by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan October 30 2018
As salamualaikum
Saya menerima banyak pertanyaan tentang rawatan anxiety disorder seperti Panic Disorder dan kemurungan. KONSEP RAWATAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN ADA BANYAK PERSAMAAN.
Realiti pesakit anxiety adalah kumpulan yang sangat mudah dimanipulasi oleh penjual ubat suppliment, rawatan bedah (yang tiada keperluan kukuh) disebabkan masalah GERD dan lain-lain rawatan yg menjurus ke arah keuntungan atas kesengsaraan.
“Doc sya seorg pesakit anxiety disorder.. Sudah terlalu lama saya me hidap penyakit ini..bila fikiran sya bercelaru mata sya mulai kabur Dan kepala saya terlalu sakit apa kah harus saya laku kan Dan ubat apa kah yang perlu saya ambil”
Jawapan pada soalan di atas; JUMPA DOKTOR, UBAT KAWALAN TIDAK BOLEH DIBELI (Bukan Over-the-counter medicine seperti Paracetamol/panadol). Tambahan penerangan secara mendalam oleh pakar psykiatri itu amat penting. Penerangan selalunya saya akan berikan agak panjang pada sesi pertama berkenaan 2 perkara utama. 1. Penerangan tentang penyakit. 2. Penerangan tentang rawatan yang betul
Dalam merawat pesakit saya, saya mnggunakan pendekatan model; Biological-Psychological-Social dan Spiritual (Islamic). Kaedah rawatan penyakit ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian seperti table di bawah;
1. Ubat | 2. Psychotherapy atau kaunseling | 3. Islamic | |
Penerangan | Ada 2 jenis ubat yang selalu doktor cadangkan
1. Antidepressant seperti Escitalopram, Sertraline dan lain2. Ubat ini adalah ubat penyembuh untuk masalah anxiety dan kemurungan. Ia mengambil masa dalam 2 minggu untuk menunjukkan kesan. Maka adalah penting pesakit meneruskan ubat untuk menampakkan kesan. Ia TIDAK KETAGIH seperti selalu pasakit saya bertanya. Pada asasnya rawatan antidepressant untuk 1 episod penyakit memerlukan tempoh antara 6 hingga 2 tahun bergantung pada kes. Ramai pesakit saya berhenti ubat awal tanpa mendapat nasihat doktor akan alami penyakit berualng. (relapse) 2. Benzodiazepine @ ubat tidur/penenang seperti Alprazolam (Xanax). Ia bukan ubat penyembuh sebenar namun ia ubat PENGHILANG anxiety untuk SEKETIKA sahaja
|
Kaedah ini hanya berfungsi sebagai membantu atau rawatan sampingan.
Jika hanya mengharap kaedah kaunseling tanpa ubat sahaja agak sukar sembuh. Kerana kemampuan kaunseling hanya 20%, selebihnya ubat 80- 90%) Maka ubat jalan mudah dan berkesan.
Rawatan ubat lebih berkesan dan mudah |
Sampingan atas 2 rawatan sebelum ini iaitu ubat dan kaunseling |
Contoh | Antidepressant seperti Escitalopram (Lexapro), Sertraline,
Benzodiazepines Alprazolam (xanax), Lorazepam, Diazepam, Midazolam |
1. Breathing technique
2. Muscle relaxation 3. Regular exercise 4. Cognitive Behavioural Therapy 5. Family psychoeducation
|
Membaca Al-Quran
Memahami konsep kematian tidak dapat dielakan dan sebagai makluk ciptaannya, kita perlu redo dengan qado’ kadar Allah SWT
Memahami ayat Al Quran bahawa hanya Allah perlu ditakuti. alQuran terutamanya Surah AlFatihah juga berfungsi sebagai penyembuh. Jika mahu jumpa ustaz untuk doanya juga ikhtihar. Namun empunya diri perlu sendiri berdoa dan mengharapkan kesembuhan
|
Nota | Rawatan Antidepressant adalah rawatan penyembuhan sebenar manakala Benzodiazepine hanya rawatan kosmetik iaitu diambil bila perlu seperti waktu hampir dapat panic attack.
Pengambilan benzodiazepine atau Xanax berpanjangan akan mengundang pergantungan (dependant)
Walau bagaimana pun rawatan permulaan antidepressant kadangkala menimbulkan sedikit kesan sampingan yang tidak merbahaya. Berjumpa dengan doktor merawat untuk perbincangan.
|
Kadangkala kaedah ini akan dilakukan oleh pakar psikologi sebagai pembantu kepada pakar psikiatri | Tidak semua doktor mempunyai skill dalam kaedah ini. |
VIDEO OLEH PELAJAR-PELAJAR SAYA TENTANG UBAT;
PAUTAN BACAAN BERKAITAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Cara mendapatkan rawatan Psikiatri
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri / Psychiatrist
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
Salam doctor,
Saya telah di diagnos sakit anxiety disorder panic disorder dan depression. Doc psikiatri bagi ubat quetiapine Fumarate 50mg, escitalopram 10mg mkn setiap hari selama sebulan dan alprazolam 0.5mg ambil jika perlu. Nak tanya doktor adakah ubat-ubat ini akan menaikkan berat badan?
Ya terutama Quetiapine.
Ia sebenarnya bukan ubat utk anxiety.
Doktor..saya mengalami anxiety skala 10 setelah melalui ujian dass..bagaimana ingin mengatasi masaalah apabila saya kerap sesak nafas disbbkan semput?
Xanax yg dimakan sekali sekala boleh membantu melegakan cepat. Tapi antidepressant masih ubat dan rawaan utama utk sembuh
Dr. i’ve MDD and detect Bipolar, berapa lama sy kena tangung mslh ni & bolehkah ianya sembuh ?atau boleh berulang kembali??ia sangat menganggu kehidupan sy
jika benar Bipolar, mungkin rawatan seumur hidup, tapi boleh baik dgn ubat. Bipolar boleh relapse
doctor sy dpt ubat dr psy escitalopram 10mg alprazolam 0.5mg ape perbezaan dua ubat ini… stakat ini sy cume amik alprazolam shaja… selama 3 hari ini sbb ssh utk tido… boleh kah kalau sy tak mkn escitalopram
ubat escitalopram lebih penting dari Alprazolam; antidepressant menyembuh, tapi alprazolam hanya makan bila perlu, untuk pengetahuan lanjut tentang rawatan dan fungsi boleh baca post saya tentang rawatan anxiety dan depression di website ini
Salam doktor. Maaf saya ingin bertanya kepada doktor. Saya ini mempunyai kakak yang panas baran, tidak sabar tetapi sebenarnya dia baik. Dia menjadi sebegini disebabkan sikap yang terlalu lembab dan slow jadi terkadang dia jadi marah berlebihan dengan sikap saya. Saya terlalu takut sehinggakan saya sendiri menjadi stress, depress dan terkadang saya rasa diri saya xberguna. Diri saya terkadang ingin ada niat mahu membunuh diri tetapi tidak pernah menjadi. Saya rasa diri saya terlalu tidak bergunan dan hampa kerana saya tidak dapat memberi yang terbaik buat kakak saya. Fikiran saya stuck saat kakak saya marah akan saya, saya jadi blur dan huru hara fikiran saya. Saya jadi takut. Bila akk saya memberikan saya pekerjaan, bermacam² fikiran saya takut benda ini salah itu salah. Kini setiap kali setiap hari saya selalu melakukan kesalahan terhadap dia. Dia pun dh give up hadap saya. Saya terkadang menangis sendiri dan ada kalanya saya suka mengetuk kepala saya atau lebih dikatakan saya menyakitkan diri saya sendiri kerana kesal atas diri saya sendiri. Adakah ini dikira penyakit sakit mental juga doktor? Doktor boleh tolong saya, saya tidak tahan dan mahu perkara ini lebih baik. Saya tak mahu perasaan takut berpanjangan. Kini sehinggakan mak ayah saya tidak tahan bila lihat akk saya marahkan pada saya. Akk saya juga ada menaikkan tangan ke atas saya, cubit, pukul, siram air. Mcm² saya dh kena. Saya tahu dia tidak sabar dengan sikap saya. Saya tahu saya bersalah dan semua ini bukan salah dia. Apa perlu saya buat doktor? Boleh doktor contact saya melalui email saya, zura.eyra04@gmail.com Harap doktor dapat bantu saya.
Ia bukan mudah diselesaikan di sini dan dgn cara menaip.
Cadangan saya buat sesi family kaunseling.
Banyak perkara boleh diselesaikan dengan lebih mudah. rawatan bukan segalanya ubat, family session atau therapy juga membantu dan perlu dalam kes tertentu
Saya selalu sesak nafas & bila saya dapat berita tak suka didengar saya terus mengigil dan sesak nafas ada satu part tu saya mengigil kesejukan dan saya cemas , saya nak bercakap pun susah adakah saya anxiety ?
Ya anxiety symptoms
. Di sini ada jawapannya..
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Bolehlah makan ubat kemurungan dalam masa yang sama ada darah tinggi dan juga menyusukan anak.
Assalamualaikum doktor.. bolehkah makan alprazolam dan escilatopram serentak?
salam, boleh
Selamat Pagi Yg dihormati Dr Ramli. Sy pesakit anxiety disorder dan telah makan ubat sertraline sejak tahun lepas. Sy sedar sejak makan ubat sertraline ni, sy tidak dapat klimaks bila melakukan hubungan intim. (Sukar pancut) bulan lepas, sy try berhenti makan sertraline dan sy dpt melakukan hubungan intim dengan isteri seperti biasa. Tetapi, sy dpt rasa simptom anxiety sy dtg balik. Boleh ke saya teruskan makan sertraline semula mengikut dose yg doktor telah tetapkan selepas sebulan sy skip ubat?? Maklum balas dari doktor amat sy hargai.
kesan ubat SSRI memang boleh melambatkan ejakulasi, Saya cadangkan tukar ubat antidepressant lain yg kurang ganguan seksual. Ada banyak pilihan lain ubat yg tidak ganggu sexual aspect
Doktor, benarkah efek sampingan ubat anti-depresent boleh menyebabkan mati pucuk?
Salah sangat tu, delay ejaculation betul tapi bukan semua kes.
Serotonin inhibitor malah digunakan utk rawatan pancutan pramatang
Habistu dia sebenarnya untuk kawal selera makan ke doc
doc saya ada masalah hyperthyroid dan dibekalkan ubat propanolol dan carbinmazole dan mulai normal tetapi ada sistem panic attack lepastu jumpa psikatri diberi ubat esctalopram boleh kah saya makan estalopram sekali dgn propanolol
boleh
Salam doc.Sy kdg2 kena anxiety jantung laju & kepala pening sikit tp sy just amik 2 tablet panadol shj.Result slow2 ok.Boleh ke?Tq doc.
salam, ia bukan penyembuh dan penyelesaian
Salam doc.. sy ingin bertanya.. anxiety ni memang akan selalu pening kepala ke? mcm vertigo.. simptom sy seakan vertigo dan telinga berdesing.. setiap hari.. jalan pon tak seimbang.. macam melayang.. ibarat duk atas sampan..banyak pemeriksaan kesihatan sy da buat di swasta dan kerajaan.. result nya normal.. MRI normal.. Ecg setiap bulan sy buat normal.. full blood checkup 4 bulan sekali normal.. chest xray normal.. checkup gula normal.. Pakar ENT pon cakap dalam telinga ok..tapi telinga tetap berdesing.. tu yg buat sy risau entah sebab apa.. jantung kerap berdebar.. pening melayang.. lepas tu kena panic attck.. sampai kena darah tinggi.. tapi bila normal ..darah sy normal je tanpa makan ubat amlo.. sy sudah refer ke psy.. dan dia bagi sy ubat eslo dan xanax.. perlu ke sy makan eslo doc?.. kebiasaan nya sy hanya mkn xanax bila perlu sahaja… nak makan ubat pon sy risau doc.. saya rasa down sgt kena mcm ni doc..
salam, jelas anda ada anxiety ketara,
semua simptom fizikal anda ada diterangkan, boleh baca post ini
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Xanax tak akan sembuh anxiety
Salam Doktor..saya penghidap depression dan anxiety.. doktor pakar ada bagi saya ubat escitalopram 10g. saya ada mkn ubat tu, buat masa ni saya stop sbb ada org kata kalau mkn ubat yg dibagi oleh psy, boleh jadi gila , lost memory sampai tak ingat org apa smua.. tapi semenjak saya stop, saya rasa mcm mula balik suka berkurung dlm bilik gelap. Tak suka bgaul dgn org. Kadang² rasa nk ambik balik ubat tu, tapi bila teringat org kata ubat tu tak bagus. Jadi tak confident nk ambik.. untuk persoalan nya, betul ke apa yg dikatakan diaorang ubat tu kalau ambik boleh jadi gila?
Apa yg org kata tu, dia yg gila, dan tak betul.
Penyakit tak rawat boleh jadi psikosos gila
Bagaimana orang sekeliling memberi bantuan untuk memulihkan sakit anxiety ni? Terutamanya ibu bapa dan rakan – rakan . Dan bgaimana nak buat dorang tk bandingkan masalah tekanan dorang dengan masalah tekanan kita ? Sebab saya sendiri didagnosis anxiety panic disorder tpi dorng cm tk memahami keadaan saya dan bandingkan mslh dorng yg lgi besar dri sye .
saya nak chek bagai mana saya boleh ada depresion agak ii di mana ?
di sini
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/
nasihat saya, “beri pinjam telinga; untuk mendengar” dan “beri pinjam tangan utk urut bahu dia pelan-pelan”
Salam doc saya penyakit pelik laaa tk tau penyakit apaa pastu pikiran celaru pastu berdebar aje …kadang 2 saya asyik risau je ….risau kan orang 2 saya pon tk tau laaa perasaan saya ni emosi tk stabil…penyakit apa ni namanye
MCM mna nk dapatkan rawatan penyakit anxienty…
maklumat ada di sini;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Dr.apa beza MDD dengan anxiety??mana yg lebih teruk??
https://www.ramlimusa.com/blog/categories/
di sana ada section anxiety dan depression. boleh buat perbandingan. jawapan dua2 menyiksakan. Dua2 boleh jadi teruk, tiada isu mana lebih teruk
Sy mdd. Ubat dinaikkan dos serterline 200 mg Dan arpazolam… Sy X tahu waktu yg sesuai mkn ubt² ni
Assalamualaikum doctor nk tnya saya ni tk tau lah saya ada sakit anxiety tekanan dalam hidup saya
sebab antara 10..8 tanda anxiety ada kat saya apa yg perlu saya buat ye sbb sebelum ni saya tk cepat marah sekarang ni saya cepat sgt nk marah saya nk jumpa doc tapi tk tau macam mana
salam, boleh baca post ini, mungkin membantu
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum doktor.saya baru 3 hari mengambil ubat escitalopram pda waktu malam.tapi menyebabkan jantung saya semakin laju dan susah untuk tidur.pada siang hari juga terjadi begitu dan ritma tak sekata.adakah normal?sy di sah kn menghidap mdd with panic attack
waalaikum salam
ia pengalaman biasa untuk 2-3 hari, teruskan ambil lama2 anxiety akan berkurangan. dan berdebar kurang
Salam doctor,
Saya nak bertanya mengenai simptom Saya kerap pengsan dan tidal ingat kejadian selepas itu untuk seketika adakah ia disebabkan anxiety kerana saya Akan rasa gelisah sebelum pengsan dlm beberapa minit dan selepas sedar badan Saya akan rasa length dan sakit dan tidak bermaya .mintak penerangan doctor .TERIMA KASIH.
salam,
dgn penerangan ringkas, sukar diagnosis dibuat
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum doctor ,
Bolehkah kita berjumpa dgan doc psikiatri untuk mengetahui keadaan mental kita ?
Saya berumur 17 tahun . Apakah normal bagi saya untuk menggigil dan menggelabah apabila saya menjadi tumpuan org ? Padahal mereka itu hanyalah kawan saya . Saya kerap menggigil setiap kali perlu memberi perbentangan di hadapan kelas . Kadang saya Smpai tidak mampu membuka mulut . Saya juga kadang benci berada di tempat yg terbuka dgn khalayak yg ramai . Adakah normal doc ?
Salam,
ada tanda-tanda ketara Social Anxiety disorder; atau social phobia.
Ia akan menggangu prestasi kehidupan jika tidak dirawat.
Apakah rawatan yg sesuai?
lain org ubat berbeza yg sesuai.
Rawatan utama antidepressants
Assalamualaikum doctor, saya sekarang tengah amin sertraline 50 mg and ubat saya dah nak habis. Appointment saya lambat lagi. Takpe ke kalau saya biar je tak amik ubat? Ke saya kena jugak cari ubat sertraline?
Nak jawab, saya kena tahu beberapa perkara spt berapa lama dah makan ubat, keadaan sekarang DLL
So elok tanya doktor merawat. Dia lebih tahu lebih mendalam kes anda.
Hi sis Mariyam. Saya juga mengalami situasi spt awak atau social anxiety. Saya hrp awak dpt kan rawatan sbb susah utk kita nak kawal, dan sekarang saya umur 22 tahun pun masih ada rasa cemas bila dekat public, sangat2 beri kesan negatif dlm hidup saya dan org2 sekeliling tak akan fhm masalah yg kita sdg alami ni.
Salam doc..
Sy juga rasa macam apa yg adik ni rasa.. bole ke dikawal dengan pengambilan ubat2 sahaj
salam
rawatan komprehensive, makan ubat, kaunseling / psychotherapy, sesi keluarga dan agama.
Ubat penting tapi bukan segalanya
Salam.. Saya ada berjumpa dr biasa di klinik swasta.. Saya sebelum ini ada masalah gastrik@GERD..saya sudah 2 kali buat endoskopi tapi tiada masalah serius cuma radang di perut.. Tapi simptom saya sangat teruk.saya kesejukan malam, tiba2 rasa macam takut nak mati, cemas sehingga tekanan darah tinggi.. So dr ini diagnosis saya ada somatic anxiety.. Dia bagi saya ubat vortioxitine 10mg..saya nak tahu adakah saya akan bergantung ubat ini? Adakah ubat ini adalah ubat untuk masalah mental? Dan saya mempunyai masalah gout.. Klu datang gout saya selalu mengambil ubat arcoxia 120mg dengan cholchicine 6 mg..ada masalah tak saya ambil dengan ubat vortioxitine? Tq
Salam,
Insyaallah tiada masalah. Vortoxetine ubat baru dan selamat boleh bincang dgn doktor yg merawat lebih lamjut
Salam doc , sejak penghujung 2018 saya rasa stress dan pernah cuba utk mencederakan diri sendir.alhamdulliah recovery. Tapi tahun 2019 hingga sekarang saya akan mudah sesak nafas , susah tidur dan otak saya bising ( spt membincang macam2 hal yang tidak ada jawapan ) kaki dan tangan rasa sejuk setiap kali saya sesak nafas. mohon pencerahan , terima kasih.
Bagaimana DASS score?
hai doktor. sejak beberapa bulan lepas saya selalu sesak nafas, bedebar dan juga menangis tanpa sebab. kekadang bila rasa marah yang amat pun saya akan menangis. dan kebelakangan ni semenjak ayah saya disahkan menghidap kanser tahap 4, saya semakin kerap berasa susah hati dan tertekan sangat. sampai befikir nak mati. mohon pencerahan 🙏
Asalamualaikum, nama sy helmie.
Sy rasa sy ada masalah anxiety. Setiap kali ada kwn2 sy yg ckp sy kurus, sy akan berfikir negatif kononnya sy ini ada sakit… Sy sdhpun menjalani pemeriksaan darah utk memastikan sama ada sy ada sakit ataupun tdk, alhamdullilah sy sehat. Cuma sampai skg sy masih tdk dpt menerima keadaan sy, sy mmg agak berisi sblm ni. Maka sbb itu sy diet. Bila sampai tahap sy berjaya turunkan berat badan, dan kwn bertanya mcm ni, eh kurus la kau, sakit ka? Sy akan jadi menggelabah, hati sy selalu saja tdk tenang…adakah sy ini kategori anxiety?
Salam ya
hello doct. sy slalu mmpi ngeri. shinggakn stu hri sy brmmpi yg tak baik mnimpa dri sy. sjak dri itu sy sntisa berfikir ttg mksd mmpi trsebut. sy brasa sntiasa takut klau ianya tjdi. shinggakn sy brasa mgigil, rasa sesak nafas ada ka itu tanda2 anxiety?
boleh jadi,
ujian DASS lebih tepat.
Doctor sy seperti yg tuab di atas bagitau..apa yang perlu sy buat untuk naikkan balik bdn sy seperti biasa…
tak faham, apa maksud naikkan badan?
Assalamualaikum doc, saya mahu bertanya, adakah saya mempunyai anxiety disorder sebab saya susah tidur,sakit kepala yang amat sangat smpai nk pecah,susah nk bernafas, jantung saya bedegup laju,kadang mata saya tidak bermaya kerana terlalu sakit kepala,tangan saya juga merasa kebas. adakah itu tanda anxiety?
ya ia symptom anxiety, boleh baca post2 saya
Apa ujian DASS anda?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam doctor , sye baru disahkan ada anxiety disorders, dan diberi ubat fluoxetine 20mg , betul ker ubat ini mampu merawat anxiety? Dan memang akn rasa loya dn pning kpala ke lepas mkn ubat ni??
benar boleh, tapi bukan pilihan saya utk anxiety
Salam doc , sye yg brtnya . Dn Alhamdulilah leps 7 bln dgn fluoaxatine sye sembuh spenuhnya . Tp doc msih sruh sye truskn mkn ubat. ,sye cuba brhenti sndiri dh 3 hari tk mkn . Soalan sye adalah kalau sye brhenti dh 3 hari dn sye ok je tkda msalah, prlu mkn lg tak ubatnya doc ?
bincang dgn doktor yg merawat, sebab banyak faktor yg perlu consider sebelum berhenti
hai doc , sye dh 3 buln stop mkn ubt dn bru2 ni sye pnnic attck sye kmbalik serg sye lg , malah lbih truk sye rsa dri sbelum ni , dn sye pregnant plk tu 8w , doc ada mnta sye mkn smula ubt dan diberi ubat lain iaitu sertraline 50mg , soalan sye adakah betul boleh dimakan swaktu pregnant ? tlg jawab doc sye sgt2 nk tau 😭
Salam doctor,
Sy didiagnos anxiety disorder last march 2018..hampir setahun ia semakin kuat..tjis past 3 days sy kena serang berturut di waktu pagi..doctor ada cdgkn ambil xanax 0.25mg ecery morning..n ada satu lg ubat,doc rahsiakan pd sy sbb sy always akan googling simptom ubat..soalan sy, bila kerap kena anxiety, bagaimana impactnya pd salur darah? Manusia spt kami mmg benar akan fikir the worst akan jadi..adakah sakit ni impact pd jantung in long term
Salam,
kemungkinan panic attack.
panic disorder tidak dirawat menggangu perjalanan jantung
salam doc, doc diagnos sy ada panic disorder.. sy dpt ubat alprazolam 0.5mg dan sertraline hci 50mg.. sy masih belum makan ubat tersebut.. sbb ada masa sy rasa sy okey.. ada masa sy akan stress.. adakah sy perlu makan ubat tersebut? adakah mberi kesan kerana sy tggal bersama 2anak yg kecil.. sy dan suami PJJ
Salam
Panic attack bukan sepanjang masa, ia dtg dan pergi.
Assalamualaikum doc..sy telah disahkan Oleh doc yg saya mempunyai depression Dan anxiety..masa jumpa doc haritu,doc nk bagi sy ubat tp sy taknak sbb takut bergantung…sy mengambil keputusan untk berhenti kolej matrikulasi sbb sy nk dekatkan diri dgn tuhan..nk cari ketenangan..tp masalahnya Lepas berhenti on bila masalah lain asyik datang,sy akn sentiasa rasa down..patut Kerr sy ambil je ubat yg doc suh sy ambik??
Salam,
perlu ambil.
boleh baca SEMUA dlm post ini termasuk video Dr Rozanizam
Assalamualaikum dr, saya berumur 49 tahun dan mempunyai 3 org anak dewasa. Saya perlu nasihat dr., saya sering mengalami perasaan resah, takut yang tak menentu, especially petang ke malam. Sukar untuk memberitahu suami kerana dia akan kata itu pre menopause. Mula rasa begini sejak ogos 2016. Kadang2 badan saya menggigil dan sgt resah. I have no one to turn to. Saya suka travel kalau ada kesempatan. Tetapi keadaan ini menjadikan saya rasa unsecure bila travel. Takut tanpa sebab. Saya minta nasihat doktor untuk ini.
Salam dr..saya kerap rasa gelisah dan jantung berdebar hingga sesak nafas. Saya pernah kena panic attack seperti badan menggigil, sakit dada dan sesak nafas,peluh2 dingin, muntah2, sakit perut pada masa yang serentak..saya sudah buat ujian DASS di mana tahap anxiety saya di skala 26. Adakah saya mempunyai anxiety disorder dan perlukah saya mendapatkan rawatan ?
Ya symptoms anxiety amat ketara.
Perlu jumpa doktor?
Boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Salam dr. Saya tak pernah ke mana mana klinik untuk didiagnos . But saya akan mengigil teruk, kaki terasa sejuk, jantung saya beating laju, dan mengalami sesak nafas. Ianya berlaku setiapkali saya mendapat tahu perkara yang saya tidak suka and above my expectations. cth macam saya jealous with someone or saya dapat tahu sendiri kawan saya buat jahat belakang saya. and ianya berlaku when saya takut untuk jujur luah dan bagitahu seseorang apa yang saya rasa. sebab usually saya memang tak share masalah saya dekat orang lain. saya juga sukar untuk menenangkan diri sendiri. saya dah cuba relax, inhale and exhale slow slow but it doesnt work. dan bila saya melakukan kerja dalam keadaan begitu, saya cuai habis semua barang saya langgar dan jatuh. i thought i can calm dengan melakukan kerja berbanding dgn hanya duduk dan layankan perasaan. score DASS anxiety saya 36 doctor.
Dalam sesi dgn doktor, doktor akan identify simptom mana yg ketara
Dalam kes anda simptom anxiety ketara di sokong DASS.
Doktor juga akan melihat personaliti kita.
Personaliti tertentu menjuruskan tingkahlaku berbeza.
Jika tindakan breathing exercise dan lain2 tidak membantu, ini bermakna perlu ubat antidepressant dari seorang doktor.
Salam.. Klinik kerajaan bole rujuk ka? Di mana saluran yg betul utk sy dpt kan rawatan, atau utk rujuk doc?
Ya
Assalamualaikum doktor nk tnya MCM mna kita nk sah kn yg diri kita ni ada penyakit exiety..
salam,
di sini;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam, boleh saya tahu mana nak dapatkan rawatan atau check sama ada saya ni depress atau tidak sebab sejak tahun lepas saya kerap kali rasa macam tiada tujuan hidup ni dan byk kali jgk rasa mcm nk bunuh diri je sbb penat ada rasa macam ni..mana saya boleh dapatkan bantuan ya? Terima kasih
Salam rajinkan explore post2 di website ini. Macam-macam ada. Semua sudah di sentuh
Assalam Dr saya Ada anxiety disorder.saya dah berhenti makan ubat selama 6 bulan.sekarang ni Rasa mcm nk jadi BLK.selalu mengganggu system percernaan.lepas Tu terus panik datang.mcm MN Cara nk atasi panik attack
Salam,
Jumpa balik doktor utk mulakan semula ubat. Perlu mana2 doktor tahu adakah benhenti dengan nasihat doktor atau sendiri berhenti?
Salam doktor .. Kalau kita berhenti makan ubat berhenti sendiri apa akan berlaku ???
Salam depend penyakit apa.., Beraopa lama sakit, punca masih ada atau tiada. Banyak perkara perlu tahu utk jawab
Depend pd penyakit apa
Salam doc, saya sudah 5 hari makan ubat sentraline 50mg..namun keadaan saya semakin teruk.. Sy tiada selera makan, begegar dan pening.. Adakah keadaan ini normal sbb doktor yang merawat saya cadang cuba dahulu selama 2 mggu.
Salam,
seminggu atau beberapa hari permulaan akan ada tanda simptom lebih teruk. kemudian dia akan surut slowly.
Selalu saya mulakan dengan dose rendah. Sertraline selalu 25mg. selepas 4 hari atau seminggu naik 50mg
Ayah saya hari ke7 ambil Sertraline 50g, Alprazolam 0.5mg, Mirtazapine 30mg. Dia rasa keadaan makin teruk.. xdapat tidur dah 4malam, sakit kepala, xde selera makan.. macam mana ya doktor? adakah ini normal atau doktor ada cadangan/pendapat?
Pd peringkat awal pengambilan memang akan ada rasa. Selalu kita mulakan Sertraline 25mg, kena ikut umur bapa. Berapa umur?
Saya tak beri pesakit saya 2 antidepresants serentak )Sertraline dan Mirtazapine)
lately, rasa resah makin banyak, without any reasons tiba2 resah yang tak menentu sampai nangis. kadang dada rasa sesak sampai tangan rasa mcm nak menggigil but i dont think sampai tahap menggigil yang teruk. just wanna ask am i having anxiety or what? bila spend time dengan family members and friends even time tu tengah gelak or what i dont feel anything. I feel like im forcing myself because i dont want ppl know what is happening to me. selalu rasa everythings not gonna be fine.
apa soalannya?
Di klinik mana saya boleh dapatkan alprazolam atau xanapam di klang?kawan saya foreigner,kalau nak pergi hospital mungkin susah sikit.dia ada dapat surat prescription dari doktor klinik swasta di penang sebelum ni.sekarang dah pindah ke klang.
Assalam doc, nak tanya, sy perlukan bantuan doc untuk beri penjelasan, sy dh p hosp /klinik kerajaan/swasta smua kata sy gastrik, semalam sy p jumpa pakar, lps berbincang doc pakar cakap sy ada kemurungan dab bg sy makan ubt sertraline / pantopzle, dan sy rse cam lain macam badan lps mkn, dada mencucuk, berdebar2, kepala jd hanyut x blh fokus.. Utk makluman doc sebelum sy jumpa doc pakar semalam sy bukanlah ade rsa nk bunuh diri pun, xde rse celaru, cume resah sikit2 je tu pn sb keadaan sy yg sesak nfas bt sy cemas. keadaan sy alhamdullillah mmg dh ok dr segi fizikal + mental, tapi lepas mkn ubat sertraline + pantoprazle semalam sy jd x seperti biasa, adakah sy patut makan ubat sb murung? Dan ptut kh sy stop mkn ubat tu doc.?mohon sgt bantuan doc beri penjelasan
Salam,
Kalau baca di sini,
https://www.ramlimusa.com/rawatan-penyakit-anxiety-yang-ramai-tidak-tahu-faham/
ada dinyatakan pada permulaan rawatan antidepressant akan ada sedikit isu, tapi ia sementara. Jika berpanjangan, jumpa balik doktor yg merawat. Boleh tukar ubat
Ia ubat terkawal. Jadi harap faham maksudnya
Ambil ubat tanpa konsultasi doktor; Hati2 dengan masalah dependent to benzodiazepine.
Salam,
sy cuma nk doakan semua disini termasuk sy sembuh dari sakit ini..
sy ada PTSD dan doktor bg sy ubat Espran 15g sehari dan ubat tido.. sekarang sudah 3 bulan rawatan.. sy alami major depression sejak kecil lagi..tp baru diagnose PTSD baru baru ini.
kdg kdg boleh tdo.. kdg kdg x boleh.. tp sy cuba x makan ubat tido tu..
sy cadang nk kawin hujung tahun depan.. doktor rasa perlu ke sy teruskan atau fokus sakit sy dulu..ini adalah perkahwinan kedua setelah mengalami trauma perkahwinan pertama.. sy juga risau semasa sy dlm proses pengambilan ubat ini , incase sy ada anak nanti effect apa apa pada dia.
Salam,
Ameen,
Tahniah. Perkahwinan itu sangat bergantung pada faktor pasangan.
Jadi tak adil saya memberi nasihat sama ada perlu teruskan atau tidak.
Jika pasangan anda sangat supportive, percayalah perkahwinan itu banyak kebaikan. Ia sunnah dan hukum sunat dalam Islam
Salam..doc, adakah bahaya jika saya sudah tidak mngmbil ubati anti depresi saya. Keluarga saya tak bg. Sbb mereka kata ubt tu bhya.
Salam,
Antidepressant ubat selamat. Amat sedih bila mengatakan ubat diberi doktor dikatakan bahaya.
Adakah kemurungan tidak merbahaya? sehinga ada yg membunuh diri sendiri.
Salam doctor saya raffi dari seremban saya berkerja di luar negara.saya adalah salah 1 pesakit anxity sudah setahun saya mengidap penyakit ni dah telah menerima rawatan di hospital psy seremban.disebapkan saya kerja luar negara bekalan ubat doctor tak bagi byk dan saya dah tak makan ubat selama 6 bulan.ubat jenis (espren 10mg dan arprazolam o.5mg)soalan saya doc bolih ker saya sembuh tampa mengambil ubat dan anxiry ni bolih menyebah kematian atau gila tak doctor mohon pencerahan
Salam,
tidak, namun ia boleh mengganggu hidup kita
Assalamualaikum doktor. Anak saya yg berumur 16 thn telah menghadapi penyakit ini dan suami saya tak beri keizinan utk jumpa doktor Kerana ia akan dpat rekod perubatan. Bolehkah beli ubat dari farmasi Saja?
Tiada siapa akan tahu rekod perubatan tanpa keizinan pesakit. Medical confidentiality.
Tidak boleh
Assalam Dr,
Saya menghadapi masalah susah nak buat rawatan gigi. Ini kerana saya tidak boleh buka mulut dengan waktu yang lama dan juga terasa nak muntah apabila terasa sesuatu berada di dalam mulut.
Saya tahu ini adalah kelemahan minda kerana kadang2, apabila saya berjaya mengawal minda, saya akan berjaya atasi masalah ini. Tetapi ia sering menyusahkan saya setiap kali berjumpa doktor gigi.
Soalan saya, boleh kah saya mengambil ubat penenang setiap kali sebelum temujanji dengan doktor gigi? Saya amat jarang berjumpa doktor gigi kerana masalah ini.
Please consult doktor gigi. Soalan tak kena tempat
Assalamualaikum.Dr
Dr sy nak tanya.sy makan ubat sertraline HCI 50mg untuk dua minggu..MKN setengah biji ja..lepas dua hari makan saya rasa loya,tk selera MKN,denyut kepala..lepas minggu ke dua.makan ubat sebiji.ari ke 7 sy MKN sejuk kaki,ari ke 8 sejuk kaki.sakit bahu belakang,ari ke9 sejuk kaki,pastu panas kaki,sakit tk kuat sgt.jnting debar2.ari ke 10 bangun tidoq badan sakit berbisa sangat,rasa sejuk berangin ke pinggang ke kaki,kepala rasa sakit panas2 berangin,jantung debar2..Dr boleh sy tahu..memeng MCM tu ke kesan ubat tu ke…ubat tak sesuai dgn badan Sy..boleh Dr bagi perjelaskan tak?
Rawatan Antidepressant adalah rawatan penyembuhan sebenar manakala Benzodiazepine hanya rawatan kosmetik iaitu diambil bila perlu seperti waktu hampir dapat panic attack.
Pengambilan benzodiazepine atau Xanax berpanjangan akan mengundang pergantungan (dependant)
Walau bagaimana pun rawatan permulaan antidepressant kadangkala menimbulkan sedikit kesan sampingan yang tidak merbahaya. Berjumpa dengan doktor merawat untuk perbincangan.
Asslm dr. Saya nk tnya sya bru pergi jumpa psikiatri.Sya disahkan ade anxiety dn panic attack. Psikiatri bgi ubt lorazepam(jika perlu) dan ubt venlafaxine 75mg.Dan sya jgk ade sakit jantung. Persoalan sya adekah ubt yg dibagi psikiatri tu blh menganggu jantung dn ubt2 tu utk jgka pjg/pendek? Sbb sya rsa keadaan sya x de la teruk kdg2 je rsa berdebar dbr..berdebar dbr tu jgk berlku dlm bbrpa saat je dn kerap jgk.Hrp dr blh beri pnjlsn t.ksih.
Salam,
Maaf utk mereka yg sudah berjumpa pakar, elok kita bertanya soalan dr A to Z semua berkaitan ubat yg diberikan,
Itu yg selalu saya buat utk pesakit saya.
Salam doktor saya selalu rasa takut tanpa sebab dan bayangkan yang bukan bukan.adakah itu tanda tanda anxiety?
Salam, Ya, Antara tanda2 anxiety
Assalamualaikum Doc. Sy nk tnya, sy slh sorg pesakit anxiety since Dec 2018, adakah blh sy mkn supplement dri Shaklee utk kurgkan anxiety sy? Supplement tuh Omega Guard, OsteMatrix and B Complex with Folic Acid?
salam, Kalau itu kandungannya, boleh.
Tapi jangan mengharapkan ia boleh mengurangkan anxiety.
Ia mungin sihat fizikal
Salam doc, sya prnah disahkan anxiety tahun lpas dan doc mmbrikn ubat penenang dan xanax, akan tetapi saya hnya baru mmknnya skali pd thun lpas kemudian tekad cuba tak mngmbil ubt itu lagi, dh 2 thun simptom sprti sakit kpala tiba2,sush nk mngingt prkara baru, sush tidur nyenyak dan kdg2 panic, prsoalannya, apakah sya boleh smbuh spnuhnya tnpa mggunakan ubat hnya mnggunkn kaedah Terapi biasa dan kaunseling serta islamic?
salam, Kalau baca post2 saya berkenaan Anxiety semua jawapan ada di sana. termasuk video yg saya buat.
Tanpa ubat dan hanya berharap kaunseling sangat payah baik.
Dan berhenti ubat sebelum disarankan, memang akan relapse. Elok jumpa balik doktor
Assalammualaikum Dr.
Saya telah didiagnosis AD pada bulan Mei 2018. Ianya terjadi semasa saya sedang drive. Sehingga hari ini, dlm 3 kali seminggu saya diserang AD dan ia mengganggu dan memberi kesan spt penat, sesak nafas, bimbang apabila hendak atau sedang drive. Bagaimana cara utk mengatasinya?
Assalammualaikum Dr.
Saya telah didiagnosis AD pada bulan Mei 2018. Ianya terjadi apabila saya sedang memandu. Tiba-tiba jadi mcm tercekik, berdebar-debar, berpeluh, kebas tangan dan kaki. Sehingga ke hari ini, ada waktu dan ketika saya boleh drive seorang diri, namun bila terjadi panic attack, saya jadi trauma bila nak memandu. Bagaimana cara saya nak mengatasinya?
doc, saya mengalami gangguan emosi yg sangat tak stabil. susah sgt nak tidur malam, kepla sakit, dan saya akan rasa sedih secara tiba2, bila saya berada di tempat umum dan ramai orang, saya akan jadi berdebar dan takut, rasa sangat terancam dan tak selesa. banyak sangat yg saya nak share. hmm adakah ini depresion atau ad
Itu adalah serangan ad….
salam doc..saya ade masalah berdebar2, lembik lutut dan terasa sangat cemas bila berada dalam kumpulan yg ramai..mcm solat jumaat, or masa pergi kenduri..rasa nak muntah n bergoyang pun ada..kena sejak 2016..skarang saya suke duk rumah layan anak2 je..dan kurang berkomuniti..huhu..saya rase mcm kena anxiety la..perlu ke saya jumpa doctor?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Sy mengalami takut dengan tidur sndiri sy merasa resah dan cemas dengan semua keadaan hidup sy skrg jdi tidak tnang rsa mcm teramcam..
Assalamualaikum dr. Saya mengalami anxiety. Pernah masuk hospital, tak ada selera makan gastrik berat badan menurun platelets clumping. Adakah benda ni akan effects kesihatan kita? Dr bagi alprazolam ambil bila perlu. Lepas discharged saya okay. Lepastu benda ni kerapa datang attack saya lagi. Penat tahan. Saya cuba avoid daripada makan ubat tu. Dr sarankan apa yang perlu saya buat?
Salam, memandangkan attack berulang, perlu makan ubat antidepressant seperti Lexapro, Sertraline dan lain-lain untuk sembuh. Alprazolam bukan ubat menyembuh
hi doc.saya mengalami masalah tidur selamanhampir setahun dan setiap malam saya rasa berdebar-debar.sukar untuk bernafas.setiap malam saya terpaksa mengambil ubat tidur .adakah sy mengalamai anxiety disorder?
Assalamulaikum dr. Sye berumur 18 n masih belajar . Sye x pasti sye ni ade anxiety or panic attact atau masalah sosial biasa jer sbb sye akan rasa panic, sukar bernafas tgn sejuk berdebar apabila nk buat perbentangan or berckp kt khalayak ramai walaupun perbentangan dlm klas je n bila time tu sye susah nk tenangkn diri, selain itu kalau sye kene berdepan dgn something cabaran like perbentangan la kn sye asik nk pikir bende buruk je yg boleh sye lari dari masalah tu like cam kalau lh aq sakit or kalau la aq accident haritu ke maybe aq x yh hadap bende ni n slain itu kalau sye dh tau sye akan ade presentation lg seminggu ke, sepanjang seminggu tulh sye akan pikir bukan², takut susah nk bernafas berdebar. sampai nk tidur pun susah sbb dlm kpala otak ni dia bising byg bukan² sbb sye seorang introvert, sye baca org introvert kpala otak dia yg bising mulut x byk ckp, ade sampai satu tahap sye rasa nk mengamuk dgn kpala sendiri sbb dia x nk senyap drpd bayangan bkn². Rasa ni kadang² je dtg kalau sye kene menghadapi situasi yg sukar. Skarang sye keliru sbb bila buat dass markah anxiety sye tinggi 26 sbb sye buat time sye rasa resah. X tau sye ade anxiety atau perasaan sendiri je. Bila sye tgk simptom² utk anxiety mcm akan turun berat bdn or akan timbul masalah pembelajaran, sye x de masalah turun berat badan or masalah pelajaran, pembelajaran sye ok je cuma part utk berdepan org ramai or berckp utk presentation or hdp cabaran tu je mungkin timbul masalah utk sye masa akan dtg overall ok je just sukar tngkn diri jlh. Sye mohon pencerahan drpd dr. sbb bende ni dh lama terjadi. Sye confius Sye dh cuba utk menenangkn diri tp sukar utk capai kadang² berjaya kadang² x. Sye mohon bantuan dari dr. Thank you dr.
Salam,
Jelas anda ada masalah anxiety, sama ada Social phobia atau Panid disorder. Keduanya adalah anxiety disorder.
Tinggal di mana?
Elok jumpa pakar
Sye tinggal di damansara, tq dr. dengan penjelasan dr. tp family sye x phm sye yg sye ade masalah ni.family akan kata alah mainan perasaan je kene lh berani sikit sahut cabaran. Sye lebih suka rahsiakn je n hadap sendiri² je
Sye kadang² je akan rasa anxiety ni kalau x de pape yg susah or cabaran sye relax tenang je x de rasa susah bernafas ke or tgn sejuk ke itupun dikira anxiety juga ke sbb dia dtg time situasi genting jer
assalam dr
sye ade anxiety disoder and dipression .and sye jadi kerap lupa and makin teruk lupa sye.sye tak dpt tumpukan perhatian.sye jadi tak berminat pada sesuatu perkara yg dulu sye amat meminati .adakah perkara itu normal utk org yg menghidapi penyakit seperti ini
Assalamualaikum doktor , adakah normal kalau saya terlampau gelisah , saya jadi takut bila saya buat apa2 aktiviti , saya selalu berfikir kalau saya mati dalam tidur macam mana , kalau saya mati accident macam mana , kalau saya naik motorsikal saya jatuh terseret macam mana . Hal ini menjadikan saya sangat takut untuk buat apa2 aktiviti . Apakah tanda bagi masalah saya ni doktor ? Saya selalu rasa tak tenang
Salam,
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/
Assalamualaikum.saya azima dari kedah..saya mempunyai masalah untuk bercakap d khalayak ramai terutama di hadapan kawan2..ini kerana semasa bersekolah dahulu saya ada penyakit gagap..tetapi sekarang sudah sembuh.walaubagaimanapun saya masih risau jika saya gagap di hadapan majikan atau rakan2.untuk pengetahuan doc saya bekerja di bidang profesional..saya akan gemuruh jika diminta berucap…menggigil..berdebar.sakit perut..selepas selesai rasa panas di muka..adakah saya perlukan rawatan?
Waalaikum salam,
Ia ketara masalah Social Phobia.
Exposure dan practice adalah jalan keluar disamping rawatan antidepressant dan Benzodiazepine
Ini bermaksud saya perlu merujuk doc unt rawatan yg disebutkan?
Assalamualaikum doc, saya dh buat beberapa kajian tentang anxiety, depression, saya cuba DASS dan keputusannya semua mencecah 30+. Sejak kebelakangan ni, saya jadi tak minat nak belajar. Buku langsung tak baca, nak final exam dh. Saya tak tahu kenapa. Saya selalu fikir benda bukan², cakap sorang², kadang² positive – negative. Selalu dgr suara² dlm kepala. Saya serabut doc. Saya kalau marah, mesti bersepah habis, saya baling barang yang ada dekat sekeliling saya. Ada masa tu, saya baling bottle air Tupperware kene cermin, lepas berapa minit baru saya sedar. Then saya ngangis lepastu saya gelak. Untuk pengetahuan doc, kepala saya selalu sangat sakit, malam mmg tak boleh tidur. Saya cuba mcm² dh, tpi tetap tak boleh. Saya jadi takut kalau tidur waktu malam, rasa mcm ada org je. Kawan saya ada tegur saya, kenapa makin diam, moody je, tpi entah saya rasa saya ok. Saya tak tahu saya sakit atau tak, saya tak jumpa mana² doktor lagi. Mohon jasa baik doc, bagi satu dua nasihat untuk saya. Saya letih doc, saya penat dh. Hari² mcm ni, byk dh skip class. Assalamualaikum
elok jumpa pakar salah satu perlu dilakukan adalah anger management cara mengatasi marah
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam doctor, saya dan suami telah berkahwin 14 tahun dan mempunyai 5 anak. Suami saya didiagnos ade panic disoder dan anxiety. Suami bekerja sendiri. Saya juga bekerja. Suami sekarang makan ubat Alprazolam (Xanax) sejak tahun 2010 tak silap. Bagaimanakah saya sebagai isteri dan orang sekeliling boleh memberi bantuan untuk memulihkan penyakit anxiety ni? Kekadang saya pun jadi tidak sabar dan streess untuk melayan karenah suami.
Suami juga boleh dikategorikan seorang yang panas baran tetapi tidak sampai ke tahap naik kakitangan. Adakah panas barannya juga berkaitan dengan penyakit nya atau itu memang perangai sebenar. Kekadang saya rasa macam nak ke kaunseling untuk diri sendiri tetapi kekangan masa.
Suami juga sering meluahkan perasaan bila tidak puas hati dan sering bercerita perkara yang sudah lepas dan kekadang sehingga kami berselisih faham. Suami sering berkata saya tidak pernah mahu memahaminya. Tolong bantu saya doctor. Saya sayangkan suami dan keluarga. Saya mahu suami gembira dan tidak streess. Harap saya doctor dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.
Salam,
Xanax bukan ubat penyembuh. Malah boleh ketagih, jumpa pakar
Salam dr,saya nak tanya..saya ada masalah risau yg melampau-lampau di tempat kerja. Saya dah bertukar banyak pekerjaan tetapi masih menghadapi perasaan yg sama,saya sentiasa risau,stress,takut, dan xda semangat untuk pegi kerja, masalah ini sangat mengganggu saya,bolehkah dr rekomenkan ubat penenang atau yg berkaitan dengan anxiety yg sy boleh perolehi di farmasi,terima kasih dr.
Salam,
Elok jumpa pakar psikiatri. Tak boleh dijual tanpa jumpa doktor. sudah jelas dinyatakan dlm post ini. Rajin membaca
Assalamualaikum doc, saya nak tanya
1)contohnya saya ada presentation, minda saya okay je tak rasa takut pon tapi badan saya yang bagi reaction menggigil masa ada dekat depan sampai kawan dan lecturer pon perasan.
2)saya selalu tiba2 rasa nervous, susah nak bernafas pastu mula fikir benda bukan2 terjadi
3)semenjak masuk universiti, saya selalu rasa kawan2 saya taknak kawan dengan saya sampai saya tanya kenapa dorang tak bercakap dengan saya, tapi dorang cakap sebab takda apa nak borak pastu sebab tu, saya selalu fikir saya seorang yang membosankan, adakah benda ni semua ada tanda2 mental illness ataupon hanya perasaan saya sahaja?
Maaf banyak bertanya doc. Thank you in advance
Salam, Ia petanda anxiety yg melibatkan perasaan, sangkaan.
Sama ada penyakit atau hanya perasaan? sudah diceritakan dlm post2 saya
Hi doc . Saya xtau ap masalah saya .. ay dah buat test tu n hasil nya .
Depression – 28
Anxiety – 34
Stress – 28
Dalam bulan depan teman lelaki saya nk bawak saya ke majlis kawin kawan dia .. tapi saya takut nk pergi … Sblm ni selalu saya mengelak untuk jumpe sbb saya takut . Last saya turut untuk jumpe kawan2 dia zmasa Majlis rumah terbuka hari raya .. saya pergi tapi..
-kaki saya lemah rasa mcm nk jatuh
-tangan mengeletar
-jantung laju
-peluh
-xboleh minum n makan sbb nnt tersedak
-kalau org tanya saya soalan nnt saya terkejut
N saya ad perasan yang salah sorg kawan dia mcm xsenang dgn saya n bende tu buat saya lagi berdebar n nak balik cepat .. bila masok kereta je saya rasa lega sangat …
Saya jugak ad masalah untuk turun kedai beli brg .. keluar rumah .. jalan sorg2.
Now saya dah xbekerja lagi sbb saya xboleh nk beranikan dia jalan sorg2 .. saya rasa mcm diperhatikan dan org judge saya .. so saya takut .. now duduk rumah buat online biz je ..
Ad masa nk jalan kaki ke tepat dekat2 pon saya takut .. bila ditanye kenape saya xtau jawapanye .. otak kata pergi tapi hati kata takut ..
Ini masalah anxiety; social phobia. jumpa pakar
Doc sya seorg pesakit anxiety disorder.. Sudah terlalu lama saya me hidap penyakit ini..bila fikiran sya bercelaru mata sya mulai kabur Dan kepala saya terlalu sakit apa kah harus saya laku kan Dan ubat apa kah yang perlu saya ambil
Ubat perlu prescribsi doktor
Jawapan pada soalan di atas; JUMPA DOKTOR, UBAT KAWALAN TIDAK BOLEH DIBELI (Bukan Over-the-counter medicine seperti Paracetamol).
Assalammualaikum doktor .. Saya selalu sukar tidur malam .. Jantung saya pun berdegup laju .. Sampai kaki saya jadi lemah .. Rasa macam kena cekik .. Mengigil dan selera makan saya makin kurang .. Sekarang saya nak makan macam tak boleh masuk ke tekak .. Saya sudah berhenti makan ubat escitolapram dan alprazolam tanpa arahan doktor kerana keluarga tidak mengizinkan .. Adakah ini akan membahayakan saya ??
Salam,
Ini anxiety disorder berulang.
Nasihat keluarga SANGAT tak betul
Aslm dr..sya disahkan mghidp bipolar disorder thp 2…dan dr ada memnrikan ubatan untk sya ambil..akan tetapi sya takut jika sya terlalu bergantung pada ubat..adakah sya bolh berhenti pengambilan ubat secara berkala..ataupun tidak..dan adakah bipolar disorder ini bolh pulih …adakah cara untuk mengatasinya..
Untuk kes mereka yg telah berjumpa psikiatrist, elok bertanya pd doktor yg merawat. He/she knows the best about the case
Salam Doktor, sy baru makan espran dah 4 hari dan mengalami rasa nak demam,loya,pening,selsema keletihan. Doktor dah bgtahu kesan2 ubat tersebut dan soalannya disini boleh ke saya makan ubat selsema dan ubat demam. atau saya perlu berjumpa doktor semula
Boleh,
Assalamualaikum doc,saya tak taulah ni sakit ke apa tapi kalau saya jadi tumpuan orang ramai tangan saya akan rasa sejuk Dan jantung berdebar debar takut. Contoh mcm saya buat presentation depan student lain. Dan selalunya seminggu sebelum big event atau presentation saya akan selalu overthinking pasal presentation or big event tu sampai satu tahap saya tak dapat tidur. Adakah ia normal??.satu lagi saya seorg yg introvert kadang kalau saya duduk dalam majlis2 keramaian saya rasa org perhatikan saya Dan judge saya tak taulah sama ada perasaan saya je ke atau tak.
Salam ia tanda jelas Social phobia. Sejenis penyakit anxiety
Assalamualaikum doktor, saya mengalami kesukaran untuk tidur malam. Kadang kala sampai saya menangis seorang diri bila tak dapat lelapkan mata. Saya juga sering berfikir negatif atau overthinking sehingga mengalami gugup, menggigil dan berpeluh bila berhadapan dengan situasi baru. Walaupun hanya untuk membuat atau menerima panggilan telefon dari kenalan saya. Saya lebih suka menyendiri dari bergaul sebab takut pada pandangan orang tentang diri saya. Saya pernah mengalami sesak nafas dan pening, mual bila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Salam doktor. Umur saya 18 thun . Hampir setiap malam sebelum tidur saya akan fikir benda2 mengarut dan risau tanpa sebab . Pernah rasa berdebar/takut/rasa nak menangis smpai takboleh tidur tanpa sebab . Dan saya tak suka berada di persekitaran yang ramai org saya lebih selesa bersendirian sbb rasa org sekeliling akan berfikir psl saya dan perhatikan tingkahlaku sy . Kadang saya terfikir yang saya akan berpisah dgn org yg saya syg (mak,adik) dan perkara tu buat saya lebih takut smpai takboleh nak berpisah dgn dorg kalau mak nk turun pergi kedai bwh rumah pun saya akan rasa ada perkara buruk akan jd . Kt sekolah cikgu tunjuk satu persatu lukisan kami sekelas dan bila tiba lukisan saya . Saya rasa tangan sejuk dan menggeletar n berdebar tak tentu psl nafas pun dah tak betul adakh tu normal ? Perasaan yg sama jugk akan berlaku setiap tahun pertama saya mula ke sekolah. Sy sedar perkara ni sejak tingkatan 1 . Dan saya sentiasa berfikiran negative tentang diri dan kehidupan saya .
Salam, Spt anxiety disorder. jumpa doktor utk pengesahan. Buat ujian DASS
Assalamualaikum Dr . Umur sy 23tahun. Kebelakangan ni sy ada masalah tido dan takut nak lelapkan mata . Sy slalu fikir yg bukan2 terutamanye kematian . Selera mkan brkurang , cepat letih , bdan jdi menggigil tanpa sbab , rasa nak pitam. Semua benda yg sy nak buat jadi takut . Rasa taknak jumpe sape2 and nak brkurung je . Bila dduk sorg2 sy mule pikir tentang mati dan menangis . Semangat pun takda . Bila ada baca berita2 di fb contoh gas meletup la ape la , sy jadi tringat2 and smpai takut nak masak sbab sy akan fikir benda tu jadi kat sy . Adakah sy AD ?
Buat DASS
assalamualaikum…dlm 2 minggu ni sy kerap terjaga mlm..dan jantung berdebar2..dh buat ecg..dh amik ujian darah utk tiroid..smua ok…ada jumpa doktor kjaan dan doktor ckp sy mudah panic…sy rasa x selesa sgt bila tgh mlm terjaga dan jantung berdebar2..adakah ianya akan berterusan?
Salam Hampir pasti ia panic disorder. Ada kemungkinan besar berterusan
bleh pulih.tak.doktor?sy x mengambil apa2 ubat..cuma disarankan agar bertenang dan jgn.terlalu berfikir
Assalamualaikum, saya umur 20.Normalkah kadang2 kalau saya berseorangan pun saya rasa nervous sangat, sukar bernafas Dan rasa lemas sangat, sakit dekat perut, chest pain,. Dan tiba2 tangan kaki akan sejuk pastu berpeluh.Saya tak ada penyakit apa2. Cuma benda ni selalu berlaku time berseorangan.saya rasa Insecure dan selalu overthinking perkara2 yg remeh.contoh,what my friend thinking about me.
Salam, sangat tak normal, kerana seorangan pun nervous
I’m sure DASS score tinggi anxiety.
Apa DASS score?
Takde lah tinggi sangat 28 depression, 16 anxiety dan 32 stress.ni yg last saya ambik Tapi tulah saya akan nervous kalau fikir benda bukan2 seorang2 like takut my mom will passed away. Sebab saya rasa saya masih tauma ayah saya meninggal dunia. Kalau fikiran tu dtg saya akan ckp dgn diri saya kalau ibu saya passed away nauzubillahminzalik saya akan ambik nyawa saya sendiri.
.ayah saya meninggal dlm keadaan tidur so sampai skrg saya akan tgok kalau org tidur tu masih hidup atau tdk especially my mom. Tapi kdg2 takde fikir apa2 mcm tu pun saya boleh sesak nafas dan degupan jantung a little bit faster.
Assalamualaikum doctor. saya berumur 21 tahun. saya selalu merasakan semua bnda yg berlaku disebabkan saya. saya tak mempunyai keluarga yg bahagia. adakah normal ayah kandung utk buang anaknya sendiri? saya pun taktahu. kdg2 saya befikir nak mati tetapi saya tidak dpt melakukannya sebab saya ada anak. saya tak ada matlamat hidup. saya rasa mcm tak ada minat utk buat apa2 didunia ini. saya tidur pun tak menentu. saya selalu overthinking bnda yg tak patut difikir dan kdg2 saya merasakan diri saya tak guna. hopeless. setiap hari saya befikir saya istri tak guna. ibu tak guna dan anak tak guna. dan bagi saya. cara menyelesaikan semua ini adalah kematian. saya selalu menangis dgn benda2 kecil. kdg saya marah sampai tak dpt kawal diri. kdg saya boleh kurungkan diri berhari2 berbulan tanpa berbual dgn orang. saya pernah ambik test di sesebuah tempat, saya mendapati saya depression .
Salam,
Saya dapati anda ada banyak pessimistic thoughts atau fikiran negative menyalahkan diri sendiri.
Ia petanda jelas ada kemurungan. Perlunya mendapat rawatan ubat serta kaunseling untuk keluar dari belenggu kemurungan
Salam doc, sy seorang penyalah guna dadah jenis benzo. Saya kerap menggunakan erimin (nimetazepam) yang saya sendiri tak tahu apa dan brp kandungannya di dalamnya. Saya ingin berhenti menggunakan ubat tersebut tetapi seringkali gagal untuk melawan kesan withdrawal ubat tersebut yang saya rasakan amat perit dan stress. Adakah sy patut berhenti secara ‘cold turkey’ atau ada cara lain untuk saya berhenti dengan selamat?
Salam,
Boleh baca post saya tentang rawatan seorg pasakit saya yg ketagih Benzo.
Beliau berjaya
Saya ada google dan terbaca utk tapping penggunaan benzo sy dan tak berhenti secara mengejut. Contoh seperti mengganti kpd benzo lain seperti jenis valium. Betulkah cara macam tu doktor?
Assalamualaikum. Saya juga pejuang mdd dan anxiety.. Now ongoing ubat clonazepam dan venlafaxine.. So far kdg cepat lupa dan rasa lost beberapa minit.. Normal ke semua tu?
Salam, depending on your psychological status. Unfortunately I dont know your status
Salam doc, sy tak tau yg sy ni kategori depression atau tidak tp sy mengalami masalah dlm pekerjaan sy, sy tak dapat menumpukan tugas sy kerana kekakadang sy rase berkira nk buat tugas tu dan kekadang tigas tu kecil tp sukar nak bg tumpuan kerana risaukan akan dtg org akan sentiasa suruh buat, bila balik rumah keadaan berlanjutan, kekadang rase nk manangis dan menjerit, terasa x adil dgn semua ni, tiap kali positif kqn dr dan lawan tp tak berdaya, setiap pg nk pergi kerja rase berat dan rase ingin berhenti kerja sgt tinggi cume tak berani kerana pikirkan tanggungan, sy skng telah melalui keadaan seperti itu selama hampir setahun, setiap kali sy ingat tugas di pejabat sy rase tertekan dan ingin berhenti, soalan sy adakah sy depressi atau sebaliknya doc? Sy tiap hr solat n mengaji tp tak hilang juga
Salam,
Kalau anda sudah baca post2 saya, saya telah nyatakan anxiety dan kemurungan sangat berkait rapat, ubat pun sama antidepressant.
So kemurungan pasti ada symptoms anxiety, dan sebaliknya.
So no point nak tahu sama ada kemurungan atau anxiety.
Yg penting kita tanya diri, keadaan kita teruk tak?
Selalu juga saya akan bertanya DASS. namun spt biasa majority tak letak DASS score.
Kerap saya bagitahu, jawapan akan diberikan DASS
Salam doc, sy tak tau yg sy ni kategori depression atau tidak tp sy mengalami masalah dlm pekerjaan sy, sy tak dapat menumpukan tugas sy kerana kekakadang sy rase berkira nk buat tugas tu dan kekadang tigas tu kecil tp sukar nak bg tumpuan kerana risaukan akan dtg org akan sentiasa suruh buat, bila balik rumah keadaan berlanjutan, kekadang rase nk manangis dan menjerit, terasa x adil dgn semua ni, tiap kali positif kqn dr dan lawan tp tak berdaya, setiap pg nk pergi kerja rase berat dan rase ingin berhenti kerja sgt tinggi cume tak berani kerana pikirkan tanggungan, sy skng telah melalui keadaan seperti itu selama hampir setahun, setiap kali sy ingat tugas di pejabat sy rase tertekan dan ingin berhenti, soalan sy adakah sy depressi atau sebaliknya doc? Sy tiap hr solat n mengaji tp tak hilang juga, sy dalam seminggu mesti akan ada rase ingin dibiarkan sendirian dan menangis dan kekadang nenjerit seorang diri, adakala sy kerisauan melampau hingga air mata menitis dgn sendr tetiba, adakah sy depressi doc?
Salam,
Kalau anda sudah baca post2 saya, saya telah nyatakan anxiety dan kemurungan sangat berkait rapat, ubat pun sama antidepressant.
So kemurungan pasti ada symptoms anxiety, dan sebaliknya.
So no point nak tahu sama ada kemurungan atau anxiety.
Yg penting kita tanya diri, keadaan kita teruk tak?
Selalu juga saya akan bertanya DASS. namun spt biasa majority tak letak DASS score.
Kerap saya bagitahu, jawapan akan diberikan DASS
Assalamualaikum prof dr ramli musa..
Sy penghidap anxiety disoder dan kemurungan telah menjalani rawatan di pakar psikiatri selama 5bulan.
Masalah sy sudah sebulan waktu tidur terganggu susah tidur bila tidur mimpi buruk berulang. Bagaimana cara sy mengatasi masalah ini prof? Selama 5bulan ini juga sy tidak bekeje kerana masalah tidur dan buatkn sy makin tertekan di sebabkan masalah ini.
-ubat fluvoxamine 100mg
Maaf bagi mereka yg telah berjumpa psychiatrist, saya lebih gemar menjawab, boleh tanya psychiatrist yg kita lihat itu.
dia lebih memahami. Saya tak tahu keadaan sebenar anda
saya seringkali rasa resah dan tidak tenang . selalu murung dan selalu bersedih . terlalu banyak yang terpaksa dihadap . masalah keluarga . saya masih remaja . selalu cakap nak bunuh diri . kalau saya marah saya suka cederakan diri sendri
Salam doc. Sy dari sarawak. Doc.. Kebelangkan ini sy ada rasa jantung b’debar²..jantung b’debar² bila sy tfkr pasal sy sendiri anxiety (panic attack)
Doc.. Sy sedaya upaya tdk mau fkrkn psl sy ada anxiety, sbb kalau sy fkrkn mmg jantung sy akan b’debar² Dan m’buatkn sy rasa tdk selesa. 😌.tahun 2017 pernah buat ujian tft, anemia, echo. Ecg. Semua normal..setelah brpa Lama penyakit dtg balik doc… Skrg 2020.penyakit b’debar² sy dtg balik.. Sy rasa tkt bila fkrkn sy ada anxiety doc. Skrg sy rasa selera makan kurg. Sy rasa. Sedih saja sbb jantung sentiasa b’debar².lebih² lg bila sy tfkrkn jantung b’debar. Dua hari yg lepas sy ada pgi ke klink swasta, dimana mereka ada bg sy hbt tenang Dan ubt utk jantung b’debar -debar .(ubt itu sy ambil bila sy btl² perlu sahaja) doc,ada apa pdngn atau cadangn utk masaalh spt sy??
Ini masalah anxiety. walaupun anemia yg SANGAT teruk akan ada tanda berdebar. Jumpa doktor
Salam doc,sy dri srwk ni.. masalah sy sekarang rasa kesal,kepala pening,rasa nk pitam ada juga.kalau tengok movie yg sedih melayari jalan cerita tu boleh membuatkan rasa jantung bedebar dan sesak nafas.kalau mahu berdepan sesuatu perkara ataupun menceritakan pd org lain cerita yg mengejutkan rasa jantung berdebar dan sesak nafas juga.rasa nervous.mesti kena tenangkan ataupun kosongkan fikiran baru tiada rasa berdebar dan sesak nafas.sakit sy ni rasa datang dri pemikiran Dan terus ke hati rasa sesak nafas,semput,nafas rasa nyilu.sakit dibahagian dada Dan belakang.. check hospital kerajaan dan swasta semua ok,doc.. tiada apa2 sakit doc kata.. apakah sakit sy ni,adakah ni simptom anxiety disorder (panic attack)??boleh bg pandangan atau pendapat utk sakit mcm sy ni,doc??
Salam Ya anxiety, sila buat DASS utk pengesahan
Salam Doc.. Saya Azah, berumur 32 tahun..tinggal dan berkerja di W.P Labuab.. Saya ada ciri2 AD seperti cepat panic, risau, cepat marah dan degupan jantung laju..Saya adaa buat DASS tp kemurungan normal 0, Anxiety 12 sederhana, stress 6 normal..Wlupn ada ciri2 AD tp sy rasa sihat..masih boleh kawal..saya marah bila ada sebab tertentu sahaja..bukan saja2 marah x tentu pasal..adakah saya perlu jumpa doktor dgn skor DASS sy sperti itu?
Tak perlu. Boleh baca lanjut post saya bila perlu jumpa doktor
Salam..anak saya tiba2 d serang sakit menyucuk d bhg jantung..apa yg harus saya lakukan …
Assaalamualaikum doc, ada x therapist online atau kaunseling online yg saya boleh dptkan , saya rasa saya mengalami minor social anxiety dan bila saya mengadu dkt org terdekat katanya saya mmg begitu , sedangkan saya lebih tahu diri saya yg sebenar sbb symptoms anxiety ni lebih obvius lepas saya habis sekolah menengah dan terperap je duduk dalam rumah. Jadi saya nak rawat sebelum jadi lagi parah.
salam, you may refer here;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Saya disahkan menghidapi psizophernia,tapi saya berhenti makan ubat ,saya ingat saya dah sembuh . tapi satu masa bile something ingatkan saya balik ape yang lepas ,saya rasa better saya keluar dari tempat ni .. saya tak suka sakit ,saya jarang sakit,saya tak suke bergantung pada ubat ke ape apse
Rawatan Schizophrenia sama seperti penyakit Sarah tinggi dan kencang manis. Seymour hidup. Tak makan, akan relapse semula
Bagaimana pula dgn rawatan PTSD doc?adakah seumur hidup mkn ubat?
Ujian dass saya 30-38-28..setraline 100mg.
tidak, PTSD lebih singkat makan ubat
Salam doc, nama sy siti. Sy nak tanya, sy tak tau sy sakit apa, tapi sy kdg bila ada masa sy rasa terlalu risau bnyak perkara, gusar. Fikiran sy jauh lebih kedepan. Sy selalu fikir jauh mengenai masa akn dtg, psal kematian. Smpai kdg sy menangis tk kawal perasaan sedih tu. Sy terus rasa takut. Risau sy msa tu semakin kuat.. Sakit apa ya tu?
Spt anxiety, sila nyatakan keputusan DASS
AsalammuLaikum dktr sy lenny dri terengganu..sy ada soaln nk tanya..brkenaan dgn suami..die lps kmalngan thun lps..dn di sbbkn gegar
An otak trlmpau kuat die jdicm Tk btul..dh 9bln..jdi sni sni sukar sy hndak nyata kn keadaan suami..die sllu mencarut dn ske fkir yg bukan2.. Tbaru ni die ada jumpa pakar..tp pakar
Tk ada bgi ubt utk tenang kn suami..mcm mna tu dktr..
Kami doktor perlu melihat tahap keseriousan kecedaraan.
Ada beberapa ubat esp dalam antipsychotic jika simptom psikosis. tengok keadaan
Dr, adakah doktor biasa di klinik kesihatan boleh describe untuk orang yang diagnose anxiety atau ia hanya pskiatri yg boleh describe ubat ?
bukan describe tapi prescribe.
Jawapanya boleh
Assalamualaikum, doc. Saya dari melaka. Tahun lps saya baru dapat pendedahan pasal DASS. Saya buat ujian tu dulu and kaunselor suruh jumpa tp sy x ambil endah sampai lah bru2 ni saya buat ujian DASS balik dan redult terbaru saya 28 utk anxiety dan stress, 12 utk depress. Masa saya tak tahu benda ni, saya pernah ke doctor bg tau yang saya batuk selsema, bdn sakit2 dan jantung slalu berdegup laju drp biasa. Dr tu ckp yg sy byk sgt sakit dan fkir sy sakit sedangkan sy ok je. kat situ sy dh develop takut nak jmp dr utk rawat anxiety sy. Kaunselor pun sy takut nak jmp sbb sy slalu jmp yg x membantu sbb asyk ckp sy ptut reflect diri dan perli2 sy ble sy critakan masalah sy. until now sy x tau nak jmp siapa. sy nak sgt rawat sakit ni. sy kne dr kecil lg. sy ad11 org adk bradik dan sy last prempuan. masa sy kecik dlu sy pernah cuba nak bnuh diri, lari rumah n cerut leher adik sy tnp sy sedar. family sy just think that sy buat perangai n marah sy. kat skolah, sy slalu kne mental bully smpai kdg2 smpai ad 1 tahun tu sy mmg slalu ponteng skolah sbb sy asyik nangis dlm blik fkir yg bukan2 mcm smua org tgh mrh saya. masa skolah menengah sy masuk asrama sbb x tahan dgn family yg asyik lepaskan marah pd sy n masa kat asrama, berat bdn saya naik. stp kali balik, adk bradik sy msti kutuk2 sy n ble makanan habis, diorg salahkan saya byk mkn . kalau buat krmas2 rumah or bergerak, sy agak lmbat sejak kecil. I don’t know klu ad kne mengena dgn function motor dlm badan n bnda ni pun jd bahan dlm adik bradik sy utk kutuk2 sy yg sy x buat kerja kat umah. smpai sy ambil keputusan kluar asrama sbb nak buktikan sy buat kerja dan kuruskan bdn balik. ble form 3 dlm akhir tahun b4 pmr, sy kne nephrotic syndrome. sy ambil steroid dlm setahun dan again sy kne kemurungan sbb sntiasa rasa ad org marah sy, kutuk2 sy end up sy terperap dlm blik xmkn, xminum smpai sy gastrik and migraine. masa f4 pun setahun gak sy ponteng skolah sbb rasa mcm tu. sy tkut nak ckp ngan sesiapa sbb sy tkut diorg x caye n kata sy buat2 sbb sy malas. masa kat matrik pun again satu sem tu sy kne balik mcm tu lps gaduh ngan classmates and lecturer. gduh ngan classmates sbb event yg sy handle tu x jd. so diorg salahkan sy. lecturer pulak sbb sy slalu buat mke padahal sy tgh menggigil sbb bru kluar drp lab yg gne air cond and masa tu plak hujan n sy mmg x tahan sejuk. now sy kat uni. n sy dh skg sy dh 22 tahun n last year bru sy dpt knowledge pasal bnda ni. currently i feel it back lps misunderstanding dgn adik sy n my lecturer. sy x tau sy nak jmpa siapa skg ni or myb nak ckp mcm mne. sy slalu rasa phobia dgn someone ble yg suara besar, garang, menekan dan marah sy balik ble sy mengadu. sometimes sy akn lawan balik tp most of the time, sy masuk blik, menangis, sakit dada, sakit kapala, mual dan sesak nafas sorg2.. i really hate this..
Memang steroid boleh menyebabkan kemurungan.
Tapi dlm kes ini anda murung kerana persekitaran keluarga dan sekolah.
Satu halangan besar untuk baik adalah diri anda sendiri.
Anda membuat halangan atau tembok dari memdapatkan pertolongan
Spt sukar berjumpa doktor dan kaunselor.
So kena ubat utk merubah keadaan
sy selalu resah hati tu bedebar- debar . sy jenis yg pendiam dan SUKA overthinking. kdg overthinking tu boleh jejaskan keje sy sbb sy takot berhadapan dgn org takot bertanya sebab overthinking tu kdg sampai delay benda tu .. then bila sy fail buat sesuatu sy jadi down dan mula resah & susah nafas.. kdg sampai terbatuk2.. apa perlu sy buat untuk tangani masalah sy tu Dr. kdg sy benci diri saya..
Maaf DASS score pun tidak dinyatakan,
Tak mudah buat keputusan dgn info limited.
Ada ciri-ciri anxiety,
Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum dokter. Saya dah 5 hari berhenti minum ubat anxiety. Cuma.. Saya rasa sakit kepala , rasa ada benda berdenyut dlm kepala mcm zzzzzz… Bgitulah, lepas tu mual. Boleh doktor terangkan side effect selepas berhenti minum ubat? Memang mcm tu ke?
Salam,
Maaf saya tak boleh jawab. kena nyatakan nama sebenar ubat anxiety itu. Ada banyak jenis dan jawapan berbeza.
Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya sudah lima hari berhenti minum ubat anxiety. Tapi kesan dia kepala saya sakit, berdenyut macam zzzzzz bgitu.. Badan ikut sekali zzz mcm elektrik menyengat pula rasanya, saya kehilangan fokus, mudah marah. Boleh doktor terangkan apakah kesan setelah behenti minum ubat? Adakah kesan berhenti minum ubat itu sama seperti yang saya rasa? Mohon pencerahan doktor
Salam,
Maaf saya tak boleh jawab. kena nyatakan nama sebenar ubat anxiety itu. Ada banyak jenis dan jawapan berbeza.
Salam, saya sejak 2015 mengalami resahan secara tiba tiba, rse disattachment n rasa takut sangat smpai badan rasa kebas, rasa takut dulu sampai hampir pengsan tpi saya cuba kawal, selama beberapa minggu saya cuba cari explaination di google dan semuanya keluar psl anxiety, so saya assume saya ada anxiety, saya tak prnh jumpa doc sbb keluarga saya fikir saya terlebih manja, tpi sekarang dah jarang berlaku episode panic attack ni sbb saya dh boleh kawal sedikit, saya rasa angin dlm badan slalu bnyak sbb dada kdg2 sakit dan itu boleh buat saya resah semula, saya juga bnyak burp, patutkah saya jumpe doc?
ia memang anxiety, nak tahu perlu jumpa doktor atau tidak, boleh baca post saya tentang “bila perlu jumpa doktor?”
Hai doc,sy Affan dr Klang,sy ni seorang yg agak pendiam dan x bnyk ckp orngnya dan mood sentiasa berubah² tak kira waktu,mood sy ni lebih kpd cpt marah dan sedih berbanding mood happy,apa masalah yg sy hadapi sy akn pendam sorng² dan akn menyindir terkurung di dlm bilik,menangis,sy ni jenis tak bercampur dng orng dan sbb tu sy tak ada kawan sngt,dng keluarga pun sy tak bercampur,lau bercakap pun hanya benda2 yg penting je,boleh di katakan sy ni bnyk hbiskn masa hanya di dlm bilik bersendirian,keluar dr rumah hnya pergi kerja dan Lau ada kepentingan saja,untuk pengetahuan doc bila emosi sy tengah tak stabil,mulalah sy akn terfikir untuk gantung diri,sy kadang2 pun tak tahu apa sebenarnya yg terjadi pada sy ni doc,benda ni dh lama terjadi tapi sy tak pernah pun dptkn rawatan di mana² hospital sbb sy tak tahu caranya mcm untuk berjumpa doctor dan mcm mana nk ceritakan pada docter tu nnt,sy rasa sy ni dh mcm orang sakit jiwa pula,1 lg doc waktu mlm sy ni mmg ssh nak tido,bila dh tak boleh tido masa tulah akn muncul mahluk² halus,mereka lah yg suruh sy gantung diri…. Mohon penjelasan dr doc berkaitan masalah sy ni,terima kasih doc
Salam, boleh nyatakan ujian DASS di sini?
So far hanya ada 2 simptom kemurungan, nak tamat riwayat dan sedih.
Assalamualaikum doctor, boleh ke sy beli buat anti depress dekat farmasi ?
tak boleh
Assalamualaikum doc, sy baru jadi pagi tadi jantung berdegup laju, pastu gi check klinik, ujian DASS dan sy didapati anxiety, sy cuma nak tanya, normal ke kalau dalam dada jadi tiba-tiba sejuk, pastu hilang, pastu dtg balik, normal ke bagi yg penghidap anxiety. Terima kasih
Ia salah satu tanda anxiety
Terima kasih banyak2 doc
Salam doc saya x faham ape yg saya alami,sya jd takut x tentu hala,bila sya tngok laman sosial fb ,tv berita2 kes bunuh mati sya jd cemas bdn jd seram sejuk,fikiran bercelaru smpai sya menangis x tahu ape yg saya takutkan,kdg2 sya terfikir kejap lg ajal sya da smpai malaikat akan dtg jenguk sya smpai sya takut bersendirian,kdg2 bila sya marah ank sya sprti ade yg menyuruh sya pukul ank sya,bla sya ckp kt husben husben x fham n ckp kt sya jgn fkir sangt sdgkn sya cuba jelaskan sya x fkir tp perasaan tu dtg tiba2 sya takut x de org fhm sya,ape sya prlu buat,sakit ape sya ni..
Sila buat n nyata ujian DASS.
Simptom yg disebut masalah anxiety
Saya dah jalani ujian dass … kemurungan 40
Anxiety 34
Stress 36..
Tiap malam saya slalu tk boleh tido sbb ada perasaan yang gelisah … smpaikan kena ada orang teman untuk tido.. tido pon 2 atau 3 jam je sehari.. rasa penat mcm buat kerja berat .. padahal dduk je dlm bilik.. saya juga selalu rasa sedih sbb bnyk fikir .. lagi ii saya yg akan duduki spm time covid ni .. actually perasaan ni ada sejak tahun lepas hm.. apa perlu saya lakukan ye doc?
In shaa Allah post ini boleh bantu
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Doc telah mengatakan saya ada anxiety dan sejak itu sakit kepala datang . Bolehkah doc suggest any vitamin yang boleh sembuhkan anxiety saya ni ?
vitamin x akan menyembuh
Salam doktor. Sy ade panic disorder. Sesuai ke tab mitazapine jika slps sy mkn mcm kne sedate. Tdo 9mlm bgn kol 5ptg.pastu jd menggeletar mmpi buruk
Mirtazepine / Remeron memang mengantuk, jika teruk mungkin kena tukar lain
Assalamualaikum doc, boleh sy tanya.. Act, sy sendiri x tau keadaan sy skg. Rase mcm semuanya tiba ii. Kadang, sy menangis tibe ii… Hentak kepala tiba ii.. Lepas tu.. Terasa mcm x dpt kawal diri.tp bila sy sedar baru sy terasa sakit yg sy buat tu. Bile sy takut or gementar.. Kepala sy mcm hilang arah, sy rase nk hentak kepala. Sy x tau la knp. Srs sy x dpt kawal semua tu. Mcm mane cara sy boleh kawal semua tu ye?
Salam,
Kerap say akan bertanya ujian DASS utk jawapan.
Sila baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Result ujian DASS sy
Depression:34
Anxiety:36
Stress:34
Ape yg perlu syg buat?
[…] Boleh baca post Apakah Rawatan Ubat Psikiatri; https://www.ramlimusa.com/rawatan-penyakit-anxiety-yang-ramai-tidak-tahu-faham/ […]
Salmkm tuan doctor. Sy syed dr terengganu. Mengalami kesukaran tidor malam dan pagi… Dan nerat badan turun fikiran sy alhamdulillah tuada perasaan takut2. Tetapi sy ada perasaan merasakan suasana yg baharu dan jiwa sy iingin mendalami sesuatu yg sy lihat kerap terjadi bila memandu dan melihat kawasan perumaahan atau kampung .. Score sy 12 6 6
salam,
Insomnia hanya simptom luaran, kena cari apa punca insomnia. antaranya kemurungan. Tal banyak simptom kemurungan dinyatakan
Ini simtpon kemurungan ke dr.. Allah… Esok sy ke psy ktrg… Takut sgat ubatan
Dr.. Adakah dgn dass boleh ukur kemurungan
[…] rawatan ubat adalah lebih berkesan dan mudah untuk pesakit berbanding yang lain. Dalam rawatan ini ada dua jenis ubat yang selalu doktor cadangkan […]
Saya tidak setuju dgn statement dia supaya semua pesakit anxiety perlu berhenti ubat. Walaubagaimanapun dia sudah minta maaf.
Assalamualaikum Dr..
Saya sukar tidur waktu mlm..bila terjaga sukar lena kembali…kekadang semalaman tak boleh lena.. begitu juga sebelah siang.. apakah ini juga anxiety dan ubat apa yg terbaik yg perlu saya ambik untuk sembuh..
salam,
masalah insomnia boleh berlaku dalam anxiety atau kemurungan.
Malang anda tak nyatakan ujian DASS. Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Prof Muhaya sudah memohon maaf dan menarik semula statement dia, boleh search utk pengesahan
Salmkm. Prof sy tlh ke pakar psikiatri kt.. Dan sy menceritakan semua hal sy. Tetapi dr tidak berikan sbrg ubat malah dr mtk utk buat teknik penafasan. Soalan sy. Dr adakah kadaan teknik ini borlh ke slesaikan masalah sy. Terutama yg perasaaan melihat suanasana baru dna rindu… Harapaan sy doc boelh bagi cdgn.. Scor sy 0 6 6
Doc kenapa dass sy berubah. Dari asal 12 6 6 lps tu 0 6 6 dn hari ni 10 8 8 . Doc. Soalan sy yg di atas espisod sy jumpa psy tapi x dpat ubat..
Salam doc,
Boleh ke sy mkn ubat apo diazepam 10mg utk anxiety,apakah kelebihan ubat ini kpd kami yang mengidap anxiety disorder ini? Dan satu lg sy sudah sebulan menjalani pembedahan endometroisis,boleh ke sy mengambil ubat diazepam ini?
Terima kasih
Ubat diazepam bukanlah ubat penyembuh anxiety, ia meredakan sekejap sahaja. Rawatan sebenar antidepressant.
Elok beritahu doktor pembedahan anda ada anxiety dan ingin ambil diazepam
Salmkm prof… Soalan sy ada yg maseh belum terjawabc.. Mohon prof.. Tlg jawab tq.. Jazakallah semoga kebaikan bermula dari encik
Salam Prof. Buat masa ini sy mkn lexapro.. dan sy masih mkn half. Ikut dos dah kena mkn sebiji.. Boleh ke sy mkn half mlm dan half siang. Sy mkn half sbb sy akan terjaga dari tido tp senang nk tido semula (zikir2 terlelap).. Doc ada bekalkan lorazepam. Tp sy mkn bila sy rasa perlu je..
Mohon pandangan Prof.
Maaf bagi mereka yg sudah jumpa doktor psikiatri, saya rasa elok consult doktor tersebut, dia lebih memahami anda
boleh wasup sy x 0172109442
Assalamualaikum doc. Saya ada simptom seperti anxiety dan maybe anxiety. Benda ni start semasa awal pkp hari tu, dada berdebar, sesak nafas, pastu macam² fikir. Selepas sehari Alhamdulillah okay. Kemudian baru² ni lebih kurang seminggu yang lepas, saya perasan saya kuat minum Coffee 3 hari tu straight saya ambik coffee. Then jadi berdebar, sesak nafas. Okay, sesak nafas ni bukanlah susah bernafas, dia macam kurang selesa la. Camtu. Bila jadi macam tu, dia auto macam² fikir. Malam tu okay. Esoknya tu okay, tapi malamnya tu saya tidur, mimpi apa entah, terjaga n terus berdebar debar, jadi sesak nafas. Ni tadi ni pulak, minum tea ais, tetibe jadi berdebar. Sekarang ni saya tengah type ni hampir okay. Alhamdulillah. Adakah saya kena anxiety? Sebab saya pernah check klinik, suruh nafas, denyutan jantung okay. Cuma dia kata saya kuat kerja dan bersukan.
Salam,
Ia bunyi spt panic attacks atau menjurus kpd Panic disorder.
Kopi mengandungi caffeine yg boleh mencetus panic (panicogenic).
perlukan antidepressant utk sembuh
Tambahan.. Badan jadi seram sejuk berdebar debar..
Lepas tu plak ni Tiba² berpeluh lepas macam² fikir😔 dah terfikir tanda² sakit jantung plak. Huhuhu
Salam doktor
Sy disahkan mmpunyai masalah anxiety (panic disoder) sejak hjg thn 2019.. tp Alhamdulillah panic attack sy dah jrg kena.. tp bila dgr ada kematian, atau tertengok gambar2 kemalangan, kes dera, dada mula la degup kencang, jantung laju.. bila sy marah2 pn, trus jd x stabil.. persoalan sy, kepala sy hari2 akn pening melayang (ringan) mmg gejala anxiety ke?
Salam,
Ya
Assalamualaikum Dr..
Saya sukar tidur waktu mlm..bila terjaga sukar lena kembali…kekadang semalaman tak boleh lena.. begitu juga sebelah siang.. apakah ini juga anxiety dan ubat apa yg terbaik yg perlu saya ambik untuk sembuh..
salam,
masalah insomnia boleh berlaku dalam anxiety atau kemurungan.
Malang anda tak nyatakan ujian DASS. Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam Dr
Tengah duduk saja2 tiba2 badan panas sejuk terus menggigil, tekanan darah terus naik tinggi dan jantung rasa nak terkeluar, degupanya sehingga 100-125 perminit tak cukup nak bernafas.
Apakah yang masalah penyakit saya.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam doc.
Saya nak tanya saya mengalami sakit dan ada gangguan seperti tak boleh dengar bunyi terlampau kuat Atau tak boleh dengar benda yang menyakitkan seperti contoh iphone punya message dan bunyi ketuk gong, bunyi orang petik gitar. Bunyi alarm kereta atau bunyi basikal punya loceng. Saya boleh jadi tak tentu arah dan boleh cedera kan diri. Dan boleh rasa murung. Bila saya dengar benda benda seperti diatas. Mohon jasa doc. Apa perlu saya buat dan perlu ke saya pergi buat rawatan atau rawatan segi bagaimana. Dan penyakit ni dari saya kecil lagi dah ada. Dan saya masih takut untuk membayang kan bunyi bunyi tersebut. Adakah penyakit saya kategori anxiety disorder? Atau beri penjelasan doc tq.
salam,
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
salam doc, sy umur15 tahun. sy selalu sakit dada (jantung berdegup laju), ketar tangan, lemah kaki, gastrik, perut rse tk selesa dan sy selalu sakit kepala. kadang-kadang bila sy sakit kepala, sy selalu pukul kepala sy. kadang-kadang bila sy keseorangan sy selalu nangis dgn tiba-tiba dan sy fikir kenapa hidup sy menyusahkan orang, ia membuatkan sy rase sngt serabut kerana terlalu berfikir. bila sy sedih, sy fikir semua tk sayang sy (family, kawan). sampaikan sy terfikir yg sy nk bunuh diri sy. bila sy sedih, sy jadi tk sedar sy ambil benda tajam (pisau). sy toreh tangan sy dan tiba-tiba sy jadi panik. sekarang ni, hampir tiap ii hari sy lukakan diri sy, sy jadi benci dkt diri sy, sbb sy fikir semua bnde yg terjadi, semua salah sy. tapi ibu bapa sy tidak tahu masalah sy. adakah sy mengalami kemurungan atau anxiety ? perlukah sy berjumpa dgn doc psy ? apakah tindakan yang perlu sy buat ?
Salam,
pd permulaannya anda ada masalah anxiety, namun kemudian kemurungan muncul.
simptom anda ketara, anda perlukan kaunseling dan ubat antidepressant untuk keluar dr masalah ini
Sy pena kne AD 7bulan mkn ubat lexapro..skrg dh stop..skrg tiba2 ad rasa pening melayang loya2 lemah badan..adkah sb penyakit AD tu ada lg..blh ke sy ambil semula ubt tu
ya AD masih ada
Salam doktor. Saya berumur 23 tahun. Saya kerap berfikir tentang sesuatu dengan sangat mendalam. Contohnya perkara yang belum berlaku. Tetapi saya sangat sangat risau sampai memberi kesan pada aktiviti harian saya seperti berkomunikasi dengan family. Fikiran saya akan sentiasa berfikir tentang perkara tersebut. Sehingga waktu tidur pun saya masih memikirkannya. Dan jantung saya mesti berdegup kencang, takde selera makan, menggigil doktor. Apa masalah saya ye doktor? Saya kerap menangis, berfikir masa depan terlampau kuat doktor.
salam,
macam anxiety, penerangan terlalu ringkas
baca
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Betul ke axienty blh hilang klw kita lawan
Saya nak cuba berhenti makan escitalopram. Appointment saya 3 bln skali last appointment aritu bukan dgn dr yg slalu rawat saya.. saya yakin mood saya seme dah okay plus saya dah x mampu nak beli ubat tu selalu.. tp dr tu x bg saya stop.. bila saya try amek ubat tu selang2 hari makin lama saya rasa sakit.. stiap kali bangun pg dada rasa cam berat je nak nafas susah.. lebih kurang mcm panic attack cuma saya x sesak nafas.. kepala rasa pening.. n susah nak bangun even nak solat subuh tu dah dkt kul 7 baru boleh bangun… saya betul2 perlukan cara tuk stop mkn ubat ni.. dr kata ubat ni x ketagih.. tp saya rasa bila saya x dpt bdn saya react mcm tu..
Anda post 2 kali soalan.
sebenarnya penyakit MDD atau anxiety boleh berulang, terutama mereka yg tak cukup tempoh rawatan. ada beberapa faktor lain yg perli dipertimbangkan. Bukan kerana ubat ketagih. Konsep perlu dibetulkan
Saya nak cuba berhenti makan escitalopram. Appointment saya 3 bln skali last appointment aritu bukan dgn dr yg slalu rawat saya.. saya yakin mood saya seme dah okay plus saya dah x mampu nak beli ubat tu selalu.. tp dr tu x bg saya stop.. bila saya try amek ubat tu selang2 hari makin lama saya rasa sakit.. stiap kali bangun pg dada rasa cam berat je nak nafas susah.. lebih kurang mcm panic attack cuma saya x sesak nafas.. kepala rasa pening.. n susah nak bangun even nak solat subuh tu dah dkt kul 7 baru boleh bangun… saya betul2 perlukan cara tuk stop mkn ubat ni.. dr kata ubat ni x ketagih.. tp saya rasa bila saya x dpt bdn saya react mcm tu.. btw saya didiagnos mdd
sebenarnya penyakit MDD atau anxiety boleh berulang, terutama mereka yg tak cukup tempoh rawatan. ada beberapa faktor lain yg perli dipertimbangkan. Bukan kerana ubat ketagih. Konsep perlu dibetulkan
Assalamualaikum doktor, saya menghidap panik disorder, saya sudah bertemu kaunseling di hospital kerajaan. Sehingga sekarang saya tidak di rujuk ke pakar psychiatry mendapat rawatan ubatan. Masalahnya di tempat saya tidak ada klinik phychiatry, yang adapun di hospital kerajaan di daerah jiran. Setiap bulan akan ada sekali saya terkena serangan panik. Deep breathing atau tektik lain yang kaunsor saya ajar langsung tidak membantu bahkan memburukkn lagi keadaan. Dengan terang saya jelaskan punca panic anxiety saya adalah ktakutan saya pada panik itu sendiri serta penyakit asma saya. Bila say lelah saya mula panik maka selepas itu anxiety saya terus menerus terjadi balik. Jumpa doktor pun say panik sebab saya pernah kena serang oanik sebelum ni di hospital. Setelah di nilai maka tiada perubahan pada anxiety saya. Saya nak tahu bagaimana baru saya boleh bertemu drngan pakar phychiaty hospital bukan kaunselor sahaja.
Malang anda tak beri maklumat di mana klinik yg anda maksudkan
Post ini ada memberi jawapan
https://www.ramlimusa.com/kerisauan-terhadap-rawatan-islamic-hospital-penyakit-berulang-serta-isu-ubat-benzodiazepine-dan-antidepresant/
https://www.ramlimusa.com/senarai-direktori-hospital-kerajaan-mempunyai-perkhidmatan-psikiatri/
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Salam doctor. Saya agak sibuk sebab dah nak habis semester jadi saya terlupa ambil ubat sertraline seminggu menyebabkan saya berterusan tak ambil sebab saya memang tak ingat langsung. Tapi dah hampir sebulan saya kerap dapat gangguan tidur, mimpi benda menyeramkan, rasa ketakutan macam real tapi mimpi, makin penat, kepala saya sakit dan rasa kosong membuatkan saya tak boleh fokus. Tidur pon saya ambil masa lama nak lelap walaupun saya dah cuba tidur awal waktu, kalau tidur awal pon asyik terjaga dan rasa tak cukup tidur waktu pagi. Tapi walaupun rasa tak cukup tidur saya tak boleh tidur waktu siang. Ingatan saya pon tak kuat saya lupa maklumat peribadi saya sendiri. Adakah tu kesan sebab saya berhenti ubat secara tiba tiba? Saya dah lupa berapa lama saya tak makan ubat last bulan lepas tak silap saya makan ubat.
Assalamualaikum doc..Ada ada GAD with panic attack..Ubt yg doc bg kpd saya Fluvoxamine 50mg..Baru² ni saya perlu buat holter kerana palpitations..Adakah palpitations tersebut berkaitan dengan GAD with panic attack yg berlaku kpd saya? Pemakanan bagaimanakah yang saya perlu amalkan untuk GAD with panic attack ni ya??Mohon pencerahan drpd doc
salam,
Palpitation adalah symptom GAD dan Panic.
Elakkan caffeine
Salam doc, dass score untuk anxiety saya ialah 26, tp saya belum berjumpa mana2 doc psikitari buat masa ini kerana gelombang Covid-19 yg sgt menakutkan. Saya ada terbaca yg seseorang itu mudah utk mendapat serangan anxiety jika kekurangan serotonin dlm otak. Jadi utk menambah serotonin ini blh ke saya mengambil supplement seperti 5THP atau SAMe? Selamatkah diambil utk jangka masa panjang?
Itu bukan ubat sebenar, ubat sebenar adalah antidepressant
Boleh baca:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Salam doc. Dulu sy tkde masalah utk bercakap/berucap di depan orang ramai. Disebabkan satu peristiwa pahit, smpai sekarang sy x boleh berucap depan orang ramai. Kalau nk pembentangan dn berucap rasa berdebar, sakit perut dan sakit kepala. Disebabkan ini juga saya jadi sangat stress. Doc perlukah saya dpt rawatan?
salam,
ia masalah Social phobia.
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum doc,
Doc kalau dah masuk bulan ke 6 on antidepressant..dah cuba sertraline 25 to 50 mg tapi tak sesuai terlalu mengantuk. Dan tukar ke Luvox 25mg pada mulanya sangat ok..tapi since dr saya suruh add in thyroid medicine Euthorxy 25mg..terus jadi lain macam..slow not productive and sleepy.
Saya stopped ambil Euthorxy (dgn permission doc), continue dengan Luvox 25mg only tapi dah tak sama and tak ok. Even increase dosage to 50mg now ..jadi mengantuk susah nak buka mata ni..tak jadi sangat productive and focus dah.
Doc ada suggestion untuk other options anti depressant yang tak mengantuk, lebih productive and lebih focus? Agak penat tukar ubat dan dosage. Masalah saya lebih ke tidak productive..susah focus dan takde energy. Agak susah sbb saya seorg ibu tunggal. Boleh bantu?
Terima kasih banyak doc.
salam,
terbaik adalah dapatkan pandangan doktor anda, dia yg tahu lebih dalam sejarah penyakit anda. saya kurang nak menjawab utk mereke yg sudah jumpa pakar sebab banyak faktor perlu ditimbang untuk buat 1 keputusan.
Assalamualaikum Dr. Saya jenis cepat cemas tetapi sejak masuk kerja cemas saya semakin melampau disebabkan tekanan merasakan tidqk mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Kadang tangan dan kaki akan sejuk dan ketar secara tiba2 dan pernah sekali cramp. Rasa kebas dibahagian lengan kiri. Kadang rasa berat nak nafas, macam ada benda yang menyekat kat dada. Saya tak tau sama ada ini simpton penyakit lain atau disebabkan Stress. Kalau rasa cemas sangat saya akan tarik rambut untuk hilangkan rasa cemas melampau. Pernah ada rasa nak mati. Pernah menceritakan masalah kepada org lain tapi lama2 rasa menyesal cerita sebab saya macam menganggap orang lain tak faham, dan saya hanya mencari alasan sebab tak mau buat kerja. Dalam kerja saya rasa lost sebab saya baru mula kerja dan banyak benda yang saya tak tau dan kadang kelewatan sesuatu kerja tu saya yang menjadi punca. Dah cuba untuk positif kan diri, baca al Quran tapi bila datang perasaan cemas gugup saya tak boleh kawal diri. Rasa nak lukakan diri sebab nak bagi hilang rasa cemas dan gantikan dengan rasa sakit. Dan saya rasa penat nak lawan, nk ubah diri menjadi yakin. Dan saya tak tahu saya dapat bertahan sampai bila.
simptom anxiety yg ketara, perlukan rawatan doktor .
Adakah saya perlu berhenti kerja dan ambil masa 2,3 bulan untuk bertenang. Atau teruskan bekerja macam biasa. Saya agak buntu saya nak berhenti tapi bos nak teruskan tapi saya dah betul2 dah capai limit otak saya. Pergi bekerja pon rasa tk seronok. Kadang rasa mencucuk di dada kiri.
Adakah saya perlu berhenti kerja dan ambil masa 2,3 bulan untuk bertenang? Atau teruskan bekerja macam biasa. Saya agak buntu saya nak berhenti tapi bos nak teruskan tapi saya dah betul2 dah capai limit otak saya. Pergi bekerja pon rasa tk seronok. Kadang rasa mencucuk di dada kiri.
Assalamualaikum Dr, sy bertanya bagi pihak ibu sy. Ibu sy ada anxiety disorder tahap severe. Mula2 di diagnosed dia ke klinik swasta dan doktor beri ubat Xanax (Alprazolam). Ubat tu mmg membantu dia utk tenang. Tapi masalahnya dia telah ambil ubat tersebut selama 3 bulan atas prescription dr klinik swasta yg dia pergi. Dan skrg withdrawal symptoms dia sgt kuat. Terlalu resah sampai dia ada terfikir nak bunuh diri. Sy ingin bertanya apakah yg kami perlu buat utk hilangkan side effects Xanax ni Dr?. Skrg dia dh stop Xanax dan bertukar kpd Luvox. Harap sgt balasan dri Dr. Terima kasih.
Dosage yg dia ambil bermula dari sebiji sehari sampai la 3 biji sehari. Dia juga penghidap kencing manis dan ambil ubat kencing manis. Ada yg suggest ibu sy minum air kelapa banyak2 utk hentikan side effect Xanax. Adakah cara itu berkesan dan selamat?
Ini mitos semata2, namun jika terserah pd Allah SWT
seperti saya sebut dlm post tempat anda post soalan ini;;
1. Antidepressant seperti Escitalopram, Sertraline dan lain2. Ubat ini adalah ubat penyembuh untuk masalah anxiety dan kemurungan. Ia mengambil masa dalam 2 minggu untuk menunjukkan kesan. Maka adalah penting pesakit meneruskan ubat untuk menampakkan kesan. Ia TIDAK KETAGIH seperti selalu pasakit saya bertanya.
Pada asasnya rawatan antidepressant untuk 1 episod penyakit memerlukan tempoh antara 6 hingga 2 tahun bergantung pada kes.
2. Benzodiazepine @ ubat tidur/penenang seperti Alprazolam (Xanax). Ia bukan ubat penyembuh sebenar namun ia ubat PENGHILANG anxiety untuk SEKETIKA sahaja
maaf tanya.. saya selalu rasa stress.. sakit kepala melampau.. emosi selalu x menentu.. n trauma***.. perlu ke saya jumpe doc sbb.. family saya kata saya hanya ngada2.. apa perlu saya buat.. kadang saya akan mengigil dan ketap gigi
semua jawapan ada di sini;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam doktor , nk bertanya sy selalu nervous bila berjumpa atau bertutur dgn orang yg baru dikenali , contoh 1 kalo berjumpa dgn doktor atau nurse atau pembantu kesihatan, contoh 2 nk byr bil dekat kaunter mesti ada nervous , contoh 3 kawan yg baru dikenali dan kawan yg lama x di contact mesti ada perasan nervous. tp bl dah lama kenal sembang pn dah lama perasan nervous tu hilang . dan kadang2 perasan nervous tu akan datang bila seorangan diri , kadang2 payah tidur (mgkin 2 minggu sekali atau 2) ,apakah masalah sy doktor?
nervous yg berpada jumpa org boleh normal, atau social phobia jika teruk.
malang anda tak nyatakan DASS
salam prof..saya nk tanya,haritu sy jumpa doc psy dia bg ubat escilatopram 10mg,tp dia suruh sy makan separuh je 5mg..dan clonazepam bila perlu….selama 10 hari sy makan,memang ok,rasa kembali normal dari anxiety dan simptom2 sebelum ni,then hari ke 10 tu,appointment psy,doktor suruh sy makan sebiji terus 10mg,then hari mula mula sy makan,rasa susah tido balik dan waktu siang sy mengantuk je…esoknya,sy makan balik 5mg saja..sedangkan doktor suruh makan 10mg..boleh ke sy buat keputusan sendiri hanya makan 5mg sebab nak tunggu jumpa doktor lama lagi,lg sebulan.hatap prof boleh bantu saya
ok juga tindakan itu, namun ada sebab mengapa perlu naik, bincang semula dgn doktor merewat
salam prof,sy anxiety disorder dan dh on ubat escilatopram 10mg,tp doc suruh makan separuh je 5mg,dan clonazepam bila perlu..sy dah makan selama 10hari mmg ok,semua simptom2 anxiety hilang,tidur malam pun ada beberapa hari sy x ambik clonazepam tu,then hari ke 10 appointment psy,doc naikkan dos suruh makan sebiji ecsilatopram tu 10mg,hari mula2 sy makan tu,malam susah nk tidur,dan siangnya mengantuk sangat,esoknya sy makan 5mg sahaja,sy turunkan dos sendiri sebab jumpa doc lambat lagi sebulan,betul ke tindakan sy prof?
ok juga tindakan itu, namun ada sebab mengapa perlu naik, bincang semula dgn doktor merewat
bila saya makan escilatopram tu malam pukul 8malam,membuatkan sy susah nak tidur prof,boleh ke sy makan ubat escilatopram tu waktu pagi??sebab nak tanya doktor merawat,appointment lambat lg,lg sebulan..
salam prof,saya makan escilatopram 0.5mg malam pukul 8malam,membuatkan sy susah nak tidur malam,boleh ke sy makan ubat escilatopram tu waktu pagi??sebab nak tanya doktor merawat,appointment lambat lg,lg sebulan..
salam doktor..saya pesakit bipolar . dan diberi ubt resperidone n lemotrigine. blh saya tahu ubt ini naikkn berat bdn bgaimana ye? melalui kandungn ubt @ menaikkn selera makan?
soalan kedua, bolehkah saya mnyusu anak dlm saya mkn ubt ni?
terima kasih
ya boleh,
boleh tanya doktor anda utk jawapan lebih detail
doktor saya kata selamat untuk mnyusu tp jumpa farmasi, mngatakan ubat itu ada percentage yang masuk ke dalam susu ibu. jadi saya sedikit keliru
Salam prof, sy pesakit MDD and sy still student lg.. sy menggunakan ubat escitalopram 15mg dan sy sudah lama tk mengambil ubat tersebut slama beberapa bulan.. sy ad masalah utk komunikasi kerana sikap pemalu sy dgn classmate dan slalu mengelakkan diri dari mereka bg elakkan diri sy drpd rasa cemas..jd sy menjauhkan diri dan senyap… sy tk dpt mengatur jadual harian sy dgn baik sehingga mempengaruhi kehidupan sy sebagai pelajar.. Sy akn jd panik dan takut apabila tidak dpt menyelesaikan tugasan yg diberi.. saya takut org akn jugde sy.. sy tkde kepercayaan dlm diri dan slalu rasa diri sy ni menyusahkan smua org smpai sy terfikir klau sy tiada lebih baik.. sy meluahkan dkt parents dan kwn ii sy tetapi mereka tk memahami keadaan sy dan anggap sy sengaja mengada ngada sbb sy nmpak normal.. kdg ii itu menyebabkan sy kerap terjaga dari tidur apabila menghadapi masalah.. Sy start alami gejala ni since umur sy 16 tahun dan skrang sy sudah berusia 20 thun.. blh berikan pandangan ke?
salam,
saya rasa symptoms penyakit anda masih belum dirawat sepenuhnya. Ini bergantung pd pengambilan ubat dan tempoh rawatan.
Jika penyakit ini benar2 dirawat, slowly self-confidence dan rasa takut atau tidak yakin akan pulih.
Bincang semula dgn pakar
Assalamualaikum dokter ubat alprazolam boleh tak ambil waktu mengandung jika perlu
salam boleh tiada masalah, namun spt biasa hadkan
Assalamualaikum dokter ubat alprazolam boleh tak ambil waktu mengandung jika perlu.mohon dokter sya perlu kan
salam boleh tiada masalah, namun spt biasa hadkan
Hi doc,Sy perlukan rawatan tapi Sy malu nk pergi hospital..mcm mana ye..
malu, sendiri sengsara
[…] Baca tentang rawatan ubat psikiatri”. https://www.ramlimusa.com/rawatan-penyakit-anxiety-yang-ramai-tidak-tahu-faham/ […]
Salam doctor..
Saya berusia 60 thn. Saya pernah mndapt anxiety @ panic attack @ x boleh tidur selama 3 bulan pd 2016. Saya mndapt rawatn dari pakar psychiatrist dn mnjalani rawatan selama 2 thn sehingga betul2 sembuh. Malangya satu kejutan berlaku pd 2021 dn saya diserang semula penyakit trsbt. Saya berjumpa semula dr psychiatrist dan diberi rawatan semula dgn mengmbil ubat yg sama iaitu brintelix 10 mg dn chlonozepam 0.5 mg. Sehingga kini hampir 11 bulan saya menjalani rawatan semula dn mengmbil ubat spt disarankn..malangnya penyakit panic attack saya tidak berkurangn bahkan semakin teruk. Saya sudah berasa putus asa dn sngt tertekan. Apakah yg harus saya lakukan ? Terima Kasih.
Salam,
teruskan rawatan, masih ada harapan kerana
Ubat brintellix boleh dimaksimumkan hingga 20 mg, bincing dgn pakar merawat
Assalamualaikum Dr..
Saya berusia 23 tahun dan merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.
Kadang2 saya rasa saya nak berhenti belajar dan saya rasa saya tak mempunyai masa depan. Saya sukar untuk menyelesaikan assignment yang diberikan, dan saya takut untuk bertemu pensyarah bagi bertanya perkara yang tidak saya faham kerana saya rasa saya akan menyusahkan pensyarah. Kadang2 saya rasa saya tidak dapat berfikir dengan baik dan sukar untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan sedangkan saya melihat kawan2 saya boleh selesaikan tugasan tersebut dengan senang. Saya selalu rasa kerja saya teruk berbanding kawan2 yang lain dan kurang keyakinan diri kerana saya rasa saya tak mempunyai apa2 kelebihan. Saya juga hilang minat dalam menyertai apa2 program sedangkan dahulu waktu saya sekolah menengah, saya sangat suka untuk menyertai sebarang pertandingan. Dan saya juga seorang yang bersemangat dalam melakukan apa2 jua aktiviti semasa zaman sekolah menengah dahulu tetapi sekarang saya rasa takut, tak semangat, tak berminat lagi dengan apa2 aktiviti kerana perlu fokus pada pelajaran. Namun begitu, saya tak dapat fokus dengan baik juga walaupun saya tak sertai aktiviti. Kalau dulu walaupun saya banyak sertai aktiviti, saya mampu seimbangkannya dengan pelajaran saya.
Kadang2 saya rasa hidup saya kosong dan saya hanya menjalani hidup ini seadanya.
Yang saya paling perasan adalah keupayaan berfikir saya sangat lambat dan susah memahami sesuatu perkara sehingga sukar menyelesaikan assignment. Walaupun saya sedar saya perlu berjumpa lecturer untuk bertanyakan soalan, tetapi saya selalu takut untuk melakukan perkara tersebut. Ni ujian DASS saya,
22 – kemurungan
16 – anxiety
14 – stress
Boleh Dr berikan pandangan? Terima kasih Dr.
Waalaikum salam,
Membaca symptom anda dari awal ke akhir, saya senaraikan anda ada symptom hopelessness, worthlessness, guilt feeling, INI SEMUA SIMPTOM KEMURUNGAN
disebabkan ada masalah ini, ia memnggangu fungsi dan kemampuan untuk berfikir, dan fokus. Akibatnya anda tidak mampu belajar dan berhajat menamatkan belajar.
Maka jumpalah kaunselor university, universiti yg ada medical faculty akan ada psychiatrist. malang anda tak nyatakan universiti
Salam doc, saya taktahu nak minta tolong siapa tapi saya selalu rasa takut tanpa sebab, overthingking yang melampau, gelisah, nangis tanpa sebab, rasa semua orang nak tinggalkan saya, selera makan and berat berkurang dan cederakan diri sendiri, tapi dia macam ada fasa fasa dia lepas dah cool down kejap rasa rasa tu, lepas 2,3 minggu macam tu kadang dia datang balik dan berulang benda yang sama, saya penat lah doc, dia ganggu prestasi kerja saya, saya pernah pergi satu klinik ni, saya cakap ujian dass saya teruk, lepastu doc tu gelakkan saya dan cakap benda tu semua merepek je, tak wujud pun, saya balik je dari klinik tu saya stuck saya taktahu nak minta tolong siapa dah, tapi saya nak keluar dari sini
Salam,
Malang apabila doktor merendahkan pesakit yg datang untuk mendapatkan bantuan.
Boleh buat aduan..
Anda boleh baca post ini untuk panduan mendapatkan bantuan
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum
Doc, Saya ingin bertanya dengan pengalaman Yang saya Rasa 3 tahun Lepas, semasa saya berada Di Dalam kapal terbang tiba2 saya Rasa panas Dan Rasa Susah untuk bernafas.. Dan kejadian ini berlaku selama lebih kurang 30 minit Dan selepas itu saya saya normal semula. Adalah saya Di Serang dengan Panic Disorders?
salam,
ini tanda anxiety dan phobia
Malang anda tak nyatakan ujian DASS. Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam Dr. Adakah ubat utk merawat depresi dan anxiety boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak?
salam,
boleh puan
Assalamualaikum Prof sye telah diagnosed ada GAD, saya nk bertanya berkaitan dengn ubat setraline
pada awal rawatan sye diberi ubat setraline (50mg) 1 biji sehari, lorazepam (1mg) 1 biji sehari selama 2 minggu tapi tiada perubahan pada anxiety dan masalah tido sye
untuk dose kedua masih guna ubat sama tetapi ubat setraline sye terlupa makan lebih dri seminggu, dan anxiety sye mkin teruk
dose ketiga Dr telah naikn dos ubat setraline kepada 1 1/2 sehari dan sye miss bnyk hari untk mkn ubat setraline (24 hari) alprazolam, zolpidam tartrate
dos terkini Dr naikkn dos ubat setraline kepada 2 biji sebb sye bgitau sye dh mula cederakan diri sendiri, mudah panic, depression makin teruk
selepas sye makan ubat setraline 2 kali sehari, pada hari ketiga sye rasa pening, ada rasa nk muntah, sye kerap rasa jantung sye berdegup kencang
adakah sebb sye terskip ubat setraline terlampau lama? apa saya patut buat
Sertraline maksimum dos sehingga 200 mg atau 4 biji.
Isunya tak guna naik dos sekiranya kita tak makan ubat. Doktor ingat dos tak sukup tapi realiti kita tak makan ubat mengikut ketetapan.
Jika 1 ubat ada masalah, kita ada pilihan ubat lain.
Salam doc nak tanya. Sy ada masalah anxiety. So doc bg sy amitryptyline n ubat gastrik sbb masa tu sy kena bloated. Than sy jumpe blik n bg tau gastrik sy hilang n sy mmg ada masalah cepat cemas n cepat panic bila ada yg x kena ngan bdan saya. Dia kata blh try berubat ngan espran 10mg tp dia suh mkn separuh je dlu. Sy mkn smlm tp kepala saya sakit n mula la saya takut nak da. Tp doc tu ada bg tau mmg ada kesan smpingan mcm tu. Tp ms sy mkn ubat yg 1st dia bg tu amitryptyline saya mmg rs relax je. Dua ubat ni x sama ke doc. Ke saya perlu teruskan espran tu. Tq doc
dua ubat ini mempunyai fungsi berbeza. Selalunya saya akan terangkan pd pesakit saya bila kita suruh pesakit makan.
Ubat Espran atau escitalopram memang begitu dan perlu diteruskan untuk sembuh
Assalamualaikum doktor, saya sejak 2020 (Dec) disahkamn ada GAD dan MDD dan bebeapa kali tukar ubat semasa awal rawatan sebab tak sesuai. Tapi sudah hampir 2 tahun saya fix denga setraline (100mg) dan sudah 6 lebih tidal consume xanax. Cuma saya perasan effect yang tak konsisten, selalunya saya takkan rasa apa-apa (feeling numb) dan susah nak express reaksi secara emosi atau fizikal (banyak menyendiri) tapi ada juga masa rasa macam sudah 100% bebas anxiety dan depression sepanjang ambil setraline (100mg). Apa yang saya dapati melalui rekod diari dan pengalaman, walaupun keadaan lebih terkawal sejak mengambil ubat anti depressant ni, tapi setiap kali suicidal feeling start occupy minda dan bila kena anxiety attack, macam semakin dari sebelumnya. Adakah itu normal? Dan apa perlu saya buat sekiranya keadaam semakin tak terkawal? Sebagai info tambahan, saya berjauhan dengan family dan selalu tinggal seorang, jadi apa perlu saya buat jika suicidal thoughts semakin parah sehingga ada kemungkinan untuk bunuh diri disebablan tidak mampu untuk distact fikiran sendiri mahupun ada orang sekeliling untuk tolong bantu saya kawal diri. Adakah saya perlu meminta preskripsi xanax semula dengan kada segera? Terima kasih.
Maaf andai komen diatas kurang lengkap dan susah difahami (saya menulis dalam keadaan baru lepas recover panic attack – baca semula baru perasan ada missing words/info). Apa yg saya nk jelaskan diatas, saya sudah 6 bulan (+/-) tanpa xanax dan satu lagi infor yang tertinggal tu ialah, walaupum keadaan semakin terkawal selepas consume ubat, tapi bila kena panic/anxiety attack atau bila suicidal thoughts mula bermain difikiran, rasa macam semakin teruk dan susah dikawal berbanding dengan stage awal rawatan bermula. Apa perlu saya buat dan adakah keadaan ini normal saja? Terima kasih.
Rawatan panic bukan xanax. Xanax tidak menyembuhkan
rawatan mudah dan berkesan antidepressants
Salam
Rawatan sudah betul. ubat Sertraline pun betul, berhenti xanax pun betul.
Dan jelas Antidepressant memang membantu.
Mengapa kesembuhan belum sepenuhnya… kena lihat punca penyakit, jika belum selesai punca, susah nak sembuh.
Bincang balik dgn doktor merawat
Assalam Dr..saya nk tanya, saya dah mkn xanax selama 2 minggu diberikan oleh Dr pakar di tmpt saya kerana tak boleh tidur & anxiety..saya takut kebergantungan..dh terlambat ke utk saya berhenti sbb ada yg kata boleh kena sawan kalau berhenti xanax mengejut..tmbhn pulak saya straight ambil 2 minggu..apa yg patut saya buat Dr? Tq
Sebaiknya Boleh tanya doktor pakar itu
Salam….doktor bagaimana saya boleh dapatkan ubat Antidepressant dan Benzodiazepines.
Salam perlu jumpa doktor di hospital
Salam Dr..DASS score saya :Depression 32, Anxiety 24, Stress 30. Dah beberapa bulan saya rasa sgt stress, kurang fokus, lemah daya ingatan ygmana sgt memberi kesan kpd prestasi kerja…sehingga saya pernah cuba mencederakan diri dgn menghantukkan kepala ke dinding dan terfikir utk bunuh diri utk terjun dari tempat tinggi. Ini disebabkan oleh pertukaran kerja yg baru yg membuatkan saya terpaksa bekerja sehingga lewat malam dan juga pada cuti hujung minggu..saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji utk beberapa bulan bagi merawat mental dan fizikal yg terkesan dgn beban kerja tersebut..Namun apabila tempoh cuti telah berakhir saya jadi berdebar-debar utk masuk kerja semula..Saya mula rasa tertekan yg amat sgt bila boss mula assign kerja dan saya terus jadi blurr, tak tau nak buat macamana kerja tersebut..Saya juga tiada keyakinan utk bersuara dlm mesyuarat dan jantung berdegup laju sekiranya ada pembentangan..environment kerja juga agak toksik (sikap boss, staff dll)..saya ingin berhenti kerja tapi terpaksa bertahan disebabkan komitmen keluarga dll..saya sering menangis bila bersendiri tak kira masa dan menghamburkan kemarahan kpd keluarga..saya rasa sgt tidak berguna kpd sesiapapun. Saya tak tahu apa yg patut saya buat Dr?
Salam, sememangnya kemurungan sangat mengganggu kehidupan seseorang dan akan mengganggu prestasi kerja atau pelajaran penghidapnya sehingga timbul fikiran menamatkan riwayat atau mencedera diri.
Kerap kemurungan akan ada simptom anxiety spt anda alami.
Jelas punca stress anda berpunca pada kerja.
Dalam sesi konsultasi saya akan mengkaji lebih lanjut bagaimana stres tempat kerja membuatkan kita stres dan plan strategi mengatasi agar mengurangkan bebas perasaan.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Hai doktor, saya ada seorang adik, dia baru-baru ini mempunyai simptom seperti menangis mengatakan dia stres, trauma. Apabila dia bersendirian, dia akan termenung dan menangis. Dia menolak untuk berubat di klinik atau hospital. Sampai berbalah saya memujuk dan dia berkeras tidak mahu berubat. Boleh kah saya dapati ubat tersebut di farmasi. Adakah terjual di farmasi? Saya dapati adik saya bukan yang dulu lagi, dia banyak menyendiri dan ada satu kala dia terketar-ketar tangan dan kaki dan mengeras. Kepala dia pun tunduk. Saya buntu bagaimana nak menyembuhkan dia.
hi cik Eliz,
Umur adik tidak dinyatakan.
Kebanyakan ubat psikiatri bukan ubat over-the-counter tambahan utk kanak2
salam doktor..ayah saya ada simptom axianty disoder. beliau berumur 72 tahun..dapat axienty setelah di masukkan ke hispotal akibat radang paru paru..beliua agak trauma sebab selama ini memang susah nak ke hospital atau klinik kalau dia sakit .. sejak dia discas beliau sering di serang sesak nafas dan angin..bila ke kecemasan hopital doktor check semua ok..SPo2 98-95 % dan tiada semput dan balik semula.benda terjadi kerap berulang dan selalu ke kecemasan..tidur pon terganggu dan susah nak tidur.baru2 ni ada buat test DSS dimana skor nya memang tinggi dan dapat ubat fluvoxamine 50mg makan separuh pada malam selama untuk 2 bulan..ubat ni membantu beliau tidur pada malam..masalahnya bila siang hari axientnya kerap menyerang..saya nak minta nasihat doc perlukan saya refer kembali ke KK untuk berjumpa doc sana untuk rujuk kembali atau saya pewrlu tunggu next appoinment lagi 2 bulan dimana saya rasa terlalu lama..saya kesian kan ayah saya sebab beliau tak tentu arah..harap dapat nasihat dari doc..
salam,
Jelas bapa anda ada anxiety, 1 episod lalu bukan masalah pru2 tapi sesak nafas kerana anxiety.
Since dia sudah ke jabatan kecemasan hospital, elok rujuk terus ke psikiatri hospital. Tak perlu ke KK
Assalamualaikum dr. Saya pernah mengambil rawatan di klinik swasta pada tahun 2021. Saya mula dapat simptom anxiety pada tahun 2020, saya hilang selera makan, hilang berat badan sebanyak 11 kg dalam masa 1 bulan setengah. Hari hari rasa berdebar, tapak tangan dan tapak kaki berpeluh, saya tak boleh keluar pergi tempat orang ramai, jadi sesak nafas, saya akan menangis tiba tiba, saya akan mengamuk dan pukul diri sendiri bila saya tak dapat kawal rasa marah, selalu fikir bukan-bukan tentang apa yang belum jadi, saya akan sesak nafas bila berada di tempat yang sempit/gelap, tangan saya akan shaking teruk. Bila saya pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta dr bagi saya ubat xanax. Saya hanya makan ubat tu sekali sahaja pada tahun 2021. Sekarang simptom tu kadang kadang ada datang lagi. Macam tiba tiba saya sesak nafas, sakit dekat bahagian dada, dan rasa macam angin nak keluar dari dalam dada tak lepas, dalam masa yang sama saya akan menangis even saya dah cuba untuk tahan. Benda ni mengganggu saya sebab banyak kali jadi dekat tempat kerja (customer servive) Sakit ni akan datang tiba tiba, tak ada tanda tanda terus attack. Saya ingatkan saya dah okay sebab dah tak jadi macam 2020 yang sakit ni datang attack hari hari. Pada tahun 2022, sakit ni attack lagi sekali sampai saya pergi dapatkan rawatan di klinik. Simptom yang saya dapat ketika itu, shaking, berdebar, rasa ketat di dada, sukar bernafas, kuku jadi kebiruan, tak boleh bercakap dan menangis dengan teruk. Saya perasan setiap kali jadi macam ni, saya akan sendawa banyak sampai rasa sakit bawah dada. Kadang sampai sakit kepala yang teruk. 2023 sakit ni still datang. Saya penat plus malu bila benda ni jadi depan customer atau rakan sekerja saya. Rasa macam diri ni menyusahkan semua orang. Apa yang saya harus lakukan? Adakah saya perlu dapatkan rawatan lagi sekali?
Salam, saya tak pasti klinik swasta yg dikatakan, adakah dia doktor pakar?
Xanax BUKAN rawatan menyembuh. Ia hanya bertindak spt ” Panadol”
ini ada dinyatakan dalam post saya.
anda perlukan ubat antidepressant dan perlu jumpa doktor yg betul. T kasih
Saya ada masalah ditempat kerja dan semua staff tahu masalah tu. Disebabkan semua org dah tahu saya masalah saya rasa sangat tertekan dan kadang terasa sesak nafas sekali sekala dan terasa sedih yg teramat sangat. Saya rasa di pandang seperti org yg sgt bersalah bila berada di office. Bila dirumah perasaan tu kadang2 ada kadang hilang. Tidur saya sudah tidak seperti dulu susah untuk tidur dan kerap terjaga waktu tidur. Bila masuk office perasaan tu akan dtg semula dan kadang bertambah buruk. Adakah ini masalah tekanan atau saya yg overthinking tanggapan org terhadap saya. Apa side effect bila makan ubat tidur?
salam ia disebabkan masalah psychology samaada stress, depression bukan disebabkan side effect ubat
assalamualaikum doc.. saya ingin bertanya, sahabat saya diberikan ubat menelat, apakah ubat tersebut akan membantu pesakit akan lebih baik doc? pada kebiaasaanya apakah tindakan seterusnya ya doc?
salam
ubat menelat ?
ubat apa tu ? tak boleh comment
Assalamualaikum doc.. sy telah disahkan mnghidap sosial anxiety disorder dan panic disorder.. pada awal rawatan sy diberi fluoxetine 20mg dan mkn ubat itu selama 2 minggu lebih.. dlm 2 minggu sy merasakan perubahan yg positif.. kemudian doktor yg merawat sy menaikkan dos kpd 40mg..sejak itu keadaan sy bertambah teruk, tangan sentiasa menggigil dan anxiety sy semakin menjadi2.. sy nak bertanya adakah sy perlu kurangkan dos semula atau ubat fluoxetine tu tidak berkesan utk sy? sy telah consume ubat tu selama 2 bulan dan masih belum ada kesan yg baik.. berapa lama kesan ubat tu akan terjadi? harap doc dpt mnjawab.. terima kasih
Salam,
Cuba kurang dose ke 20mg dulu jika teruk,
Buat DASS dan bincang dgn doktor merawat tentang mengapa perlu naik dos.
Fluoxetine memang pd peringkat awal boleh menerukkan anxiety
Assalamualaikum Doktor.
Rajin doktor menjawab soalan.
Tak tau berapa besar dan banyak pahala doktor bantu pesakit
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan murahkan rezeki doktor 🤲🏻
Waalaukum salam, sesekali dapat doa bukan soalan terasa seronok dan menaikkan semagat saya utk meneruskan membanru masyarakat.
saya doakan untuk puan/tuan juga
Salam Doktor, sy baru makan ubat sertraline 50mg selama 4 hari untuk rawatan anxiety saya. Pada waktu malam ada hari yang saya sukar untuk tidur, badan jadi panas, dan tulang rasa sejuk serta rasa ingin terkencing dengan kerap. Adakah ini perkara biasa bagi mereka yang mengambil ubat ini.
Berapa lama sy perlu makan ubat ini dan adakah masalah akan berulang setelah saya berhenti makan ubat ini. Sekian, terima kasih.
Salam,
ia bukan kesan side effect ubat sangat, tapi kesan anxiety disebabkan takut makan ubat.
selalu ia akan berkuranga selepas seminggu makan ubat
Doktor.. Mak mertua saya suka meracau.. Kadang kadang tu sampai tak tidur… Doktor ada bagi ubat alprazolam 0.5mg…saya bagi dya makan ubat selama hampir sebulan.. Kemudian dya tidur je.. Dalam 1 minggu jugak… Dalam masa 1 minggu dya tidur tu saya stop la bagi alprazolam. Kenapa dya jadi macam tu doktor… Adakah bahaya???
Doktor mana yg beri Alprazolam?
Pakar?
Ia bukan ubat, tapi hanya ubat tidur.
Tidak selesai masalah.
Kami perlu lihat dia ada tanda2 mengalami dementia atau tak, banyak kemungkinan.
Elok jumpa pakar
Assalamualaikum doctor saya serimg mengalami sakit kepala sejak kebelakangngan ni,dan sekarang makin teruk saya sering lupa apa yang saya buat kadang saya rasa bukan diri saya sendiri malam pun susah nak tidur
salam, mohon beri saya keputusan ujian DASS online