DILEMA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN IBUBAPA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PSIKIATRI/PSIKOLOGI. APA SOLUSI?

by Prof Dr Ramli Musa under 6. Masalah Psikologi Kanak-kanak dan Pendekatan Keibubapaan December 9 2020

As salamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis post seterusnya ini setelah menerima beberapa soalan dari pembaca website ini. Daripada statistik direkodkan di website ini, sebahagian besar pembaca adalah remaja atau golongan dewasa muda (young adults). Hampir 60-70% pembaca direkodkan adalah golongan ini.
Masih ramai bertanya soalan seperti; “sata stress, apa perlu saya buat?” “perlukah saya berjumpa doktor pakar” “bolehkah saya berjumpa doktor tanpa pengetahuan atau izin ibubapa saya?”.
Banyak soalan saya tak boleh jawab kerana tidak dinyatakan umur anda. Mengapa umur dan latarbelakang lain penting?

Jika anda telah masuk ke alam dewasa, (definasi alam dewasa ini adalah berumur 18 tahun dan ke atas) maka, anda boleh membuat keputusan sendiri. Ini kerana umur mengundi yang mana anda akan menentukan masa depan negara pun sudah diberi pada umur “dewasa” ini.

Maksud saya di sini, pada usia begini, anda boleh membuat keputusan untuk datang sendiri berjumpa pakar di hospital tanpa pengetahuan ibubapa anda. Namun sememangnya datang Bersama ibubapa anda lebih baik. Saya berkata begini bagi mereka yang langsung tidak mendapat sokongan ibubapa mereka.

Namun adalah baik jika anda mulakan langkah mencari penyelesaian kepada kekusutan emosi ini dengan cara berperingkat-peringkat. Maksud saya di sini, mulakan dengan berjumpa kaunselor dahulu. Kaunselor sekolah (bagi yang bersekolah dan kaunselor universiti atau kolej). Perlu diketahui setiap universiti awam atau swasta pasti ada unit kaunseling dan kerjaya.

Bagi universiti yang mempunyai Fakulti Perubatan, pasti ada pensyarah perubatan psikiatri yang boleh merawat anda.

Bagi mereka yang berumur kurang 18 tahun, ya sebaiknya anda berjumpa doktor Bersama ibubapa. Namun ada kes yg ibubapa tidak membenarkan dan keadaan remaja itu sangat teruk sehingga ingin membunuh diri, maka anda masih boleh dating ke hospital untuk bantuan. Secara logik jangan sehingga ingin menamatkan riwayat masih mahu tunggu keizinan ibubapa. Jalan lain jumpa guru kaunselor supaya dia boleh teman anda ke hospital.

TAGLINE BARU SAYA; “EVERYONE CAN COME TO HOSPITAL” jangan susah hati..

21 Comments

  • Ijo says:

    Kenapa hospital malaysia lebih baik dari indonesia ya ? Apa warga disana tidak pernah sakit?

    • Ramli Musa says:

      soalan salah tempat ni..

    • MD Natar bin Hasim says:

      Assalamualikum Dr.
      Anak saya Lelaki 26th.
      Ada penyakit Sawan sejak 24 th
      Tapi jarang berlaku 1 tahun purata 3 kali setahun
      Baru Setahun dapat rawatan axinty disorder .
      Bila kerja tak tahan lama.
      Susah bangun pagi
      Malas gosok gigi
      Mandi yg sekejap sangat
      Takau menolong ibubapa
      Pinggang makan pun tak cuci.
      Solat Dah dah lama tak buat
      Dia nak yg yg baik2 masa kecik2.dengar kata.
      Cepat marah.
      Sekarang makan ubat emosi under Pakar sikitri hospital penawar pasir gudang. Emotional kerap Tak stabil.
      Apa pandangan Dr

  • nursyazwina says:

    bayaran untuk ke klinik swasta berpe untuk first time berjumpa dengn doctor untuk buat ujian DASS TEST ?

  • Ymas says:

    Tolong bagi tau saya macam mana nak dapatkan rawatan anxiety untuk anak saya .

  • Nida says:

    Salam dr..ujian das saya menunjukkan result yang teruk tp saya takut dan Tak kuatbl untuk jumpa dr.saya mula stress waktu melahirkan anak saya sampai sekarang dah 12 tahun n tekanan ditempat kerja..Masa sy baran, mmg rasa nak jumpa dr masa tu jgk, tp bila dah ok, perasaan nak jumpa dr tu hilang.

  • uina says:

    saya masih sekolah menengah. apa yg perlu saya buat untuk berjumpa dengan pakar psikiatri?

  • Ninieee says:

    Assalamualaikum, dr. Keputusan dass saya :
    Depression 42
    Anxiety 30
    Stress 34
    Saya selalu rasa tidak dihargai dan berasa diri tidak cukup bagus untuk semua orang. Kerap mencederakan diri seperti tumbuk diri sendiri dan kelar tangan :'( Sangat sukar untuk tenangkan diri walaupun dah pasang surah atau zikir.
    Pertanyaan saya, sekiranya masalah adalah berkaitan trauma dengan masalah percintaan yang lalu, adakah boleh mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak psikiatari? Ataupun akan dipandang pelik kerana masalah berkaitan percintaan?

  • Nuha says:

    Assalamualaikum dr , berapa kos untuk satu sesi di klinik doc ?

  • MAIZURA BINTI MOHAMAD ZAIN says:

    Salam doktor,saya mempunyai seorang adik ipar berumur 29,sudah berkahwin,mengalami tekanan jiwa selama 3 tahun sehingga sekarang.kami telah mendapatkan rawatan dihospital kerajaan baru2 ini,tapi doktor kata beliau tiada masalah kerana dia mampu menjawab semua soalan Dr. Sekarang ini dia tidak percaya kepada ahli keluarga utk meluah perasaan. Bantu kami Dr.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      dinasihatkan dapatkan pandangan ke2 jika kita tak setuju dgn 1 doktor.
      (second opinion)
      doktor (tak pasti pengalaman & kelayakan) kadang kala ada buat sedikit kesilapan

  • Farah says:

    Assalamualaikum Dr. Saya pelajar kolej umur 20 dan keputusan DASS depress 38, anxiety 28 dan stress 30. Macam yang Dr kata..umur 18 dah boleh buat keputusan dan pergi ke hospital sendiri..tapi saya masih dikingkong dan dilarang untuk ke mana2 tanpa pengetahuan parents. Walaupun di kolej tetap dilarang keluar sebab kembar saya akan report ke parents sedangkan dia bebas ke mana2. Saya malas dan tak suka untuk report balik perbuatan kembar saya walaupun selalu dibuli sedangkan saya kakak. Jadi apa patut saya buat? Kadang ada jugak story kat kembar dan ibu yang saya ni kadang stress dan selalu takde energy tapi diremehkan. Mereka anggap saya malas dan bagi banyak alasan. Selalu sangat rasa diabai dan useless oleh orang sekeliling. Pendapat dan impian saya selalu direndahkan dan dianggap tak matang. Apa patut saya buat ye? Nak pergi rawatan tak boleh..nak jumpa kaunselor kolej pun kami pdpr sekarang dan parents tak galakkan saya kembali ke kolej. Nak mengadu pada sesiapa pun saya tiada sesiapa. Apa saranan Dr ye? Saya selalu search website untuk merawat sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain tapi takde yang berkesan. Maaf saya Komen terlalu panjang.

    • Ramli Musa says:

      salam
      ini masalah perbezaan pendapat dlm keluarga.
      seperti anda baca dan saya tulis, 18 tahun cukup utk buat keputusan
      jadi tindakan dan keputusan ditangan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires