by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan August 2 2019
Salam,
Saya membuat post ini sekali lagi bagi menerangkan lebih lanjut tentang isu bila perlu berjumpa pakar.
Juga jika diperhatikan banyak jawapan saya apabile seseorang ingin kepastian penyakit apa dihidapi, saya akan menjawab KEMUNGKINAN. Ini kerana pengesahan penyakit bukan mudah. Perlu banyak soalan diajukan oleh doktor dan HANYA dibuat bila bersemuka dengan doktor.
Mengalami pengalaman perubahan emosi seperti sedih, gemuruh, dan takut adalah sebahagian dari kehidupan yang normal.
Namun bila keadaan akan menjadi penyakit apabila….
Bagaimana mahu tahu teruk atau tidak? Ia berdasarkan berapa banyak simptom yang ada berdasarkan senarai (checklist)
Mempunyai tanda yang menggmbarkan TERUK seperti niat menamatkan riwayat dan lain-lain.
Significant di sini bermaksud ia suatu penyakit. Bukan lagi perubahan emosi yg biasa.
Bila sudah penyakit maka ubat perlu untuk keluar dari masalah. Maka jawapannya perlu jumpa pakar.
Selamat membaca…
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri / Psychiatrist
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Depression – 24
Anxiety – 38
Stress – 34
Berdasarkan markah DASS sy, perlukah sy berjumpa doktor pakar?
Rujuk post “Bila perlu jumpa Pakar”
Hi doc, I Baru buat test DASS
DEPRESSION-22
ANXIETY-22
STRESS -16
Terlalu byk hal yg terjadi dlm hidup sy tanpa sy sangka..apa yg pasti yg paling ketara life sy tukar sikit demi sedikit dan yg paling sy tkt sekarang sehingga fizikal sy jd cram dan tidak mampu tuk drive tiba2 ..apa yg lg pasti skrg sy berasa kenapa segala usha sy semakin hari semakin sy positive akhirnya sy yg kecewa..sy tau kalau ini mmg ujian tuk hidup sy..skrg sy sgt perlukan seseorang yg dpt memahami sy Bukan jatuh kn sy…sy lbh suka pendam dan lbh baik diam sndri ..kerana apa pun perjuaangan sy effort sy kepada sesiapa pun akhirnya sy selalu dilukai dan terus tolak sy..semakin sy sabar sy belaja kesilapan sy, sy masih jd yg sama..Tak berani atau sudah tkt tuk betulkn semua..sy mengalah walaupun hti sy sangat sedih kecewa dikhianati ..
Salam,
T kasih kerana sudi berkongsi masalah.
Apa yang saya dapat katakan, semoga bertabah. Ini kerna tiada soalan dinyatakan.
Assalamualaikum Doc, kalau kita selalu mengelamun mcm mana ye? Even depan kawan masa berborak sekalipun, kdang tengah makan pun boleh mengelamun. Sampai kawan buat benda lawak pun malas nak ketawa. Menanggis sorang dlm bilik mandi je boleh buat rasa tenang. Kadang² sya lebih suka menyendiri.
Mengelamun, itu biasa kecuali teruk sangat iaitu hilang focus
Boleh baca
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
awak ada no telefon kita cakap kat whatsapp
Mcm mna kalau kita stress dengan family bolehka kita buad rawatan sendiri??
In shaa Allah
Assalamualaikum Doc. Sy Cuba utk Kawal emosi supaya tidal marah. Solat malam mengaji supaya tenang. Tp penal jugak terlepas. Otak sy mcm xdpt nk kawal situasi tersebut Dan sy Terus menjerit.. Dan sy rasa lemah nk tidur je selepas kejadian itu berlaku.
ibadat dan solat baik, namun dalam eadaan penyakit dan teruk, ibadat sahaja sukar sembuh, perlu rawatan juga
kadang kadang saya sendiri jadi x faham dengan keadaan diri saya.. cepat marah tak kena tempat.. saya marah marah kemudian baru saya sedar yang benda x perlu marah semua.. tp lepas tu sy mula rasa diri saya dibenci.. org x suka saya.. saya tengok muka org sekeliling dah macam menyampah dengan saya.. saya sendiri jadi x dapat nk kawal emosi.. saya mcm cuba.. tapi x dpt..saya selalu rasa diri saya ni x dak apa yang boleh diharapkan.. saya rasa saya sangat useless.. saya jadi benci dengan kehidupan saya.. saya rasa x ada org faham saya.. bila saya luah dekat orang yang saya percaya pun.. x diendahkan.. saya diremehkan.. dia ckp saya terlalu ikut perasaan.. saya jd lagi lagi stress sbb org x nk dengar dan memahami.. saya x mau jd cepat melenting.. cepat marah.. cepat emosi.. sy nak ada kehidupan gembira mcm org lain.. ada ramai kawan.. boleh diharap.. x nampak seperti orang bodoh.. apa yang saya boleh lakukan untuk ubah semua ni doktor.. saya bila rasa down mcm ni.. kepala mula sakit.. rasa x mau buat apa apa.. rasa give up.. rasa nk duduk sorang sorang.. jadi x boleh nk buat apa..😞
Saya rasa kita mempunyai masalah yg sama.saya Pon menghadapi perkara yg sama seperti yang awk ceritakan sampai saya selalu tertekan sedih ,tanak hidup lagi
Sama saya pun
Assalamualaikum doc Saya Nak tanya Saya memang Ade anxiety dulu teruk gak la tp bile lama2 sikit makin kurang tp Saya Nak tanya jgk la.klu ckp seorg2 pon dan gelak seorg2 pon tu anxiety jgk ke?
Salam.,
Maaf Saya tak faham soalan lama teruk? Sikit kurang?
Kenapa tiap kali nangis teruk badan akan menggigil kesejukan , hal ni terjadi da 2 kali ?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalammualaikum doctor.. Saya nak tau ape yg terjadi Kat ayah saya..
Ayah saya tibe tibe diam Berhari hari tak ber cakap.. Ditanya pun dia tak jawab mama saya Tanya pun dia tak jawab.. Anak anak yg lain pun sama.. Kadang kadang dia jawab ya umm haah ya itu je.. Asik termenung sahaja.. Setiap hari termenung.. Makan pun kurang.. Tidur pun kurang hari hari termenung.. Tak nak keluar rumah.. Dah masuk 2 minggu jadi macam ni.. Dia jadi macam kosong.. Lost.. Paling baru saya sebgai anak dia.. Lepas kami singgah rumah nya.. Bila nak balik kami nak Salam pun ayah saya keras kan tngan tidak mahu Salam.. Mama saya cakap nak suap kan makan pun dia tak nak.. Tutup mulut dia rapat rapat.
salam,
Tak pasti. banyak kemungkinan
cuba suruh dia buat ujian DASS
Assalamualaikum doktor.Bila saya tgk benda tajam,sy rasa seperti ingin mencederakan diri sendiri tetapi setakat ini saya masih boleh mengawal perkara tersebut.Soalan sy, adakah sy mempunyai anxiety atau penyakit lain?
ada kemungkinan, tapi 1 tanda sahaja x cukup.
penerangan pun ringkas, tiada DASS
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
19hb ni sya ada 1st appoinment di hospital uia.. hampir setiap hr kena panic attack sbb tkut nk jumpa doktor myb.. hrp2 okla jumpa doktor kt sna t..
Hi,nama saya Ryanna berasal dari sabah dan berumur 16 tahun.
D=30,A=26,S=30
Saya sering dibuli dari sekolah rendah until form 3.Saya sering diejek dan diganggu oleh rakan sekelas dan menyebabkan bag,buku dan pakaian saya basah semasa nak pulang sekolah.Saya juga pernah berasa x mahu bersekolah menyebabkan pelajaran saya merosot dan ingin membunuh diri.Saya sering berseorangan,berasa resah dan mudah menangis tanpa sebab munasabah…
Sehingga sekarang Saya berasa trauma apabila orang bercakap dan ketawa pasal saya…..saya juga sering berasa salah apabila parent saya marah…saya juga kebelakangan ini mengalami masalah sakit perut yang berpanjangan hingga 3 minggu dan menyebabkan berat saya kurang…
Ada banyak artikel tentang kesan mendalam dan berpanjangan kesan dibuli.
Itu sebabnya pihak sekolah perlu sentiasa mengingatkan pelajar2 supaya tidak menjerumus pada tindakan buli.
Sakit perut dan hilang berat badan sebahagian dari tanda masalah stress dan kemurungan.
Jumpalah doktor utk rawatan berkesan
Assalamualaikum dr, saya nurin dari Kedah, saya berumur 19 tahun.
saya baru-baru ni baru buat DASS test;
Depression: 36
Anxiety: 32
Stress: 32
Saya sebenarnya tak tau la apa masalah saya tapi semenjak 2 tahun kebelakangan ni hingga sekarang saya cepat rasa sedih even though perkara tu perkara kecil, perkara yang sebelum ni saya boleh handle but now dh kurang effective cara saya handle masalah tu, sejak 2 tahun lepas (saya tak sure berapa lama, hanya anggaran) saya cepat rasa serabut bila perkara yang saya nak buat tu tak dapat dilaksanakan, selalu sakit kepala yang membuatkan kadang-kadang tu saya rasa serabut dan saya cepat rasa penat walaupun saya ta buat kerja berat pun. Sejak tahun lepas saya perasan yang ada masa heart beat saya tiba-tiba jadi abnormal pada masa yang sama nafas saya jadi singkat, situasi ni just jadi sementara saja (mungkin dalam masa 1 hingga 2 minit atau kurang) tapi kerap berlaku dalam seminggu. Semenjak tahun lepas jugak saya selalu tak lalu makan terutamanya nasi, kalau makan pun makan makanan yang tak sihat tapi berat saya sekarang 40 kg, tinggi 162, saya lebih suka berkurung dalam bilik sebab saya nak lari dari family saya, saya rasa selalu rasa exhausted bila bersosial dengan orang dan akan ambik masa sehari atau separuh hari untuk diri saya berseorangan dalam bilik selepas aktiviti sosial tersebut. Saya juga selalu rasa takut untuk bukak message yang disend kepada saya tak kira di instagram, twitter, whatsapp ataupun telegram dan saya juga selalu terkejut dan takut bila bunyi notification apabila apa-apa mesage masuk, dan semenjak tahun lepas saya banyak kali rasa nak bunuh diri tetapi sejak kebelakangan ni hampir setiap hari perasaan untuk bunuh diri tu terlintas kerasa saya hidup saya tak bermakna dan kosong, tapi saya tahu perbuatan bunuh diri tu adalah dosa besar. Saya juga selalu rasa kosong dan rasa nak give up dalam semua benda terutamanya pelajaran sebab saya selalu rasa kosong dan tak tahu apa sebenarnya yang saya nak dalam hidup ni, tapi saya masih cuba untuk bertahan.
Jadi saya nak bertanyakan apakah sebenarnya masalah saya jika situasi yang diberikan oleh saya dapat membantu dr mengenalpasti masalah sebenar saya.
anda ada simptom anxiety yg ketara, lebih tepat panic attacks (sebab dia datang dan pergi dlm masa singkat)
Dan sebab teruk, simptom kemurungan mula timbul
Hi. even though dah setahun, saya nak jugak reply 🙂 16 tahun adalah umur yg sgt muda utk rasa semua tu. totally, kecewa sgt2 dgn org yg buli awak tu. apa yg boleh saya ckp, kalau orang lain taknak hargai awak, awak kena hargai diri awak. itu apa yg saya buat. kalau awak cederakan diri awak, awak akan jadi sama mcm mereka. menyakitkan orang yg tak bersalah 🙂 love yourself okay? buat smtg yg boleh gembirakan awak. lastly, please go and report about them bcs kes buli bukan kes yang ringan. mcm2 boleh jadi dari buli ni. okay tu je nak ckpp. ingat tau, journey awak jauh lagi. Belajar rajin2, banggakan diri sendiri dan mak ayah, and find what you love. babai :))
t kasih atas kata semangat
Salam Dr, saya ira berasal dri Kuantan, berumur 24 tahun.
Result Dass test saya adalah D=22, A=24, S=26.
I think i’ve anxiety symptoms since my childchood days and afraid of my surrounding. Saya cuba elakkan untuk membaca perkara mengenai kematian. Saya tidak pernah berjumpa doktor mengenai masalah ini dan it has been 2 years since i had the worst anxiety attack. Cuma skrg saya masih rasa takut sekiranya saya rasa kurang senang atau berdebar debar. takut jika perkara buruk akan berlaku kpd saya. Takut jika kapal terbang yg saya naiki akan terhempas atau keluarga saya akan ditimpa kemalangan. Dan sekarang, saya juga ada mengalami perasan bersalah yg keterlaluan. Saya rasa seperti semua org membenci saya dan saya akan melakukan kesalahan yg membuatkan keluarga, kawan kawan membenci saya. Kadang kadang saya rasa berdebar debar bila bangun pagi dan terasa ingin duduk di rumah saja. Saya juga sudah kurang keluar bersama kawan kawan. Bila rasa berdebar dan gelisah susah untuk saya rasa gembira semula. I had two episodes of breakdown and crying this week. Should i seek for help dr?
Salam,
I notice you have a lot of worries, These worries seem to be irrational and started to disturb your life.
It sounds probably you may have GAD Generalized Anxiety Dis.
If it is really disturbing your life and your function has been compromised, then better seek help.
Depression : 28
Anxiety : 28
Stress : 30
Assalamualaikum doc.. Sya seorg suri rumah.. Skg suda setahun perkahwinan.. Dari awal kahwin sehingga skg, sya byk kali gaduh dgn suami.. Mgkn tu sbb belum ada rezki anak.. Tiap kali gaduh sya akn selalu mention sya tiada kerja, susahkan suami, tidak cantik, tidak berguna.. Dan tiap kali gaduh tu juga sya sering rasa ingin memukul, cederakan diri sendiri, menjerit mcm org histeria.. Sya sedar tpi tak dpt kawal.. Sya sentiasa rasa down apabila fkir ttg diri sya.. Gaduh perkara yg kecil.. Smpai sya rasa ingin bunuh diri n minta suami lepaskan.. Selalu rasa ingin sakitkan hati suami.. Cari kesalahan dya.. Walhal, lepas tu sya akn berfkir semula sdgkan sya sndiri pun tdak sempurna.. Suami selalu terasa dan ckp sya selalu negatif.. Berfkir byk n bukan bukan setiap kali kmi bergaduh.. Sehinggakan dya ckap sya tdak pnah berubah.. Sya selalu menangis bila duduk sndiri fkirkan nasib.. Walaupun tgah takda msalh dgn suami selalu berlegar di fikiran.. Sya cuba kawal kemarahan sya.. Tdak mahu tuduh suami bukan bukan.. Sya pendam bila terasa dgn kata kata suami sbb sya tau bila sya tegur suami, dya takkan melayan n buat tak tahu saja.. Sbbkan itu sya hanya mampu pendam.. Sbnarnya perkara sya suda merasakan hidup yg tak berguna ni sejak dri sekolah mnengah lgi.. N sya nak tahu.. Adakah kesan kepala pernah kena pijak sejak kecil lagi adalah satu tanda punca ke arah kemurungan ni doc? Sbb sya pnah pijak kepala sya msa sekolah rendah dgn bapa sya.. Even skg berkahwin pun tiap kali gaduh dgn suami, dya akan selalu pkul n tampar kepala sya sbb sya yg mulakan pkul dya dahulu.. Tu pun sya suda rsa tdak terkawal n selalu memulakan pergaduhan smpai ke tahap itu.. Perlukah sya berjmpa dgn doc pakar? Tq sbb sudi dgr masalah sya doc..
Salam, jumpa psychologist atau couselor atau ustaz pun boleh,
Marital counseling adalah penyelesaiannya.
kalau rasa murung teruk, then pakar psikiatri
Salam Dr, i don’t know how to explain this. but i always rasa that i’m not worth it. well, i am. saya tak boleh sorang2. saya perasan bila saya sorang2 saya akan menangis tiba2. saya akan bercakap sorang2, telling myself that i’m worthless or no one like/love me. saya tak boleh bercakap depan orang ramai. saya rasa takut, gelisah. jantung saya rasa laju. one of the reason saya tak sambung degree sebab saya takut nak jumpa orang baru. saya takut nak present depan orang. saya pernah kena gelak semasa interview kerja sebab saya memang tak boleh bercakap. saya jadi speechless depan orang yang saya tak kenal. tangan saya akan berpeluh. banyak kali ada thought nak bunuh diri. i hurt myself so many times already. saya banyak sangat menagis. kadang2 akan tiba2 overthinking and menangis kat tempat kerja. kenapa saya rasa macam ni ? saya kena jumpa pakar ke ? saya takut and tak tau nak explain macam mana.
Salam,
Banyak yang bertanya PERLUKAH SAYA JUMPA DOKTOR?.
Ada yang beri info pendek tapi bertanya soalan di atas. Maaf saya bukan ada supernatural ability boleh menilik dari jauh.
Jadi saya akan copy & paste jawapan di bawah..
Happy reading…
LANGKAH PERLU DILAKUKAN.
Buat ujian DASS di website ini
Baca apa interpretasi DASS diakhir keputusan DASS.
Jika ragu pada ujian DASS, Baca post “Adakah DASS Tepat” di akhir ujian DASS
Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO di sini..
Hi Prof. Bagaimana procedure jika saya ingin mendapatkan rawatan di hospital ya? Saya pernah self harm dan suicide attempt beberapa bulan lalu, but I have gathered my thoughts and sekarang saya nak pergi hospital dalam keadaan saya aware. Saya rasa kes saya sekarang tidak dikira dalam emergency case. So adakah saya hanya perlu ke kaunter di hospital dan cakap yg saya nak buat pemeriksaan atau masih perlu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan surat rujukan?
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Assalamualaikum doktor saya brasal dri Kuala Lumpur, Umur19
Result DASS saya
Depress-30
Anxiety – 30
Stress – 26
Saya dulu msa skolah rendah kne ajek hitam pstu bile msok skolah mnengah kne bhan sbb gemuk, time f5 kwn saya tinggalkan saya sbb prngai saya dulu diorg buat tu time tgh trial spm.then time umur saya 18 diorg buat lgi tikam saya kutuk saya.x lma tu diorg mntak maaf. Saya maafkan tpi perbuatan tu saya x leh lupakn.pstu klau ttg gemuk plk dri saya f4 sampai skrg bile balik kg family belah mak ayah always prli saya, jdikn saya bhan lawak pstu bndingkn saya dgn org lain sbb saya gemuk.ada satu thap tu saya always duk bilik kdg² nangis saya always ckp nk mti klau hidop always terasa mnyusahkn org. Saya prnah trfikir nk ambik pisau pstu trjun bgunan. Saya always mrah kdg² rsa bdan mcm lemah. Saya trsa mcm saya ni hina sgt smpai org perli and jdikn saya bahan lawak. Mak ayah saya ckp kt saya mcm tu un nk terasa org nk gurau un x boleh. Bile saya tgk dr ckp ttg ciri² depression tu saya ada. Saya nk jmpa doktor tpi family sya smua x thu psal ni. So saya x thu mcm mna nk jmpa doktor. Saya bkn x nk bgithu diorg tpi bgi saya biarlh diorg nmpk sndiri.
salam,
tinggalkan kawan yg toksik.
stay focus on your life objectives.
19 tahun sudah dikira dewasa, tak perlu pun parent consent utk jumpa doktor
Boleh baca;
ada kaitan
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/.
Hai dokter , saya mula berkahwin pada tahun 2021 dan ade anak seorang lelaki pada tahun 2023 .. sejak mengandung saya jadi stres dengan suami saya kerap gaduh dengan suami dan mertua .. bila lahir nya ank saya , saya berpantang seorang diri mak bapak saya pulak jauh kat indonesia .. saya jaga anak sorang2 saya pantang pon ala2 kadar apa yg saya tahu jee suami pulak kerap outstation saya duduk sorang2 kat rumah .. sampai saya rasa diri saya diabaikan , saya rasa macam nk bunuh anak saya sendiri .. tiba masa anak saya dah umur setahun lebih , dalam pikiran saya asyik terbayang2 , kalau saya nk cekik anak saya , nk bunuh anak saya pakai pisau .. sampai saya lari ke bilik menangis sorang diri sampai la saya tenang , dah tenang saya jumpa anak saya , saya peluk sambil nangis .. saya nak tanya adakah ni dikira meroyan atau depression ?
sebenarnya tak banyak simptom puan naytakan, selalu doktor akan tanya perasaan atau mood.
Ujian DASS pun tak dinyatakan.
boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
walaubagaimana pun niat ingin mencederakan anak satu yg perlu diberi perhatian serious.
Kemurungan di kalangan ibu sangat ramai
Assalammualaikum Dr jawapan 1 dan 2 yg doctor paparkan tu sma seperti yg sya fikirkan, dan untuk jawapan no 3 tiada langkah yg diambal org kluarga sya. Sya buntu nk mnta pertolongan siapa.. ada harapan ke untuk org mcm saya hidup doctor? Sya tk tahu n tk tahu mcm mna apa lagi perlu buat bnyk persolan yg bermain di kepala otak sya.
Salam doc…sy sha dr cheras.. Bacaan DASS sy 14,18,14…sejak hujung tahun lepas sy kerap sakit belakang yg agak teruk…mngkin disebabkn terlampau byk keje n stress…lepas tu umi sy meninggal..lepas tu keadaan fizikal sy makin teruk sampai tgn n kaki sy kebas..ada ms sampai sebelah bdn sy kebas…sy berjumpa pakar orthopedic n but MRI utk full body on Feb 2019 tpi doc ckp semua ok…tpi keadaan fizikal sy xda perubahan..masih sakit n kdg2 mngganggu rutin keje sy…lepas dpt keputusan MRI sy tidak lg berjumla doc.. sy tahan sakit sy dgn mkn panadol n ubat tahan sakit..sampai satu ketika tetibe sy sesak nafas, kebas bdn n rs nk mati..sy berjumpa skali lg pakar orthopedic n doc mngatakn fizikal sy ok…doc sarankn sy berjumpa pakar psikitriat kmngkin sy ada anxiety…mlm tu sy google ape itu anxiety n majority tanda itu ada pd sy .tpi sy cuma control pemikiran sy n ignore persekitaran yg negative dgn tidak terlalu berpikir yg bukan2..byk kn bc quran n berzikir..it helps me for awhile…from last year till now sakit belakang tidak berkurang walaupn dh byk kali mngurut…last week keadaan makin teruk…n pas few days sy dpt rskn sesuatu yg tak kena pada bdn sy tpi sy xtahu ape..rs sakit dada yg melampau, gastrik tetibe dtg, penat, kepala pusing n rs nk pitam anytime..adakah semua yg sy nyatakn tanda2 anxiety?bila sy bercerita pd husband dia mngatakn sy tak exercise myebabkn sy sakit belakang, n selalu pk negative…jika itu ada lah tanda anxiety bole doc rekemenkn hospital/klinik area bndr tun hussein onn? N utk semntara waktu ape saranan doc yg perlu sy lakukan..terima kasih doc.
Salam,
Elok jumpa doktor
Salam
Elok jumpa pakar. HUKM dekat
Terima kasih doc
Assalamualaikum doc, saya ain brumur 21tahun. Sejak tahun lepas dan tahun ni saya kerap beremosi tak tentu pasal, dan tahun ni paling terukk,kadang2 bila timbul rasa marah tanpa sebab saya akan buat Sesuatu kerja tu dengan rasa marah dan akhirnya brlaku benda yg x diinginkan, lepas brlaku benda yg tak diinginkan saya secara emosi akan duduk bersendirian di dapur, mnangis tanpa sebab dan trmenung ke arah yg gelap, bila time duk nangis tu dlm fikiran mmg bercelaru banyak soalan duk fikir, kadang2 bila timbul rasa happy tu, trlampau happy plk, bermacam macam topik yg ada dlm kepala😂
dan selalu juga saya terlalu fikirkan dan LAKONKAN watak tu SEORANG DIRI DALAM BILIK, cakap sorang2,nangis , watak yg selalu sy fikirkan tu “watak sakit sampai mati” . Entahlah bunyi macam mengarut kan,mcm org gila. Tapi saya memang laluinya sejak zaman sklh lgi..
Terima kasih doc
salam,
malang tiada DASS dinytakan,
sila baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Saya pelajar .dan saya sering rasa down dan selalu sakit belakang. Dan saya selalu sedawa apabila sakit belakang tu datang. Terutamanya ketika saya sedang stress belajar. Saya akan rasa down. Walaupun sy belajar dan mengulangkaji utk exam dan apabila waktu menjawab soalan exam, saya akan takut sehinggakan tangan saya keras untuk menulis. Saya sering berfikir yg bukan sehinggakan saya hilang semangat untuk meneruskan degree saya. Apa saya perlu buat untuk tangani dua masalah ni ye?
Sila baca
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Depression – 30 (sangat teruk)
Axienty – 34 (sangat teruk)
Stress – 30 (teruk)
adakah sy perlu bjumpa dngn dr pakar?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
assalam doktor, sy baru selesai menjalani 2 pembedahan kepala, bulan jun 2019, sy jalani buang darah beku dan keluarkan sebahagian tempurung, akibat kemalangan dan bulan ogos baru ni sy jalani pmbedahan memasang smula tempurung kepala. sejak kebelakangan ni sy mudah menangis, ketakutan,sy jdi xsuka dgr bunyi bising, sy lbih suka brsndirian.. skrg sy brgntung ubat elak sawan. bole dktor bntu sy dan apa sy prlu buat adkh sy mngalami msalh anxiaty disorder.
Salam,
Ini tanda traumatic brain injury.
Boleh minta Neurosurgeon referkan
Assalamualaikum doktor.
Result DASS sy 28 sgt teruk, 28 sgt teruk, 32 teruk. Sy takut dan malu nak jumpa doktor. Sy selalu solat utk tenangkan diri tp seringkali rasa gagal. Suami buat x endah bila sy kata sy sakit. Hr ni (21/10/19) sy ke KK sbb sakit dada mencucuk sgt sampai sy rasa x tahan. Umur sy 29 tahun, BP 150/100, PULSE 120. Dh buat ECG, doktor kata jantung laju. Sy ngadu pd suami yg sy sakit. Dia kata sabar je lah. Sy juga disahkan ada Degenerative Disc Desease (DDD) after buat MRI. Badan sy selalu sakit tp sy alergik pd nSAID. Jd sukar utk sy tahan sakit. Sy xblh ngadu pd mak n abah sy sbb nnt suami sy kata mak abah masuk campur urusan keluarga. Dgn kwn2 pon sy xboleh nk luahkan. Sy pernah nk bunuh suami sy. Sy juga kerap telan paracetamol satu papan utk tidur. Sy rasa kosong dan sunyi. Bila sunyi, sy akan solat n mengaji. Bila ok, ok lah. Bila waktu x ok, sy akan menangis sendiri. Hr ni sy sakit sgt. Dada sy mencucuk. Tunduk sakit, baring sakit. Tarik nafas pon sakit. Buat apa pon sakit. Sy tahajud, istikharah, hajat n buat solat taubat utk cr diri saya. Tp seringkali sy rasa sy gagal. Xguna hidup. Sy rasa sy terlalu bebankan semua org. Sy pernah minta tlg adik ipar (MO dan sdg lanjut master haemato) utk jumpa pakar psikatri tp ibu mertua sy kata jangan layan kehendak sy. Kalau boleh sy taknak sesiapa tahu yg sy jumpa doktor psikatri. Mcm mana ya doktor? Sy kesian anak2 saya. Dan sy xpernah sihat dlm jangka masa yg lama. Sering sakit. Sering admit ward. Tolong sy doktor. Sy jarang online. Suami tak bayarkan bil telefon. Sy suri rumah.
Salam jelas anxiety dan kemurungan.
Mengapa mahu siksa diri dengan ubat paracetamol dan NSAID. Ia bukan menyembuh malah memudaratkan.
Jumpa pakar psikiatri adalah jalan penyelesaian.
Kita telah dewasa dan boleh buat keputusan tanpa minta kebenaran atau blessing sesiapa.
Mendekati diri dgn Allah memang bagus tapi dalam kes berat, perlukan ubat antidepressant
salam dr. nak tanya. saya taktahu ini normal atau apa. tapi kekadang saya rasa nafas tak cukup. rasa macam nafas tak lepas. bila tarik dalam dalam 2/3kali baru okay sikit. ada prob dengan jantung ke ? lepastu emosi sangat sangat tak menentuu. asyik emosi aje. asyik nak marah aje. negatif thinking. overthinking. berat badan turun. kadang bila memalam rasa gelisah. sedih tak tentu pasal. entah pape. haih. tidur makin lambat. hm. normal ke dr ? ke saya yg over. padahal takde pape pon ?
Stress sudah pasti, yg lain..
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Hi doktor
Apabila ada ahli keluarga datang ke rumah, terlalu ramai org, mudah panik dengan benda yg kecil, jantung saya tiba2 sakit. Tangan bergegar. Sakit perut. Rasa ingin menangis. Adakah ini tanda2 anxiety? Sekadar bertanya.
Ya
Assalamualaikum Doktor.
Ibu saya adalah seorang pesakit schizophrenia. Beliau makan ubat seperti disyorkan dan Alhamdulillah dari segi simtom2 ketaranya seperti delusi,berbual2 sendiri dengan suara2 ghaib atau mengamuk tidak tentu hala telah nampak berkurangannya. Ttp kebelakangan ini saya perhatikan yang beliau kerap sedih, mengingatkan kenangan lepas ( sy juga tidak boleh pasti adakah semuanya betul atau false memory ) , ada juga dia bercakap sendiri ttp tidak seperti berbual, seolah2 hanya melepas kata2 ,sehingga waktu tidurnya juga seringkali terganggu . tidur lambat, sambung tidur waktu siang. Pd pendapat doktor apa yg patut sy lakukan buat masa ini?
Maaf. Pembetulan, delusi atau berbual2 sendiri dengan suara itu telah tiada*
Aslm dokter adakah saya sering merasa takut dan kurang keyakinan diri apabila berada depan ramai orang,sering rasa hidup kosong,sakit kepala, takut apabila bersendirian dan berfikiran yang negatif seperti rasa disisihkan,rasa selalu nak marah dan selalu diperhatikan
Spt social phobia
As’salam doc, nama saya nourra berumur 30 tahun, sudah berkahwin, result dass saya : kemurungan-24, keresahan-16, stress-20. Pada pertengahan tahun ini saya telah berhenti kerja kerana stress dan tekanan di tempat kerja. Saya orang baru di jabatan itu. Rasa seperti dibuli dan ketua selalu mencari salah saya. Saya mengalami keguguran ke 2 pada awal tahun ini. Kini sedang mencari kerja baru. Ketika baru2 berhenti saya kerap mendapat interview namun gagal mendapat kerja. Kemudian, saya berasa rendah diri dan berputus asa. Dlm masa yg sama, saya memencilkan diri, tidak keluar rumah, susah jawap call, mesej etc, tidak bertemu ahli keluarga dan kawan2. Sampai ada yg terasa hati dgn saya. Utk suami pula, dia yg tanggung semua perbelanjaan. Saya rasa kesian dan tidak berguna. Sebelum ni saya berduit dan boleh juga membantu. Saya masih lagi memohon kerja tetapi apabila sudah menerima panggilan interview saya jd tidak mahu pergi kerana sdh putus asa & tidak yakin. Malam hari saya tidak boleh tidur, bdn makin susut. Saya sukar fokus dan selalu lupa. Bila sendirian, saya mula berfikir & kenang hal yg lepas2, berangan, bercakap sendiri. Utk pengetahuan doc, saya pernah bermimpi dlm pukul 10 pagi, seorang lelaki masuk rumah saya dan naik atas katil saya waktu saya tidur, saya terjaga dan tendang lelaki itu. Lelaki itu lari keluar pintu saya bangun dan kejar sampai depan pintu tetapi xdapat, sebab terlalu penat saya kunci pintu & kembali tidur. Dlm hati saya pd ketika itu, saya nak lelap kejap apabila bangun saya nk call bagitau suami. Lelaki tu saya cam muka dia security kaw rumah saya. Tapi apabila bangun saya tidak tahu itu mimpi atau tidak. Rasa kebas kat kaki xada pula. Perkara ni jadi pada tahun lepas. Lepas tu saya dh lupa. Saya lupa juga bagitau pada suami. Lepas saya berhenti kerja pada tahun ini ingatan tu tiba2 datang balik sebab suami beritahu ada kes pecah tombol pintu dan saya jadi takut. Nak tidur pun takut dan teringat. Tiap kali solat saya berdoa itu bukan realiti. Saya takut nak keluar rumah. Saya bagitau suami, dia beritahu itu mimpi tapi saya rasa macam betul2. Security tu memang selalu pandang pelik pada saya. Lepas saya kembali ingat memang saya akan tenung tajam pada dia. Sekarang dia sudah berpindah jaga tempat lain. Saya tau, ini memang pelik tapi itulah yg ada dlm fikiran. Suami saya bawa bercuti pun saya masih fikir perkara ni. Saya selalu rasa rumah saya ada benda dan selalu pasang dan baca ayat al-quran. Tapi sebenarnya tidak apa2 pun. Cuma perasaan saya takut dan fobia bila rumah sunyi. Nak baring tidur pun saya akan fikir macam2. Saya dah ambil ujian tu beberapa kali dalam tempoh 2 minggu dan baca tentang depression. Saya buntu lah..apa sebenar yg berlaku pada saya..
Salam, Anda ada symptoms kemurungan. reality jika seseorg itu menghadapi kemurungan, selagi tidak dirawat ia akan menggangu kehidupan/kerja dan akan sentiasa bertukar kerja atau susah bekerja kerana murung.
Dapatkan rawatan
salam doc…dah 2 mnggu saya rasa berdebar2..tp xrasa mcm jantung nk terkeluar…saya dah berkahwin dan mmpunyai 2 anak…sejak anak sulinh start sek sy rasa takut nk lpaskn dia ke sek…tp bila dah hantar dye ke sek ok la…cuma dgn suami sy rasa gelisah bila dia xde dekat ngn sy…sy cuba alihkn perhatian kpd kerja lain..bila sy frer kdg akan rasa perasaan gelisah tu…saya ada gastrik..bila lambt mkn pon sekarang akan rasa lain bdn badan sy…berdebar tu xmmbuatkan sy sesak nafas…waktu siang kdg saya rasa mengantuk sgt..tp bila nk tidur xboleh…so far mlm boleh tidur cuma kdg2 bangun sbb anak bf…sy xtahu apa masalh sy…sy ada juga buat rawatan ruqyah dan xdinafikan mmg ada gangguan lain pd sy…sy keliru samaada sy betul2 sakit atau ia sekadar dr gangguan..
Salam Sah anxiety disorder
Salam Dr,
Saya ada melakukan ujian DASS dan result yang saya dapat depression 26 (teruk), anxiety 20 (sangat teruk), stress 22 (sederhana)..perlukah saya merujuk ke klinik kesihatan?..
Saya sering termenung dan bila bersendirian saya sering bercakap sendiri sama ada secara zahir ataupun dalam hati..
Adakah keadaan ini merbahaya?..
Keadaan semakin teruk sejak akhir-akhir ini saya ada masalah dengan pasangan saya..Dan pasangan saya kerap kali provoke saya dan menyebabkan saya bertindak aggresive..bila ditekan-tekan saya jadi hilang kawalan diri sehingga saya pernah menumbuk meja hingga tangan saya berdarah..
Saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran (MBA) dan saya dapat merasa kan sekarang saya makin hari makin hilang semangat untuk belajar..semakin hari saya semakin malas untuk siapkan assignment dan bila di dalam kelas pun saya semakin hilang tumpuan..
Selera makan juga tidak menentu adakala saya sangat berselera dan adakala saya langsung tidak berselera sehingga seharian saya tidak makan langsung..
Adakah semua ini berkait dengan result DASS yang saya perolehi?..Terima kasih Dr.
Salam,
Jawapan kebanyakan soalan2 di atas adalah ya, elok jumpa pakar
Salam Dr,
Saya telah melakukan ujian DASS dan result saya dapat D(28) A(20) S(22). Saya juga telah membuat ujian ni di beberapa laman web yg lain. Dan keputasan yang saya dapat adalah sama. Saya mula perasan yang perubahan emosi saya sejak 2 or 3 tahun lalu. Sejak setahun yang lepas ganguan emosi saya sukar untuk dikawal. Kadang2 membuatkan saya tak tidur malam untuk beberapa hari. Saya sering rasa takut untuk sesuatu benda. Sedih yang terlampau bila bersendirian. Tidak semangat melakukan kerja harian. Prestasi kerja saya agak teruk akhir2 ni. Selalu anggap diri sendiri tak berguna untuk keluarga. Saya anggap orang sekeliling saya susah nak memahami diri saya. Apakah tindakkan yg perlu saya ambil.
Salam, Jelas anda ada kemurungan yg amat ketara.
Dicampur dengan anxiety
Boleh bava:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum selepas buat ujian dass saya dapati depression saya 20, anxiety saya 20 dan stress saya 26. Saya dapati emosi saya tidak stabil sejak 2 minggu lepas. Kadang-kadang saya berasa sangat sedih kemudian sangat gembira…saya juga kerap herniat until mencederakan diri. Tangan saya juga kerap menggigil dan saya sentiasa gelisah, berdebar…saya juga mempunyai masalah sembelit sejak dari dahulu…saya juga mempunyai tabiat untuk menggigit diri say sendiri sejak dua menjak ini. Saya tidak bersemangat dalam melakukan ruti harian,cepat marah dan aturan tidur yang tidak menentu…saya harap dr. boleh memberikan pendapat dan nasihat tentang keadaan diri saya ini terima kasih…
Salam,
saya rasa banyak doktor boleh bantu jika berjumpanya
Kiranya,saya tidak mempunyai sebarang kemurungan mahupun stress dan hanya perlu merujuk doktor biasa sahaja?
Salam Dr, result DASS saya 4 20 12. Adakah anxiety saya teruk? Perlu ke saya jumpa Dr? Saya x tahu apa yg saya takut tapi saya selalu takut esp bila nak tidur.
Boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
salam dr.. saya rin.. saya ingin bertanya adakah ini tanda tanda anxiety. selalu rasa risau tanpa sebab benda remeh pun saya risau kn kadang kadang binatang masuk rumah pun saya takut paling saya takut tentng kematian.. selalu fikir ajal tak lama lagi.. tgk anak anak bmain hati jadi sedih seolah olah nk jauh tinggal kn mereka. tak boleh dgr ada ahli kluarga meninggal badan jadi mengigil dan takut.. rasa kematian tu hampir tiba.. anak trabai sampai kadang saya tak bg mkan pun sbab lg selesa bdiam dri dan bfikir pasal mati. ada kah patut saya kena merujuk dr.. dan ada kh ini salah satu tanda anxiety. DAss saya 28.28.24.. tolong bantu saya dr. terima kasih..
ya ia anxiety, lebih specific adalah worries atau keeisauan yg selalu ada pd anxiety
Salam Dr.Saya D,saya tak tahu saya ni mengidap sakit apa?saya suka sendirian.Tak suka bergaul,dgn suami saya tak banyak tanya cakap.Dalam hati selalu terasa kesakitan.kadang rasa sedih teramat sangat.Bila keluar rumah tak tahu nak menuju ke mana.bila hati terasa sakit saya tiada kawan sahabat teman nak meluahkannya.saya juga suka duduk dibilik sendirian.
sila nyatakan ujian DASS di sini
Assalamualaikum Dr.. Saya, amalin…saya selalu merasa diri saya ni teruk.. Selalu menangis.. Lbih suka sendirian… Terlalu fikir negative dgn org lain.. Suka fikir hal yg lpas.. Then slalu berangan.. Slalu rasa down di tempat kerja..skrg sy hadapi migrain sdh hmpr 4 minggu…… N di area kdua mata mata saya sakit…dh jumpa dr tpi saya rasa ubat yg diberi x memberi apa2 affection dgn dri sy….adakh saya mengalami kemurungan.. N apa yg perlu saya lakukn Dr?…
Salam.
Ya
Buat ujian DASS utk tahu jawwpan.
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/
Kemurungan saya : 40
Stress saya : 32
Gelisah saya : 20
Patut ke saya jumpa doc ? Em
Saya selalu rasa sedih . Saya rasa yang orang tak sayangkan saya pon , saya selalu duduk kat dalam bilik , kadang saya keluar untuk makan mandi itu je , saya kerap menangis , kadang saya cakap sorang sorang , saya paling perasan saya kerap tengok cermin dan bercakap sorang ii walaupon dalam bilik air . Saya terlalu risau kalau orang yang saya sayang tinggalkan saya . Saya selalu tiada mood , susah tido , em selalu nya kul 4 5 pagi baru saya tido . Saya juga kerap pening kepala , saya sentiasa memegang minyak angin kerana kerap sakit kepala Ermm saya sakit ke doc ? 🙁
kemurungan tu,
apa kata baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalam…doktor…saya bekas peskit covid…selepas saya blk dr potong gelang tba2 saya rasa getaran dr blkg naik ke kepala saya rasa xsdp perasaan saya terus ke klinik berdektn…tknn darah tinggi…doktor suru blk rht…then keesokan hari waktu malam sblom hendak tidur saya tba2 pening sgt2 saya tros panic tba2 tgn kaki bgegar then lama2 tu saya xdpt rasa dr kaki smpai atas perut saya…masa tu saya ingat allah nak tarik nyawa saya…lama anak2 buah saya urut2 guna mnyk pnas tba2 saya dpt rasa blk bdn saya…p hsptl tmbh air…tp smpi ke hari ne saya rasa selalu takot…teringat2 bnda tu…pastu saya kerap pening kepala…dada kdg rasa berat n susa sikit nafas…asal saya rasa lain sikit saya terus takot kalo bnda tu nak jadi lg..saya da pegi hsptl 2kali last sekli 2hari lps dr hsptl…doktor bgtau kesan covid dan saya gemuruh n saya jgk da p klinik swasta…doktor klinik swasta ckp saya anxiety…mmg saya anxiety ka ya doktor….kalo anxiety mmg kerap pening ka?boleh doktor terangkan mslh saya?@ adakah semua ne kesan2 covid?
Ya anxiety atau lebih kpd panic attack.
Sila buat DASS utk kepastian.
jika serangan panic berterusan, perlu diberi perhatian.
Baca; https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Depression10
Anxiety 22
Stress 20
…bru jak td ne saya tiiba2 pusing pening n nak pengsan…sbb sblom tu saya mmg rasa mcm resah…then tba2 rasa nak pengsan…cpt2 kol ipar ambik saya…mcm mna saya kwal semua ne doktor…saya da penat,😭
Macam mana mau buat DASS test?
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/
Salam doc,
Saya selalu merasa sedih ,,,kerana kerap teringat dengan hal2 yang menyebabkan saya rasa diri saya seorang yang x berguna….saya juga kerap mengingat diri terlalu dipandang lemah kerana kerqna selalu dikhianat oleh kwn2 dan org sekeliling …sedangkan saya tidak pernah membuat perkara seperti itu…seblm ini saya hanya bersabar ,tetapi kerana selalu mmegalami hal yang sama menyebabkan watak saya berubah…emosi saya terganggu kdg2bila saya terlalu byk mgingThal yNg dah berlaku menyebabkan saya membenci diri sendiri kerana terlalu lemah…rasa semua ya dah berlaku semua disebabkan salah sendiri,sampai saya takut nak membuat keputusan yang betul…yang menyiksa mental saya kerana tkt mendengar bunyi kereta datang depan rumah ,,,kerana pernah diserang disebabkan masalah pasang…hal tersebut menyebakan saya eelalu berada dalam ketkt …setiasa gelisah sampai tangan bergetar…nila terlalu sya tiba2 teringat semua ini sampai mejejas kesihatan saya…saya kerap migrine teruk yg terpaksa saya tahan sampai 3 hari berturut2,bila kerap teringat semua hal tersebut…emosi saya terganggu, sering bersedih dan menangis sendiri…kurang keyakinan dalam diri sa,pai merasa diri seorang yang xberguna…jadi saya nak minta nasihat doc..apa kah saya menghadapi ganguan mental atau stress yang teruk..
Salam,
Org baik selalu menjadi mangsa keadaan,
Kita kena assertive sedikit
Anda ada symptoms kemurungan ketara, rasa rendah diri, diri tak berguna, low mood DLL
Dan lumrah kemurungan akan ada symptoms anxiety juga
Jumpa doktor untuk keluar dari masalah ini
Salam doc, saya kerap mengingat diri terlalu dipandang lemah kerana kerqna selalu dikhianat oleh kwn2 dan org sekeliling …sedangkan saya tidak pernah membuat perkara seperti itu…seblm ini saya hanya bersabar ,tetapi kerana selalu mmegalami hal yang sama menyebabkan watak saya berubah…emosi saya terganggu kdg2bila saya terlalu byk mgingThal yNg dah berlaku menyebabkan saya membenci diri sendiri kerana terlalu lemah…rasa semua ya dah berlaku semua disebabkan salah sendiri,sampai saya takut nak membuat keputusan yang betul…yang paling menyiksa mental saya kerana tkt mendengar bunyi kereta datang depan rumah ,,,kerana pernah diserang disebabkan masalah pasang…hal tersebut menyebakan saya eelalu berada dalam ketkt …setiasa gelisah sampai tangan bergetar…bila terlalu sya tiba2 teringat semua ini sampai mejejas kesihatan saya…saya kerap migrine teruk yg terpaksa saya tahan sampai 3 hari berturut2,bila kerap teringat semua hal tersebut…emosi saya terganggu, sering bersedih dan menangis sendiri…rasa diri tidak dipeduli,xdihargai dan disayangi dalam keluarga sendiri ,kurang keyakinan dalam diri sa,pai merasa diri seorang yang xberguna…jadi saya nak minta nasihat doc..apa kah saya menghadapi ganguan mental atau stress yang teruk..
Soalan ke2, sudah jawab no1
Hai doktor, saya pernah menangis tanpa sebab dan seringkali merasakan kebas pada kaki dan tangan , saya juga pernah merasakan sesak nafas secara tiba tiba , adakah itu gangguan mental dan panic attack?
mungkin
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Nama : inxxx soxxx
Asal : Perak
Umur: 23 tahun
Status diri : pelajar/praktikal swasta
Depressed : 40
Anxiety : 36
Stress : 36
Gejala: social phobia/ suicide attempt/sedih mendlm/ jiwa sensitif/ semangat down/pemarah/tangan menggeletar ketika panik/ marah dan byk lagi
Boleh tk dr suggest langkah awal jumpe pakar jiwa kerajaan..saya dh x thn n perlukan sokongan serta merta
Salam,
Saya x galatians memyatakan nama sebenar demi menjaga kerahsiaan. Saya sudah delete nama anda.
Mungkin di sini ada jawapan.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
saya pelajar sekolah menengah yang baru berusia 15 tahun .. saya suka menyakiti diri sendiri bila terasa stress atau marah yang teramat sangat .. saya pernah mengambil ujian DASS dan peratus yg saya peroleh sgt tinggi .. adakah saya perlu jumpa pakar atau kaunseling sahaja ?
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam doktor..my dass test result is 12/12/24..saya xde fizikal symptom yg ketara..cuma everyday sy akan risau to benda yg mengarut..risau sgt smpai sy overthinking n keep repeating dalam otak..n sy ada prob xbole ada something lain kat bdn sy..automatik sy ada think for the worst (eg cancer or jantung)..n kebetulan sy mmg kurus..so kalau berat turun je sy risau sgt smpai sy tnye kat semua org sy sihat ke x..n sy selalu perasan sy rs melayang2 or ‘boat feeling’ at certain occassion yg penah buat sy rs mcm tu..so eventually sy rs trauma..adakah tu anxiety disorder or mengada2?
Ia anxiety, jika mengada2 awak sandiri tahu tujuan atau anda sengaja atau tidak
Salam Prof,
Saya nak tanya kenapa kadang2 saya tiba2 rasa berdebar, lepastu rasa sedih tanpa sebab, dan kadang2 tu tiba2 rasa nak menjerit tanpa sebab jugak. Kadang2 waktu malam pun saya ada masalah untuk bernafas sampai tak boleh tidur tapi saya tak ada apa2 masalah kesihatan seperti asthma atau sesak nafas.
Salam,
Mungkin anxiety. malang tiada DASS
Boleh baca lanjut di;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Hye salam doktor..saya kerap menangis kerana saya over sensitif..saya kerap menangis sehingga mata saya rabun kuat..adakah saya kemurungan?saya suka menyendiri kerana saya trauma dan fobia dengan manusia..
Sula nyatakan ujian DASS anda.
Baca;
Di sini ada jawapannya..
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum doctor, saya nak tanya kalau sy sentiasa menangis selepas belajar dan sentiasa rasa nak berhenti bljr selepah habis sesi pembelajaran adakah ini satu perubahan emosi biasa?
salam,
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Kemurungan-28
Keresahan-10
Stres-22
Sejak akhir ni sye cepat marah2 padahal masalah kecil dan masalah besar..saya tak berapa suka kalau orang tanya berulang2 soalan saya cepat berangin tak tentu pasal,bila sye sorng2 dkt bilik sye mcm sedih jer,saya rasa diri saya ni tak berguna kalau hidup dekat dunia ni..bnyk lagi mlas nk cakap
noted, soalan anda?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
saya berumur 16 tahun , saya selalu rasa macam orang tak suka saya … kadang kadang rasa macam useless .. saya susah tidur malam , pkul 3/4 pagi baru saya tertidur . Saya jadi takut , gelisah & cemas .
Saya selalu berfikir tentang kematian .. saya takut .. selama seminggu ni saya selalu menangis di tengah malam kerana rasa penat dengan semua ini . Saya rasa takde orang faham saya . Bila jumpa doktor .. doktor cakap saya ada gastrik / gerd yg teruk tapi saya rasa macam saya ada anxiety / panic attack . Kadang kadang jantung berdegup laju dan seram sejuk rasa macam nak mati dah time tu .. fikiran saya selalu fikir macam nak mati dah .. fikiran & perasaan tu datang secara tiba tiba dan bila saya rasa susah bak bernafas saya jadi rimas kalau ada orang tanya saya banyak soalan atau pegang saya … setiap pagi dan malam mesti saya akan rasa tak sedap di bahagian dada kiri . Saya selalu terbayang bayang bende buruk ( kematian , cara saya mati , accident & sbgainya )
Parents saya tak syak saya anxiety / panic mereka kata saya gastrik … saya rasa susah nak faham apa yang cg saya ajar .. saya takut nak bercakap dengan orang .. kalau saya jumpa doktor mak saya yang akan bercakap .. lepastu doktor akan tanya saya “ kenapa awak tak bercakap .. awak kan yang sakit ? “ saya rasa macam menggigil masa tu .. rasa takut marah dan nak menangis … ini dikira anxiety ke ?
Skor ujian dass saya :
Kemurungan – normal
Anxiety – sngt teruk
Stress – teruk
Ya spt ujian DASS sudah nyatakan
assalam doc
skor ujian dass saya :
Depression: 32
Anxiety: 18
Stress: 22
saya sekarang selalu rasa serabut, rasa yang saya ni takda future, saya takut nak berdepan dengan orang n kalau boleh memang saya taknak jumpa sesiapa termasuk kawan kawan saya. this thing start happen lepas saya naik berat badan and saya hilang tujuan life saya. saya juga selalu rasa berdendam dengan someone yang saya kenal which is one of my family disebabkan benda yang saya alami masa saya kecil until primary sch contohnya saya dipukul, family pernah gaduh teruk depan mata saya. bila saya teringat saya asyik terfikir kenapa saya ni wujud and then saya nangis. saya just fikir kenapa saya tak mati je but at the same time, saya takut nak mati. is this normal doc?
second question:
saya ni ada takut dekat haiwan which is ular. setiap kali saya teringat ( mostly happen waktu malam) saya akan check bilik saya tengok tempat tempat yang saya fikir ada ular tu contohnya bawah katil, belakang almari, kadang kadang tempat tak munasabah pun saya pergi check contohnya kat aircond. benda ni jadi bila saya ternampak gambar or video n also bila terlintas kat otak saya. walaupun saya dah nak tidur. disebabkan takut tu saya jadi takboleh tidur. ini phobia atau apa yaa doc ? sebab saya memang takboleh nak hilangkan rasa takut tu. saya sampai benci kena pergi check dua tiga kali walaupun dah check dah. tapi saya kena tengok jugak kalau tak saya asyik fikir je.
salam,
1. Ia tak normal
2. ya specific phobia with anxiety
kalau tak normal doc tu depression atau apa yaa? dan perlukah saya jumpa doc ?
assalam doc
skor ujian dass saya :
Depression: 32
Anxiety: 18
Stress: 22
saya sekarang selalu rasa serabut, rasa yang saya ni takda future, saya takut nak berdepan dengan orang n kalau boleh memang saya taknak jumpa sesiapa termasuk kawan kawan saya. this thing start happen lepas saya naik berat badan and saya hilang tujuan life saya. saya juga selalu rasa berdendam dengan someone yang saya kenal which is one of my family disebabkan benda yang saya alami masa saya kecil until primary sch contohnya saya dipukul, family pernah gaduh teruk depan mata saya. bila saya teringat saya asyik terfikir kenapa saya ni wujud and then saya nangis. saya just fikir kenapa saya tak mati je but at the same time, saya takut nak mati. is this normal doc?
second question:
saya ni ada takut dekat haiwan which is ular. setiap kali saya teringat ( mostly happen waktu malam) saya akan check bilik saya tengok tempat tempat yang saya fikir ada ular tu contohnya bawah katil, belakang almari, kadang kadang tempat tak munasabah pun saya pergi check contohnya kat aircond. benda ni jadi bila saya ternampak gambar or video n also bila terlintas kat otak saya. walaupun saya dah nak tidur. disebabkan takut tu saya jadi takboleh tidur. ini phobia atau apa yaa doc ? sebab saya memang takboleh nak hilangkan rasa takut tu. saya sampai benci kena pergi check dua tiga kali walaupun dah check dah. tapi saya kena tengok jugak kalau tak saya asyik fikir je.
salam,
soalan 1; ia tak normal, anda seperti ada kemurungan
anda dapat masalah ini atau keadaan ini kerana pengalaman keluarga yang tidak baik berlaku sebelum ini.
2. ya phobia
assalam doc
skor ujian dass saya :
Depression: 34
Anxiety: 28
Stress: 26
Apa perlu saya buat?? Saya perasan diri saya banyak berkurung dalam bilik dan saya lebih suka berseorangan..saya perasaan diri saya lain dari yang lain..
jumpa doktor utk rawatan sebenar
Assalamualaikum, Dr. Semenjak lebih kurang seminggu lepas, saya rasa sangat sangat serabut, dan makin lama perangai lama saya waktu saya sekolah dulu saya jadi cepat marah atas benda2 kecik. Lepastu, saya selalu hilang dalam lamunan sendiri, sebab itu salah satu cara saya boleh escape from reality because I feel everything in this world is actually too much for me. When I am literally too mad, I will punch anything around me sampai tangan lebam.. and at some point I will cut myself. Sejak beberapa bulan or dekat setahun lepas, sometimes saya rasa risau tak menentu.. debar yang macam nak sakit jantung, and literally tak boleh buat apa time tu rasa nak nangis je. Saya pernah jumpa psychiatrist sebelum ini tak silap 2 tahun lepas sebab mak saya risau, dan Dr tu cakap saya mcm ada mild anxiety and time tu hanya ambil ubat tidur saja sebab masa tu saya betul2 susah tidur. Jadi Dr, adakah betul saya ada symptom anxiety atau perkara ni biasa saja? Sebab jika ada, saya nak proceed dengan pergi ke pakar insha allah. Terima kasih Dr.
mohon buat ujian DASS di website ini, ia akan beri anda sidikit gambaran tentang masalah apa anda ada.
Assalam Dr. Saya semenjak seminggu ni saya rasa serabut sangat, saya rasa otak saya berat, saya rasa banyak sangat fikir walaupun saya x nak fikir apa apa. Saya jadi cepat marah, dan paling teruk sekali saya cederakan diri saya sendiri waktu saya mengamuk. Saya tumbuk dinding, almari atau apa2 saja dekat saya sampai lebam dan kadang kala saya cut diri sendiri. Lepastu saya cepat takut. Berdebar tanpa sebab. Sakit sangat rasa. Lepastu saya slalu mengelamun, sampai tak sedar waktu tu tengah buat something important, paling saya notice waktu saya intern, saya dan akak supervisor ni tengah layan customer sorang ni. Saya tak sedar saya dah macam hilang, sampai akak supervisor tu panggil banyak kali sebab customer actually panggil saya minta tolong ambil spek lain time tu, customer saya tu padahal depan saya je. Memang time tu yang paling saya perasan. Saya rasa itu salah satu cara saya nak escape dari reality. Sebab saya rasa reality ni, berat sangat sangat untuk saya. saya anak sulung, bila balik rumah tak boleh tunjuk sangat saya tak okay, biasalah nanti depa akan cakap takpelah biasa la stres tapi jangan la stres sangat. Taktau nak tunjuk tu macam mana. Sejak dah beberapa tahun kat uni ni pun, saya dah kurang nak bergaul sangat sebab saya dah penat dengan orang, padahal saya sangat2 suka bersosial dulu. Saya rasa macam digunakan pun ada, rasa bodoh pun ada. Rasa tak guna tu jangan cakap la. Selalu je cuma teruk ke tak je time tu pemikiran saya. Jadi Dr, adakah ada simptom simptom anxiety atau penyakit mental lain pada saya? Atau ini hanya normal sahaja? Terima kasih Dr
maaf sangat, saya tak rajin nak menaip panjang. sebab soalan yg ditanya sudah diterangkan dengan panjang pd post yg anda tanya.
Ujian DASS pun anda tidak nyatakan.
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum doc. Saya tak igt nilai Dass saya, tp yg pasti ketiga-tiga markah 20 keatas. Saya buat dass dah 2bulan lebih.
Saya berumur 26 tahun, sudah berkeluarga, dikurniakn 2org anak. Sejak 2 bulan lalu saya mengalami simptom2 yang saya sendiri tak pasti apa puncanya.
-Saya akan merasa sejuk dibahagian kaki dan tangan, berpeluh dibahagian yg sejuk, rasa dada saya ditekan, setiap kali tarik nafas akan rasa sakit di dada, nafas yang tersangkut, berdebar yg melampau , gelisah, hati tak tenang, rasa nak pitam, tangan menggeletar, kebas2 , bunyi berdesing di telinga, kerap mengelamun-
Bila saya mengalami simptom ini saya akan terus rasa seakan saya akn mati , saya akan mula rasa takut akan kematian, takut yang teramat, saya rasa sprti ajal saya semakin dekat, dalam fikiran saya non stop fikir psl kematian cth: apa akn jd bila saya mati, sy sayangkan suami dan anak2, tak sanggup utk tinggalkan mereka, saya akn mati dl keadaan apa?dll.
Sejak 2bulan lalu juga saya menjadi seorg yg suka bersendiri, saya takut utk luah pada sesiapa, takut mereka tak dpt bantu saya. Sejak itu juga selera makan saya berkurang, saya tak lagi suka makan makanan kegemaran saya, saya rasa mual melihat makanan. Berat badan saya menurun. Semua ini berlaku tanpa punca yg pasti, kalau org tanya kenapa saya rasa gelisah, saya sendiri mencari2 jwpn itu. Saya tak tau. Saya buntu doc. Saya tak nak kena benda ni lagi doktor! 😭
Dan soalan saya kpd doc. Berdasarkan simptom dan cerita saya, saya mengalami apa ye? Apa yang saya perlu lakukan?Dan normal ke kalau saya mengalami simptom2 ini hampir setiap hari dan 5kali atau lebih dalam sehari?
Salam,
jelas ini masalah anxiety yg ketara.
Berubatlah dengan doktor
hi doc , saya nak tanya . saya seorang pelajar sekolah menengah . semenjak dua ni saya sering menangis setiap kali saya gagal . saya sering tidak memahami apa yang diajar oleh guru saya dan setiap kali ada latihan saya akan menangis . ujian akan datang dan saya akan menangis setiap kali memikirkannya sehingga membuatkan saya rasa saya satu satunya manusia yang paling bodoh , maaf jika kasar . kesimpulannya saya sering rasa gagal walaupun ada seseorang yang sering memberi semangat kepada saya untuk berjaya . saya seorang yang akan rasa bersemangat tu sekejap je , lagi dua ke tiga hari saya rasa gagal balik itulah apa yang saya rasa . adakah ini dibawah kategori stress ?
lebih kepada kemurungan. kemrungan semestinya akan menggangu fungsi fikiran spt focus, tuampuan dan ingatan
ASSALAMMUALAIKUM , NAMA SAYA FARA . SAYA ADA SEORANG ADIK LELAKI BERUMUR 18 TAHUN , ADIK LELAKI SAYA NI MULA BERUBAH MENJADI PELIK PADA TAHUN 2021 TETAPI TIDAK PASTI BULAN BERAPA . MULA MULA SAYA DAN SUAMI PERASAN DENGAN SIKAP PELIK BELIAU , KEMUDIAN KAWAN KAWAN KAMI DAN SEKARANG SELURUH KELUARGA PERASAN DENGAN SIFAT PELIK TERSEBUT . KALAU DULU BELIAU SUKA BERGAUL DENGAN KAWAN KAWAN , ADIK BERADIK DAN KELUARGA . SEKARANG BELIAU LEBIH KERAP TERMENUNG , MENANGIS DAN DENGAN TIBA TIBA AKAN TERTAWA . SEBELUM INI BELIAU TELAH MENGIKUTI KUMPULAN TABLIGH , MULA MULA ELOK SAHAJA SETELAH BEBERAPA BULAN BELIAU BERUBAH MENJADI SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN TADI . JIKA LEPAK/BERGAUL BERAMAI RAMAI DENGAN KAWAN , BELIAU SEKEJAP OKAY DAN TIBA TIBA SAHAJA AKAN MENANGIS TERMENUNG DAN KETAWA . KAWAN KAWAN BELIAU SELALU BERKATA BELIAU SELALU MENGINGAT MATI DAN AKAN SENTIASA KUAT BERFIKIR , JIKA AHLI KELUARGA ATAU KAWAN KAWAN BERTANYA SAMA ADA BELIAU ADA MASALAH ATAU TIDAK . BELIAU AKAN SELALU BERDIAM DIRI , BERKATA BAIK BAIK SAHAJA ATAUPUN KETAWA , DAN JIKA SEDANG AZAN BELIAU AKAN MENUNDUKKAN KEPALA SAMBIL MENGARUK/MENGOSOK KEPALA DENGAN KUAT . JIKA DIBANDINGKAN BELIAU SEKARANG SEPERTI BUKAN DIRI BELIAU SENDIRI , SEKEJAP OKAY DAN KERAP TIDAK OKAY . KAMI SEKELUARGA SEHINGGA BUNTU HARUS BERBUAT APA , SAMA ADA PERLU MEMBAWA BELIAU KE DOKTOR ATAUPUN BERJUMPA USTAZ
salam,
memberi pendapat melalui pengantaraan agak sukar ditaksir berbanding org itu sendiri memnyatakan simptom yg dialaminya.
Dari penceritaan, Saya mengagak ada 2 kemungkinan. 1. Kemurungan. 2 Psikosis.
Perlu jumpa doktor utk pengesahan dan rawatan secara hakiki
Depression:32 Anxiety:27. Stress:32
Ini kputusan ujian dass sy .
Umur sy 18 tahun
Sy nk tnya patut ke sy pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor?Jantung sy selalu berdebar tanpa sebab terutama pada waktu malam.sampaikan boleh dengar degupan jantung dengan telinga sendiri sehingga membuatkan sy rasa terganggu dan tak selesa dan tak boleh tidur .lpastu bila sy nk tido sy akan terbayang kan peristiwa² yg menakutkan atau memalukan yg pernah jadi pada sy contohnya masa umur 13 tahun saya kena patuk dgn ular , parents bawak pegi kecemasan , cucuk sana cucuk sini , naik ambulans , macam² jenis rawatan sy terima pada hari tersebut dan sy akan terbayangkan peristiwa tersebut berulang kali . Kalau tak , sy akan risau tetang apa yg akan jadi pada hari esok atau seterusnya sampai sy bayangkan sendiri apa yang mungkin terjadi dan ia membuatkan sy rasa gelisah sehingga tak boleh tidur juga .
sy juga sangat takut dan malu untuk berdepan dengan orang . Perasaan takut dan malu saya dtg tanpa alasan yg munasabah . Contohnya takut dan malu untuk pergi ke kedai membeli barang . Takut nak bayar . Takut nak bercakap dan bertanya dengan orang . Malu nak makan depan orang ramai dan banyak lagi. Kalau sy terpaksa berhadapan dengan orang , tangan sy akan berpeluh , menggigil dan jantung sy berdegup sangat kuat macam baru lepas berlari . Sy juga jenis yang mudah tersinggung , tak boleh silap walaupun sikit terus menangis , cepat marah . Sy suka berkurung dalam bilik drpd spend time dengan family sy sebab sy tak suka bercakap dengan diorang , bila diorang tanya , atau apa apa pun yang diorang buat sy akan rasa nak marah sahaja . Then sy akan menyesal sbb sy bertindak berlebihan . Sy rasa rimas dengan orang . Jadi sy pilih untuk menghabiskan masa dalam bilik sahaja.
Waktu sy bersekolah pula sy perasan perut sy akan sakit tiap kali pergi ke sekolah . Ataupun kalau sy ada pergi ke mana mana seperti bandar atau mall perut sy akan meragam macam masuk angin dan sebagainya.Bila sy di tempat lain selain dri rumah pernah juga rasa loya secara tiba tiba .
Sekarang sy hanya duduk di rumah tidak bekerja ataupun sambung belajar sebab sy takut .
berdasarkan penerangan anda, jelas anxiety yg ketara.
Namun jika nak tahu lebih lanjut bila nak jumpa pakar?
boleh baca post ini, sudah diterangkan secara detail.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
assalammualaikum doctor..sy nak tanya,kenapa sy ttbe jadi takut susah nak bercakap(gagap)badan mengigil kesejukkan bila sy kena marah dengan strangers..dan kadang bila sy keluar berjalan ttbe sy rasa mcm takut@panik dan badan mengigil kesejukkan ya
waalaikum salam,
ia symptom anxiety, sila buat DASS utk pengesahan
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum dr,
sya nak tnya, contoh situasi dimana A dan B bergaduh, bertekak mulut, tapi sya yg rasa gelisah, rasa sedih, jantung berdebar dan takut. Dalam masa yg sma sya jadi trtanya² adakah sya punca pergaduhan tu, sedangkan mereka bergaduh tak melibatkan sya. Tpi perasaan tu tiba² muncul. Adakah itu normal?
salam,
elok nyatakan ujian DASS
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum..
Contoh kalau orang tu hadapi masalah lepastu dia dah gagal banyak kali tapi dia langsung tak menangis dan tak kisah…macam orang yang tiada perasaan…adakah itu penyakit…
salam tak
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam, Prof.
Ini sekadar luahan rasa.
Alangkah baiknya kalau sy berpeluang berjumpa dengan pyschologist. Bln 6, sy bjumpa dengan kaunselor jabatan, hasilnya mild depression. Dapat jg berjumpa dgn pegawai psikologi KKM dan dirujuk ke Hospital bln 10 tapi sy x dapat pergi ke sana kerana halangan suami. Kebetulan pegawai di hospital mengenali sy, jadi dpt jg berbual over the phone..dia kata sy depression teruk. Masalahnya kes sy x dapat ikut prosedur yg sepatutnya kerana halangan suami. Doakan sy dapat terus bertahan
salam thanks for sharing
Depression- 24
Anxiety- 30
Stress – 16
Maaf saya bertanya. Normal ke kalau kita selalu sedih bila berseorangan? Sebab saya kerap sangat benda ni terjadi. Sampaikan saya tak ada mood untuk nak bercakap dengan org. Dan normal ke kalau semasa kita tengah panic tu tanggan kita jadi berpeluh, tanggan kaki jadi shaking dan sampai boleh dengar jantung laju sendiri??
Salam,
Symptoms dinyatakan adalah kemurungan dan axiety yg semestinya tidak normal.
Dan boleh menjadi lebih parah dan menggangu hidup
Baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Hi Doc, saya ada sedikit soalan. Saya pernah alami depression, tapi saya rasa saya sudah sembuh sekarang walaupun xpernah ambil apa2 rawatan profesional. Adakah depression saya betul2 sudah sembuh atau saya hanya tipu diri sendiri? Sebab kadanag2 saya still takut tetiba hilang kawalan 😅
anda org terbaik tahu, bukan saya.
boleh check DASS utk kepastian
Masalah penerangan ringkas, utk jawapan complex
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Salam. Hujung minggu ini genap 2 tahun saya hadapi trauma. Mcm2 method saya da try. Termasuk lah ubat. Adakah saya dah gila? Saya anxiety, tak nak keluar rumah kalau xde benda penting, kerja x semangat. Selalu sakit
Anxiety atau PTSD bukan kategori gila, Masih boleh sembuh dan bekerja
dass
10
6
16
Ok xyah publish soalan saya td. Reply sini bole doc? Akaun tu papar muka pula
Saya tertekan apabila budak bawah umur saya suka tengking saya walaupun sudah bercakap dengan lembut,kadang2 suka buat gurauan fizikal yang kasar dan kata2 yang menyakitkan hati dan tidak memberi peluang untuk mengatakan sesuatu untuk 2 kali sebab saya kurang dengar dengan jelas .itulah kekurangan saya,saya tidak berani untuk beritahu orang keliling sebab nanti menyusahkan orang,masalah saya bagi dekat orang padahal orang tu ada banyak untuk fikir masalah lain lepastu tambah masalah saya yang akan membebankan orang lain,saya dah terluka sampai mahu lari keadaan yang menyakitkan ini,jiwa saya penat sebab banyak mengalah pada bawah umur saya.saya tak tahu apakah memendam lebih atau meluahkan kepada orang lain.tapi sampai 1 masa saya tak tahan dan mahu meluahkan perasaan saya .Sedih bila yang muda merendahkan yang lebih tua.saya lepas dia marah,saya tak kawal perasaan marah lepastu saya akan campak barang sampai hancur dan akan hantuk kepala saya sampai sakit,masa dah tak fikir sakit fikir tertekan jelah.harap saya dapat kekuatan untuk pertahankan diri saya.
Assalamualaikum , saya nak bertanya. Tadi saya pergi ke tabung haji untuk buat akaun anak yg baru lahir. Tetiba datang perasaan sebak yg amat sgt sampai rasa macam nak menangis. Seolah hati memanggil nak pergi haji. Adakah itu normal. Saya dah pernah pergi umrah 2 kali 2016 dam 2023 . Saya rasa perasaan tu sedikit pelik dan pertama kali berlaku
Salam,
jika sekejap sahaja, itu biasa, ia jadi significant bila berpanjangan (lebih 2 minggu) dan gangu hidup