by Prof Dr Ramli Musa under 6. Masalah Psikologi Kanak-kanak dan Pendekatan Keibubapaan April 9 2021
As salamualaikum
Bunyi tajuk ini agak keras, namun inilah kenyataan yang keluar dari hati seorang anak untuk difikirkan.
Tercetus idea untuk saya menulis berkenaan topik ini agak lama, namun atas kekangan masa, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya menulis.
Idea ini tercetus apabila saya berjumpa beberapa klient remaja atau “young adult ” yang menyatakan keputusan berjumpa saya tidak diketahui oleh ibubapanya. Malah baginya adalah lebih baik dia tidak memberitahu kerana bukan sokongan yang akan diterima tapi cemuhan kerana dianggap sebagai individu lemah.
Sikap bapa yang terlalu tegas tidak mahu menerima pandangan orang lain, panas baran dan “dialah selalu betul” menyebabkan hubungan emosi dengan anak-nak jauh. Dalam kes lain, si ibu boleh menjadi penguat semangat atau “a buffer person” atas kekurangan bapa Namun dalam kes ini, si ibu tidak. Si ibu selalu membandingkan antara anak2 dan kasih sayang pula berbeza-beza.
Saya melihat ramai anak-anak yg menanggug kesan emosi akibat salah pembawakan keibubapaan. Ada ramai bapa yg tidak kisah memberi perhatian emosi pada anak-anak. Sebagai ibubapa, penting kita memeluk, memegang tangan, bercakap, bertanya khabar dengan anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa. Hubungan emosi yg erat penting.
Bapa yg garang, menengking, mencemuh, membuat perbandingan masa mudanya atau perbandingan dengan anak-anak lain akan menyebabkan anak-anak memberontak dengan pelbagai cara. Perkataan toxic pada anakanak adalah ” dulu zaman abah….. lagi teruk… atau tengok kakak awak, tak macam awak”
Akhirnya si anak membuat keputusan sendirian. Bagi saya remaja begini adalah bijak kerana paling tidak mereka berfikiran rasional dengan mendapatkan bantuan pada salur dan orang yang betul. Mereka tidak ke arah memberontak seperti bergaul dengan rakan-rakan tak elok dan mengambil dadah.
Seperti biasa pendekatan saya adalah mencadangkan kaunseling keluarga “family therapy” bersama ibubapa kerana anak-anak lain pun sudah terkesan secara emosi.
Kesimpulan yang perlu kita pelajari sebagai orang lebih berumur adalah;
1. Kita sebagai manusia lebih matang dan berumur, kita perlu lebih menerima, mendengar dan berubah. Kematangan bukan diukur pada umur, tapi cara kita berfikir dan kemampuan mengawal emosi.
2. Bukan semua anak2 boleh dibesarkan dengan 1 pendekatan atau secara ringkasnya, tiada prinsip “one size fits all”. Kalau dulu kita berfikiran hidup kita susah tapi berjaya, maka anak-anak kita mesti sama perlu dididik tegas dengan istilah ‘tiada apa pun tidak boleh’. Kita salah.
3. Kita tak boleh buat anggapan bahawa apa berlaku pada kita dulu boleh digunakan pada zaman sekarang. Realitinya zaman berubah. Dulu dan sekarang tidak sama. Dulu tiada WhatsApp, Instagram dan lain-lain. Dulu rakan alam maya adalah tak wujud.
Fikir-fikirkan..
Prof Dr Ramli Musa
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Assalamualaikum Prof. Saya dah berumur 21 tahun. Sekarang saya sedang jalani pengajian tinggi Saya Dan next sem Saya praktikal. Saya ingin meminta pendapat prof apa yang saya perlu lakukan? Adakah saya sedang mengalami stress/tekanan/depresi?
Saya jenis tidak suka memberontak tapi sejak di spm Saya jumpa minat Saya untuk belajar dlm bidang akaun Dan business. Tetapi ayah saya melarang dan membantah. Hendak pergi Camping sekolah pun dia melarang.
Then, Saya tetap sambung minat saya. Hingga kini dia sering mengeluh dan mengungkit perkara tu hingga buat Saya rasa marah dan sedih. Tapi apa boleh Saya buat hanya diam dan terima apa sahaja yang ayah Saya mahu katakan.
Kadang-karang Saya rasa sangat tertekan ayah saya sering kaitkan kisah tu dengan mana- mana keadaan. Contoh ayah selalu kata kalau kau amek engineering akan senang. Mcm ni tak ada masa depan😭😭. Saat tu saya mula mudah sentap, terasa, kadang rasa jadi anak tak guna.
Setiap keputusan atau pendapat yang saya nyatakan , dia akan kata tidak dan tak boleh. Sehingga saya nak praktikal di Melaka tak boleh. Sedangkan saya belajar di Melaka(hanya kini online di rumah). Saya hanya teringin sekali sahaja ayah terima dan suka keputusan saya. Saya penat di arah dan di atur dari kecil. Baju, kasut, makanan, warna… kesannya sehingga kini saya tak pandai buat keputusan kerana setiap sahaja perkara kecil pun saya kena bertanya dan minta izin dengan ayah. Betul anak perempuan adalah tanggungjawab ayah. Tapi saya hanya ingin berdikari dan belajar membuat keputusan sendiri. Jodoh pun ayah saya atur. Itu saya tak kisah. Saya cuma nak ayah saya belajar terima apa yang saya inginkan dan cuba untuk consider. Saya penat prof jika begini terus. Saya harap saya boleh capai kerjaya dan tempat kerja yang saya nak.
Bila saya luah perasaan dikatakan hanya ikut perasaan dan kurang iman. Ibu pula hanya mampu diam dan ikut. Kalau ibu bersuara ibu akan kena marah. Lama-lama saya jadi mudah sentap dan cepat marah. Saya tak suka sikap saya begini. Saya kesian ibu saya selalu kena marah dan bebel. Selalu salahkan ibu jadikan anak tak guna tak pandai especially kalau kami adik-beradik buat masalah.
Saya dan ibu kadang-kadang nangis sebab kami terlalu penat nak urus rumah. Lelaki di rumah ini semua tak nak membantu kami membuat kerja rumah. Mana saya nak kelas nak masak nak kemas rumah. Kami sangat penat.
Apa yang perlu saya lakukan prof untuk hilangkan rasa memberontak, marah, emosi ni? Saya tak mahu jadi anak derhaka dalam diam😭😭😭
salam,
jelas bapa anda mempunyai cara parenting yg kita panggil authoritarian iaitu mengongkong dan krisis tentang pilihan berlanjutan kerana dia jenis begitu.
saya lihat kaunseling keluarga pasti dapat merungkai krisis yg berlanjutan.
reality parenting yg bagus, umur 20an ibubapa perlu memberi kebebasan berpantau pd anak2
tentang penyakit atau tidak, baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum Prof. saya berumur 21 tahun. saya anak tunggal. saya baru habis belajar diploma dalam sebulan lebih tapi takde intern. bapa saya tidak benarkan saya bekerja, saya keluar dengan rakan rakan yang dia tak kenal, kadang dengan yang dah kenal pun takbagi. nak keluar dengan kawan ‘lelaki’ apatah lagi. amik lesen kereta pun belum katanya “jangan tergesa gesa sangat” katanya nak suruh saya bekerja dengan kawannya tapi sampai sekarang dah sebulan lebih saya habis belajar saya duduk dirumah sahaja, sedangkan kawan kawan saya yang lain dah bekerja dah. saya ni takpernah bekerja dan langsung takde pengalaman bekerja dan kehidupan di luar. saya raa saya hidup di bawah tempurung sahaja. bapa saya bukannya ada banyak duit pun macam dalam drama anak tunggal mesti kaya. dan bapa saya suka mengarah ngarah orang buat itu ini. adakah bapa saya terlalu mengongkong saya?
benar, bila anak sudah meningkat dewasa, perlu ibubapa memberi sedikit kebebasan. perkara ini boleh diselesaikan dengan sesi kaunseling keluarga agar emosi anak lebih sihat
Saya pun alami benda yang sama 😭😭😭😭😭… semua diatur, dn bila saya bersuara, saya dimaki, dikata tak hargai apa yang dibagi, Dan asyik ngeluh je.. dn saya dipaksa ikut blk kampung sbb peneman tidur.. adik2 lain tak tolong langsung buat kerja kecuali sorang je..
Dn
Saya Şangat sentap, mudah mengamuk, asyik menangis, dan ex suami pn mengamuk dengan perangai mak saya
Salam Prof.
Saya syafinaz. Making short. Since sy sekolah menengah dan smp sy ada anak 1. Rintihan saya tidak didengari oleh keluarga terdekat saya. Saya tiada tempat utk menceritakan sesuatu dan tiada pendengar yg baik.
Segala kputusan for majoriti ditentukan ayah saya. Seolah².tiada kepercayaan oleh ayah saya dan saya rasa smpai tahap sekarang ni..saya adalah manusia plg xguna, sbgai anak dan juga sbg ibu kpd anak saya.
Saya rasa prof..skiranya perkara ini bukan berlaku pd keluarga rapat seprt ayah..mgkin perasaan down sy xsehebat ini.
Salam,
Adalah penting kita memahami parenting skill. salah satunya kita kena faham anak yg sudah membesar perlu diberi kebebasan dalam menentukan masa depannya. Bapa begini boleh berubah melalui kaunseling keluarga. Kerana mereka tak sedar apa mereka buat tak betul, tapi pd mata mereka betul
Assalamualaikum Prof, saya berhadapan dengan ibu bapa toxic ni dari saya kecil lagi Prof. Mak saya susah untuk mendengar pandangan atau keinginan anak-anak sehinggakan kami tak dibenarkan membuat keputusan sendiri. Ayah saya pula hanya menurut apa sahaja yang keputusan mak saya sebab nak elakkan pergaduhan. Sekarang, saya difasa untuk mendirikan rumah tangga dan mak saya sekali lagi buat keputusan letak hantaran yang mahal atas sebab saya ada degree. Ayah saya masih menurut tanpa bantahan. Emosi saya agak tertekan dan saya tak tahu macam mana nak ubah sikap mak ayah saya walaupun saya telah nasihat tetapi seperti biasa, sekiranya anak-anak bersuara, mak ayah tak terima malah berlaku pergaduhan satu sama lain.
salam,
cara keibubapaan yg : authoritarian memang akan menggangu emosi anak2
kes begini ada 2 piihan.
1. usaha sendiri berbincang dengan ibu
2. jumpa kaunselor jika tiada kekuatan diri utk buat pilihan 1
Assalamualaikum prof, saya mempunyai seorang adik ipar perempuan yang telah ditawarkan tempat belajar di uni awam dgn kelayakan stpm.saya dan isteri sahaja yang menyokong dia meneruskan pelajaran sambil yuran pembelajaran kami sedia tanggung. Tetapi ibu dan ayahnya berkeras untuk tidak diberi peluang meneruskan niatnya itu. Dan lebih mendorong ke arah pekerjaan untuk membantu pendapatan keluarga sedangkan masih ada 3 org anak laki2 yg sudah bekerja dan menetap dirumah yg sama. Bagi ibu bapanya pekerjaan sahaja lah yg layak untuk nya buat masa sekarang sedangkan keputusan Stpm yg lepas mendapat keputusan yg cemerlang. Berbagai bagai alasan digunakan untuk menyekat hajat si anak untuk meneruskan pengajian. Pada pendapat prof, apa yang sebaiknya keputusan perlu di buat.
Salam saya amat bersetuju dia meneruskan pengajian.
Yg penting kita dengar pendirian empunya diri.
Merungkai kekusutan ini memerlukan family session atau counseling
Saya pun lebih kurang ,then saya faham kenapa saya dijauhkan buat sementara waktu ,mungkin Allah ada bagi pentunjuk saya pergi teroka sendiri abaikan apa didunia penuh kecaman ,dugaan haki maki dan lain lain .Apa apa pun tanyalah Allah ,Allah pasti bagi jalan terbaik ,saya ada fikir better tak ada didunia tetapi saya dilahirkan ada sebab disebaliknya sehingga saya sendiri tahu sebab sebenar.
I feel you sis… saya nak berbincang dengan mama saya tentang apa yang saya nak buat tapi dibantah…
Semua jadi tak boleh dan last2 saya yang Makan emosi
Assalamualaikum prof, adakah ini salah saya?
Saya berumur 23 tahun. Anak bungsu. Saya dahulu seorang pendiam dan lemah lembut. Tidak pernah bercakap kasar tetapi semenjak peristiwa berlaku kepada saya. (Depression dan some private problems) Saya semakin berubah. Saya cepat berasa marah walaupun teguran sedikit daripada ibubapa saya. Setiap kali saya bertengkar saya akan selalu menangis sebab ibubapa saya tidak fahamkan saya. Saya sangat bersedih kerana sekarang mereka berfikir saya tidak ada hati.
Salam,
reaksi emosi yg sukar dikawal boleh disebabkan oleh insiden trauma yg sangat besar.
Susah nak jawab bila insiden tersebut anda tak nyatakan. T kasih
Berkaitan s**sual prof…. semasa saya berumur 17 tahun. Tetapi dia tidak sempat, tetapi semenjak kejadian itu prof, saya berubah oleh seorang yang family saya rapat. Saya jadi takut untuk bercinta, takut untuk percaya orng…. Takut benda itu akan terjadi kat saya prof. Saya jadi bnyk masalah mental….
Asamualaikum Dr..saya ingin bertanya …sya memiliki ibu ayh memiliki 5orang ank2 Dan mereka sudah bercerai lama.. ibu sya mengawini seorang lelaki bujang Dan memiliki 2orang ank Dan becerai lgi untk ke2 kli nya…Dan sekarang memiliki lg lelaki lain malahan lebih muda Dr usia sya sdri…Dan sekarang ibu sya snggup mmbuang smua ank2 nya demi sorg jejaka yg berusia 24 ..snggup memulaukan ank2 nya 7org..kerana kami tdak mmbri Wang pda ibu kami..ap yg ptut sya buat..sya stress memikirkan permalasahan KELUARGA sya sdangkn saya sndri memiliki klurga sya sdri..
salam agak complex isu ini
perlukan family session bersama, harap anda boleh bincang dgn adik beradik dan ibu
Salam Prof, nama saya Nizam dan saya skrg berusia 25 tahun. Saya ingin bertanya..4 tahun lalu, selepas ibu saya pulang dari Eropah, saya dah pun cuba sebaik mungkin utk saya peroleh rezeki, tapi yg menjadi penghalang utk saya, adalah pekerjaan yg sukar dicari, walaupun. Dan saya lompat pekerjaan demi pekerjaan utk saya terus terbiasa dengannya. Dan pada masa yg sama, selalu sering dimarahi ibu kerana disebabkan perkara itu, ibu saya sanggup berpaling tadah terhadap anak sendiri. Dan pada satu masa, dia cuba abaikan kami. Walaupun dlm keadaan sihat dan tiada cacat cela, ada masanya dia takkan teragak-agak utk tidak pedulikan kami, kecuali keluarga sebelah ibu kami… Bahkan kami sedang membesar, kami selalu dimarahi. Sedangkan saya tahu mncari sesuap nasi utk rezeki adalah mustahil..dan pelbagai cara utk saya permudahkannya..walaupun mncari kerja demi kerja melalui talian, juga tidak membuahkan hasil..dan apa yg lebih cukup utk saya buat bila saya putuskan sepenuhnya utk kehidupan kami terus berubah..apa lagi yg saya HARUS LAKUKAN supaya rezeki hidup kami terjamin..dan buat ibubapa kami bangga dgn kami..Kerja jugak satu hal, utk mencari, menetap, dan satu masa, jalani kehidupan sendiri..Ttapi di sebaliknya, segalanya yg diperjuangkan..ditinggalkan begitu saja..Saya stress disebabkan ini..
Tahniah buat anda kerana berusaha mencari rezeki halal.
Kes begini memerlukan sesi therapy keluarga atau kaunseling keluarga untuk merungkai masalah.
Berbincang adalah jalan penyelesaian. Memang ada ibubapa yg juga bermasalah, bukan hanya anak2 sahaja bermasalah
Assalamualaikum prof. Saya nak tanya macam saya nak hadapi dan terus kuat dengan sikap ayah yang suka terus marah tanpa bincang elok2 dahulu. Buat silap sikit terus cakap bodoh, tak guna, dan ungkit2. Saya sekarang masih boleh bertahan Alhamdulillah.. saya hanya fikir itu ayah saya dan saya kne sabar sbb kita kena terima baik buruk ayah kita juga. Tapi persoalan saya sampai bila saya boleh diam dan berdabar..lama2 saya boleh mkin teruk tertekan. Saya dh dewasa. Saya ada perasaan dan juga rasa malu.
Salam,
1. Boleh cuba tegur ayah dengan cara berhemah. (jika ada kekuatan)
2. atau minta tolong org ke3 dlm family nasihatkan ayah ie emak
3. Perlukan family counseling oleh kaunselor or doktor psikiatri
Salam prof. sy sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak. sy tinggal bersama ibu sy kerana beliau ibu tunggal, dan sy mempunyai seorg kakak yg kurg upaya dr segi pemikiran juga tinggal bersama. adik beradik lain sudah berkahwin dan mempunyai rumah sendiri. 7 tahun sy tinggal bersama ibu sy. sy tak nafikan beliau byk membantu kami, sama2 saling membantu. ada kalanya kami tak sependapat. selalu saja bergaduh hal2 yg kecil. sy faham seorg ibu boleh mengungkit, tp ianya juga melukakan hati sy. lama sy pendam, ada masa sy diam, ada masa sy melawan. apa jua yg sy katakan akan di fikir negatif saja. sy beritahu dia utk tidak memburukkan org lain dan berfikiran positif, tp sy dimarahi katanya dia bukan berfikiran buruk hny meluahkan. kdg sy stress, sy luahkan pada suami dan suami suruh sy berdiam saja dan biarkan. tp lama kelamaan sy jd tawar hati utk bercerita dgn ibu sy. sy berhati2 utk bercerita sbb setiap apa yg sy katakan hny akan dipandang negatif. jrg dia setuju dgn pendapat sy sbb ibu sentiasa rasa ibu betul. bila sy berniat utk pindah, dia kata sy dah tak sudi tinggal dgn dia, dah taknak jaga dia. keadaan kami memerlukan kami duduk sendiri memandangkan anak kami sdg membesar dan perlukan persekitaran yg lebih baik. tp ibu tak mengerti. ibu susah utk menerima pandangan org lain. biasanya ibu akan berfikir yg buruk dulu sblm yg baik. ibu selalu memarahi kakak sy yg kurg upaya, selalu ckp kakak sy bodoh, lembap, pekak bila apa yg dia minta, kakak buat tak betul. bila sy kate jgn marah kakak dan bukan begitu caranya, ibu kate sbb kakak sy bodoh la dia marah. smpaikan anak2 sy hilang hormat pd kakak sy. kdg pasal anak2 sy pun ibu boleh jd marah dan keluar rumah. isunya kecil tp sbb ibu kate dia sudah tua, dia lebih terasa hati. sy sedar sy menumpang, jadi sy oerlu berhati2 apabila melakukan sesuatu. hmpir sebulan sy tak bercakap dgn ibu sy walwpn kami tinggal sebumbung. sy ambil tindakan berdiam diri drpd berkata yg tak baik sbb sy tahu apa yg sy ckp, hny akan dibidas dan dipandang negatif. sy tahu perbuatan sy ni dosa besar, sy tahu perbuatan sy salah..sy sedar jasa ibu sy membesarkan kami..tp hati sy terluka sgt. ibu juga ada bercerita perihal sy tak bercakap dgnnya ini kpd abg2 dan adik sy..sy tahu mereka juga menyalahkan sy tp tak tunjuk. mereka tak tinggal sebumbung, mereka tak tahu apa yg kami lalui. skrg masing2 ambil pendekatan berdiam diri. apa yg boleh sy buat ya prof?
Family session atau family counseling mampu merungkai kekusutan keluarga.
Selalunya punca dari ke dua pihak, jadi semua pihak perlu berubah dan tolak ansur.
Sememangnya sebagai anak kita akan terasa dengan sikap ibu.
Namun cuba mengalah atas dasar kita anak
Salam prof. Saya nak tanya macam saya nak hadapi dan terus kuat dengan sikap ayah yang suka terus marah tanpa bincang elok2 dahulu. Buat silap sikit terus cakap bodoh, tak guna, dan ungkit2. Saya sekarang masih boleh bertahan Alhamdulillah.. saya hanya fikir itu ayah saya dan saya kne sabar sbb kita kena terima baik buruk ayah kita juga. Tapi persoalan saya sampai bila saya boleh diam dan berdabar..lama2 saya boleh mkin teruk tertekan. Saya dh dewasa. Saya ada perasaan dan juga rasa malu.
Salam,
1. Boleh cuba tegur ayah dengan cara berhemah. (jika ada kekuatan)
2. atau minta tolong org ke3 dlm family nasihatkan ayah ie emak
3. Perlukan family counseling oleh kaunselor or doktor psikiatri
Terima kasih ya prof.
Tapi point no 2 tu susah sbb emak saya pun tk boleh berkata banyak sama dengan adik2 yang lain hanya mampu sabar saja.
Point no 1 tu pun agak sukar sbb kadang dia rasa dia saja yang betul.
Salam Prof. Saya nak bertanya, adakah saya dikira sebagai anak yang derhaka. Situasiny, Ayah saya seorang yang sangat baran, ego dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Mak saya selalu jadi bahan kutukan dan tempat lepaskan baran. Mak pula tiada tempat nak mengadu, jadi mak luahkan kepada anak-anak mengenai sikap ayah. Lagipun, dari kecik lagi anak-anak dah terbiasa tengok baran ayah dan selalu dengar makian ayah terhadap mak. Anak jadi kurang hormat kpd ayah. Tambahan pula, anak-anak pun dilayan sama spt mak, lagi teruk agak culas dgn tanggungjawabnya kpd keluarga. Haritu saya hanya nyatakan yg pendapat saya (hanya pasal servis kereta saya), tp ayah bermati-matian taknak dgar dan tengking saya depan org. Dan ayah terus berleter yg mengarut2. Saya jd jauh hati dgn ayah dan tak bercakap sgt dgn ayah sbb taknak bergaduh besar. Adakah saya dikira sbg anak derhaka sbb terasa hati dgn ayah?
Salam,
saya banyak mengendali situasi begini. Anak2 mempunyai perasaan sangat benci pada ayah yg tidak bertanggungjawab dan baran. Keadaan dapat diredakan dengan sesi kaunseling berkala dan keluarga lebih harmoni dan tenang.
Pandangan saya amat rugi diri bapa yg bersikap begini. kerana dia akan hilang rasa dihormati oleh anak2
Salam prof.Saya nak minta pendapat prof,saya akan ambil SPM calon persendirian tahun ini itupun ibu saya paksa.Sejujurnya saya tak bersedia lagi,sebab ada beberapa isu dan saya ada perancangan sendiri untuk masa depan saya.Adakah patut saya teruskan atau tidak ambil ujian ini walaupun tak sedia?
salam,
Jawapan persoalan bole ya dan tidak bergantung keadaan kita dan expectation ibubapa.
perlu sesi kaunseling
Salam Prof. Mohon bantuan. Saya tak pasti samada saya boleh dilabel sebagai anak derhaka.
Saya membesar sebagai anak sulung, perempuan daripada dua beradik. Parents saya bercerai ketika saya berumur 14 tahun.
Daripada kecil, saya dididik dengan keras agar menjadi seorang yang kuat & tegas hanya kerana ibu saya juga seorang yang garang & tegas. Dia mahu saya membesar menjadi sama seperti dia. Tapi sepertinya saya membesar menjadi seorang yang panas baran, keras kepala & kuat melawan. Semasa kecil saya banyak menyaksikan keganasan rumah tangga antara ayah & ibu saya.
Apabila meningkat usia sekolah rendah, saya mula menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan oleh ibu bapa. Privasi saya tidak dihormati. Duit tabung saya diambil tanpa kebenaran. Ditengking. Dipersalahkan. Dibaling dengan objek. Perlu menanggung malu dengan sikap kaki judi & kaki perempuan bapa saya. Ketika itu saya hanya diam dan tunduk.
Apabila meningkat remaja, saya mula berani bertentang mata dengan mereka apabila dimarahi. Ketika remaja juga saya pernah ditampar berkali kali oleh ayah hanya kerana saya rancak berbual dengan kawan melalui handphone. Saya tidak mempunyai kawan disebabkan sikap kasar saya. Jadi apabila ada yang nak berkawan saya jadi seronok. Saya juga pernah dipukul oleh ibu di depan saudara mara sehingga hidung berdarah hanya kerana saya bising akibat seronok berbual yang akhirnya menjadikan saudara mara saya juga menjauh.
Situasi situasi ini menyebabkan saya mula melawan, memberontak seterusnya dianggap seperti anak derhaka kerana hilang hormat pada mereka.
Selepas ibu bapa saya bercerai, ibu saya hadapi tekanan untuk bekerja. Saya menjadi punching bag setiap kali dia stress. Dikatakan malas, tak reti buat kerja rumah sedangkan selepas balik sekolah saya akan bersihkan rumah tetapi sering dikatakan rumah kotor. Tak pasti KPI yang macam mana perlu saya capai sehingga dikatakan bersih. Saya belajar masak tetapi masakan saya tak pernah dihargai, dikatakan tak sedap dan tidak langsung dijamah yang jadi punca saya tidak ingin masuk ke dapur & lebih suka beli diluar.
Kini saya menginjak dewasa. Usia menghampiri 30an. Sudah berkahwin & mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan. Saya meminta dengan suami untuk tinggal bersama ibu saya kerana dia tinggal berseorangan & kondisi kesihatan dia yang tak berapa baik.
Tetapi sekarang saya rasa saya mahu keluar dari rumah kerana tertekan dengan sikap ibu saya yang tak habis habis bersikap ‘selalu betul’ & ‘aku boleh buat sendiri kalau kau takda sekalipun’.
Macam biasa, masakan saya takkan dijamah. Dia sering melemparkan kata kata yang menyakitkan hati saya sedangkan saya masak untuk suami & mertua elok saja mereka puji & beri komen kalau ada kurang / lebih. Bila saya tegur sikap dia terhadap saya, dia melenting.
Konsep no salt, no sugar yang saya tetapkan untuk bayi saya tidak dihormati. Bayi sering disuapkan makanan dewasa ketika saya tidak ada bersama dengan alasan ‘elok je anak aku beso, jadi orang juga’. Bila saya marah tindakannya itu, dia kata saya memusuhinya.
Saya tahu, berdosa melawan kata ibu bapa. Tapi adakah saya saja yang akan dibakar api neraka? Adakah ibu bapa itu maksum sehingga anak anak perlu pendam setiap perbuatan & kata kata mereka?
Salam,
satu perkara masyarakat perlu pelajari dan sedar, kadang kala penceraian tidak dapat dielakan dan kadang kala ia penyelesai kepada kekusutan kehidupan. Namun penceraian itu hendak lah dilakukan dengan rasional dan tidak menjadikan anak2 sebagai mangsa kekeciwaan emosi ibubapa bercerai.
Kesan menjadika anak mangsa akan meninggalkan kesan mendalam berpanjangan,
Saya tidak rasa anda di pihak bersalah, malah saya merasakan anda menjadi mangsa keadaan.
Dala kes ini, family counseling atau family session dapat merungkai hubungan y keruh dn kembali harmony
Salam prof , Saya belajar lagi tapi di tahun 2 degree umur saya tahun depan 22 . Saya ada nyatakan hasrat nak berkahwin time belajar tapi parent saya tak izinkan sebabnya abang saya tak kahwin lagi & saya masih belajar lagi katanya . Satu lagi parent saya tak setuju dengan pilihan saya nak kahwin dengan duda anak 3 sebabnya mereka ckp komitmen dia tinggi . Ada tips tak untuk pujuk parent yang tak bagi anak berkahwin pada usia muda ustaz dan macam mana nak fahamkan mereka yang saya boleh terima anak2 tiri ? Duda bercerai hidup dan bekas isteri dia telah berkahwin
Alasan mereka yg lain sebab pilihan saya terlalu jauh , mereka nak saya duduk dekat dengan mereka walaupon dh berkahwin . Saya dah bagitahu ada buat sunat istikharah sebelum saya betul2 terima pasangan saya tapi tak diterima . Bila saya nyatakan hasrat nk berkahwin saya dikatakan bukan diri sebenar . Mereka seolah-olah mewajibkan saya untuk habiskan degree terlebih dahulu dan saya tahu niat itu baik . Tapi mereka kurang percaya dan yakin dengan diri saya . Jadi saya sendiri tak tahu mcm mana nk nyatakan yg mmng diri saya sendiri nak berkahwin , tiada paksaan daripada mana mana pihak . Saya dah nyatakan yg InshaAllah saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaik yang mungkin dan tahu perjalanan hidup saya pasti akn berubah juga , saya dah bersedia . Tapi bg mereka saya masih terlalu muda dan mentah . Saya pon dah buntu macam mana nak fahamkan mereka
Mereka ugut saya dengan katakan saya tak ingt jasa dan pengorbanan mereka besarkan saya . Adakah permintaan saya salah untuk berkahwin di usia muda sehingga mereka berkata sedemikian ?
salam isu begini, tiada pihak benar atau salah.
Ibubapa ada pandangan berbeza dan boeh melihat situasi kehidupan sebenar.
Namun kadagkala cinta membuatkan kita keliru.
Isu mudah Ibubapa tak benarkan kahwin. jadi pelbagai sebab dan syarat dinyatakan.
Tak susah untuk memahami keadaan begini.
Kaunseling keluarga jalan penyelesaiannya
Lelaki atau orang tua mereka tak mahu ambil saya sebagai menantu .. kerana majoriti orang tua pasangan saya risau menjadikan saya sebagai menantu kerana anak lelaki mereka melihat bagaimana perilaku orang tua saya dan keluarga perlaku kan saya.. dan orang tua akui bahawa saya anak yg derhaka, penagih dadah, penjenayah, prnh rumah mak sedara sy terbakar,mereka mengesyaki sy yg melakukan, hingga tersebar 1 kg tentang siapa yg bakar rumah makcik sy, sedangkan sy tak buat, mak bpk saya penah kata mereka jijik dgn saya, dan saya ni adalah anak yg paling pengotor, pelacur ,jalang, bapa saya penah tengking saya bohsia.. pukul saya.. ramai yg tahu macam mana adik2 dan orang tua sy melakukan sy sbgai ank perempuan.. mereka juga menceritakan tentang sy pd sedara mara dn adik beradik serta nenek atuk sy tentang keburukkan anak perempuan mereka ini, mereka kata saya pemalas, biadab, kurang aajar, tak hormat orang ,tak bersyukur, tak kenang budi, kalau saya bersih kan rumah pun , mak saya kata kemas bodoh2 je.. sedangkan penat saya smpai trpaksa biarkan ank menangis mntk susu, semata2 kemas rumah serbersihnya.. tapi mak saya rasa saya buat tk cukup memuaskan dia..mak saya ckp kt org n kakak dia sy kuat melawan.. makbpk sy teriak saya dpn adik2 dalam rumah smpai org dengar.. mereka teriakkan, “bodoh ko bukan anak aku, aku tk mengaku ko anak aku.. anak haram jijik bohsia.. ” .. ini penyebab org takut nak jd kan saya menantu, dan pasangan bkn tidk blh trima saya.. tetapi org tua mereka merasa mereka tidak blh ambil perempuan yg bermasalah dan buruk sejarahnya utk anak mereka atau utk masukkan saya kedlm keluarga mereka nanti.. ibaratkan saya mungkin akan mendatangkan bala atau musibah.. mereka nampak perbuatan saya yang mak bpk sy akui sendiri.. dan ramai org ,saudara mara, anak saudara, makcik pakcik, atuk nenek takut dan tak mahu dekati saya dengan anak saya.. sehinggakan sepupu sy seperti menjauhkan anak mereka utk bermain dgn anak saya.. bila anak sy keluar rumah dia panggil2 sepupu nya, tapi tak disahut dan layan.. malah mereka cepat2 masuk ke dlm rumah..orang taknak dekat dgn saya kerana pengakuan orang tua saya sendiri pd org luar mengenai bagaimana anak perempuan mereka atau perilaku anak perempuan mereka dirumah.. telah luas di sebarkan membuat org sangat risau nk kahwini atau jd kan saya kawan mereka atau mereka takut nk ambil sy bekerja dgn mereka..
Maaf saya susah nak komen sebab kurang faham situasi sebenar.
Anda kata org kata ramai macam2 buruk tentang anda tapi anda tak buat. Jadi man satu betul?
Apa pun sesi kaunseling keluarga pasti membantu dan merungkai banyak isu.
Kita juga ingin melihat sama ada anda ada masalah tingkahlaku
Saya juga stress Dr. Hari2 kerja. Pergi pagi balik malam. Sampai rumah mak bebel sebab tak tolong di dapur, tak tolong lipat baju. Sedangkan saya nak bergerak pun dh tak larat. Kekangan ekonomi membuatkan saya perlu pulun untuk cari duit.
Nampak macam kecil padahal benda2 mcm ni terlalu membebankan saya. Sikit demi sikit saya rasa nak gila. Asyik gunakan kuasa veto, aku mak kau anak. Aku syurga kau. Saya tak mahu bahas dari sudut agama. Saya tahu saya bukan anak yang baik bila selalu melawan dek kerana betul2 tak larat nak handle rumah dan kerja dalam satu masa.
Adik2 dah besar. Saya yang sulung. Sedari kecil menjadi yang sulung sangat berat. Harus menjadi contoh. Mak melarang saya mendirikan rumah tangga awal (F27) kerana merasakan saya masih muda dan tidak layak untuk berkahwin. Sedangkan adik saya telah pun melangsungkan majlis pertunangannya pada usia 21 tahun.
Saya stress doctor. Meluahkan apa saya rasa kepada mak tidak mengubah apa2. Yang ada dia tarik muka. Pasangan toxic kita boleh buang. Tapi keluarga? Saya buntu Doctor. Emosi saya jadi tak terurus. Saya jadi temper. Saya bingung setiap hari.
Bahkan event keluarga sebelah mak pun saya tak mahu pergi. …
Hi assalamualaikum. Ibu bapa saya kata saya seorang yang pentingkan diri langsung tak ambil kisah pasal mereka sebab saya selalu duduk dalam bilik. Tapi saya buat kerja rumah dan memasak untuk ibu bapa saya. Saya selalu je tengok2 mak ayah saya kot2 perlukan bantuan. Tapi rupanya apa yang saya buat tu tak cukup. Adik beradik saya selalu kata yang saya ni tak function pon kalau ada kat rumah sebab mcm tak wujud. Saya seorang yang berbadan besar dan dari dulu lagi keluarga saya suruh saya turunkan berat badan dan mereka nak hasil yang cepat. Selalu keluarga saya menekan saya dengan kata-kata yang tak memberangsangkan yang buatkan saya rasa sedih. Saya usaha, saya bersenam dan jaga makan. Kalau badan saya naik sikit sebab stress, keluarga saya akan cakap makin gemok la kau ni. Saya terasa sebab saya penat mental fizikal berdiet tapi keluarga saya tak nampak benda tu nak hanya nakkan hasil. Saya tak kisah orang luar mengutuk saya tapi janganlah keluarga saya sendiri kutuk saya. Saya sensitif kalau pasal keluarga. Saya tau keluarga saya bukannya jenis bercakap lembut dari dulu lagi. Words of affirmation, kata-kata pujian semua tu sangat samar dalam keluarga kami, banyaknya bercakap dalam nada yang agak tinggi dan kurang mesra dan kadang2 je gelak sama-sama. Ibu bapa saya bukannya jenis bertanya apa masalah sampai gemok, kenapa asyik duduk dalam bilik. Keadaan yang mcm ni buatkan saya dah terbiasa memendam dan bukannya jenis meluahkan masalah dekat keluarga dan itu puncanya saya lagi selesa duduk dalam bilik. Saya bermasalah sangat ke kat sini, saya anak yang teruk ke
saya melihat dalam satu krisis keluarga, selalunya ia disumbangkan oleh kedua belah pihak.
Maka kedua pihak perlu melakukan perubahan agar kita dapat capai matching point. Matching point ini perlukan sesi kaunseling keluarga yg kadang2 perlukan sehingga 2-4 sesi.
hi doktor , saya nak tanya , saya sudah berumur 19 tahun , dan saya juga mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kerana saya mengalami kemurungan & anxiety , doktor disana mencadangkan agar saya keluar dari rumah dan memulakan hidup baru , tapi saya masih was was adakah saya masih dibawah jagaan ibu saya atau tidak . adakah saya berhak untuk keluar rumah tanpa persetujuan ibu ? dan jika sesuatu berlaku , adakah saya perlukan medical report untuk mengesahkan bahawa saya tak boleh tinggal bersama ibu saya kerana ibu saya juga seorang pesakit depression . tolong jelaskan langkah awal yang patut saya ambil
Assalamualaikum Prof… saya masih berumur 17 tahun yang menghadapi masalah keluarga… saya tinggal dengan nenek saya… nenek saya kerja babysitter tapi dia sakit lutut… setiap kali nak ke sekolah saya rasa agak risau nak tinggalkan nenek saya di rumah walaupun saya ada adik berumur 14 tahun yang boleh jaga dia… kalau saya di sekolah, saya akan gelisah dan risau takut apa-apa jadi di rumah… ketika periksa saya jadi stress disebabkan hal ini… apa yang patut saya buat?
Salam
saya kurang pasti apa dimaksudkan masalah keluarga.
Tapi saya agak masalah kurang perhatian ibubapa atau ibubapa berpisah ?
apa kata jumpa kaunselor sekolah dulu. namun berhati-hati dgn kaunselor yg tidak menjaga kerahsiaan.
Boleh nyatakan ujian DASS untuk saya tahu keterukan keadaan
baca ;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam Prof,
Dalam keluarga saya, disyaki ibu saya narsisistik. Kakak saya sudah melarikan diri dari rumah beberapa tahun lepas dan tidak kembali lagi kerana ketidak sefahaman dengan ibu saya. Kami mengatakan yang ibu perlu pujuk & kurangkan “derhaka”kan kakak, ibu juga perlu minta maaf. Tetapi ibu lebih marah & mengatakan kakak derhaka. Isunya kerana sejak kecik lagi kakak sering di “derhaka” kan, ibu memalukan kakak di hadapan kawannya.
Saya & abang pun mengalami benda sama. Perkara yang kami sering alami adalah, ketika kami keluar ke sesuatu tempat, ibu akan call/message bertubi suruh balik sekarang & diderhakakan kerana terlewat sikit. Ini menyebabkan kami membawa kereta tergesa2 dan terpaksa reply/jawab call ibu kami. Di tempat kerja pun sama, sedang kerja, ibu marah2 di message di derhaka kan.
Kisah saya pula, sejak kecil saya turut sahaja kehendak ibu, belajar itu, jurusan ini, alhamdulillah ikut juga & sudah banggakan kedua ibu bapa saya. Namun, sudah 2 calon isteri saya tampil kan kepada ibu, tetapi tidak direstui. Sehinggakan org sekeliling pun perasan bahawa ibu terlalu cerewet atau queen control terhadap pasangan anak. Calon yang terakhir ni, sudah tepati segala kriteria dlm Islam, dan saya sudah yakin sangat. Ayah & abang, serta keluarga belah calon restui kami. Ibu tidak restu kerana alasan bahawa dia rasa itu bukan jodoh. Dan dia sering derhaka kan saya, kata saya buang dia, sedangkan saya berbaik sahaja, tetapi ibu yang memilih untuk begitu.
Apakah yang saya perlu lakukan Prof? Mohon sangat bantuan dari prof.
salam,
benarlah apa yg saya tulis, kadang2 ibubapa tidak menyedari bahawa mereka juga perlu dibetulkan.
Cara untuk mere sedar tantang tingkahlaku mereka memberi kesan negatif pada anak2 adalah dengan membuat kaunseling keluarga oleh mereka yg berpengalaman.
usahakan ke arah itu agar keadaan kembali harmony
salam.. saya berusia 25 tahun. ibu bapa saya sudah lama berhenti kerja dan sudah bertahun2 masuk skim cepat kaya seperti rbo yang bagi saya itu adalah sindiket penipuan. sudah berkali2 saya memberitahu bahawa skim itu ada skim penipuan, tapi mereka tetap berdegil. paling terbaru, dia meminta saya untuk bank in rm10 kepada skim tersebut kemudian saya bertegas utk tidak transfer rm10 tersebut kerana tahu ianya satu pembaziran. dan bila saya tak nak transfer, ibu saya mula menangis dan mengatakan seolah2 saya ini anak yang tidak baik dan saya akan menyesal kerana tidak menurut kata2nya. kerana itu saya mula serba salah dan tidak mahu dianggap anak yang derhaka, lantas saya pun bank in jugak rm10 kpd skim tersebut. jadi saya nak tanya, adakah sbg anak kita harus menurut saja kehendak ibu bapa walaupun hal itu salah, dan apakah saya akan dapat tulah jika saya tidak menurut kehendaknya?
Saya setuju dengan tindakan anda tidak melayan perkara yg merugikan
salam prof…saya seorang anak yg sulung kepada 2 adik beradik…sya berumur 32 tahun…dan bru sja mulai kehidupan berumah tangga…ayah sya telah lama meninggal dri sya berumur 17 tahun dan adik prempuan berumur 9tahun ketika itu…kmi dri kecil dia ajar oleh ibu kami dngan keras…sehinggakan kadang2 kwan2 pun kmi takut untuk bwa ke rumah di sebabkan perangai ibu kmi yg sngat tegas sehingga kawan2 pn tkut ke rumah…dan sehingga hari ini ibu masi seperti ini…dan jika ada kesilapan yg kami buat kami selalu dipersalahkan sebab membebankan fikiran dan mentalnya…sehingga semua kebaikan kami yg kami pernah lakukan di lupakan serta merta oleh kesilapan kmi itu…dan tiap kali ada masalah kmi cuba jelaskan…tpi ibu langsung tidak mahu tahu malah tidak menerima penjelasan dan pendapat kami…ibu sentiasa merasa diri dia sentiasa betul dan mahu kami menjadi anak yg sempurna di mata nya tanpa melakukakan sedikit kesilapan…dan paling membuatkan saya muak kadang2 di sebab ibu sering gunakan keagamaan tuk menegur kami…seperti kami langsung xpernah berbuat baik terhadapnya dan melabelkan kami sebagai anak2 yg tidak mau dngar cakap, derhaka dan sebagainya…dan dia sering mengungkit2 setiap hal yg kmi buat pada masa lalu…saya jadi kurang senang dengan sikap ibu saya…bila saya mahu bersuara atau menyampaikan pendapat dan menjelaskan sesuatu keadaan…ibu langsung tdk mahu terima dan menggangap sya selalu melawan ckp beliau…walhal sya sudah berada di peringkat seorang wanita yg sudah dewasa…dan sudah smpai masanya sya bersuara untuk mngeluarkan pendapat sya sendiri apa yg sya rasa betul dan perlu sya buat…apa patut sya buat untuk ibi sya prof?? semkain hari sya semakin tertekan dngan hidup bru berumah tangga…ekonomi tdak stabil dan sikap ibu yg selalu mau betul ini?? terkadang sya berfikir mau pergi jauh dri ibu sya kerna sya merasa diri sya sebgai anak yg langsung xberguna….apa patut sya buat prof???
salam,
setiap kita yg menjadi ibubapa, perlu mempelajari skill keibubapaan
antaranya skil mendengar dan memberi kelonggaran / freedom pada anak2 yg sudah membesar sesuai/bergantung pd umur anak,
tiada lain untuk mengutarakan isu ini selain membuat sesi / kaunseling keluarga. untuk anak mengutarakan selalunya akan menyebabkan perbalahan tanpa ada org ke3 professional .
saya tak pasti di mana anda tinggal.
Dah mcm2 orang tolong nasihat mama saya tp dia tetap berdegil…
I feel you … kadang2 rasa nk lari dan anak saya tertekan jugak sebab tgk mama saya selalu maki hamun saya suruh saya jawab kalau saya nmpak senyap padahal dalam hati tgh fikir mcm2
assamualaikum mak Saya selalu bentak bentak Saya kakak Saya abg Saya tapi mak Saya bila dengan anak sepupu Saya tu mak cakap bukan main lembut lagi suaranya TAPI bila dengan anak sendiri di marah marah di bentak bentak ayah Saya suka pukul lempang Tarik rambut lepas tu ayah nak potong kaki Saya Guna parang Saya pun nangis Sampai sekarang ayah panas Baran main Judi Dulu mak saya kena lempang dengan ayah sebab ayah ambil duit mak
assalamualaikum prof, saya nadia 16 tahun,saya ingin pendapat prof tentang masalah family saya , baru” ni ade konflik yang berlaku antara keluarga saya dimana saya diketengahkan sebagai orang yang paling bermasalah dalam family, bila ape” hal yang buruk berlaku antara mak dan ayah saya, mak saya selalu mempersalahkan saya dalam hal” yang berlaku antara dia dan ayah saya , ingin mengatakan saya adalah punca mereka bergaduh, pada mulanya saya rasa macam bende tu tak masuk akal,tapi kelamaan bila perkara begini kerap berlaku, saya terfikir,mungkin saya memang puncanya, adik beradik yang paling dekat dengan saya ialah kakde saya,tapi dia telah menyambung pelajaran diluar negara,itu juga membuatkan saya sedih terkenang kakak saya yang sering dengar setiap luahan hati saya, saya juga mempunyai abang yang sangat tidak memahami apa” situation yang dihadapi keluarga dan adik beradik,sering menyalahkan saya dalam apa” hal yang menyebabkan berlakunya konflik antara keluarga,malahan baru” ni mak saya didapati mempunya darah tinggi, apa yang membuatkan saya sedih ialah, dia selalu menyalahkan saya penyebab die mempunyai penyakit tersebut,kadang” saya selalu terfikir untuk lari dari rumah,keluar dari negara menyambung pelajaran sedangkan saya baru belasan tahun, kadang” saya juga rasa ingin cepat” keluar sekolah dan merantau meninggalkan family saya,saya juga sering berasa saya adalah ahli keluarga yang paling tidak sinonim dengan ahli keluarga saya yang lain
saya cuma ingin pendapat prof tentang ini, saya dah penat menyimpan segala rasa dalam hati ni sedangkan saya masih tidak tahu menahu tentang hal sebegini 😢
Salam, t kasih sudi berkongsi isu, isu family nampak agak rumit dan cara penyelesaiannya adalah sesi keluarga dilakukan oleh pakar kaunselor, atau pakar psikologi atau pakar psikiatri. cuba dapatkan perkhidmatan ini di mana2 klinik atau pusat kaunseling
Assalamualaikum prof. Dah lama saya menyimpan kesedihan ini. Terkadang sy merasakan sy nak jadi gila tapi semenjak sy tak tinggal solat dan mengaji Allah bg sy kekuatan walaupun hari hari sy bercakap dengan diri sendiri, terkadang menjerit sendiri ( memujuk hati supaya terus kuat ). Sy ada mak ayah yang hanya nak duit. Tiap kali call mesti cerita duit. Dan suka cerita kejayaan anak orang lain ( berduit ). Mereka tak pernah tanya saya sihat? Saya cukup makan pakai di bandar? . Setiap bulan sy tak pernah abaikan tanggungjawab sy memberi wang belanja buat mereka ( ikut logik akal, duit sy bg sangat mencukupi ). Setiap kemudahan rumah seperti coway, aircond, dan ubat2an mereka semua cukup. Sy sendiri yang mempunyai sakit pun tak makan suplement sebab memikirkan biarlah mereka yang sihat. Makan sy sendiri tak terjaga, ala kadar janji kenyang perut tapi biarlah mereka di kampung makan sedap. Setiap kali call pasti ada benda yang mengecewakan sy. Mereka jenis terus minta apa keinginan mereka tanpa memikirkan masaalah kewangan saya. “Peti ais dah meragam tu nanti transfer 2k ya”. “Ayah dah tanya buat stor 5k, nanti buatkan la ye”. mungkin mereka ingat sy ada pencetak wang di rumah. Sy mempunyai seorang abg. Abg sy memang kategori yang taknak ambil tahu sebab dia cakap dia pon tak ada duit. Tapi tulah, mak ayah sy memang tumpu ke saya dah lebih 10tahun macam ni. Kadang sy sebagai anak teringin nak mak ayah yang jaga solat. Sebab sejujurnya sy tak pernah tengok mereka solat. Kalau solat pon solat jumaat sebulan 2x. Mak pon ada la solat setahun 5 6x. Dan rumah pon tak ada tempat solat yg khusus. Segan bila orang datang rumah nak tompang solat. Sy dah besar dah masuk 30tahun baru bertatih2 mencari ilmu agama.(dengan keinginan sendiri). Bila sy nak cerita pasal sirah nabi ke apa ke. Mak terus tukar cerita. Memang nampak dia tak suka dan taknak ambil tahu. Sy sedih prof. Hari2 sy doa semoga mereka dapat hidayah. Sebab mak ayah sama je taknak ambil tahu hal agama. Yg mereka tahu adalah dunia. Duit duit dan duit. Walhal mereka bukan lah orang kaya. Kami dari kecil hidup miskin. Tapi bila kami dah besar mereka nak hidup mewah. Sikit2 bg video ceramah anak kena bagi mak ayah duit, baru hidup berkat. Itu jela modal dorang nak gunakan anak dr ceramah agama sedangkan mereka tidak memikirkan perkara lain. Sy sedih prof. Kalau prof tengok whatsap dr ayah sy semua nya minta duit. Dan tak pernah bg salam pon bila whatsap atau call. Terus je ayat “topup ayah rm30”. Bg ayah 200 nak beli bateri motor”. Mak ko esok nak pergi berjalan bg rm300”. Apakah sy ini alat atau mesin? Sy sedih prof
Salam tahniah anda anak yg taat.
Namun saya detect anda ada sifat Non-assertive atau tak asertif yg menyebabkan mereka sentiasa ambil kesempatan.
Anda perlu kaunseling utk assertive therapy dan family counsleing.
Ini sukar dihuraikan di sini. jumpa pakar
Assalamualaikum wbt Prof. Saya berumur 34 tahun. Saya duduk dalam keluarga yg boleh dikatakan tak kuat dalam agama. Ayah saya kuat memaki hamun dan tak mesra dengan anak isteri. Dalam soal pelajaran pula, dia akan mengherdik saya bila tak dapat memberi jawapan ketika ditanya soalan. Kadang-kadang sehingga kepala saya dipukul kuat. Dalam hubungan adik beradik pula, kami tidak rapat. Abang2 saya buat hal sendiri. Biasanya adik yg paling bongsu, adik yg paling manja. Tapi dalam hidup saya, abg saya yg sentiasa diberi perhatian lebih2 lagi dari ibu saya. Sehinggalah saya dah dewasa & dah berkahwin, masalah jadi semakin teruk. Ayah saya pernah meraba isteri saya di dapur. Hal ini ahli keluarga saya yg lain tak tahu sampai skrg sbb isteri saya memilih utk taknak keruhkan keadaan. Tapi lama kelamaan perkara ni menjejaskan saya sehingga saya terpaksa jumpa pakar psikitiari sehingga saya disahkan ada Anxiety Disorder. Pada mulanya, saya merahsiakan masalah mental yg dialami saya dari ahli keluarga. Tapi pada satu hari, rahsia terdedah kerana saya tiba2 seperti pengsan dan berkhayal di depan ahli keluarga saya gara2 dos ubat mental yg saya ambil terlalu kuat utk badan saya. Abg saya yg ketika itu ada di rumah, mempersoalkan saya mengambil ubat tersebut sehingga tergamak ckp “apa2 tanggung sendiri salahkan ubat”. Mak saya ketika itu tak kelihatan sedih hanya gelak sahaja. Yg mempertahankan saya cuma isteri saya. Dialah yg memapah saya naik ke bilik ketika dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Keesokan saya sedar, isteri saya ceritakan semuanya kepada saya. Saya sgt terkilan dan terasa hati. Sbb bila abg saya sakit, mak saya sampai menangis merisaukan keadaan kesihatan dia. Tapi apabila saya yg sakit, tak ada siapa yg ambil tahu selain isteri saya. Mak saya tak pernah menangis dgn keadaan saya. Ayah saya pula langsung tidak menegur anak, buat halnya sendiri dan byk bergaul dgn org luar sahaja. Anak isteri mcm tak wujud. Mak saya juga memuji abg saya dihadapan isteri saya smbil brckp “abang dia la org pertama yg melawat dia di hospital masa dia sakit”. Tapi mak saya lngsung tak hargai pngorbanan saya ketika saya keluarkan semua duit simpanan saya semata2 utk menanggung kos perubatan dia. Mak saya juga pernah hampir menggelar saya anak derhaka gara2 pada suatu hari mood saya dingin dan tak tanya dia nak minum apa. Kini, saya sedang tunggu msuk ke rumah baru bersama isteri saya. Rumah baru ini saya beli secara pinjaman. Mak saya tahu tentang perkara ni, terus berjanji utk berikan rumah sekarang kepada abg saya tanpa berbincang dgn saya dahulu. Alasannya, abg saya hidup susah dlam senarai blacklist. Namun abg saya kerja kerajaan, ada pencen pasti terjamin waktu tua. Sdgkan saya? Bila2 masa saja boleh hilang kerja dan hilang tempat berteduh. Saya pernah bincang perkara ni dgn mak saya tapi dia tak serius mendengar. Hal ini senyap bgitu saja. Tak ada setiap hari berlalu tanpa mak saya asyik bercakap tentang abg saya sehingga membuatkan saya muak. Hal ini juga menjejaskan hubungan saya dgn isteri kerana, gara2 saya tidak mampu mengawal fikiran saya saya hilang keterujaan utk bersama dgn isteri saya. Apa saya boleh buat utk dapatkan kehidupan yg normal doktor? Saya ada jumpa pakar sakit tuan utk selesaikan masalah kelakian saya. Tapi ubat yg diberi tidak memberikan hasil yg positif. Apa sebenarnya yg berlaku pada saya doktor?
Salam tuan,
saya melihat ramai para bapa yg garang tidak ada hubungan emosi dengan anak dan kurang pegangan agama.
Agama itu penting sebgai panduan.
memandangkan tuan sudah mendapatkan rawatan psikiatri utk anxiety, apa kata doktor merawat buat sesi family counseling
isu rumah sepatutnya dari segi agama dan undang2 tuan berhak mengikut faraid
Assalamualaikum, saya berumur 23 tahun, pelajar IPTA, abah saya dah meninggal 3 tahun lepas, selepas abah saya meninggal, saya tinggal bersama abang kandung saya, sepanjang saya berada di rumahnya, saya tolong menyiapkan kerja rumah, saya tak pernah makan apa yang kakak ipar saya masak, sebab takut tak cukup untuk family abang saya anak beranak, jadi saya beli makanan saya sendiri, tapi ada satu hari abang saya datang kepada saya dan menyuruh saya keluar dari rumahnya, saya pun cari bilik sewa berdekatan IPTA yang saya belajar, kebetulan rumah abang saya dan IPTA yang saya belajar berdekatan jugak, selepas saya pindah, saya perlu menanggung diri saya sendiri, arwah abah saya dah berjanji yang akan beri kereta WIRAnya kepada saya tapi kereta tu manual, saya kurang mahir jadi saya slow talk dengan abang saya, saya mintak belikan kereta auto jadinya trade in kereta manual tu, seumur hidup saya tak pernah minta apa apa, saya mintak kereta sebab abang dan mak saya tak pernah beri wang saku kepada saya sepanjang saya belajar, ada bagi cuma RM50-RM100 dalam 3-4 bulan sekali, saya mintak kereta sebab saya nak cari kerja di IPTA, Alhamdulillah saya kerja 3 part time di sini, saya study full time dan buat 3 part time job, tapi sepanjang saya belajar, mak saya paksa saya balik dan bila saya balik mak saya sentiasa bercakap buruk, merendah rendahkan saya dan mengungkit pasal kereta auto tersebut, katanya mak dengan abang bagi kereta ni untuk mudahkan saya balik jenguk mak, saya tak pernah minta benda yang mahal sebelum ni, dari kecik saya selalu kena pukul dengan mak, saya selalu kena marah dengan mak, mak saya selalu bandingkan saya dengan abang saya, abang saya waktu dia masih belajar setiap minggu mak akan paksa arwah abah saya transfer duit kepada abang saya, saya tak pernah minta semua tu, saya dah berjanji dengan abang saya akan bayar balik setiap bulan tapi saya sendiri pun tak cukup, saya bayar sendiri maintenance kereta, makan pakai saya semua saya tanggung sendiri, saya cuma perlu masa, bila saya ada rezeki lebih hujung tahun ni, saya dah berhasrat nak beli kereta hasil titik peluh saya sendiri, saya penat asyik asyik family mengungkit pasal kereta ni, bila saya luah apa yang terbuku dihati saya, dikatanya biadap dan mengugut untuk ditarik balik kereta tersebut, saya rasa tersepit, saya dah janji dengan diri saya sendiri lepas saya beli kereta saya sendiri, saya tak akan kacau hidup family saya dah, saya nak mula hidup saya sendiri, saya dah penat dikongkong, dimarah, dimaki, dicaci, dihina oleh keluarga saya sendiri, dan saya akan berkahwin pada bulan 7 ini, bakal suami saya banyak membantu dari segi kewangan semasa saya belajar, saya nak berkahwin sebab saya nak lari dari family saya sendiri, tapi saya nak kawin pun abang saya masih mengungkit lagi hal kereta, mak saya mengungkit dia pernah susukan saya, dia tak halalkan susu yang dia pernah bagi sekiranya saya berkahwin, tapi saya tetap berkeras, saya dah tak tahan hadap family yang macam ni. Adakah saya yang bersalah ? Mak saya sentiasa burukkan saya depan kenalan dia, dia selalu cerita saya selalu marah dia walhal saya marah berpunca dari dia, saya tak boleh menangis luah masalah saya sendiri, bila saya menangis, mesti akan diprovoke kenapa menangis, masalah besar sangat ke nak nangis, bila saya meluah, mak saya juga kata dia pun tengah susah padahal setiap bulan dia dapat pencen, tak bekerja, dan tak perlu tanggung saya dah, Adakah saya yang menjadi punca masalah ? Adakah saya tak layak luah apa yang saya rasa ? Adakah saya membebankan ? saya rasa diri saya tak berguna hari hari, saya cari duit macam nak gila untuk saya kawin dan menabung untuk beli kereta, saya penat dengan study, saya penat kerja, saya cuma minta ihsan untuk faham saya untuk seketika waktu, saya berjanji selepas saya berkahwin dan beli kereta, saya akan pulangkan semula dan tak akan kacau dah family saya, saya nak bina family saya sendiri. Tapi adakah saya berdosa saya benci family sendiri ? adakah saya berdosa jika saya elak dari berjumpa dengan family saya lepas saya stabil ?
Salam,
saya bersimpati dengan nasib anda,
Anda perlu bersikap lebih assertive dan memikirkan diri sendiri dari terus fikir kepentingan orang lain.
Cara terbaik meluahkan perasaan anda pd ahli keluarga, namun selalunya tanpa dilakukan oleh kaunselor, atau org professional, ia kemungkinan berakhir dengan pertengkaran.
Moga anda beroleh kehidupan lebih bahagia selepas berumahtangga
Assalamualaikum prof, sy ingin menceritakan apa yang sy rasa. Buat masa sekarang fikiran sy sangat stres, mengenai penerimaan parents sy. sy baru sahaja dpt lesen P dlm tahun ni dan lesen sy itu bkn manual tetapi auto. umur sy dh 23 tahun. sy berjauhan dgn keluarga, apa2 sy just blh chat atau call. sy pernah minta izin dkt parents sy utk drive dibandar sbb excited dh dpt lesen, memula dorg bagi dan pd mlm tu juga parents sy call dorg tidak bagi sy utk drive hanya boleh drive bila pulang ke kampung sahaja. ibu sy ada keluarkan ayat yang sy tidak boleh terima “bawak sahaja manual, tkpe bawak sahaja”. sy dah terangkan yang lesen sy untuk kereta auto sahaja, manual tidak boleh tambah² sy pemegang lesen P ( 2 tahun ), lesen boleh ditarik jika sy bawa kenderaan selain automatic. ibu tidak faham, dia tegas menyuruh sy untuk bawak. sy tiada transport disini, balik kerja malam terpaksa jalan kaki sorang², pukul 10 malam, kadang 11 malam. sy hampir dikejar anjing liar disekitar itu, kawasan yang sy lalu tiada orang dan sunyi. nak taknak sy terpaksa lalu, itu sahaja laluan ke rumah sewa. apa yang sy boleh buat prof ? sy ingin menyewa kereta melalui app tapi tidak lepas . jiwa sy memberontak sangat untuk hirup udara pantai, sy fikir lesen yang sy buat ini hanya untuk memuaskan hati parents sy sahaja
aslm prof, saya berumur 24. saya sudah pandai berdikari dan hendak bekerja diluar bandar, sekarang saya menetap di sarawak. tetapi gaji disini tidak membrangsangkan. ibu bapa saya tidak memberi saya bekerja dan menetap di kl atas alasan dia takut saya tidak pandai berdikari walhal saya sudah pandai menguruskan diri saya diusia sebegini. adakah saya salah jika saya keluar rumah dan pergi ke kl untuk bekerja di sana dengan gaji yang lagi berpatutan tanpa memberitahu mereka. setibanya saya sampai disana barulah saya memaklumkan kepada mereka?
Salam
dalam kes ini kedua2 pihak ada sebab masing2
dan tiada sesiapa yg betul atau salah, namun pihak ibubapa perlu sedar perlu apabila anak sudah dewasa.
Pada masa sama ibubapa ada kerisauan.
Therapist perlu tahu situasi lebih mendalam seperti self resilience anak untuk berdikari jauh dari keluarga
Kaunseling keluarga jalan mudah mencapai penyelesaian. Bukan bertindak sendirian
Salam prof, harap prof dalam keadaan sihat. Saya seorang mahasiswa yang sudah mendapat tawaran kerja sesudah graduasi. Ibu saya amatlah susah untuk mendengar ataupun memahami kami adik-beradik. Ibu lebih memilih mempercayai rakannya ataupun maklumat di media sosial. Ibu lebih mementingkan hubungan nya dengan orang luar berbanding kami. Ibu mempunyai sifat hanya dia sahaja yang betul. Perkara yang saya risaukan adalah saya ingin berkahwin sesudah graduasi namun ibu mungkin menolak dengan alasan calon saya adalah orang negeri lain ataupun sebagainya.Apakah tindakan saya boleh buat untuk mengubah sikap ibu.
Family session adalah satu cara jika kita tak mampu handle seorg
maknanya pakar akan mengendali isu ini
Sikap ibu yg sentiasa betul sebenarnya menjadi masalah atau halangan besar jika kita anak sendiri nak handle.
Kalau anda kuat, cuba bawa berbincang baik2, tiada jalan lain
Keadaan saya sangat tertekan; keputusan ujian DASS menunjukkan kemurungan yang teruk dan saya juga sering mengasingkan diri dan menangis seorang diri di dalam bilik. Saya benci dengan ayah saya kerana ayah sering baran terhadap saya, ibu, dan adik-beradik saya, serta banyak berhutang. Dia selalu merasa dirinya betul, tidak mudah menerima pendapat orang lain, dan suka mengongkong sehingga saya tidak boleh keluar atau bekerja di tempat yang jauh.
Soalan:
1. Adakah salah jika saya membenci ayah saya?
2. Adakah saya seorang anak derhaka?
3. Apa yang perlu saya lakukan dalam situasi ini?
salam,
tidak ia perasaan semulajadi atas sikap bapa.
elok berjumpa pakar yg terdekat utk kemurungan dan kaunseling keluarga
Assalamualaikum Prof,
Saya nak meluahkan rasa hati saya, mengenai mak dan adik beradik saya.
Saya anak ketiga dari empat beradik. Saya selalu rasa mak saya bersikap tidak adil dengan saya. Sejak kecil lagi tapi yang lebih ketara bila dah melonjak dewasa. Sekarang umur saya dlm lingkungan 20an. Setakat ni 2 adik beradik tgh bekerja dan yang bongsu sedang belajar. Saya masih mencari kerja jadi saya banyak masa di rumah. Kalau bab, house chores.. mesti mak saya akan label kan saya sebagai org yg berkira.. yang mana bukannya saya berkira tapi adik beradik tak pernah nak tolong saya. Mereka hanya buat bila nak impress kan mak saya je tpi macam mana pun saya tolong mak saya samada depan mata dia atau tidak.. mak saya tak pernah cakap apa2 yg saya boleh rasa dihargai tpi bab salah atau cuai mesti org yg pertama disalahkan ialah saya. Bila saya kata kat dia yg adik beradik saya tu bukan lah tolong sama sama buat house chores.. dia tak percaya.. dia masih cakap saya yg berkira.. bila dengan saya ada je yg nak berkasar.. saya faham mungkin saya ni pun ada degilnya tapi yg membuatkan saya lebih degil dan tak puas hati tu semua puncanya dari mak saya jugak.. kalau keadaan saya ni dia pasal “middle child syndrom” tu ke? Jika ya, kenapa perkara sebegini wujud? Sampai kadang2 saya rasa nak asingkan diri daripada keluarga saya tpi pada masa yang sama mereka tak bagi saya berbuat demikian.
beberapa perkara ibubapa perlu hindari
1. Jangan practise favoritism atau souble standard pada anak kesayangan.
2. Membuat komen perbandingan contoh ; Lihat abang awak dia lebih baik etc
Cara membetulkan suasana tak sihat ini adalah dengan family counseling, kerana kesan berpanjangan tak elok pd emosi anak
Assalamualaikum prof,
saya mahu meluah sikit. saya anak sulung dari lima adik beradik. saya jenis yang memang tak rapat dengan ibubapa jika dibandingkan dengan adik beradik lain, sebab saya selalu diketepikan dari kecil, atas sebab mak ayah lebih fokus kepada adik2. saya lebih rapat dengan atuk dan pembantu rumah. sejujurnya saya seorang yang sensitif. bila terasa hati saya akan mengadu kepada pembantu rumah dan atuk. ibu bapa juga bagi statement, berdosa terasa dengan ibubapa. semakin lama, saya semakin tak suka dengan keluarga saya dan nak berjauhan daripada mereka. contohnya saya tak suka balik bercuti, lagi rela tinggal di kolej semasa cuti sem, bila balik, lagi suka keluar rumah atau berkurung dalam bilik. sejujurnya, saya tak sabar untuk intern dan kerja sebab saya nak dapat financial freedom. saya tak nak bergantung kewangan dengan mak ayah saya dah. saya nak duit saya sendiri sepenuhnya. saya lagi rela hidup berseorang sebegitu, berbanding duduk rumah asyik diketepikan.
1. saya nak tnya, saya tahu berdosa membenci keluarga saya? ada cara ke untuk saya terima mereka? saya rasa susah sangat nak terima keluarga saya walaupun saya membesar dengan mereka
Perasaan ini semula jadi, tak berdosa, namun pada masa sama kita jangan menghukum ibubapa. Kaunseling keluarga adalah jalan terbaik supaya mereka sedar. Jika tak sedar mereka tak tahu
assalamualaikum prof,
harap prof sihat hendknnya.. sy mahu keluah kn masalah sy. sy harap prof sudi membaca. sy seorg ibu kpd 3org ank umur dr 9thn – 2thn. awal bln july sy hadiahkan sebuah basikal utk anak sulung y berumur 9 tahun. baru2 ni dia jatuh luka kaki, jd sy tak ada marah mmg adat berbasikal jatuh tu biasa pd sy. slps dia jatuh sy kerap nasihat jg keselamatn bw basikal sbb ad jiran bgtau sy dia nmpak ank sy bw laju basikal xtoleh kiri kanan masa keluar simpang. dia menjawab ‘biar abg jatuh patah kaki, luka y teruk’. sy agak sesih bila dia ckp mcm tu, jd sbg denda sy dan suami trik blk basikal dia dan bkn lg hak dia. sblm ni ank sulu sy seorg y ceria, selalu blk sek bercerita perihal kat sekolah. sy perasan lpas sy tarik basikal dia, dia byk diam, termenung, xfocus, xminat lg bermain dgn kwn2, biasa maghrib dia akn bsiap awal dan akn ajak kwn2 utk ke masjid tp dia dh xberminat. adakah ank sy termasuk dlm kemurungan prof? sy cadang nk pulangkn blk basikal dia. sy rasa sy rindu senyuman gelak tawa dia prof.
Waalaikum salam,
alhdulillah sihat, t kasih atas doa puan
Saya melihat ada tingkahlaku ke arah kemurungan (mungkin bukan sepenuhnya kemurungan)
namun untuk kemurungan atas sebab dinyatakan mungkin nampak ringan, kita takut ada sebab lain.
Di sini juga kita tak tahu keterukan kemurungan nya. perlukan assessement lebih lanjut.
Kenapa mak kami kerap memarahi kami adik-beradik tak kira hal remeh atau serius? Saya difahamkan mak kami kehilangan nenek semasa dia berusia 7 tahun.
Saya rasa hidup kami adik-beradik dikawal oleh mak kami walaupun kami dah dewasa & berumur 30 tahun lebih. Rasa stress apabila mak asyik tanya update mengenai di mana kami berada & balik jam berapa. Mak kami enggan menerima pandangan orang lain & berfikiran terbuka mengenai cara gaya hidup orang zaman sekarang.
Mak kami kerap menggelar kami anak derhaka sebab tidak mahu ikut cara dia. Dia ingat kami akan bergembira jika ikut cara dia. Dia tidak benarkan kami bebas dgn cara kami masing2. Cara dia memang kolot. Contohnya, dia memperli/mengutuk orang zaman sekarang sentiasa bercuti sama ada di dalam negeri atau luar negara untuk lepaskan stress atau belajari budaya yang berbeza, gemar hadir parti hari jadi dan wanita zaman sekarang gemar beraktiviti di luar jadi tak sentiasa duduk di rumah.
Kami penat memujuk mak supaya berfikiran terbuka & menerima pandangan orang zaman sekarang tetapi dia enggan & suruh kami ikut cara dia. Kami stress melampau. Kawan saya perasan hidup saya macam dikawal sebab punya banyak self-doubt apabila buat keputusan sendiri.
Apa kita boleh buat supaya mak boleh menerima pandangan orang lain dengan hati terbuka?
Salam
Perlu atau elok kalau tahu umur emak,
Jika 70th memang kita tahu “sangat old fashion in her way of thinking”
emak nampaknya melalui perjalanan hidup sukar masa mudanya. menyebabkan cara dia berfikir dia tak berapa berkenan pd hiburan. walhal memang hiburang yg tidak berlebihan itu okay bagi saya.
Ibubapa juga perlu faham anak2 dewasa SANGAT PERLU diberi kebebasan.
Cara yg saya nampak adalah sesi kaunseling oleh professional spt psychiatrist or psychologist. Bila anak2 tegur dia tak terima
Assalammualaikum prof, saya nak luah sikit… Saya selalu kena marah dengan mak.. mak saya ada sampai tahap baran melampau.. Suka jerit kuat² bila marah.. saya anak perempuan seorang.. ada abang 2 orang.. dia selalu menitik beratkan Hal perempuan terutamanya memasak Dan mengemas rumah.. saya dah buat semuanya , kemas Sudah, masak pun saya reti.. tapi sedikit pun Tak rasa dihargai.. bila saya malas sikit , dia suka ungkit sebab saya Tak pandai belajar.. bila saya luah Hal kawan , Hal belajar atau hal kerja semua dia kata itu punca Dari saya. Saya duduk rumah , saya tolong dia semua tapi bila marah dia buat saya macam saya ni tak pernah buat semua kerja tu.. dia selalu kata Buruk saya dekat sedara mara.. perkataan yang dia selalu marah TU semua macam kata hinaan , Tak pandai la ,Tak cantik la, perangai saya Buruk la. Dia selalu lebihkan abang².. kerja rumah semua dia harapkan saya untuk buat , Dari urusan dapur, ruang tamu, sampai halaman rumah pon saya.. abang saya sikit pon takde buat kerja rumah.. lepastu nak Tanya pendapat.. normal ke bila kena marah Kita jadi diam, Tak buat apa² tunduk je.. dia marah saya Tak menjawab pun .. haritu dia ada marah sbb malam sebelum tidur tak reti basuh periuk, lpstu saya ckp laa abg yg last guna , lpstu dia kata saya mnjwb.. saya Tak tahu nak cerita mcm mana lgi, saya bukan mengada Tak boleh kena marah … Saya bukan anak yang nakal keluar sana sini , saya cuma Tak pandai , Tak cantik, Suka tidur je.. yang lain kalau saya bangun saya mmng akan buat kerja rumah… Lagi satu , kalau saya kerja pun bila cuti saya selalu kemas rumah luar dalam.. sbb TU saya rasa Tak adil Kat abg, saya pun kerja jugak tapi tlng je Hal rumah..saya ada rasa sampai ,mcm mana kena marah ngan mak tapi Masih ada sayang..ada satu tahap dulu saya berubah mmng saya tolong diorng, duit tiap bulan saya hulur, saya bawak gi makan tapi diorg senyap je.. bila abg blnja mkn Beria ria ckp terima kasih.. tpi diorng bukan tiap bulan bgi mk ayah..
Salam Kalau saya dapat tahu umur anda dan umur emak, baru saya lebih faham mengapa perkara itu terjadi.
Benar emak perlu berubah cara pembawakan dalam mendidik anak2.
Anak2 yg sudah besar tak perlu menengking tapi nasihat. Anak2 mudah dibentuk dan menerima nasihat jika cara ibubapa melakukan dgn cara betul dan guna pendekatan psikologi.
Semua ini boleh dilakukan oleh perawat yg professional seperti psychologist atau psychiatrist di klinik swasta atau kerajaan berdekatan
Itukah normal ke? Ibu sering mengatakan saya anak bodoh setiap masa sy membuat kesilapan atau enggan ikut cara ibu. Suka berikan kata-kata yg negatif apabila sy kata nak cuba belajar benda yg baru. Dia jugak mengejek sy berlagak & pandai apabila sy nak buat keputusan atas kehendak sendiri. Nak cuba kerap keluar berjalan2 pun tak boleh. Dia tak suka tengok hidup sy bebas & nak belajar benda yg baru. Sy dah kurang kerap ketawa atau senyum. Bagaimana sy mahu cari my own happiness? FYI, ibu seorang yg berfikiran konservatif.
TAk normal,
Ibu yg baik tidak akan buat begitu.
Saya cadangkan anda jumpa pakar, kemudian pakar akan cuba bincang untuk sesi kaunseling keluarga utk meredakan isu toxic parenting