ADAKAH PENYAKIT ANXIETY SAYA AKAN BERULANG?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan December 17 2018

 

Assalamualaikum Prof

Saya AH dari Penang. Saya banyak ikuti tulisan Prof berkaitan Anxiety Disorder(AD) / Panic Disorder (PD) ini. Penjelasan Prof mmg begitu ilmiah dan jelas dan saya rasa inilah suatu blog oleh seorang pakar yang betul2 komited untuk membantu pesakit dan memberi kefahaman ttg penyakit ini. Kalausaya tinggal berdekatan Kuantan saya ingin mengambil kesempatan untuk berjumpa Prof. Saya jg on medication Luvox  mulai 13 November 2018 sbb AD dan panick disorder yang saya alami ini sejak 2016. Mula-mula dos 50 mg selama 2 minggu tetapi doc dh up to 75 mg..dah hampirsebulan..sy mula terasa kesannya dengan izin Allah..perasaan anxiety tu masih juga datang ttp sya rasa lebih mampu untuk mengawal keadaan dan keluarga mulamemahami keadaan saya. Seperti yang prof nyatakan dlm blog kdg2 AD ni agak liat. So macmana sy nak tahu yang sy benar2 dah bebas sepenuhnya dari AD ini suatu hari nanti Prof? Hrp Prof x keberatan untuk menjelaskan kemusykilan sy. 

Hidup bersama kemurungan dan kerisauan adalah menyiksakan…

Waalaikum salam,

Berdasar kepada respon ini saya terdetik untuk menulis satu artikel tentang perjalanan rawatan penyakit anxiety dan bila ubat akan diberhentikan, serta apa akan berlaku selepas itu?.

Namun benarkan saya menjawab soalan yg diajukan. Untuk Luvox (Fluoxamine) standard dose untuk penyakit AD/PD adalah 100mg/day. Maka jika masih ada tanda-tanda baki masalah anxiety, dos perlu dinaikan ke 100mg (standard dose).

Membuat anggaran apa yang akan berlaku di masa hadapan (making a prediction) adalah satu perkara sukar bagi doktor-doktor. Ringkasnya inilah persoalan yang agak sukar dijawab. Ini kerana dalan soal ini kita mengambil alih kerja Allah SWT. Namun berdasarkan pengalaman kita masih boleh menganggarkan samaada sesuatu penyakit itu akan berulang atau tidak.

Dalam membuat penilaian samaada penyakit akan berulang atau tidak, penilaian haruslah berdasarkan beberapa perkara yang kita ambil dalam pertimbangan kita.

  1. Faktor pertama adalah jenis personaliti pesakit, seseorang yang mempunyai personaliti asal dgn ciri tertentu. Maksudnya jika seseorang mempunyai personality yang tidak membantu seperti “dependent, anxious dan introvert’ personality, maka ini membayangkan faktor ada kemungkinan berulang. Personaliti ini berkait rapat dengan cara “coping” mengatasi masalah.
  2. Faktor persekitaran seperti “on-going stressor” jika konflik masih berlanjutan contoh seseorang masih mempunyai konflik dengan ahli jeluarga atau pasangan yang masih tidak diselesaikan, Maka semestinya kita meramalkan penyakitnya akan berpanjangan.
  3. Terdapat punca stres baru timbul di kemudian hari. Ini juga menyebabkan penyakit ada kemungkinan berulang.
  4. Serta faktor lain seperti adanya faktor genetik dan lain-lain.
Antara petanda seseorang itu sudah sembuh adalah boleh berfungsi menyara keluarga seperti sediakala, gembira dengan kehidupan dan ujian DASS normal.

Pada dasarnya mesej akhir saya Allah SWT juga Maha Bijaksana yang menentukan apa akan berlaku di masa hadapan. Kami hanya membuat anggaran. Allah adalah sebaik perancang.

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

 

26 Comments

  • Subwaycronies says:

    Assalam prof.
    Sy igin berkongsi pengalaman sy. Sy pernah melalui anxiety. Mmg seksa terasa utk melaluinya setiap hari, & tiada siapa yg phm melainkan org yg pernah menghadapinya. Sy melalui selama lebih kurang 4 tahun, berat badan turun 10kg. Melalui proses ini.. fokus kita akn hilang x tahu ke mana. Kena control diri, sbg muslim inilah masa Allah sentuh hati kite utk lebih byk dekatkn diri pd Allah. ❤️. Spouse memainkan peranan yg anat penting, giving all support, jgn jemu mendengar sbnrnya pesakit anxiety memerlukan seseorang utk dia meluahkan kerisauan n counter back ape yg dia cakap. Sbb apabile kita berada disituasi anxiety kita dah x tahu mana dasarnya. Senang cerita “lost”. Perlu someone to drag us back to the right track. Kite yg melalui anxiety kene pandai lawan n tackle back ape shj yg bermain difikiran. Kalau boleh cakap seorang diri pun tkpe kalau mase attack tu dtg ,just to calm diri sendiri. Selain tu bergaul dgn org, jgn hanyut seorang diri. Apa yg blh sy katakan smua tu adalah “permainan” difikiran. Jgn risau .. sbb sbnrnya “dia” tu adalah diri kita! So tackle balik! Cpt2 sedarbalik. Above All… DEKATKN DIRI DGN ALLAH SWT. TIADA CARA LAIN. Inshaa allah. Sesungguhnya semuanya ada hikmah. Bersangka baik pd Allah.
    After 4 years… amat bersyukur pd Allah wpun ada msnya rs “gangguan anxiety” nk dtg. U NEED TO KNOW YOUR ENEMY, KNOW YOUR LIMIT.
    ANDAI KATA DAH SEMBUH DIA DTG BALIK, JGN TAKUT, U KNOW WHAT TO DO. Ada apa shj rs x kena psl fizikal ,jumpa lah doktor jgn bergantung pd google semata2.. takut ter overestimate keadaan diri n membuatkan kita jd lebih panic. Cuba aihkan fokus anda bila berlaku anxiety. Grounding techniques sgt membantu.

    BERSERAH PD ALLAH

  • Farhanah says:

    Assalamualaikum dr. Saya farhanah. Pelajar tahun 3 medic. Saya rasa saya ada moderate anxiety. Kadang² bila duduk sorang dapat panic attack dan saya susah nak tidur malam. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi anxiety ni? T

  • Najiha says:

    Saya susah tidur malam walaupun rasa mengantuk sangat. Selalu sesak nafas , sakit dada . Pergi hospital cek semua kata okay . Hmm tapi selalu jugak buat DASS test ni . Anxiety selalu dpt level sangat teruk . Saya selalu nak bercerita mslh saya dkt org . Tpi takde sapa nk dgr . Bila jadi mcm ni , saya rasa terasing walaupun dgn keluarga sndiri . Utk brcerita dgn kwn , lgi la saya rasa tak penting . Wht should i do doctor ? Tgh malam saya selalu menangis sorang² . Tgh jalan pun tiba² boleh rasa sesak nafas & jantung degup laju

  • Nur syafina says:

    Assalamualaikum dr…sya pernah jadi pesakit dr dlu..syafina…tretament sya trhenti sbb bnyk kali miss appointment mula2 sya okay tba tba dya dpt rasa sya ni relapse..tpi sya x pasti yg itu simptom depression ke atau hanya hormon.sya tak berani bgitau ibu bapa sya sbb sya berhenti pon sbb mereka klu ikutkan sya ada treatment lgi

  • Suzana says:

    Salam doktor, sy selalu pandang org sekeliling sy benci sy, sy rasa keseorangan atas dunia ni, pergi bekerja dgn rasa tertekan hingga menangis, sy lebih suka duduk berseorangan ditempat kerja, kdg Ada ketika sy jauhkan diri dari rakan sekerja dgn mengelak dari berjumpa mereka.Sy dah buat ujian DASs, semuanya berada dithp teruk.Berat badan sy merosot Dan malam mmg sy hanya lelap 2 atau 3 jam shj.Apa peelu sy buat

  • Shira says:

    Salam Doktor, saya dah buat DASS:
    14-depression
    20-anxiety
    16-stress
    Sejak PKP Covid19, saya mengalami masalah kesukaran tidur malam dan bila tidur kerap kali terjaga menyebabkan keesokan harinya badan saya letih, lesu, dada & tekak rasa sempit dan kurang selera makan. keadaan saya makin bertambah buruk pada 13Apr selepas subuh tiba2 jantung laju,berpeluh sejuk,lemah seluruh badan,risau/berdebar/takut melampau dan fikir mati. sepanjang hari saya rasa bende yang sama sampai kaki saya sejuk dan badan langsung x bermaya. saya pelik tiba2 rasa mcm ne, sy start cari di google dan terjumpa blog doktor sy baca comment. saya cuba positive kan diri walaupun agak sukar, tapi lepas tu rasa itu hilang(asar sampai malam) dan kemudian dtg balik masa nak tidur tp saya cuba untuk kawal. Ini ari ke3 lepas subuh sy rasa berdebar/risau/takut melampau sama mcm 1st time sy kira panic attack tp lagi ok dr yg 1st time, kepala saya fikir -ve/mati/etc bercampur2, sy try kawal dgn ckp kata2 +ve dekat diri sendri. badan rasa letih/ngantuk ble perasaan tu dtg sampai nk lelapkan mata lepas subuh pon sukar. sy cuba bangun dan sibukan diri rasa itu hilang tapi kepala sy masih berfikir. semasa sy menulis commemt ini perasaan tu hilang. berdasarkan simptom ini, pendapat doktor adakah ini permulaan saya menghidap anxiety? dan perlu ke saya merujuk ke hospital secepat mungkin atau perlu tunggu beberapa hari lg?

  • Shira says:

    Sebab sekarang musim PKP so doktor boleh bagi cadangan/pendapat adakah case saya ini perlu berjumpa doktor di klinik swasta biasa/klinik kesihatan?

    • Ramli Musa says:

      Klinik kesihatan, kerana tak ramai swasta ada ubat

    • Shira says:

      salam doktor, saya ada pergi ke klinik dan menceritakan apa yg saya alami..doktor klinik menasihatkan saya utk check darah suspect tiroid sbb doktor kata simptom agak sama dgn anxiety..result darah menunjukan TSH rendah – 0.33, T3 & T4 normal..doktor klinik swasta menyuruh sy refer ke klinik kesihatan, tetapi doktor klinik kesihatan mengatakan TSH 0.33 tu masih OK, dan amik darah lagi sekali utk compare dgn yang baru..jika dibandingkan keadaan 3 ari pertama sy alami panic attack, sekarang bertambah baik saya cuba utk control..setiap mlm sy still rasa gemuruh/berpeluh/tidak selesa utk tdo rasa tak selesa dekat leher, sempit dan bila tidur kerap terjaga dan kepala sentiasa berpikir xtau pasal apa..kdg2 perasaan takut datang ble terbaca/terdengar/terlihat pasal penyakit yg sy google atau di IG/FB..apa pendapat doktor apa yang saya perlu buat utk langkah seterusnya..

  • Nana says:

    Assalamualaikum dr. Saya pelajar dri sebuah universiti awam tahun 3. Saya rasa seorang yang introvert, sebab saya kerap takut & berdebar apabila nak jumpa dengan orang walaupun orang tersebut saya kenal. Apabila saya stress saya kerap sesak nafas, berdebar & seperti ada orang cekik. Saya juga dah 3 kali self harm diri saya iaitu toreh tangan saya apbila saya rasa loneliness & kosong, saya seorang yang kerap baca al quran tapi saya tak bleh kawal otak saya untuk mencederakan diri saya sebab saya rasa lega apabila saya self harm. Adakah saya patut untuk berjumpa dengan pakar? Saya malu untuk berjumpa. Terima kasih Dr.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires