Saya menerima beberapa soalan yg bertanyakan isu berkaitan rawatan swasta di hospital swasta (bukan kerajaan).
Ini adalah salah satu soalan;
These are all my questions, below:
________
1. Which NON-Government Hospital in KL or Melaka do you recommend that I should go? Di mana hospital bukan kerajaan di Melaka atau KL?
JAWAPAN; Seperti yang telah saya nyatakan dlm beberapa jawapan sebelum ini. Adalah tidak beretika mencadangkan hospital swasta manakah yg terbaik atau dicadangkan. Maaf maka saya tidak akan menjawab soalan begini.
________
2. How much it will costs me? As a students, can I get a discount for that? If so, which Hospital provided the best helps? Berapa kos ? Sebagai pelajar ada diskaun?
JAWAPAN; Setiap doktor ada pendekatan dan expectation yang berbeza. Agak mustahil untuk saya tahu berapa org lain nak caj. Ia juga bergantung pada kompleksiti kes dan tempoh counseling. Bagaimana saya boleh tahu dan menjawab? Walaupun MMC ada menggariskan caj rawatan, namun doktor swasta bebas membuat keputusan berdasarkan julat yang digariskan
________
3. What is the first thing I need to do when I’ve reached the hospitals? Straightaway to the deparment or make an appointment with the doctor for consultations?
JAWAPAN: Sudah dinyatakan dlm post dalam website ini, boleh explore untuk mencari jawapan. Sebaiknya bawa surat rujukan terutamanya di hospital rujukan.
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri / Psychiatrist
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia