by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital March 27 2017
Bismillahirrahhmanirrahim. Assalamualaikum Prof..
Saya seorang pemuda yang mengalami Social Anxiety Disorder. Pada mulanya saya hanya merasakan bahawa saya ini seorang pemalu sehinggalah saya gagal dalam pengajian tinggi ketika di universiti. Prof. bayangkan, setiap kali berada dalam kelas saya tidak pernah berasa selesa dengan diri sendiri sehingga menganggu pelajaran. Hampir setiap kali atau apa saja situasi sosial yang melibatkan orang ramai, saya akan cemas dan tidak senang duduk. Saya mula mengkaji di internet tentang apa yang tidak kena dengan saya dan yakin bahawa masalah saya ini adalah Social Anxiety Disorder kerana tanda-tanda penyakit ini menyamai dengan masalah saya sepanjang hidup. Sepanjang lima tahun setelah gagal di universiti, hampir 5-6 jenis pekerjaan saya cuba kerana kerap bertukar kerja. Setiap kali bekerja hanya melibatkan tempoh yang sangat singkat untuk setiap pekerjaan dan semuanya gagal setakat ini. Perkara ini terjadi kerana kebimbangan yang melampau akibat penyakit ini. Saya tidak dapat bekerja dan hidup saya sangat tertekan. Kenduri atau majlis saya terpaksa ketepikan. Keluarga saya sering beri tekanan kepada saya kerana mereka tidak faham dan tidak dapat bersabar dengan masalah ini. Mereka sering menganggap bahawa saya tidak mahu bekerja sedangkan saya “tidak boleh”. Sudah sekian lama saya menanggung masalah ini sehingga kini umur saya telah pun mencecah 26 tahun. Saya takut untuk mendapatkan rawatan secara professional kerana bimbang dengan “stigma” masyarakat. Hanya ibu dan adik-beradik saya tahu. Saya terpaksa merahsiakan perkara ini dari pengetahuan ahli keluarga yang lain mahupun rakan-rakan. Saya pernah diserang kemurungan kerana terlampau tertekan tetapi setelah berjumpa dengan seorang ustaz, kemurungan saya telah berkurang akan tetapi Social Anxiety saya masih tidak sembuh. Persoalan saya boleh dirumuskan kepada:-
1)Sekiranya saya mendapatkan rawatan dari psikiatris dan ubat-ubatan, adakah “stigma” masyarakat akan menyebabkan keadaan saya bertambah teruk apabila saya ada rekod sakit mental?Lebih baik saya pergi atau tidak?
2)Adakah rekod saya tersebut akan menggugat peluang pekerjaan?
3)Adakah penyakit Social Anxiety Disorder boleh sembuh tanpa ubat-ubatan contoh seperti menggunakan ayat-ayat al-Quran,terapi zikir dsbg?
Saya memohon jasa baik dan bantuan Prof. tentang masalah ini. Terima kasih dan maaf mengganggu.Waalaikum salam.Terima kasih menghubungi saya dan tahniah kerana membuat langkah pertama ke arah rawatan dan diharap sebagai titik permulaan kebaikan diri.
Pertama saya tekankan dalam hidup ini sangat penting kita perlu ada prinsip diri yg mana kita fikir benar maka kita harus pertahankan tanpa rasa malu apa org lain fikir.
Sayang sekali rawatan ada dan berkesan serta akan merubah kehidupan kita tapi kita tidak mahu kerana takut pandangan masyarakat.
Jawapan saya;
1)Sekiranya saya mendapatkan rawatan dari psikiatris dan ubat-ubatan, adakah “stigma” masyarakat akan menyebabkan keadaan saya bertambah teruk apabila saya ada rekod sakit mental?Lebih baik saya pergi atau tidak?
-Keadaan akan semakin teruk dan akan menggangu hidup. Semakin lama dibiarkan semakin rugi diri.
2)Adakah rekod saya tersebut akan menggugat peluang pekerjaan?
Tidak penyakit phobia adalah penyakit boleh sembuh dan bukan dlm kategori kritikal spt Schizophrenia
3)Adakah penyakit Social Anxiety Disorder boleh sembuh tanpa ubat-ubatan contoh seperti menggunakan ayat-ayat al-Quran,terapi zikir dsbg?
Sukar
Boleh saya share apa yg saudara alami utk public education?
Jgn risau tiada personal background saudara akan didedahkan. Saya percaya ramai yg mengalami masalah sama tapi masih takut dtg ke hadapan.
Wassalam
Assalamualaikum. Boleh Prof, silakan..Terima kasih banyak2 Prof. Sebelum saya undur diri, saya ingin bertanya Prof. sedikit sahaja lagi, iaitu:- dalam keadaan saya yang sangat tertekan buat masa ni akibat ibu dan adik saya yang sangat menekan seolah-olah mereka mahu saya keluar dari rumah, apakah pekerjaan atau sumber pendapatan yang boleh saya lakukan bersesuaian dengan penyakit saya?Bermacam kerja saya tidak dapat lakukan. Ini sekadar mengurangkan tekanan dari mereka sementara saya mendapatkan rawatan dan sembuh sehingga boleh bekerjaya..Saya harap sangat Prof. dapat membantu. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Prof. Semoga Allah Azza Wa Jalla sahaja dapat membalas jasa baik Prof. Sekian..
Waalaikum salam.
Saya nasihatkan dapatkan rawatan dahulu dan biar keadaan bertambah baik baru fikirkan peluang kerja. dengan keadaan sekarang agak sukar mempertahankan kebanyakkan kerja kerana kebanyakan kerja perlu deal dengan orang luar keadaan ini amat sukar bagi seseorg yg menghadapi Social Phobia..
Bila datang rawatan, bawa sekali ibu supaya dia faham anda sakit bukan sengaja, selalunya doktor akan melibatkan ahli keluarga sekali agar mereka lebih faham dan lebih menyokong anda.
Insyaallah segalanya akan kembali pulih.
wassalam,
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Buat saudara,
Saya juga berhadapan dengan masalah social anxiety. Saya ada berjumpa psikiatris, mengambil ubat n beberapa pendekatan lain dan alhamdulillah saya kembali okey walaupun tidak sepenuhnya tetapi ianya membantu memulihkan keyakinan untuk bersosial semula. Bagi saya, ianya tidak mudah tetapi tidak mustahil. Saya mula secara sedikit sedikit. Dan saya yakin, saudara boleh..saudara tidak keseorangan. Semoga saudara cepat sembuh n dapat bekerja seperti mereka yang lain d luar sana. Ameen..
Terima kasih atas feedback saudara. membentuk support group antara inspirasi saya.
Assalamualaikum tips mudah,Solat awal waktu, baca manzil,buangkan rasa sedih cemas, makan makanan sunnah, redha
Waalaikum salam,
Terima kasih.
Saya nk kongsi pengalaman juga dimana saya juga mengalami social anxiety dan saya merupakan jenis introvert. Di jadikan cerita, saya merupakan siswa guru yg mana akan menjadi seorang pendidik di sekolah rendah. Pada awalnya, saya tak menjangka perkara ini berlaku kerana amat bertentangan antara kerjaya dan personaliti saya. Selama saya menuntut di Institut, saya mengalami kemurungan kerana overthinking akan diri yg harus mengubah diri 360° selaras dengan kerjaya yg dipilih. Bukan itu sahaja, 24 jam diri ni rasa risau dan resah bila mencuba bergail dengan orang lain. Apa yg nk ditegurnya, ok ke cara bercakapnya, x salah ke tanya ini, selesa ke org lain bila cakap dengan kita…..dan banyak lagi…. Walau kerjaya ini ditentu oleh kedua ibu apa saya namun tidak mnyalahkan takdir ini kerana saya tahu tuhan sebaik baik perancangan. Doakan saya baik ii ya.
alhamdulillah atas perkongsian sangat bermakna utk saya. Tak ramai pembaca yg sudi berkongsi pengalaman, ramai hanya bertanya soalan.
assalamualaikum dr. sy ingin bertanya. jika ada seseorang mengalami kecelaruan mental. boleh kah selera makanan mereka seperti sedia kala, dan juga masalah mengunyah atau menelan makanan dengan baik , tanpa mengunakan ubat ubatan.
salam, maaf kecelaruan mental agak umum dan ada banyak jenis penyakit yg berbeza
Assalamualaikum.. prof
Sy merasakan anak perempuan sy berumur 15 tahun menghadapi Social anxiety…
Apakah treatment @ cara terbaik utk tidak menjadi lebih teruk and dapat dikawal keadaan anak sy?
Anak sy menghadapi kondisi in hanya selepas MCO, tahun 2020 usia anak sy 13 tahun… 2 tahun setengah kita mengajar anak utk social distancing skrg anak sy terus tak suka bersocial..
Anak sy jugak langsung tidak mahu buka mask Bila keluar rumah.. sy risau sgt prof…
Jika penilaian social anxiety teruk, memerlukan sokongan ubat untuk senang sembuh.
Prinsip lain melalui “exposure” atau “graded exposure” pendedahan berterusan kepada perkara yg dia phobia. untuk ini perlukan sesi psychoterapy berkala.
Sennang cerita, jika nak terangkan di sini agak sukar, Jumpa doktor jalan aling berkesan dan sangat mudah.
Rawatan social phobia ini juga sangan mudah dan berkesan
Assalamualaikum.. prof
Sy merasakan anak perempuan sy berumur 15 tahun menghadapi Social anxiety…
Apakah treatment @ cara terbaik utk tidak menjadi lebih teruk and dapat dikawal keadaan anak sy?
Anak sy menghadapi kondisi in hanya selepas MCO, tahun 2020 usia anak sy 13 tahun… 2 tahun setengah kita mengajar anak utk social distancing skrg anak sy terus tak suka bersocial..
Anak sy jugak langsung tidak mahu buka mask Bila keluar rumah.. sy risau sgt prof…
Jika penilaian social anxiety teruk, memerlukan sokongan ubat untuk senang sembuh.
Prinsip lain melalui “exposure” atau “graded exposure” pendedehan berterusan kepada perkara yg dia phobia. untuk ini perlukan sesi psychoterapy berkala.
Sennang cerita, jika nak terangkan di sini agak sukar, Jumpa doktor jalan aling berkesan dan sangat mudah.
Rawatan social phobia ini juga sangan mudah dan berkesan