BAGAIMANA TAHU PENYAKIT ANXIETY ATAU KEMURUNGAN KITA SEMBUH ?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan January 20 2020

BAGAIMANA TAHU PENYAKIT ANXIETY ATAU KEMURUNGAN KITA SEMBUH ?

 

Saya menerima satu soalan menarik. Mungkin tiada dalam post-post saya terdahulu.

 

KEBANYAKKAN SOALAN LAIN DITANYA OLEH PEMBACA, SEMUA SAYA SUDAH SENTUH DALAM POST-POST LALU.

 

Mungkin ramai yg lebih gemar bertanya tanpa usaha membelek dan membaca post-post saya. (bukan marah).. tapi memang ada sikit geram ha ha….

 

SOALAN

Assalamualaikum doc…sy ____ dari ____ … saya ada gerd + anxiety + panic attck … sekarang saya sudah on ubat sertraline … 1 hr 1bj… alhamdulillah serasi… tapi kadang2 panic dan anxiety ni datang jengah juga tp tak seteruk dulu…. sebab saya fikir saya ni boleh sembuh atau tidak…macam mana nak totally sembuh yea dr…. ada cara lain tak?

 

RESPON RINGKAS SAYA;

Should be free of symptoms (about 90%) 100% susah capai. then able to work and function, finall DASS score is stable.

ADA BEBERAPA INDIKATOR mengetahui seseorang sudah stabil dan ubat antidepressant boleh dikurangkan.

  1. Untuk episode pertama penyakit, rawatan antidepressant mesti diteruskan minimum 6 bulan bergantung keterukan situasi. Kalau sudah capai tempoh haul.. then baru boleh fikir nak kurang ubat..

Yg belum cukup haul, nak berhenti boleh, tapi ambil risiko sendiri untuk relapse balik.

 

  1. Simptom sudah stabil kalau boleh 90% dah baik (nak dapat 100%) agak sukar, inilah realiti kehidupan.
  2. Boleh berkerja, atau belajar dan beri tumpuan. Lebih objektif, keputusn peperiksaan bagus dan prestasi KPI kerja bagus.
  3. Tiada lagi “stressor” atau punca masalah yg mencetus penyakit. Contoh punca stress pasangan, dan kini pasangan sudah berubah melalui sesi kaunseling oleh doctor.
  4. DASS score sudah normal.

Ada yg bertanya bila boleh berhenti tanpa menyatakan scenario penyakitnya secara detail.  Maka agak sukar saya menjawab..

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

52 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires