by Prof Dr Ramli Musa under 8. Uncategorized (Alprazolam dependence & Personality issue) March 24 2019
Salam,
Ia suatu topik yang menarik untuk saya tulis.
Agak malang masalah dadah lebih ketara di kalangan bangsa Melayu.
Ia amat merugikan.
Dadah Ectasy, Amphetamine, MDMA, Metamphetamine adalah dalam satu kumpulan dadah yang kita gelar ATS (Amphetamine type stimulans).
Dari nama iaitu stimulants, ia stimulate sistem badan menjadi semua tinggi seperti jantung laju, pernafasan laju. Dalam dos yang tinggi boleh menemui maut.
Jangka masa panjang, ia menyebabkan psikosis. Psikosis disebabkan ATS adalah PARANOID dan GANAS.
Maka mereka ada kemungkinan melakukan jenayah berat dan mengerikan.
Maka perlu mendapatkan bantuan pakar untuk berhenti. Digalakkan juga mendapatkan input agama Islam sebagai pengisian kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh dadah.
Prof Dr Ramli Musa
Pakar PsikiatriĀ / Psychiatrist
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan, hentikan over thinking saya ni..