’s.
      Dementia jenis Alzheimer agak lambat untuk progress.
      Itu sebab progression penyakit agak cepat.

  • Adam idrus says:

    Salam dr, saya adam penghidap bipolar,masalah utama saya ialah sukar untuk tidur.sekarang saya diberikan ubat epilim 800mg dan serequel 800mg.masalah utama sekarang ialah saya susah untuk bangun pagi dan takde mood utk berkerja.ada masa saya lewat ke pejabat dan tidak buat satu kerja pun.macamana saya nk bagi mood pagi saya bersemangat utk berkerja.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Epilim dan Seroquel ada kesan mengantuk yang kadang kala elok bagi mereka yang sukar tidur.
      Bila kata tak ada mood dan sukar bangun, doktor perlu mengetahui beberapa perkara. Antaranya bagaimana mood keseluruhannya, pukul berapa ambil ubat, dan apa dose berkesan. Tidak mudah

  • Xazin says:

    Assalamualikum Dr.

    Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit Bipolar Disorder kerana dalam pembacaan saya ada simptom2 pada diri saya. Saya tidak pernah mendapatkan rawatan kerana suami sy tidak bersetuju untuk sy berumpa dengan pakar psikatri. saya sekarang berumur 38 tahun da menyedari penyakit ini dalam diri dari umur 29 tahun di mana pada waktu itu saya sedang menjaga arwah emak sy yg sakit.

    Saya mengalami perubahan mood yang berbeza. Ada masa sy menjadi diri sy yang sebenar, mempunyai energi yg kuat, idea yang bernas, bekrja dengan penuh fokus, keputusan yg cemerlang dalam pelajaran (e-PJJ, tindakan ini sy buat supaya melupakan mslh penyakit ini), keluarga tidak terabai dan sangat suka bergaul dengan org sekeliling (satu tempoh yang sangat menyeronokkan saya). Tapi ada masa sy mcm tak jadi diri sy yang sebenar. Saya hilang mood untuk semua benda (menjadi seorang yang pemalas sangat) dan tidak suka berjumpa dengan orang. Banyak benda terabai walaupun saya cuba kawal. Saya sangat rimas dengan tempoh waktu ini. Saya merasakan seolah-olah hati saya sdg dicengkam semasa keadaan ini dan apabila dilepaskan sy akan automatik menjadi ok. Yang membimbangkan saya tempoh waktu sy sebegini menjadi semakin lama. berbulan-bulan (3-5 bulan).

    Di awal2 dulu, suami ada bw sy berjumpa dengan ustaz. Ada yg ckp sy digangu saka keturunan. Jadi suami sy x fikir sy ada masalah dengan penyakit Bipolar Disorder. sy pon x minta suami untuk berjumpa pakar psikatri lagi tapi once jadi sy hanya mengawal diri, lawan supaya pergi kerja dan balik kerja sy terus duduk dlm rumah… x nak jumpa jiran2, x joint kelas ngaji dll. Semua kerja rumah x nak buat walaupun sy cuba pujuk hati untuk buat siap plan nak buat itu ini, tapi gagal.

    Dr., Apakah perkara terbaik yg boleh saya buat selain berjumpa pakar psikatri?

    Terima kasih kerana sudi baca tulisan sy yg panjang ini.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Benar dari penceritaan anda ada symptoms bipolar/
      Pengesahan sebanar perlu berjumpa pakar.
      Ia bukan suatu mengejutkan perawat tradisional akan kara SAKA.

      Tidak benar

      • Nina says:

        Assalamualaikum doktor,Saya pelajar UITM.Dan saya mempunyai perasaan seakan menghantui saya setiap kali saya nak study.Saya ada cerita yang kawan2 pulaukan saya malah roommate saya juga berkelakuan sedemikian.Bukan itu sahaja dengan broken family yang saya hadap .Sekarang saya hilang kawan saya.Dan hilang hati saya.Saya setiap hari takut dan menangis disebabkan teringat apa rakan sekelas lakukan terhadap saya.Kerana mereka memalukan,menghina malah memperlekehkan saya.Saya menjadi trauma dan takut disebabkan mereka berkelakuan sedemikian.Apakah saya mengalami mental?

  • Hlmi says:

    Assalamualaikum dr, 3 minggu lps saya
    di diagnosed sebagai bipolar. Doktor memberikan ubat antidepressant dan mood stabilizer. Tapi dr ibu saya melarang saya daripada consume ubat tersebut. Dia sarankan saya mengambil ubat homeopathy. Hingga harini saya masih lg tiada semangat utk melakukan aktiviti seharian (hampir 2 bulan)

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      ia suatu kesilapan. kerana symptoms bipolar akan berulang

      • Hlmi says:

        Ya dr. Mula saya perasan symptoms ni pd tahun 2017 sewaktu bljr di IPTA. Kali pertama jd depressive episode dan psychosis lebih kurang seminggu. Dan setiap kali relapse gejala bipolar saya makin teruk dan makin lama. Kadangkala bila depressive episode trigger saya boleh kawal dgn melakukan aktiviti (jasmani & rohani) tp ada certain time mmg saya tak boleh kawal. Kali ni jadi masa saya berkerja (sudah berhenti) dan berada serumah dgn family. Sehingga ibu saya memarahi saya krn tidak keluar bilik, makan dan bergaul dgn keluarga. Ibu saya tak tahan tgk saya hanya baring di katil selama berminggu² (tanpa mandi, solat. Makan dan minum saya ambil sekadar utk isi perut. Itu pun kerana ibu saya menghantar makanan pd saya). Sampai satu masa mmg saya nekad nak bunuh diri (dlm hati masih lg ingt pd Allah dan saya fikir azab yang saya kena tanggung kt sana nanti) jd sy batalkan niat tu. Mula dr situ hati saya tergerak utk call psychiatrist dan buat appointment. Ada tak cara utk kawal mood swings ni doktor selain drpd penggunaan ubat. Atau perlu consume ubat pd masa tertentu saja

  • Gi says:

    maaf ganggu,kawan saya ada beritahu yang dia ada ambil dass test di sekolah dan result dia kurang baik dia juga beritahu yang dia ada bipolar disorder malah dia tidak rujuk kepada doktor.apa yang saya patut lakukan sebagai kawan? dan adakah bipolar disoder dapat dirawat dengan cepat?

  • Asmah jaafar says:

    As salam doktor…saya nak tanya anak saya 21 thn(diagnos skizofrenia 1thn lebih)
    Pada peringkat awal dia terlalu sedih.cakap berulang2 rasa bersalah saja rasa diperhatikan dan bertindak agresif hingga kami bawa dia ke hospital dirawat selama 3 hari dan kena makan ubat olanzapine.
    Pada peringkat awal dia makan tapi lama kelamaan dia x nak makan ubat…daripada boleh bercakap sekarang ni x nak bercakap dgn kami keluarga dia.sudah setahun dia x berbual dgn kami…ditanya pun diam saja.
    Sekarang doktor bagi injection sebulan sekali(sbb x nak mkn ubat oral)
    Sebelum ni pelbagai jenis ubat oral dia makan.
    Disamping injection anak saya perlu makan ubat benzhenol 2mg bagi elakkan kejang
    Masaalahnya dia x nak makan ubat bila diberi dgn ahli keluarganya(kalau org lain bagi ok)
    Bila x makan benzhenol 2 hari je….mata anak saya pandang ke atas kejang….saya stress walaupun dah injection masih berlaku mcm ni.apa saya perlu buat utk kebaikan anak saya.
    Adakah ubat injection ini x sesuai.
    Bolehkah kalau dah injet x perlu mkn benzhenol lagi sbb dia payah makan ubat.
    Saya buntu…adakah anak saya boleh sembuh
    Sebab sebelum ni dok ada beritahu kalau dah inject x perlu makan ubat oral lagi tapi skrg kena makan benzhenol pulak…
    Dah lah anak saya susah makan …kalau x makan mata dia akan pandang atas macam sawan
    Tolong bagi saya cara yg terbaik utk kesembuhan anak saya ni…sblm ni dia belajar di politek trnggnu…anak yg baik tiba2 diduga begini skrg dlm tempoh rawatan duduk rumah x buat apa2…puas saya cuba selami isi hatinya agar berkongsi masaalah yg dia ada tapi langsung x nak bercakap.
    Bagaimana nak takle org macam ni.
    Doktor ada cadangan ubat yg sesuai utk anak saya x
    Semoga ada keajaiban dariNYA.
    Terima kasih doktor

    • Ramli Musa says:

      Salam.
      Ia bukan semudah membaca dan memberi pendapat.
      Terlalu banyak faktor perlu dilihat sebelum memberi pandangan.
      Benhexol ubat mengelak EPS.
      Jika ubat sesuai dan tiada EPS, Benhexol tidak perlu.
      Bincang dgn doktor merawat

      • Wan nur suriati says:

        Doktor,saya mengalami gangguan mental bipolar mood disorder asalnya,bagaimana ianya boleh berkembang menjadi skizoafektif dalam masa 12 tahun? Macamana cara nak mengurangkan tingkahlaku agresif seperti menjerit dan tidar sedar diri walaupun ubat dan kaunseling setiap bulan tak pernah terlewat. Saya biasanya apabila mengalami tekanan saya akan menjerit kuat dan itu salah satunya saya melepaskan bebanan fikiran. Tetapi saya tidak mengawal tingkahlaku apabila tidak sedarkan diri. Bagaiman saya dapat mengawal minda saya daripada berlaku demikian. Adakah saya perlu berbincang dengan doktor untuk tukar ubatan.

  • ZAM says:

    Terima kasih di atas tulisan tuan ini. Sungguh bermanfaat untuk semua.

  • zam says:

    adakah kenangan2 lama juga menjadi foktor utama masalah,, contohnya terkenangkan seseorang yang telah lama terpisah dan tiba-tiba mula teringatkan seseorang itu kita akan secara automatik bercakap

    “dulu dia suka buat macam nie..”
    “dulu dia bagi aku macam nie..”
    “dulu selalu lepak tempat nie..”

    dan adakah itu juga menjadi masalah atau mungkin sebaliknya..?? selalu bercakap tentang masa depan seorang diri dalam bilik,, suka berkhayal dan bercakap seorang diri dan adakah itu juga dikira sebagai penyakit mental/gila.. saya mohon penjelasan sebab apa yang saya ceritakan itu adalah saya..

    • Ramli Musa says:

      kenangan hanyalah kenangan, kecuali ia suatu insiden trauma yg berat

      • Siti says:

        Salam Dr,
        Abg sy berusia 28 tahun penghidap schizophrenia. Setiap bulan abah akan inject ubat abg yg telah di prescribed kan.
        Banyak perubahan dpt dilihat,abg dh boleh borak2 sb abg introvert sgt lebih suka baca buku sebelum ini.

        Abg sy suka sgt spend duit dan habiskan duit beli toys kanak2, bku kanak2 padahal dy x main pn just collect. Selagi x beli tu dia dok pikir je mainan apa yg patut dibeli lg smpai x larat dh sy dan keluarga bercakap pasal ni. Kdg2 simpan benda mengarut2 bekas mcd lah, cawan plastic, kotak pizza semua disimpan dlm bilik dia. Soalan sy, adakah suka spend duit kpd toys/benda mengarut merupakan satu penyakit lain ataupun itu adalah sebahagian drp penyakit schizo? Tq Dr.

  • Ayu says:

    Slm doc. Suami sy didiagnosed skizo tahun lps. Slps simtom halusinasi hilang doc stop risperidone n cuma teruskan prozack sbb dia ade depression dlm masa yg sama. Slps 4 bln stop risperidone. dia relapse dan episod manic dtg. Doc bg olanzapine tp dlm masa seminggu mkn dia jd lg sgt2 teruk sampai buat perkara yg x masuk akal spt sembahyang bogel dan menjerit2.Kemudian doc tukar mkn risperidone 4mg + epilim 600. Skrg dah 3 minggu mkn.halusinasi dah kurang sikit.tp dia masih buat perkara yg kurang waras spt spend duit dgn byk. Idea mencurah2 dan energetic sdgkn secara fizikal bole nmpk dia letih. NOrmally Berapa lama masa yg akn diambil utk dia sembuh selepas relapse.adakah lebih lama dari yg pertama kalinya dia dpt simtom? Dan bole doc suggest apa patot dibuat jika majikan tak percaya sakit dia walaupon medical report tlh diberikn.majikan mcm x boleh terima bila HKL bg mc yg lama utk suami. Suami asik halusinasi rasa org2 kat office plot something behind him. Kualiti kerja pon merudu.

  • Sya says:

    Salam dr. Kawan saya ada anxiety. Dia berkelakuan pelik like everything yang dia buat dia akan cakap kat saya. Kelakuan dia time jumpa pon lain macam kalau saya makan comot dia lapkan. Saya rasa tak selesa sebab kami dua dua perempuan. So macam mana yang nak cakap kat dia supaya dia tak buat macam tu lagi kat saya? Sebab ia mengganggu saya.

    • smn says:

      salam dr, dr hkl suspect saya ada schizophrenia sbb saya ada gangguan jin tapi dah lama & saya cakap dkt r yg saya kadang2 nampak kelibat hitam sbb gangguan jin tapi benda ni dah lama, jadi sekarang dr bg ubat risperidone 2mg makan malam & lorezepam bila perlu, tapi lepas saya makan ubat risperidone saya tiba2 banyak risau melampau lepastu dada rasa tak selesa sahaja tapi bukan sesak nafas. Sebelum makan ubat takde pulak saya risau melampau ni.Saya rasa saya bukan schizophrenia sbb saya takde dengar suara & nampak pun sbb gangguan yg dah lama berlaku *saya tak nampak dah*. Adakah ubat risperidone ni sebenarnya tak serasi dgn saya? sbb dia buat saya risau melampau dah macam sakit anxiety?

      • Ramli Musa says:

        Salam, ada kemungkinan bukan schizophrena, jika penyakit bukan schizophrenia tapi diberi ubat schizophrenia akan tak sesuai. Jika sangsi, boleh dapatkan pandangan ke2 dari doktor pakar lain,

  • mr. njs says:

    salam tuan dr, saya ada sedikit pertanyaan. kalau seseorang tu mengalami perasaan sedih tapi tanpa sebab, yang ke-2 mudah sangat2 rasa down bila orang perlekehkan even itu hal remeh, ke-3 ada masa dia tiba2 rasa nak marah tanpa sebab. adakah orang tu kena pergi jumpa pakar?

  • Mdd Survivor says:

    Kurang iman? Lawaknya, masih wujud stigma sebegini. Walhal saya ada nampak ramai pak imam atau ustaz ada depression dan selalu datang ke bhgian psy. Saya sebagai pesakit depression tidak bersetuju dengan statement “x cukup iman” . Doktor pon manusia juga kan? Berpangkat doctor tidak semestinya ilmu sudah cukup. Sila buat research yang lebih mendalam sebelum post.

    • Ramli Musa says:

      Ini kes hentam dulu sebelum buat kajian. Namun diri memyuruh org lain buat research dulu.

      Harap en lihat dulu sesi temuramah sebelum komen.

      Tajuk itu disediakan oleh pihak TV tanpa perbincangan dengan saya..

      In shaa Allah org beriman akan menyiasat dulu sebelum menghentam

  • Hikari Elly says:

    Salam doktor saya pesakit skizofrenia saya fikiran saya tak betul sangat walaupun saya cakap dengan orang macam biasa saya taip pun macam biasa saya tak dapat kawal hati saya dari buat perkara yang memurtadkan saya soalan saya wajibkah saya solat? Saya selalu cakap merapu dalam hati saya selalu dengar suara

  • ajzur says:

    Assalamualaikum Prof.
    Saya ingin bertanyakan sesuatu. Anak perempuan saya selalu mengalami gangguan di mana dia selalu sahaja mengamuk jika tiada siapa yang menurut kehendaknya dan sekiranya impian dia tidak tercapai. Cara dan kelakuaannya seolah-olah kanak-kanak yang masih kecil sedangkan dia berumur 24 tahun. Dia selalu sahaja menyalahkan orang dan menyalahkan takdir apabila dia tidak dapat akan sesuatu yang diinginkannya sehingga dia menggunakan method mengamuk2 tak tentu arah selagi apa yang dikehendakinya tidak diturutkan. Ada ketika jika dia merasakan jika dia dipersalahkan..dia akan bertindak agresif, suka bermain dengan benda tajam seperti pisau untuk menakutkan orang. Saya tidak pasti sama ada dia ini tertekan ataupun mempunyai masalah sakit jiwa atau ini adalah perangai nya sendiri. Masalahnya…dia hanya menggunakan method mengamuk ini hanya untuk memenuhi apa yang dia inginkan.

    • Ramli Musa says:

      Amat penting doktor melihat keupayaan IQnya. Walaupun umur cronology sudah 24th, tapi mental age mungkin kebelakang, contoh mental age seperti keanak-anakan umur 12 tahun.

      Dari situ baru kita merancang strategi rawatan. juga perlu dilihat faktor parenting style.
      Jumpa doktor senang utk doktor merancang

  • Hikari Elly says:

    Assalamualaikum doktor .. saya berumur 15 tahun dan saya rasa saya schizo sebab saya selalu dengar suara .. fikiran dan hati saya juga selalu nak hina Allah hina Nabi dan hina semua tentang agama .. pernah sekali dalam hati saya timbul niat dalam solat nak sembah dajjal .. saya selalu rasa sakit tapi saya tak tahu rasa sakit tu datang dari mana .. kaki saya juga selalu rasa mcm bergoyang dan rasa kaki tu macam kena tekan .. saya juga ada rasa sakit dalam bahagian otak .. saya selalu rasa macam Allah hukum saya dan takkan bagi saya sembuh .. saya selalu rasa macam saya bukan islam .. saya juga banyak meracau menangis sebab rasa macam takde harapan nak sembuh .. saya juga ada ketawa dan senyum tanpa sebab .. mood saya berubah ubah .. dalam diri saya juga ada banyak personality .. saya sakit apa doktor

  • Majikan says:

    Assalamualaikum Dr,

    Saya seorg supervisior disalah sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai 2 org pekerja mempunyai masalah mental. Seorg tu memang ayah dia masukkan . Ayah dia boss. Sorang lagi ni dia sorok sampai 3 bulan kerja di sini baru tahu dia pesakit mental. itu pun selepas saya tanya dia kenapa kerap MC. pada mulanya dia tak mahu bagitau penyakit dia . katanya emak tak bagi bagitau nanti kena buang kerja. soalan saya Dr, bagaimana saya hendak berkerja dgn pesakit mental ini. kadang2 tugasan yg saya berikan dia tak buat. termenung selalu. kadang2 dia kata dia dengar macam2 hasutan dalam kepala dia. dia masih lagi mendapat rawatan psikiatri dihospital (sebulan sekali). saya tak kisah pesakit mental ke janji kerja saya siap. tp setiap kali tugasan saya beri saya nak kena follow up dan kadang2 saya terpaksa buat sendiri. cara dia deal ngan client pun kasar. 3 4 complain saya terima. saya jugak yang settle kan kerja akhirnya. ada tak cara bagaimana saya nak berkomunikasi dan menggalakan orang2 macam ni menyiapkan tugasan mereka . ini pengalaman pertama saya bekerja dengan pesakit mental.saya tak sampai hati nak mintak dia resign. masa saya ambil dia kerja pun saya tak tahu dia sakit mental. boleh doktor beri saya sedikit tips untuk mengendalikan pekerja sebegini.

  • smn says:

    salam dr, dr hkl suspect saya ada schizophrenia sbb saya ada gangguan jin tapi dah lama & saya cakap dkt r yg saya kadang2 nampak kelibat hitam sbb gangguan jin tapi benda ni dah lama, jadi sekarang dr bg ubat risperidone 2mg makan malam & lorezepam bila perlu, tapi lepas saya makan ubat risperidone saya tiba2 banyak risau melampau lepastu dada rasa tak selesa sahaja tapi bukan sesak nafas. Sebelum makan ubat takde pulak saya risau melampau ni.Saya rasa saya bukan schizophrenia sbb saya takde dengar suara & nampak pun sbb gangguan yg dah lama berlaku *saya tak nampak dah*. Adakah ubat risperidone ni sebenarnya tak serasi dgn saya? sbb dia buat saya risau melampau dah macam sakit anxiety?

    • Ramli Musa says:

      Salam, ada kemungkinan bukan schizophrena, jika penyakit bukan schizophrenia tapi diberi ubat schizophrenia akan tak sesuai. Jika sangsi, boleh dapatkan pandangan ke2 dari doktor pakar lain,

  • Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • Naz says:

    Salam doktor,
    Saya mempunyai masalah tabiat yang pelik pelik seperti suka menjerit, menggoyang goyangkan anggota badan dan pelbagai lagi. saya sedar apa yang saya buat tapi sangat sangat sukar nak mengawalnya..Saya cuba untuk mengawal minda tapi akan timbul satu rasa tak puas bila tak melakukannya. Adakah saya di anggap sakit jiwa atau masalah lain?. Minta pencerahan doktor

  • Bahrayn says:

    assalamualaikum, boleh tak terangkan takrifan bagi paranoid mengikut perspektif islam

  • Yana says:

    Salam dr, saya pernah mengalami simptom aktif semasa berusia 12tahun. Di mana, saya berasa ada kuasa untuk mengawal masa, ternampak seorang budak yang selalu mengganggu saya bila keluar waktu malam, dan pernah merasa hari yang dijalani bagai mimpi, di mana saya rasa hati dan badan tidak bersama. Contoh, hati terkunci dan bersuara di dalam badan. Kadang rasa separa sedar tapi badan mampu bangun ke sekolah dan sbgnya. Bertindak diluar kawalan seperti mnepuk nasi ketika makan *saya tidak ingat peristiwa ini, ibu bapa saya ceritakan semula. Tetapi simptom itu hilang setelah dibawa perubatan islam.

    Sekarang, saya sudah berusia 24tahun. Saya telah didiagnos MDD pada tahun lepas. Dimana saya rasa depress setiap hari, selalu terkenang peristiwa sedih dan pasti akan ada tekanan setiap hari. Susah untuk tidur terutama bila ada apa2 event keesokannya. Saya mengalami “pemikiran yang membahayakan/mencederakan diri dan orang lain”, tetapi saya tidak melakukan perkara tersebut. Selalu rasa tersentak selepas mengalami sepintas fikiran seperti itu. Contoh, terfikir “bawa kereta, terlanggar orang, atau tiang dsb”. Mood swing pun selalu. Saya diberi setralin 2biji sehari. Ubat itu mampu mengawal mood swing saya dan rasa sedih setiap hari, alhamdulillah.. Cuma kepayahan tidur malam dan suicidal/ harmful thoughts masih ada

    Pertanyaan saya, 1. adakah simptom masa kecil ada kaitan dengan usia remaja saya? 2. Adakah benar saya mdd. Atau saya perlu rujuk psiaktris semula. Untuk Reset ubatan. Mohon pencerahan Dr.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Pertanyaan saya, 1. adakah simptom masa kecil ada kaitan dengan usia remaja saya?
      – tiada kaitan.

      2. Adakah benar saya mdd. Atau saya perlu rujuk psiaktris semula. Untuk Reset ubatan. Mohon pencerahan Dr.
      – soalan ini lebih sesuai ditanya pd doktor yg merawat atau membuat diagnosis.
      – Saya tak sesuai kerana kita perlu tahu banyak lagi info yg mana saya tiada.

  • Maaf bertanya..saya sedang menghadapi masalah..saya curiga adakah orang lain boleh mendengar apa yg kita bisikkan atau bercakap dalam hati…mohon penjelasan…terima kasih…

  • Izan says:

    Salam doktor..
    Mak saya ada simpton kemurungan..
    Permulaan berlaku kejadian yg tidak diingini menyebabkan die tidak dpt tidur seminggu.. Selepas itu mula meracau.. Berjalan tidak berhenti dalam rumah.. Tidak mbuat kerja umah. Selalu mengatakn kesian ke anak2.. Sdgkan anak2 ok. Dh berubat tradisional dan moden.. Doc bagi ubat seroqurl XR dan ubat tidur. Apa yg kami perhatikan. Bila makan ubat.. Die lebih agresif.dan Skrg ini tak nak makan ubat. Bolehkah ambik suntikan. Apa pandangan doc

  • Siti says:

    Aslm tuan, adakah nyanyok sejenis penyakit mental kerana ibu mertua sy terlalu agresif bila dia mengamok siap maki hamun, sumpah anak2 tidak menjaga dia padahal anak dia yg menjaga dgn sabar..sy kasihan melihat kak ipar menjaga ibunya.. begitu sabar..
    Sy ingin mengambil membela ibubmertua ini… buat sementara waktu..
    Tpi sy menjadi serba salah takut sy tidak mempunyai kesabaran…
    Soalan sy boleh kah nyanyuk ini dirawat dgn rawatan tradinational.. Macam guna air jampi segala itu.. T. Kasih

  • Orang says:

    Saya nak tanya..adakah pesakit schizophrenia yg bunuh diri akan mendapat seksaan di akhirat kelak? Atau ade keringanan?

    • Ramli Musa says:

      ada keringan kerana hilang kewarasan, namun masih ada tanggungjawab pdnya dan keluarga selepas doktor menasihatkan jangan berhenti ubat,
      Kerana berhenti ubat akan dapat penyakit semula.

  • Sahabat says:

    Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
    -Jln
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.

  • Lynn says:

    Salam doc..sepupu sy br berumur 17..doc dh konfirm dia ada Kemurungan + anxiety + adjustment disorder so now on medication 2x shr..
    Kakaknya prnh ddiagnos Bipolar disoder…so klau kita bergurau kdg tu d ambik serius..dan dia akan kecam org tu …dia akan sentap..
    Br2 adik doc diagnos Kemurungan + anxiety + adjustment disorder…kakaknya upload dlm fb..so sy mmg nasihat agar jgn update sbb takut nnti org salah anggap..tp d salah fhm…
    Sy cm nk tanya doc…betul cara sya agar dia tidak update dlm Fb tentang adiknya yg br sje doc diagnos

  • Sabariah says:

    Salam doc.ada tak ubat yg terkini lebih baik dari prozac untuk budak lelaki 14 tahun yg di diagnose mempunyai anxiety dan depression? Tqvm

  • Imah says:

    Assalamualaikum.
    Dr.. Ada seorang kenalan rapat ambil dadah sehingga menjejaskan mental.. Dirinya dalam keadaan normal tiba2 menjadi tak waras, mengamuk, bercakap sorang diri seperti memarahi dan menyergah seseorang. Adakalanya membaling, menendang atau menyepak barang2 yg ada berdekatan.. Apakah dia adalah tergolong dalam pesakit mental?

  • Ayu says:

    Assalamualaikum DR.

    Saya ingin bertanya tentang suami saya. kami sudah 6 tahun berkahwin. Namun perangai pelik suami tiba2 muncul di tahun ke6 kami bersama. Di pandangan orang lain, dia nampak normal tapi apabila dia dirumah bersama saya, kelakuan dia sangat tidak normal. Dia selalu berfikiran negatif tentang saya. Selalu menciptakan masalah yang tidak pernah wujud contoh menuduh saya yang bukan2 dibelakangnya. Dia mengatakan melihat saya tidur dengan gaya yang tidak senonoh. Hampir setiap malam dia akan tidur tanpa pakaian. Saya menegur tapi tidak diendahkan. Tidak boleh saya berjauhan, dia menjadi tidak tentu arah. Pendek cerita dia selalu merasakan negatif dari fikiran dia. Mata dia sangat tajam (contoh saya bernafas pun dia boleh tahu saya lambat menghembuskan nafas). Saya sangat hairan dan rimas. Kami sering bergaduh disebabkan dia yang selalu yg menuduh tanpa usul periksa. Untuk makluman Dr. suami pernah memberitahu dia selalu sesak nafas, sakit dada, sakit kepala. Pernah 1 kejadian kami bertengkar dan saya tidak menegurnya. Suami hanya akan merenung saya malah mengabaikan anak kami yang berada di sebelah dia menangis sebab jatuh katil.

    Pada pandangan Dr. apakah penyakit yang suami saya sedang alami. Boleh ke saya dapatkan ubat-ubatan hanya dari farmasi? Terima kasih Dr sudi membaca komen saya. Harap Dr. membalasnya.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Menjawab direct melalui alam maya ini pun sukar, apakan pula bagi pihak org ke3.
      Suatu yg sukar bagi pandangan. Kita perlu explore apa dlm fikiran dia. Boleh jadi delusion, boleh jadi benda lain.

      • Ayu says:

        Terima kasih Dr diatas respond yang diberikan. Terus saya google apa itu delusion.
        sangat terkejut kebanyakan simptom2 delusion ada pada suami saya. Lebih kepada “delusi kecemburuan”. Pendapat DR, boleh ke sy membawa suami berjumpa dengan Ustaz terlebih dahulu untuk menguatkan semangat dia sebelum saya bawa berjumpa dgn DR di klinik berdekatan?

  • insyirah says:

    assalamualaikum Dr,
    saya insyirah 21 seorang pelajar. saya ingin bertanyakan apa kaitan antara golongan sakit mental dengan awaridh samawiyyah? berdasarkan definisi, kedua perkara ini nampak berbeza.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Jika kita menggunakan sakit mental, ia suatu penyakit yg pelbagai, dari ringan ke berat.
      Penyakit Berat (Schizophrenia) pun ada masa dia waras ada masa tidak
      Jadi untuk membuat hukum blanket pukul rata, semua panyakit mental adalah awaridh samawiyyah, ia tidak betul.
      Ada masa mereka wajib melakukan solat dan ibadah lain

  • Siti says:

    Dr..kalau penyakit narsisis personaliti disorder boleh dirawat ke? Kebanyakkan Dr luar negara kata tidak boleh..ada solution tak Dr?

  • Siti says:

    Salam Dr..ada rawatan tak utk penyakit narsistik personality disorder? Apa yg boleh kita usahakan Dr?

  • bunga says:

    Assalamualaikum Dr,

    Saya telah didiagnose menghidapi schizopherinia pada 2014. sejak 2015 saya sudah kembali bekerja dalam bidang profesional. Gangguan datang dan pergi. Sekarang saya mengambil aripiperazole 10mg. Saya sejak kecil terlibat dengan dosa besar. on and of. bertaubat dan jatuh kejurang dosa berkali-kali. saya notice tiap kali saya dalam keadaan cuai dan dalam keadaan berdosa(state of ignorance) suara-suara bisikan tu tiada. Kepala jadi lapang dan hidup biasa. Namun, setiap kali saya cuba bertaubat, gangguan bisikan itu datang.

    Kali ini, saya benar benar ingin kembali ke jalan yang diredhai. saya mula cukup sembahyang dan merapatkan diri dengan alquran. seperti di jangka, bisikan itu datang kembali. suara yang banyak (daripada banyak entiti dan menyakitkan dan menggugat akidah dengan hati yang dibolak balikkan dan fikiran). jadi, mati matianlah semula saya cuba mempertahankan iman saya.

    Saya yakin ada hadis daripada Rasulullah berkata tentang syaitan yang berjalan di aliran darah manusia dan hati adalah gumpalan daging/ darah terbesar yang bersifat seperti brain. Begitu juga tentang syaitan dalam dada manusia yang disebut oleh tuhan dalam surah Annas. Kali ini, saya benar benar bertaubat nasuha dan berjanji teguh untuk tetap di jalan taubat ini.

    Boleh Dr, beri sedikit ulasan.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Saya ucapkan tahniah sekurang2 anda ada kesedaran diri, bertaubat dan ada insight tentang penyakit.
      Allah tetap memaafkan yg penting kita memohon kemaafaan dari Nya dan sedar dan rasa bersalah tentang dosa kita.
      Memakan ubat secara berterusan adalah penting untuk kekal stabil dari auditory hallucination

  • ITA says:

    Assalamualaikum…
    Saya ada anak perempuan berusia 16 tahun.. baru-baru ni guru kaunseling telah call saya bgtau untuk bertemu menganai masalah anak saya yg dikatankan mempunyai masaalah emosi dan kemurungan .Untuk pengetahuan Dr anak saya ni mempunyai masalah was-was yang agak teruk jugak la,,,setiap kali ambil wuduk mesti berulang …dan ada ketikanya berulang solat kerana rasa solatnya batal…sebelum guru kaunseling menghubungi saya…saya tidak perasan anak saya mempunyai masalah emosi sbb saya lihat sikapnya seperti biasa,,,tetapi guru ini menyatakan masalah nya agak teruk ,,,dan setelah itu bila saya bertanya kpdnya baru dia beritahu ada suara yang menyuruh di melarikan diri dari rumah dan juga membunuh diri… dan guru kaunseling ini juga menyatakan anak saya amat berdendam dengan ayahnya kerana dia masih menyimpan kisah yang dah hampir 3 tahun lalu,,,dimana saya telah bertengkar dgn suami dihadapannya…dan dia menyalahkan ayahnya sehingga sekarang…saya ingin bertanya dr apakah penyakit yg anak saya hadapi .dab buat masa sekarang saya cuba mengawal kehidupan harian dia dengan lebih banyak berfikirian positif dan dekatkan diri dengan allah,,,dia juga mempunyai masalah selalu menganggap orang sekeliling melihat dia secara padangan negatif…dan sentiasa gemuruh dan berpeluh apabila cikgu bertanya di dalam kelas…

  • yana says:

    assalamulaikum dr..sy merupakan ibu mengandung dan saya dapati saya mengalami antepartum..dan smua simptom yang disenarai saya sedang mengalami nya sekarang..saya ingin minta pendapat dr jika ada ubat/supplemen yang boleh mengurangkan semua simptom tersebut..kerana ketika ini sy tidak mengalami apa2 perkara yang boleh mendatangkn stres pada saya..sya dikelilingi dgn persekitaran yang termasuk perhubungan yang sesama manusia disekeliling..jadi sy tidak tahu kenapa ketika saya hamil saya dikatakan kemurungn ketika hamil..mohon dr beri pendapat?

    • yana says:

      sambungan diatas..dan kerana simptom tersebut ia telah menganggu kehidupn harian saya..kualiti hidup saya juga terjejas..dan perhubungn saya terutama dengan anak pertama juga terjejas..sya menjadi kurang memberi perhatian pada dia..dan perasaan utk mencederakan orang dan diri sendiri makin kerap datang..mohon dr beri pendapat atau cadangan yang baik..tq

    • Ramli Musa says:

      salam, Maaf saya kurang jelas apa masalah dialami utk jawab ubat sesuai,
      elok konsult doktor

  • Nur Fatehah says:

    Salam doktor adakah apa yang saya senaraikan ini merupakan tanda-tanda penyakit mental.Harap doktor sudi jawab.

    1) Rasa tercekik di tekak
    2) Tiba2 rasa sedih dan nak menangis
    3) Rasa gelisah tiba tiba
    4) Rasa penat walaupun tak buat apa apa kerja
    5) Kadang2 takut tanpa sebab
    6) Susah nak tidur waktu malam
    7) Kadang2 rasa nak marah dan benci tengok orang lain.
    8) Dengar suara bila duduk bawah kipas.
    9) Rasa malas dan tak ada motivasi contohnya nak mandi atau solat.
    10) Badan jadi seram sejuk.Tapak tangan dan kaki jadi berpeluh.
    11) Tengah duduk tempat orang ramai,rasa semua orang tengah perhatikan dan rasa tak selamat.
    12) Rasa anxious bila duduk dekat tempat orang ramai.

  • Sahabat says:

    Assalamualaikum.
    saya mencari info rawatan jarak dekat di sekitar kelantan (Lemal) Untuk masaalah sihir berpenjaga.(pesakit lelaki) selagi tak buang jin dalam badan , selagi tu lah kena serang dari luar.
    Berkongsi info menambah pahala ramadhan.

  • Sahabat says:

    Assaalamualaikum.
    saya mencari info rawatan jarak dekat di sekitar kelantan (Lemal). untuk masaalah sihir berpenjaga (pesakit lelaki) kalo tak berubat, selagi tu kena seksa.(diserang)
    Dengan perkongsian info rawatan dari tuan puan, dapat membantu pesakit.

  • Aiman says:

    Assalamualaikum doktor, adakah normal untuk pesakit borderline personality disorder mngalami high mood di mana kdg dia rasa overconfident sgt smpai rsa diri dia hebat dan Allah tu tak wujud. Nak tdur pun jarang. Pernah satu kali tu dia pergi berlumba dgn ‘mother nature’ (hujan), siapa smpai dulu, dia atau hujan. Lepas tu bila mood crash tidur smpai 18 jam sehari. Kawan sy kata bila low mood, dia dngr suara2 suruh buat benda tak elok tpi bila dah high mood, suara tu jdi mcm kawan. Dia di diagnose BPD dan Depression

  • ZAKARIA BIN ISMAIL says:

    Assalamualaikum. saya bila mana membaca bismillah 5 pada jam 4.45 pagi badan bahagian kepala rasa berderau dn kemudian bende tu turun naik dalam dada saya seterusnya tersemat di dada kanan saya. bende apa tu ustaz. tetapi bila dibaca pada siang hari jam 9 pagi tak dok rasa apa apa pun.

    • Ramli Musa says:

      In shaa Allah semua ayat Al Quran ada nilai penawarnya.
      Walaubagaimana pun itu petanda masalah anxiety yg memerlukan perhatian doktor.
      Boleh baca post ini

      https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

      • Kawan says:

        Salam doktor..saya pernah mengalami trauma semasa kecil ,dirogol abg kandung sendri semasa berumur 5-12 tahun selepas ayah saya meninggal. Selama 33 tahun saya pendam semua ni. Saya kerap kena panic attack dr remaja sampai sekarang. Baru² ni saya dah berjumpa dengan psy,dan psy sy kata sy ptsd dgn panic disorder. Ubat yg dia bg brintelix,amitriptyline,lorazepam dan risperidone. Bg pendapat doktor betul ke ubat yg sy ambil ni?

        • Ramli Musa says:

          setiap ubat itu ada sebab kerana mereka dalam kategori berbeza.
          Jika anxiety atau depression shj, cukup brintellix dan ubat tidur Lorazepam

          • Kawan says:

            Jadi sy boleh stop makan risperidone ? Sy pernah juga attempt suicide dgn telan banyak pil. Sy keliru,apa yg sebenarnya penyakit sy ni. Terima kasih doktor.

          • Kawan says:

            Sy juga kerap menangis kadang² tanpa sebab,sy tak suka keluar rumah tapi yg pelik selera makan sy makin menjadi².

  • AS says:

    Pasangan saya mengalami kesedihan tanpa sebab, apabila dia engage dengan sesiapa dia boleh bergelak tawa tetapi dia merasa kosong dan keadaan ini berlaku sejak dia kecil lagi katanya dan katanya tiada any trauma sewaktu kecil. Tambahan, dia mengalami kesukaran untuk tidur malam dan hampir setiap hari dia lesu dalam melakukan aktiviti. Setakat ini, dia dapat bekerja seperti biasa cuma hanya lesu. Selalunya kalau weekend dia buat aktiviti luar cth main skateboard, tangkap gambar etc. Dia aware untuk seek professionals adakah dia mengalami depression atau tidak tapi sampai sekarang dia tiada courage untuk pergi berjumpa pakar. Adakah simptomnya seperti depresi dan bagaimanakah untuk saya membantunya?

  • Sue says:

    Assalamualaikum doktor,hidekan nama sy ye.sy nak bertanya sikit ttg schizophrenia .sy ada seorg abg yg berpenyakit schizophrenia.sy tak pasti sama ada dia dpt penyakit tersebut atau tidak .sbb sy tgk dia ok je.mcm mane sy nak mengenali sesorang yg berpenyakit schizophrenia.mcm abg sy ada ubat tp dia xnk mkn dia ckp ngatok xleh nk bgn solat sbb tu dia xnk.nati dia akk buat perangai klu tak bgn solat..sy cuma nak tahu mcm mne penyakit schizopherenia itu.sbb sy kadang2 xpecaya yg dia ada penyakit tu kadang kami merasa kan dia buat2 saje.tlg doktor mcm mane sy nk tlg abg sy yg mcm tu semua family dh tak suka dia..terima kasih doktor.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Saya cadangkan anda accompany atau iringi abang semasa lawatan dia ke hospital supaya anda dapat bertanya soalan trsebut dan pelbagai soalan tentang rawatan terbaik untuk abag anda. Rasa rasa doktor merawat dia org terbaik menjawab soalan itu kerana dia yg tahu secara detail

  • Muhammad Haziq says:

    Salam doctor,

    (Start diagnosed January 2021)
    Saya Pengidap bipolar type 1. Dr. yang merawat saya prescribed me with medicines :
    (1 month for abilify only)
    Daily
    1) epilim chrono 500mg
    2) lithium 600mg
    3) Artane 2mg
    4) abilify Maintena 400 mg monthly
    5) Olanzapine

    Saya mengalami side effects ubat yang sangat teruk sehingga terpaksa berhenti kerja tetap pada 1 May 2021. Lepas cucuk ABILIFY saya masuk ER dua kali and jumpa psychiatric dan dia cakap itu adalah penyakit saya apa bila saya cerita tentang side effect. (Tremor, Parkinson, extreamely tired, & the list goes on…)

    Boleh doctor bagi overview pesakit doctor yang cucuk abilify 400mg ? Effectiveness of the medicine & side effects. & how long it will go away from body system ?

  • hana says:

    Assalamualaikum nak bertanya,kalau sesorang tu menghidap DID,bagaimana solat dia,dikira sah ke? walaupun waktu itu bukan diri dia yg sbenr?

  • Fahmi says:

    Saya ada masalah kemurungan teruk… Selalu berkhayal seyum sorang2… Saya selalu di marah oleh ayah saya di sebab kan saya tidak cerdik.. Tidak faham arahan.. Lalu dimarah dan di pukul smbil mengatakan saya tidak sama seperti anak orang lain semua Pandai2 .. Ayah saya rotan ckp itu adalah cara untuk kamu lebih cerdik… Masalah saya.. Saya tidak mempunyai kawan saya selalu berkhayal saya ada kawan dan selalu fikir ayah saya memuji saya.. Bilaa ayah saya memberi kerja membuat rumah saya jadi keliru mana kanan mana kiri… Disebabkan takut… Dan saya selalu termenung agak lama masa makan, mandi dan tidur.. Saya penah pukul kepala saya sendiri sebab saya terlalu bodoh tidak mcam yang ayah saya harapkan.. Selalu salahkan diri sendiri dan berangan menjadi orang yang hebat.. Adakah saya ni lebih kepada gila atau seorang budak blur tidak memahami arahan…SAYA PERLUKAN JAWAPAN NI…

  • Azie says:

    Assalamualaikum Prof.
    Adik saya merupakan anak bongsu telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan anak. Ketika itu adik saya ini berkerja disyarikat petroleum. Pada tahun 2015, dengan profil kerjayanya itu dia telah membuat pinjaman bank hingga ratusan ribu untuk memasuki pelaburan hotel melalui kenalan baik di universiti nya dahulu. Dengan keuntungan hasil pelaburan dan profil simpanannya, dia telah membeli kereta mewah dan menjadikan saya dan ibu sebagai guarantor.

    Pada tahun 2016, adik saya telah berkenalan dengan seorang perempuan lain dan menceraikan isterinya. Tidak lama selepas itu, pelaburan yang dimasukinya telah lumpuh (scam). Adik saya berhenti kerja kerana tidak dapat membayar hutang bank (bank memotong terus installment dari gaji). Pada tahun 2017, adik saya menjual keretanya kepada pihak ketiga, tanpa procedure yang betul (tidak menukar nama), tanpa pengetahuan saya dan ibu. Saya kemudian dapat panggilan dari bank mengatakan perlu membayar installment tertunggak kerana si pembeli kereta itu tidak lagi meneruskan pembayaran dengan alasan kereta itu telah hilang. Saya tersepit kerana adik saya tidak ingin membuat laporan hilang di atas kesalahannya menjual kereta tersebut tanpa procedur yang betul. Ibu terpaksa menjual rumah pusaka kerana ingin membayar hutang kereta yang masih berbaki ratusan ribu ringgit.

    Dalam masa yang sama, adik dan isteri barunya selalu meminjam wang dari ibu. Ibu bukanlah senang, pencen guru lulusan maktab sahaja. Ibu pula sayangkan adik, meminjam hampir RM150k dari kawan2, sedara mara untuk adik. Alasan adik mahukan wang ialah kerana ingin bayar duit lawyer, saman kawannya yang menipu masuk pelaburan tidak sah, bayar hutang kawan2 yang di ajaknya masuk pelaburan, ah long dan kelangsungan hidupnya. Adik juga meminjam barang kemas dari kakak, untuk digadaikan buat belanja hidunya yang tak berkerja.

    Bila kami suruh adik bekerja, dia kata yang Doktor telah sahkan sebagai pesakit bipolar disorder. Jadi tak boleh berkerja. Adik saya bukan sahaja meminta wang dari kami semua, adik juga memburukkan kami(adik beradik dan bapa) kepada saudara mara, kenalan2. Untuk pengetahuan, hanya ibu sahaja yang respon kepada adik. Kami yang lain ibarat putus hubungan dengan adik kerana tidak mahu adik meminta wang lagi dan terus menerus meminjam. Kami mendapat nasihat ini dari polis.

    Baru2 ini ibu menelefon saya, mengatakan adik beritahu ibu yang dia telah berada fasa bipolar yang teruk dan makan ubat yang dose tinggi. Tekanan darah nya juga tinggi. Ibu mengatakan kami semua perlu bagi moral support pada adik. Tetapi kami rasa adik akan ambil kesempatan untuk meminta wang lagi. Dalam adik bagitahu ibu dia sekarang sedang sakit teruk, dia juga bagitau dia sedang cari duit untuk mengupah lawyer bagi kes saman nya. Jadi faham2 lah dia perlukan duit ribuan ringgit untuk bayar lawyer.

    Ibu juga mengalami tekanan hingga jumpa psikatri, kerana adik sering pressure ibu untuk pinjam wang sana sini. Kesian ibu telefon sana sini nak cari wang untuk adik. Ibu hilang ramai kawan kerana kawan2 tidak selesa dengan ibu atau ibu tak berani nak rapatkan diri dengan kawan2 yang belum dilangsaikan hutangnya pada mereka.

    Kami buntu, kerana ibu percaya bulat2 semua cerita adik. Kami ingin bagi cadangan pada ibu , biar adik tinggal dengan ibu untuk berubat sebaik mungkin bipolar nya tanpa tekanan hidup untuk bayar sewa rumah, makan dan lain2. Tapi bapa pula yang tak boleh berbaik dengan adik, kerana adik mencanang kisah2 silam bapa pada ramai orang untuk mengatakan dia tertekan dari kecil dengan bapa sehingga sakit bipolar. Untuk pengetahuan Dr, dahulu adik lah yang paling bapa sayang kerana anak bongsu dan lelaki tunggal dalam keluarga kami. Dan hampir separuh hutang2 ibu untuk adik, bapa yang bayar hasil jualan rumah pusaka nya. Bapa tak mahu ibu dalam keadaan berhutang. Tapi adik langsung tak percaya bapa yang bayarkan hutang2 yang ibu buat untuknya.

    Di sini saya ingin bertanya, adakah dengan bagi moral support, akan menjadikan adik pulih dari bipolar? Kerana ibu menangis2 ingin kami berbaik semula dengan adik. Kami merasakan adik hanya mengambil kesempatan.

    Bagaimana kami ingin pastikan adik benar2 bipolar? Bolehkah kami berjumpa dengan Dr yang merawatnya untuk pengesahan?

    • Ramli Musa says:

      saya bersimpati dengan kesukaran yg ditimbulkan oleh seorang ahli keluarga.
      sehingga menimbulkan banyak hutang.

      Sebarang permintaan boleh jumpa dan bincang dgn doktor yang merawatnya.

  • NASHARUDDIN ALAZMI says:

    السلام عليكم ورحمة الله
    KISAH BENAR IBRAH DIUJI DENGAN PENYAKIT SCHIZOPHRENIA
    -MUKADDIMAH
    – Membaca luahan-luahan isihati dlm ruangan komen disini membuat diri ini terpanggil utk berkongsi pengalaman, kaedah-kaedah rawatan & cadangan solusi berdasarkan apa yg pernah dilalui berhadapan dgn penyakit mental yg kronik ini.
    – Sebagai bapa kepada 9 org anak, diri ini diuji oleh Allah swt apabila anak sulung harapan keluarga disahkan menghidap penyakit schizophrenia. Along dikesan menghidapinya pd tahun 2019 ketika berumur 27thn dan bertambah serius ketika usianya 28thn. Hilang tumpuan kepada kerjayanya, halusinasi sehingga tahap menjadi agresif dan terpaksa ditahan d wad psikitari selama hampir 2 minggu. Kerjayanya sebg jurutera d sebuah konglomerat besar musnah dan ‘ditunjuk jalan keluar’.
    -Kami sekeluarga menanggong perasaan kecewa, hampa, gelisah dan takut bercampur aduk & hampir termakan oleh bisikan Syaitan supaya berputus asa melihat tiada tanda2 Along utk pulih spt sedia kala.

    BINA KEKUATAN ROHANI
    (Bersambong…)

  • Hadi says:

    Salam dr..adakah sesuai hisap vape/pod yg mana sya ada penyakit skizofrenia?..apa efeknya jika guna?

  • Ace says:

    hai.Assalamuaikum.saya hamba Allah lahir parit buntar, perak..sebelum ni saya, mak dengan kakak kami tinggal di Bandar Baharua, Kedah. Tapi, selepas kami diusir oleh abg-abg tiri kami, sb abg tiri nak jual tanah yang kami diami kepada pemaju perumahan swasta. Sekarang, umur mak saya sudah 78 tahun (balu), kakak saya 40 tahun (belum pernah kahwin) dan masih tinggal di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saya 38 tahun telah berkahwin dan sekarang menetap di Johor. Hanya boleh pulang setahun sekali ke Kampung. Sebelum berkahwin, saya pernah cuba membawa mak dengan kakak berubat tetapi tidak berhasil malah saya dimarahi oleh mak dengan kakak kerana saya mahu sembuhkan mereka. Pernah seorang abg kandung bawa kakak ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan tetapi mak saya yang ketika itu ada sekali di hospital tersebut telah menghalang Doktor untuk memberikan ubat kepada kakak saya. Selepas habis berikhtiar saya hanya mampu berdoa dan membaca al-Quran untuk menghilangkan gangguan kepada mereka. Selepas saya tidak lagi bersama mereka kerana saya berkahwin mengikut suami yang kerja di Johor, keadaan mereka bertambah parah apabila saya dengan suami pulang ke Nibong Tebal, Kakak saya semakin agresif bertalu-talu menghubungi Bilik Gerakan Balai Polis Jawi Nibong Tebal dan menfitnah saya dengan suami mengambil gambarnya ketika kami baru sampai di rumah sedangkan kami tak berbuat demikian, kami hanya memegang beg baju dan beg bungkusan makanan ketika itu manakala fhone kami tersimpan di dalam beg yang kami bawa. Mak saya ketika itu ada bersama turut menyokong segala apa yang kakak saya buat pada saya dan suami saya. 2 lelaki PDRM Nibong Tebal datang ke rumah dan percaya dengan kata-kata mak dengan kakak saya dan PDRM Nibong Tebal menyuruh kami berdua tinggalkan rumah kami sendiri dan menginap di Hotel sahaja. Kenapa saya cakap rumah kami, sebab rumah tu setiap bulan saya membayarnya termasuk air dan api sejak 2015 walaupun saya tak tinggal di rumah itu lagi. Hati saya amat terkilan kerana kami diusir dalam rumah kami sendiri and terpaksa menyewa di Hotel setiap kali pulang ke Nibong Tebal. Memandu selama 8 jam dari Johor ke Nibong Tebal, membawa makanan, membawa langsir baru, mencuci dan membersihkan rumah dan tandas semua saya yang lakukan. Tak tidur dan tak berehat ketika dalam perjalanan dan apabila sampai mak, kakak dan PDRM Nibong Tebal telah mengusir saya dalam rumah saya sendiri. Saya juga terkilan apabila seorang koperal pdrm berstatus tetap dan 2 anggota sukarelawan PDRM Nibong Tebal masih mengamalkan rasuah, iaitu meminta duit kepada pesalah jika ingin dilepaskan ketika roblock dibuat di kawasan jambatan nibong tebal pada tahun 2019 yang lalu. Saya diamkan sebab fikir periuk nasi keluarga mereka. Tapi mereka tidak fikirkan betapa aib dan malunya saya dengan suami apabila diarah untuk tidak tinggal di rumah kami sendiri dan diarah menginap di Hotel. Kami amat menyesal dan terkilan isk isk

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      terima kasih kerana berkongsi masalah dan pergolakan isu keluarga di sini.
      saya doakan semoga Allah SWT permudahkan penyelesaian terbaik.
      Itu shj yg mampu saya tulis.

  • Gadis Skizo says:

    Assalamualaikum doktor.. saya seorang perempuan usia 20-an.. setakat komen ni ditulis saya dah 6 tahun secara rasmi menerima rawatan sebagai pesakit mental. Tapi betul-betul sakit dah 9 tahun. Cuma it was left untreated. Ingatkan dah takde rupanya datang balik. Bila penyakit dah agak lewat baru dirawat, faham-faham jelah kan keterukan dia tu huhu. Saya cakap camni sebab kadang-kadang kesal dgn sikap orang di sekeliling saya yang enggan malah membantah dengan kekerasan keputusan saya untuk dapatkan rawatan psikiatri sejak 9 tahun yang lalu. Tapi masa dah berlalu, saya pun dah 3x masuk wad.

    Alhamdulillah saya sekarang dah stabil dengan pengambilan beberapa jenis ubatan.. antaranya seroquel.. Doktor pon faham kan betapa sukarnya pesakit skizofrenia+depression ni untuk cari kombinasi ubat yang benar-benar serasi dan berkesan.

    Tapi doktor, banyak saya buat kajian internet mengatakan pengambilan seroquel ni tak sesuai untuk wanita hamil dan ibu menyusu. Jadi persoalan saya sekarang ni.. adakah seorang pesakit macam saya ni tidak layak atau tidak sesuai untuk berkeluarga.. berkahwin dan berumahtangga.. Saya makan seroquel 600mg setiap malam. Tak sampai setengah jam dah pengsan.

    Saya harap doktor jawab soalan ini dengan sejujurnya. Kalau betul orang cam saya ni tak layak untuk berkeluarga macam orang lain, saya redha, daripada membebankan suami dengan seorang yang tak mampu menyempurnakan hidupnya, baik saya membujang aje.

    Dan terus terang kalau dengan mengubah ubat-ubatan yang saya ambil tu mungkin juga akan memudaratkan kesihatan saya.. mungkin relapse atau penyakit bertambah teruk.. Saya lebih rela doktor untuk teruskan je makan ubat sedia ada ni sampai bila-bila.

    Lebih baik saya utamakan kesihatan diri dan dapat jaga kedua ibu bapa saya, berbanding kalau saya berkahwin pun dan perlu tukar ubat-ubatan yang berisiko untuk saya, dan belum tentu dapat bahagiakan suami saya, lebih baiklah saya tidak berkahwin.

    Saya tanya soalan ni untuk dapatkan kepastian doktor. Saya anak bongsu dan satu-satunya yang masih belum berkahwin. Ibu bapa dan keluarga ada harapan juga nak tengok saya berumahtangga bahkan saya sendiri sebagai manusia biasa pun tak lari daripada perasaan tu.

    Cuma saya keliru, layakkah saya untuk sebuah perkahwinan? Kalau betul saya tak layak dan tiada cara lain untuk mengelakkan risiko penyakit saya, mungkin saya perlu bersedia dari sekarang untuk terima hakikat itu buat selamanya.

    Terima kasih doktor atas keprihatinan dan maklum balas yang akan diberikan.

    • Ramli Musa says:

      waalaikumsalam,

      Dari penulisan anda, ada banyak salahfaham tentang ubat dan perkara lain tentang kehidupan.
      Setiap manusia ada hak berkeluarga. Bukan bila beri ubat menafikan hak. Seroquel boleh diambil semasa mengandung kecuali Lithium.
      Sepatutnya awak risau tentang penyakit dari ubat kerana sudah 3x masuk wad.
      Utk penerangan lanjut boleh bertanya pd doktor anda

      • Gadis Skizo says:

        Ya doktor saya risau penyakit saya sebab tu saya rasa cam tak nak tukar sekalipun ubat tu mungkin memberi mudarat kepada saya jika diambil pada fasa kehamilan atau penyusuan.

        Terima kasih doktor sebab bagitahu yang ubat tu boleh diambil semasa kehamilan. Sebab selama ni saya buat internet research dan baca kat leaflet ubat je. Risaulah jugak. Apa-apapun insyaallah saya akan berbincang dengan doktor di hospital. Cuma appointment nya tu lambat lagi.. bulan 5 lepas raya so saya agak khuatir la sikit ni.

  • Fiy says:

    Assalam dr, saya nk bertanya tentang mental illnes psikotri. Adakah ia boleh terjadi jika kita belajar agama terus di tahap tinggi walhal di tahap rendah masih belum menguasai seperti membaca al quran. Ini terjadi pada kawan saya yg berbuat begitu sehingga dia skrang bercakap sorang2 kdg2, menjadi cepat marah dan sedih, sampai satu tahap dia minta cerai dgn husband sbb overthinking husband curang dan sebagainya. Adakah ia boleh dirawat?

  • Zad says:

    Assalam Dr..sy ambil Fluvoamine mulai 2019 anxiet DASs tingg..mula dgn 100mg…reduce kpd 50 hngga 25 mg pd Dec2022..tp sejak ambil dos 25 mg sy rs mcm x stabil spt dos sebelum ni…perlu ke sy request utk kembali ke dos yg lama?

  • Zad says:

    Assalam Dr…sambungan kpd soalan sy..mksud sy sejak ambil Luvox 25 mg anxiety kerap attack balik

  • Dan says:

    Salam Dr., saya sering bermonolog dalaman. Saya sering berlawan dengan kata kata saya sendiri. Perkara ini kerap sangat berlaku sampai saya hampir putus asa dan kadangkala ingin menangis. Satu sisi dalam diri berkata sesuatu yang negatif, satu sisi lagi melawan kata kata tersebut. Saya sering berzikir dan berdoa namun perkara seperti ini kerap melanda diri saya. Tambahan saya tidak yakin dengan apa yang saya buat, orang kata was was. Dah kunci pintu fikir belum sampai hati saya berdebar². Buat kerja berulang kali saya semak. Saya sangat bimbang dengan diri saya. Saya sangat gusar pemikiran dan hati saya. Akan terus terusan bermain dalam fikiran saya kecuali saya tidur, bangun je tidur terus jadi semula.

    • Ramli Musa says:

      Salam, saya melihat ada kemungkinan OCD,
      Namun kena membuat penilaian selanjutnya untuk kepastian.
      Cuba anda baca OCD, jika menggangu hidup perlukan perhatian pakar

  • Khairul says:

    Salam tuan doktor. Bgini tuan. Saya sejak 10 tahun ni tak boleh kerja. Ada masalah kesihatan fizikal dan mental. Saya ada masalah takut2 tuan. Alah pada bunyi bising begema. Takut naik kenderaan. Takut2 yang tak masuk akal la senang cerita.

    Saya tak nak mrumitkan cerita. Tapi disebabkan masalah takut2 saya ni makin teruk, saya nak minta buah fikiran tuan la untuk memberikan jalan penyelesaian pada masalah saya ni. Rasa takut2 saya ni bila sampai satu tahap melampau, saya hanya berharap sangat Allah tarik je nyawa saya serta-merta.

    Sejak PKP Covid, saya rasa jiwa saya makin tertekan. Orang kata masalah saya ni sama macam anxiety. Kalau la penyakitnya anxiety, apa pula ubatnya?

    Ada yang sarankan saya perlu berjumpa pakar untuk dapatkan kad OKU. Saya kalau boleh tak nak la susahkan ibu dan ayah saya lagi, family saya bukan la orang senang. Masing-masing pun ada problem sendiri. Takkan la saya nak mengadu-domba, menambahkan lagi beban mereka. Cuma sekarang ni.. memandangkan keadaan mental saya yang serasakan semakin hari semakin teruk. Saya terpaksa la mendapatkan rujukan dari tuan. Apa yang perlu saya buat? Apa yang boleh saya buat?

    Saya terbeban sangat dengan masalah takut2 ni tuan. Masalah ni menyebabkan saya tak ada mood untuk beriadah pun. Saya lebih selesa terperuk dalam bilik. Saya minta maaf sebab taip panjang2 ni tuan. Tapi tuan orang pakar dalam bidang masalah jiwa ni. Dan tuan sudi pula menyediakan ruang ni untuk saya berkongsi masalah. Untuk tu saya berterima kasih atas kesudian tuan membaca luahan saya ni. Harap tuan dapat membantu saya.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      saya pasti anda mengalami penyakit anxiety dan penyakit ini mula menggangu kehidupan anda,

      untuk bantuan, anda boleh mengikuti prosedur dalam posting ini;

      https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

      Boleh baca tentang penyakit anxiety di sini;

      https://www.ramlimusa.com/blog/?category=9

      • Khairul says:

        Salam tuan doktor. Terima kasih kerana sudi membalas teks saya. Untuk pengetahuan tuan, saya sudahpun menjawab soalan lazim berkenaan anxiety yang tuan sediakan sebanyak 2 kali. Dan dari rumusan kedua-duannya memang menunjukkan yang saya ni mempunyai masalah anxiety. Saya sememangnya memerlukan bantuan dan bimbingan dalam mengubati diri saya ini. Permasalahan takut2 yang saya alami ni memang saya perasan sejak kecil lagi saya dah kena. Malangnya, makin saya dewasa, makin teruk pulak jadinya seperti takut menaiki kenderaan, takut melihat bayang2, takut dengan bunyi bising. Semua permasalahan tu memang menganggu perjalanan hidup saya sehari-harian. Bayangkan lah, sekarang saya kalau mendengar khutbah Jumaat di masjid pun saya tak boleh fokus sebab bunyi yang keluar dari speaker masjid tu terlampau bingit bagi saya sampaikan jantung saya berdebar2 dibuatnya. Saya tak mengadu masalah ni kepada sesiapa kecuali tuan. Pada saya, hanya orang yang pakar seperti tuan ini lah yang mampu memahami permasalahan saya ni. Dan saya sangat berharap, bila saya mengadu pada seorang pakar, maka boleh lah saya mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Saya memang ada keinginan untuk berjumpa pakar sejak keadaan mental dan jiwa saya terasakan makin teruk sekarang ni. Tapi saya tak nak menyusahkan ibu dan ayah saya. Saya tak nak mereka fikirkan tentang saya, risaukan saya. Saya nak usaha sendiri tapi saya tak tahu mana nak mula. Siapa yang saya harus jumpa. Semuanya saya tak tahu. Saya buntu. Saya dah penat tuan. Saya mula teruk sejak tahun 2007. 2012 saya kena gangguan dan sejak tu sakit jiwa saya ni makin teruk. Sebelum ni saya ada berubat kampung dan Alhamdulillah, berkesan juga untuk tempoh 6 bulan sekali berubat. Malangnya, perawat saya tu telah pun meninggal dunia pada tahun 2017. Dalam tempoh 6 tahun ni memang keadaan saya makin parah. Dan sejak terpaksa berkurung akibat Covid pada 2020, saya makin teruk. Saya cepat marah dan beremosi tak bertempat dan macam2 lagi lah simptom gangguan jin yang saya alami. Saya tak tahan dah asyik takut je tuan. 10 tahun.. 15 tahun.. tak jumpa baiknya.

  • Kedai Bunga says:

    Assalamualaikum Dr,

    Apa pandangan Dr tentang jin asyik? dalam rawatan islam banyak yang membenarkan. Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Dia kata dia amat mencintai rakan nya yang dipercayai jin. Dia enggan mengambil rawatan formal kerana berpandangan perubatan moden tidak ‘mengiktiraf’ adanya jin lalu rawatan adalah bersifat bias/berat sebelah lalu tidak menyeluruh?

    Dia telah melalu beberapa rawatan alternatif seperti bacaan ruqyah, mandi limau dsb namun belum pulih.

    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Memang kita beriman adanya maklaikat dan jin seperti dalam Al Quran.
      Namun mempercayai jin memberi bekas dan kemudaratan, menafikan kuasa Allah. Ia jatuh dalam syirik. Kalu bukan syirik besar, syirik kecil.

      Saya lebih ke arah bahawa penyakit yg diturunkan Allah SWT adalah kerana Allah sayangkan kita. Dia suruh kita ingat pd Nya dan dia juga menyuruh hambanya mencari rawatan sesuai dinyatakan dlm hadith Rasullullah SAW.

      Ada juga rawatan bernama Islam menggunakan sebab sihir dan saka yg dibuat oleh org yg tidak baik. Ia hanya memberi persepsi buruk sangka sesama manusia sahaja.

      Moga Allah SWT memberkati kehidupan kita semua. Bersandarlah pd kekuasaan Allah SWT daripada menekutukan NYA

  • Shabirul ain binti ahmad hamdan says:

    Assalamulaikum tuan doktor . Saya ada penyakit bipolar dan anxiety disebabkan saya kena buli sejak kecil. Selama 15 tahun. Saya benci diri saya doktor. Saya rasa nak bunuh diri

  • Assalamualaikum Prof. Saya bekas pesakit Prof. Skrg rawatan di HTAA dgn bertukar² Dr. Saya sakit Bipolar Mood Disorder. Ubat Olizer pin dgn epelen cronos. Kalau mkn ubat saya akan jadi tidak bermaya Dan asyik tido. Bolehkan saya skip ubat atau makan bila perlu.

  • Ain says:

    Salam doktor,saya nak tnya dan berharap dokto boleh bagi pandangan…baru2 ni adik saya 23 tahun tiba2 mengalami masalah seperti ganguan jin..semuanya bermula apabila dia mndakwa trlihat satu kelibat hitam di depan rumah..tapi ianya hanya berlaku sekali..dia merasa sangat takut dan tiba2 tidak boleh tidur malam kerana dia mndengar suara2 bercakap sesama sendiri dalam kepala dan dada dia ..dia menjadi sangat sensitive dan takot apabila mendengar bunyi dari luar ..dia merasakan dia akan mati..dia start mintak maaf dengan semua orang..perkara ni berlaku dalam 3 minggu..kami membawanya berubat dengan ustaz dan alhamdulillah semuanya okay..dia dah tiada masalah untuk tidur malam atau mendengar suara2 lagi tapi perangainya tiba2 berubah mnjadi baik dr sebelum ini..dia berubah mnjadi adik yg baik dari sebelum ini..dia sangat mndengar cakap ,rajin membantu keluarga ..tapi yang mnjadi msalah apabila dia tidak mahu keluar bekerja dgn alasan ingin berehat kerana sering merasa mudah penat..dia hnya duduk dirumah sedangkan sebelum ini dia seorang yg jarang ada di rumah ..even masa dia mula2 mndapat ganguan dia masih lagi berkeras ingin bekerja..dia tidak keluar untuk berjumpan kawan2 sedangkan dia seorang yg rapat dengan kawan2 nya sebelum ini..saya tengok dia hnya berhubung melalui wasap dan kadang2 kawanya ada datang lepak dngannya dirumah..dia masih baik dan melayan kawan2 nya..tidak nampak seperti mahu menghindar ..selain itu perangainya banyak berubah..sekarang dia mnjadi lebih pembersih dari sebelum ..dia akan bangun pagi dan mandi siap2 lalu mngemas tempat dia berehat ..dia sering mnyapu padahal sebelum ini dia tak serajin itu..dia juga trauma untuk masuk dan tidur dalam bilik dia..dia akan duduk dan tidur di ruang tamu..selaunya di ruh dia akan mndengar lagu dan duduk berehat di halaman rumah..dia hanya keluar untuk mengikut ayah ke bandar atau ke kedai berdekatan apabila disuruh..sedangkan sebelum ini dia bukan macam ni..apabila dia keluar ke kedai dia akan tinggalkan telefon..dia berkeras tidak mahu membawanya..sebenarnya simptom2 diatas tidak merisaukan kami sekeluarga ..yang menjadi isunya sekarang saya perasan dia mula senyum dan menganguk2 seorang diri seolah bercakap dngan orang..bila saya tnya kenapa snyum dia cakap takde apa , bila sy asik tegur dia bagi alasan sbb hati dia senang..tapi dia seolah tidak sedar dia seolah bercakap dn snyum sndiri sbelum saya mnunjukkan video yang saya rakam..dia terkejut dan seperti baru sedar dengan kelakuan dia..sebenarya saya tidak tinggal sekali dengan nya yg tinggal di kampung..jadi selama sminggu saya balik ke kampung dan kerap menegurnya dia seperti mula mngawalnya bila saya duduk dengannya..tapi bila sy tnggal dia bersendirian dia mula trsenyum balik..saya tak tahu apa msalah dia sebelum ini kerana adik lelaki saya ni bukan seorang yg suka bercerita atau mngadu masalah..tapi apa yg saya boleh cakap ini mula trjadi apabila dia putus cinta dengan kekasih dia yg saya tahu dia memang sangat sayang..adakah ini ada kene mengena atau macam mana doktor..saya ada mnanyakan adakah dia stress atau patah hati tapi dia menafikan dan mndakwa dia okay sahaja…ada jugak cuba bawak lagi ke ustaz tapi ustaz cakap memang tiada ganguan jin..apa pendapat doktor ..adakah trkait dengan masalah mental dan apa tindakan yg kami perlu ambik..ada jugak yg cakap ini kesan ketika dia terkene ganguan yg 3 mnggu sebelum ni …

    • Ramli Musa says:

      Jelas dia dalam kategori psikosis di mana dia mengalami hallucinasi suara dan penglihatan.
      penyakit ini jangan dibiarkan lama kerana perlu rawatan psikiatri secara serious.
      Jumpa bomoh atau ustaz tak jalan,
      jangan tunggu lama sebelum terlambat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires