Pertanyaan Bagi Mereka Yang Telah Berjumpa Pakar Psikiatri dan Telah Memulakan Ubat

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan September 4 2020


PESAKIT:

Salam doktor,pada 16/9/19 lalu saya mengalami dada berdebar2 dengan kuat dan pada malamnya saya tidak boleh tidur,sebelum ini saya mudah tidur tp ntah mengapa terjadi begini.Saya pernah masuk wad selama 4 hari tp doktor cakap jantung dan perut saya ok.Kemudian saya berjumpa pakar psikiatri dan saya diberikan ubat Santraline selama sebulan…apa masalah saya sebenarnya doktor. Ujian darah saya ok. Saya tiada kemurungan atau stress.

 

DOKTOR

Salam,

Bagi mereka yang telah berjumpa pakar psikiatri, saya agak berat menjawab sebab bagi saya pakar itu sepatutnya lebih tahu tentang masalah pesakitnya selepas berjam-jam dalam sesi konsultasi.

Antara tugas penting doktor merawat adalah memberi penerangan pada pesakitnya. Soalan tersebut eloklah tanya pd pakar itu. Peluang sudah ada di depan mata semasa berjumpa doktor atau pakar, maka gunakan sebaiknya. Penerangan anda ringkas, jadi tak boleh expect saya tahu detail. Doktor yg melihat anda tahu lebih mendalam dari saya. SATU LAGI POINT PENTING, anda tidak menyatakan keputsan ujian DASS yg boleh membantu saya.

PERTANYAAN MELALUI EMAIL TIDAK DIGALAKKAN KECUALI DALAM KEADAAN TERTENTU.. Dan untuk pengetahuan anda, kebanyakannya saya tidak akan jawab kecuali ingin mendapatkan temujanji.

Anda digalakkan membuat pertanyaan di post-post saya agar ia menjadi bahan bacaan pembaca lain dan mendapat manafaat ilmu bersama-sama.

Seperkara lagi, moohon beri sedikit info latarbelakang, umur, tempat tinggal, dan sedikit penerangan tentang simptom dialami dan lain-lain berkaitan yang difikirkan perlu. Menyedihkan kebanyakan yang bertanya beri info sangat ringkas tapi minta saya jelaskan sakit apa. Maaf saya bukan tukang tilik/bomoh yang boleh menilik seseorang dari jauh……

UNTUK MEMUDAHKAN SEMUA, SAYA SERTAKAN PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;

Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/

Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/

Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

37 Comments

  • muaz says:

    assalam,doktor saya baru tahu yang saya ada anxiety ni tapi saya tak teruk sangat apa pandangan doktor tentang saya adakah saya perlu jumpa doktor atau tak.

    • Ramli Musa says:

      salam, Puan boleh baca post saya tentang “bila perlu iumpa pakar psikiatri ” saya urai panjang lebar

    • sya says:

      salam doktor, saya as a student yang sebenarnya saya rasa gelisah ni dah dua minggu, selalu tertanya kenapa rasa mcmni, effect dia sampai saya takyakin apa segala benda yg saya buat saya jadi takut. saya susah sangat nak tidur sbb otak mcm berfikir sesuatu tapi taktahu apa dia. tapi saya masih menidakkan yg saya ada anxiety sampailah saya cuba jawab soalan anxiety saya sangat teruk dan kemurungan masih sederhana. saya sedar apa yg jadi tapi saya macam takboleh nak control nak lawan perasaan ni doktor. macam mana tu ya

      • Ramli Musa says:

        Salam,
        The very first step toward cure and recovery is to collapse the barrier within you. That is to overcome the denial.
        Selagi ada perasaan denial atau penafian, tiada siapa yg dapat membantu.
        Saya selalu berpegang pd prinsip “amat susah membantu seseorang yang tidak mahu dibantu”.
        Kadang2 saya ditanya “doktor macam mana mahu bantu dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu dibantu”
        You fully aware about the anxiety
        wassalam

  • sya says:

    salam doktor, saya as a student yang sebenarnya saya rasa gelisah ni dah dua minggu, selalu tertanya kenapa rasa mcmni, effect dia sampai saya takyakin apa segala benda yg saya buat saya jadi takut. saya susah sangat nak tidur sbb otak mcm berfikir sesuatu tapi taktahu apa dia. tapi saya masih menidakkan yg saya ada anxiety sampailah saya cuba jawab soalan anxiety saya sangat teruk dan kemurungan masih sederhana. saya sedar apa yg jadi tapi saya macam takboleh nak control nak lawan perasaan ni doktor. macam mana tu ya

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      First step toward cure and recovery is to collapse the barrier within you. That is to overcome the emotion of denial.
      Selagi ada perasaan denial atau penafian, tiada siapa yg dapat membantu.
      Saya selalu berpegang pd prinsip “amat susah membantu seseorang yang tidak mahu dibantu”.
      Kadang2 saya ditanya “doktor macam mana mahu bantu dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu dibantu”
      You fully aware about the anxiety
      wassalam

      • Siddiq says:

        Assalam dr. Saya student usia 21 tahun lelaki melayu. Saya kerap berasa gelisah cemas dan risau. Bila gelisah saya akan berasa seprti mahu berjalan sentiasa, berpeluh di dahi dan sejuk tapak kaki. Saya juga tidak boleh murung, kalau murung akan trigger cemas or gelisah tu. Bila gelisah selera makan hilang, tidur pon xboleh dan rsa mcm nak menangis je bila terkenang nasib badan. Dass test menunjukkan 8,24,20. Adakah saya boleh sembuh dengan ubat yg mampu membantu saya ketika saya cemas?

  • Ika says:

    Assalamualaikum, Dr.
    Saya wanita berumur 30 tahun. Single dan berkerjaya tetap. Tahun ni saya di diagnosed MDD oleh psikiatris di GH dan diberi ubat Sertraline (50mg). Asalnya saya cuba dapatkan rawatan insomnia tapi dirujuk kepada pakar. Saya ada insomnia sejak dari zaman study sampaikan saya terpaksa ambil ubat batuk untuk tidur. Saya ada masalah (project, financial, family) yang buat saya rasa down & depressed tapi masa tu saya tak dapatkan rawatan sebab belum aware mengenai mental illness ni. Semua simptom dah ada seperti sakit perut, kurang selera makan, menyendiri, menangis dalam tidur/ketika mandi dan cuba lemaskan diri dengan bantal. Tapi saya masih boleh paksa diri saya untuk act like normal. Semua simptom ni sembuh dengan sendiri bila saya dapat kerja tetap dan berhijrah jauh ke negeri lain. Tapi lepas 2 tahun, semua simptom ni datang semula dengan more intense. Saya pernah ambil pisau/gunting, trying & imagine to cut myself. Reckless driving, hoping to die in accident. Pergi rooftop, imagine untuk terjun. Saya rasa hidup ni pointless. Exhausting sebab buat setiap benda repeatedly. Rasa stuck in a dark long tunnel. Self-esteem saya juga sangat rendah. Saya tak tahu apa yang trigger semua ni. Saya in denial, still acting normal dan doktor pun tak boleh bantu saya sebab saya tak fully berterus terang. I was ashamed of myself. Sampailah jumpa that one doktor yang dapat detect something wrong & I burst out infront of him dan akhirnya di diagnosed MDD. But deep down, I have no reason to be depressed. Saya taklah kena abuse pun masa childhood. Dan masalah-masalah lain is normal, I think. My mom ada chronic disease dan saya selaku anak sulung perempuan banyak take over kerja rumah since I was 11th. Ayah saya pulak not so responsible, agak baran tapi tak pernah naik tangan. Jadi bila saya follow up seterusnya dengan doctor, saya masih hilang punca untuk cerita masalah sebab saya rasa saya tiada masalah. Dan doctor tu cakap mungkin clinical depression, tapi blood test normal. So doctor tu hesitate dengan diagnosis MDD tapi saya still continue Sertraline. Rasa better sekarang tapi saya masih keliru. Saya MDD atau tidak? Dari segi anxiety pula, saya selalu rasa everyone is judging me. Saya rasa stupid, boring, awkward & semua orang tak suka saya. Saya keep on replaying conversations and beat myself for it. Sometimes I cursed myself & sometimes saya gigit atau tampar peha saya if I think I make mistakes. Tapi saya tak di diagnosed anxiety officially by the doctors.

    • Ramli Musa says:

      waalaikum salam,
      1. depression boleh relapse atau berulang namun ada beberapa faktor mengapa relapse boleh berulang.
      2. Untuk sembuh kena berterusterang dengan perawat.
      3. ubat antidepressant memang berkesan, berhenti hanya setelah dinasihatkan doktor
      4. Mungkin ini endogenous depression, bermaksud tiada sebab tapi still depressed
      5. Tak tahu nak jawab apa. apa soalan anda?

  • intan says:

    saya nak tanya , kalau saya rasa kemurungan saya macam makin teruk asyik mngis nk bersendirian nak bunuh diri boleh ke saya diletakkam di wad utk sementara wktu . sb saya rasa serabut duduk rumah ada je tak kena

    • Ramli Musa says:

      di hospital kerajaan selalunya x boleh selagi x ada keperluan yang benar2 perlu.
      kalau di swasta mungkin boleh. boleh bincang dgn pakar. Ia kemasukan utk rehat.

  • fadi says:

    Assalamualaikum, dr. saya merupakan bekas pesakit covid sejak disember lalu. ketika di ward, saya disahkan anxiety disorder kerana saya kerap terjaga malam kerana sesak nafas. rasa tiba-tiba tak boleh bernafas ketika tidur, dan terus semput. saya memang ada penyakit asthma yang teruk, dan covid saya juga stage 4b. memang ketika di ward, ada banyak perkara yang berlaku dan saya rasa sangat stress. tapi itu saya rasakan ketika di ward covid sahaja. selepas keluar dari ward covid pun, saya masih tak sihat sepenuhnya, masih tak larat sangat dan saya diberhentikan kerja. saya on ubat alprazolam sampai sekarang. saya tak pasti saya ada perubahan emosi atau tidak, sebab bagi saya, saya rasa normal je. cuma memang tertekanlah dengan keadaan kesihatan yang tak pulih-pulih dan diberhentikan kerja. saya memang selalu sesak nafas, sehari sampai 4-5 kali semput, rasa dada sakit sangat, insomnia sejak keluar ward covid, boleh tidur bila pukul 4-5 pagi, itupun lepas baring lama, sentiasa rasa menggeletar dan berpeluh. jadi, saya lebih banyak tanda-tanda fizikal berbanding emosi. tapi, ada ketika saya rasa macam lifeless sebab selalu sangat semput dan tak boleh buat apa-apa kerja. ada ketika, saya tak boleh handle stress, rasa semak dan serabut bila ada banyak benda yang kena fikir. tapi tak adalah sampai rasa terlalu tertekan, stress, kecewa sangat-sangat,sentiasa menangis atau rasa nak bunuh diri. soalan saya, adakah anxiety saya sangat teruk walaupun perasaan saya tak sampai tahap tu? (sebab doktor kata, dia akan tukarkan ubat untuk saya kalau simptom tu berlarutan (sesak nafas, sakit dada). soalan kedua, mungkinkah perubahan emosi yang saya rasa berbeza dari orang lain yang ada anxiety? sebab sebelum ni saya seorang yang ceria, tapi sejak akhir-akhir ni, saya jadi seperti tiada perasaan, rasa tak kesah dengan semua benda, tiada rasa nak buat apa-apa, tiada perasaan nak marah, sedih atau apapun.

    skor saya:
    depresion: 28
    anxiety: 24
    stress: 12

    terima kasih, dr.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      ada kemungkinan dan boleh berlaku anxiety yg ketara dan ditambah dengan hilang pekerjaan, membuatkan seseorang itu mendapat masalah kemurungan.
      Alprazolam bukan ubat penyembuh, untuk sembuh dari keadaan penyakit anda yg significant begini adalah antidepressant

  • Nour Ja says:

    Assalammualaikum doc..
    Sy baru berjmpa dgn psy & doc bg 3 ubat utk dpression & anxiety..

    1. Inderal 10mg (1 x sehari)
    2. Lexapro 10mg ( 1/4.. 2 kali sehari)
    3. xanax 0.5mg ( 1/4 pagi 1/2 mlm)

    Selepas baca post doc berkenaan fungsi ubat ² tan, boleh x klu sy ambil xanax bila perlu sahaja?

    Tkasih ya doctor🙂

  • Nurizzaty says:

    Doc ujian DASS saya anxiety/depression dn stress smua skor 34(extremely severe) adakah itu bermaksud saya perlu berjumpa doc pakar psikiatri. Almost 4yr (pkul 4-5pgi selalunya bru nk tdo) sy tk dpt tdo dn selalu pelupa. Setengah kejadian selalu lupa. Dan selalu rasa berdebar dan rasa mcm ada mslah jantung. Tk rasa nk bunuh diri cuma rasa tk fhm situasi dn keadaan. Dan mudah rasa takut dan sesak. Apa keadaan saya agak membimbangkan. Slalu trpksa mntk ubat tahan skt. klau skt n sekiranya tk boleh tidur ubat tu saya ambil harapan bole mengantuk dn tidur.

  • Sheila says:

    Assalamualaikum doc saya bertanyakan kepada pihak ayah saya, dia dah berjumpa dengan doc psy, dos ade bg ubat pada dia. Tapi masih tidak boleh tidur, adakah pesakit anxiety yang macam tu ya?

  • Icha says:

    Assalamualaikum Prof. Dr. Ramli,

    Saya ingin bertanya tentang masalah ayah saya yang menghidapi penyakit anxiety. Dia sekarang berumur 67tahun, penyakit kembali berulang setelah terkena Covid-19 pada bulan Mac 2021. Ayah saya berada di Kelantan hanya berdua dengan mak saya di rumah.

    Di usia nya sekarang, dia merasakan tidak mampu lagi untuk melawan penyakit tersebut. Dia banyak bersedih, bercakap tantang mati, seperti inilah pengakhiran sakit yang tidak mampu lagi ditanggungnya. Dia menghadapi masalah untuk tidur, rasa sejuk seluruh badan.

    Saya ingin bertanya pendapat doktor adakah ayah saya masih ada harapan untuk sembuh dan apakah langkah terbaik membantunya? Buat masa sekarang dia ada mengambil ubat dari USM tapi bukan dari doktor pakar. Semasa sakitnya dulu, dia bertemu pakar di USM tapi sekarang saya diberitahu tiada lagi pakar di USM.

    Segala nasihat dan panduan dari doktor saya amat hargai.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Saya amat pasti di USM ada pakar psikiatri.
      Komen ringkas saya, dengan rawatan yg betul dan cara pemakanan ubat dan psychotherapy yg berterusan teratur, penyakit kemurungan (depresison) dan anxiety in shaa Allah boleh stabil dan lama2 sembuh.

  • sz says:

    Saya ada seorang kakak yang berumur 24 tahun. Untuk tahun ni, dah hampir 10 tahun kakak saya tidak berkelakuan normal, iaitu sejak dia berumur 15 tahun.
    Lebih tepatnya, dia mula berkelakuan pelik pada penghujung tahun 2012 (kalau saya tidak tersilap). Waktu tu kami syak dia disihir, dan memang saya sendiri saksikan bagaimana dia dirasuk sewaktu pertama kali dirawat ustaz. Tapi saya tak berkesempatan untuk lihat sejauh mana proses kakak saya berubat untuk beberapa waktu selepas itu, sebab saya belajar di sekolah asrama penuh. Jadi selebihnya saya hanya mendengar cerita dari keluarga.

    Ayah saya dah mula stop bawak jumpa ustaz lepas tahun kedua/ketiga sebab tak sembuh2. Pada awalnya memang saya percaya kakak saya disihir berdasarkan apa yg sya dengar dan lihat waktu dia berubat. Memang rumah kami waktu awal2 tu kena gangguan termasuk gangguan bunyi waktu malam.

    Tapi sejak masuk universiti, saya didedahkan dengan masalah mental. Jadi saya mula terfikir mungkin kakak saya juga ada masalah yang sama.

    Perangai kakak saya ni macam berfasa. Ada waktu dia akan duduk diam je, bangun pagi pun lewat. Tapi lepas bebrapa bulan, dia akan aktif pula, bangun pun sebelum subuh. Dan lepastu dia dah takkan tidur sampailah malam. Satu hal je tak berubah, dia tak nak bercakap dan selalu pandang kosong je kat kitorang,macam budak2. Kakak saya juga dah tak solat sejak dia mula sakit 10 tahun lalu.

    Antara simptom2 yang ada:
    1- Tidak bercakap langsung. Klau orang tanya memang dia takkan endah. Kalau saudaramara datang rumah pun memang dia takkan endah, macam duk dalam dunia sendiri.
    2- Kadang-kadang mata kakak macam nampak sesuatu, contoh dia akan tengok ke arah kerusi kosong atau tingkap, then dia akan buat reaksi marah.
    3- Tak boleh urus diri sendiri. Mak atau adik-beradik perempuan yg akan mandikan dan bagi makan. Untuk tahun pertama dulu, kakak akn kencing atau buang air besar atas tilam tempat dia tidur dan memang dia takkan bergerak langsung dari satu tempat sejak dia bangun dari tidur. kalau mandi memang susah untuk diajak. Tapi sejak akhir-akhir ni dia dah mula sedikit aktif, macam faham apa yang kami suruh cumanya dia masih tak boleh urus diri sendiri lagi. Kena panggil untuk ke bilik air untuk mandi. Tapi bila dah aktif ni, kerap pula dia mengamuk terutama kalau lambat bagi makan atau kalau dia nak buang air besar. Memang dia takkan cakap, just akan menjerit dan lempar barang.
    4- Emosi cepat berubah. Kalau tiba2 dia marah, dia akan terajang atau tampar kami, atau sepahkan barang. tapi lepastu dia akan ketawa then terus tenggelam dgn dunia dia sendiri.

    Ayah saya ada jemput ustaz lagi sekali pada setahun/dua tahun lepas, tapi kakak saya dah tak tunjukkan reaksi. Jadi saya terfikir mungkin dia dh alami masalah mental. Kalau Dr dapat bimbing atau beri penyelesaian, harapnya dapat yakinkan ayah saya untuk berbuat sesuatu.

    Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      salam,

      terlalu banyak kes dirujuk pd saya setelah berjumpa ustaz dan perawat tradiitonal bertahun2 tak sembuh.
      Cara penceritaan spt kakak awak ada psychosis.
      ia perlukan antipsychotic untuk baik.

  • sz says:

    Saya ada seorang kakak yang berumur 24 tahun. Untuk tahun ni, dah hampir 10 tahun kakak saya tidak berkelakuan normal, iaitu sejak dia berumur 15 tahun.
    Lebih tepatnya, dia mula berkelakuan pelik pada penghujung tahun 2012 (kalau saya tidak tersilap). Waktu tu kami syak dia disihir, dan memang saya sendiri saksikan bagaimana dia dirasuk sewaktu pertama kali dirawat ustaz. Tapi saya tak berkesempatan untuk lihat sejauh mana proses kakak saya berubat untuk beberapa waktu selepas itu, sebab saya belajar di sekolah asrama penuh. Jadi selebihnya saya hanya mendengar cerita dari keluarga.

    Ayah saya dah mula stop bawak jumpa ustaz lepas tahun kedua/ketiga sebab tak sembuh2. Pada awalnya memang saya percaya kakak saya disihir berdasarkan apa yg sya dengar dan lihat waktu dia berubat. Memang rumah kami waktu awal2 tu kena gangguan termasuk gangguan bunyi waktu malam. Tapi sejak masuk universiti, saya didedahkan dengan masalah mental. Jadi saya mula terfikir mungkin kakak saya juga ada masalah yang sama.

    Antara simptom2 yang ada:
    1- Tidak bercakap langsung. Klau orang tanya memang dia takkan endah. Kalau saudaramara datang rumah pun memang dia takkan endah, macam duk dalam dunia sendiri.
    2- Kadang-kadang mata kakak macam nampak sesuatu, contoh dia akan tengok ke arah kerusi kosong atau tingkap, then dia akan buat reaksi marah.
    3- Tak boleh urus diri sendiri. Mak atau adik-beradik perempuan yg akan mandikan dan bagi makan. Untuk tahun pertama dulu, kakak akn kencing atau buang air besar atas tilam tempat dia tidur dan memang dia takkan bergerak langsung dari satu tempat sejak dia bangun dari tidur. kalau mandi memang susah untuk diajak. Tapi sejak akhir-akhir ni dia dah mula sedikit aktif, macam faham apa yang kami suruh cumanya dia masih tak boleh urus diri sendiri lagi. Kena panggil untuk ke bilik air untuk mandi. Tapi bila dah aktif ni, kerap pula dia mengamuk terutama kalau lambat bagi makan atau kalau dia nak buang air besar. Memang dia takkan cakap, just akan menjerit dan lempar barang.
    4- Emosi cepat berubah. Kalau tiba2 dia marah, dia akan terajang atau tampar kami, atau sepahkan barang. tapi lepastu dia akan ketawa then terus tenggelam dgn dunia dia sendiri.

    Perangai kakak saya ni macam berfasa. Ada waktu dia akan duduk diam je, bangun pagi pun lewat. Tapi lepas bebrapa bulan, dia akan aktif pula, bangun pun sebelum subuh. Dan lepastu dia dah takkan tidur sampailah malam. Satu hal je tak berubah, dia tak nak bercakap dan selalu pandang kosong je kat kitorang,macam budak2. Kakak saya juga dah tak solat sejak dia mula sakit 10 tahun lalu.

    yah saya ada jemput ustaz lagi sekali pada setahun/dua tahun lepas, tapi kakak saya dah tak tunjukkan reaksi. Jadi saya terfikir mungkin dia dh alami masalah mental. Kalau Dr dapat bimbing atau beri penyelesaian, harapnya dapat yakinkan ayah saya untuk berbuat sesuatu.

    Terima kasih DR.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      terlalu banyak kes dirujuk pd saya setelah berjumpa ustaz dan perawat tradiitonal bertahun2 tak sembuh.
      Cara penceritaan spt kakak awak ada psychosis.
      ia perlukan antipsychotic untuk baik.

  • Nad says:

    Assalamualaikum doktor. Saya, P(28), perlukan pandangan doktor. Dalam tahun ini, semasa bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta, saya selalu diserang panic. Kerap terjadi awal pagi semasa bangun dari tidur, sebelum tidur, dan semasa tidur. Keadaan ini telah menganggu kerja saya, saya tak boleh ke sekolah jika panic berlaku awal pagi. Bila saya ke klinik untuk dapatkan MC beberapa kali, doktor klinik refer saya pada psikiatri di hospital.

    Di hospital, semasa appt. pertama doktor kata saya ada panic disorder dan darah diambil untuk blood test. Pada appt. pertama, saya diminta berbincang dgn suami tentang pengambilan ubat mahu atau tidak dan diberikan ubat Alprazolam untuk diambil bila perlu. Kemudian saya dirujuk kepada jabatan pemulihan cara kerja, dan kaunselor kata saya severe anxiety disorder kerana keputusan DASS untuk anxiety adalah severe. Kemudian, saya teruskan dengan appt. kedua selepas 2minggu. Dalam 2minggu panic masih berlaku, tetapi saya tidak mengambil ubat, cuba kawal dengan sokongan suami dan keluarga. Di appt. kedua, saya berjumpa dengan doktor yang berbeza, kerana doktor sebelum ada kerja luar, jadi saya terpaksa cerita semula keadaan saya pada doktor kedua, termasuk pengalaman saya dalam 2minggu. Doktor kedua memuji saya kerana tidak mengambil ubat dan tidak mahu mengambil ubat. Blood test masih tiada khabar. Seterusnya pada appt. ketiga, dengan doktor yang berbeza lagi, 3 appt. 3 doktor, 3 kali cerita semula keadaan saya. Saya kongsikan juga pengalaman saya selama 2minggu. Doktor ketiga hanya mengangguk-angguk. Kali ni saya tanya tentang result blood test diambil semasa appt. pertama. Malangnya, selepas dalam 15minit menunggu doktor mencari, katanya rekod saya hilang. Selepas itu, doktor ketiga hanya mencadangkan ubat pada saya dengan ayat “kalau dah mengganggu kerja, puan ambil sajalah ubat” dan bertanya jika saya mahu ambil darah semula.

    Pada masa itu, saya sudah mula rasa kurang selesa dan perasaan sedih yang membuak-buak. Perasaan seperti dikhianati dan tiada harapan. Saya tolak untuk mengambil darah semula dan akhiri appt. itu. Keluar sahaja dari jabatan psikiatri, air mata saya berjurai turun, tangan kaki saya sejuk dan kebas, jantung saya laju, rasa macam nak mati, nafas rasa tersekat. Saya duduk di tepi kaki lima hospital dan menangis. Saya rasa macam tak bermakna dan mahu pergi jauh menghilangkan diri. Saya duduk dan menangis lebih kurang 30minit. Selepas itu, saya berhenti pergi appt.

    Semua ini berlaku dalam April 2022. Saya masih lagi kerap panic dan kerap cuti sakit akibat panic. Pengalaman ini sehingga sekarang masih mengganggu fikiran saya. Sehingga Oktober 2022 saya membuat keputusan untuk berhenti kerja atas sebab masalah kesihatan dan ikut suami berpindah ke Selangor. Sekarang, saya tidak bekerja tapi saya mengalami masalah sukar tidur, tidur dalam 3 ke 4 jam sahaja kerana selalu rasa risau yang melampau, jantung berdegup laju sakit² badan, kaki tangan sejuk dan kebas dan batuk berulang kali.

    Saya ada berniat untuk bekerja semula untuk membantu ekonomi keluarga. Tapi bila fikirkan keadaan saya, saya rasa putus asa dan tiada harapan dan akan menyusahkan orang lain kerana keadaan saya seperti majikan dan suami.

    Dan hari ini, keputusan DASS saya 18 32 26. Anxiety masih severe.

    Soalan saya kepada doktor, apa perlu saya lakukan sekarang? Soalan agak luas saya tahu. Tapi saya perlukan pandangan doktor supaya saya dapat semula kepercayaan untuk mendapatkan rawatan. Apa langkah yang perlu saya buat untuk elak pengalaman saya berulang? Ini kali pertama saya cari bantuan selepas apa yang terjadi. I’m on the verge of panic when I’m typing this, doctor. It really traumatized me. Saya harap doktor boleh bantu saya positif semula dengan pandangan doktor.

    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      salam,
      ada 2 perkara menyedihkan.
      1. ini masalah teknikal dan SOP hospital. harap ini kes terpencil untuk hospital ini. Hospital kerajaan ada kekurangan, ada juga kelebihan. Antaranya pertukaran doktor setiap kali lawatan. Namun percuma,
      2. Ada juga doktor menghasut supaya jangan makan ubat.

      Komen saya, kadang kala servis hospital / klinik swasta ada kelebihan untuk kes tertentu terutamanya anxiety yg amat menyiksakan. Mudah & cepat.

  • Ani says:

    Assalam Prof,

    Saya ingin bertanya sebagai sahabat kepada seseorang yang baru sahaja didiagnos mempunyai Panic disorder 4 bulan lepas. Dia diberikan sertraline sebagai rawatan. Selalunya saya keep-up dengan dia tentang rawatan mentalnya dan sentiasa ada untuk dia berkongsi masalah. Saya pasti dia tidak open-up fully kepada perawat semasa sesi rawatan dan baru-baru ini dia tinggalkan 1 sesi rawatan.

    Sejak dia disahkan panic disorder, dia mula menjauhkan diri dari saya dan tidak mahu berkongsi masalah atau perasaannya. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain dan adakalnya dia mahu menamatkan riwayatnya jika agama membenarkan. dia rasa letih sangat, mudah hilang fokus, mudah marah jika keadaan sekeliling bingit dan sukar tidur lena. sejak kebelakangan ini dia sering tidur lewat. Dia tidak bekerja buat masa sekarang disebabkan penyakitnya ini.

    Saya telah cuba sedaya saya untuk membantu, saya pernah hantarkan hadiah 2 bulan lepas, tetapi dia tidak suka kerana katanya perbuatan saya membrinya hadiah trigger panic attack. Kadang-kala saya rasa helpless kerana tidak dapat membantunya walaupun saya tahu dia perlukan bantuan. Buat masa ini, saya hanya mampu bertanyakan khabar dan menghantar quote motivation sekali seminggu supaya dia tahu yang saya ada disisinya walaupun dia tidak mengendahkan saya/text saya.

    Soalan saya:
    1. Bagaimana saya boleh membantu sahabat sy yang tidak mahu dibantu?
    2. Adakah perbuatan saya menghantar atau bertanyakan khabar dia setiap minggu itu keterlaluan?
    3. Adakah sahabat saya mengalami emotional bluntness disebabkan sertraline?
    4. Apakah nasihat terbaik buat saya dan orang2 yang mempunyai sahabat atau org tersayang yang menghidap penyakit ini?

    Segala ilmu yang Prof curahkan amat sy hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Ilmu yang dicurahkan memberikan rahmat hingga akhirat nanti.

    • Ramli Musa says:

      Salam kawan anda mempunyai simptom kemurungan juga selain anxiety.
      Jawapan soalan anda hanya ada pada dia bukan pd saya, dan saya hanya mengagak shj
      Cara tindakannya spt tidak suka dgn memberi hadiah,
      cara terbaik berbincang hati oe hati dan berterusterang

  • Mazlan bin Karim says:

    Assalamualaikum Dr
    Sya dari Seremban
    Setelah dot vaksin pfizer kedua sya jdi sesak nafas
    Dah 2 tahun masih sesak nafas dan twrcungap2
    Hidung sumbat
    Bila buat pemeriksaan xray jantung dan paru2 ok
    Darah pun ok
    Perut pin ok
    Dr beri sya ubat Quetiapine 100mg
    Minta mkn 2 kali sehar 1/2 biji
    Kini bila sya mkn sya semakin sesak nafas
    Apa pandangan Dr
    T ksh

  • alia says:

    doctor,nak tnya kalau makan steralline 50mg 10 biji apa akan jadi..kalau nyusu baby ada effect tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires