MENGAPA JAWAPAN SAYA BANYAK KEPADA ‘BERJUMPA PAKAR”?

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital November 5 2018

MENGAPA JAWAPAN SAYA BANYAK KEPADA ‘BERJUMPA PAKAR”?

Assalamualaikum

Saya menerima banyak persoalan tentang masaalah hidup dan penyakit. Ada soalan yg terlalu ringkas.

Kebanyakan jawapan saya adalah “berjumpalah pakar terdekat”.

Mengapa banyak jawapan saya begitu? Mungkin ada yang berkata; agak senang membuat jawapan begitu.

Di sini saya nyatakan 4 sebab ringkas.

  1. Dalam membuat diagnosis, bukan mudah bagi seorang doktor kerana kita perlu berjumpa sendiri dan bertanya banyak isu tentang symptom dan tanda-tanda lain. Kadang kala pihak doktor akan panggil ahli keluarga lain untuk memastikan masalah dan diagnosis dibuat tepat dan betul. Sebaliknya, mngkin kalau bomoh senang. Mereka ada kelebihan luar biasa, spt cerita “Ahli Nujum” boleh membuat tilikan dalam air sahaja.
  2. Saya sedar implikasi undang-undang dalam mewujudkan website ini. Salah diagnosis, salah kata akan mendedahkan risiko undang-undang atau salah rawat. Jadi elok juga saya membuat disclaimer:”saya tidak bertanggung jawab atau apa-apa kesilapan maklumat di sini”. Pihak pembaca perlu menggunakan kebijaksanaan dalan menapis maklumat.  Maka saya tidak mahu membuat kesilapan pentaksiran diagnosis melalui alam maya sahaja.
  3. Rawatan dan penerangan bukan mudah utk disampaikan melalui menulis. Terlalu banyak masa terpaksa dihabiskan dengan menaip satu per satu dan saya bukan jenis suka menaip untuk setiap persoalan yg berulang-ulang.
  4. Sesetengah maklumat yg diberikan terlalu ringkas dan tidak lengkap, namun mengharapkan saya membuat kesimpulan dan beri jawapan penyelesaian. Agak sukar saya membuat keputusan dengan info yg ringkas.

Harap faham. Wassalam.

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires