PAPARAN TIGA KES. 1. Rawatan Tradisional selama 10 tahun masih tak sembuh, 2. Alhamdulilah Sembuh. 3. Kemurungan & Anxiety kini stabil.

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital December 10 2020

MUKADDIMAH

Kelebihan Surah Al Fatihah, segala kitab dihimpunkan di dalamnya. Ia juga penawar penyakit namun syarat kena niat sbg penawar sblm membacanya.

Di sini saya paparkan 2 kes untuk kita pelajari darinya;

‐———————————-
KES 1
As salamualaikum,

Hari ini saya melihat 1 kes hari ini. Beliau sudah tidak sihat selama 10th. Selama 10 tahun beliau hanya jumpa pelbagai jenis rawatan tradisional selama itu. Sepanjang rawatan, beliau dikenakan rotan seluruh badan terutama di sendi-sendi bagi mengeluarkan Jin.. Selepas 10 tahun beliau masih tak sihat dan akhirnya keluarga membuat keputusan mendapatkan rawatan psikiatri hospital.. gambar ini hanya sebahagian sahaja kecederaan yang beliau alami akibat rotan.

Selepas putus asa, keluarga beliau membuat keputusan berjumpa saya. Dengan kuasa Allah SWT, beliau mula menunjukkan perubahan positif selepas datang kali ke2 dengan ubat Antipsychotic (Quetiapine).

Walau apa pun, semuanya atas kuasa Allah SWT dan dengan izinNya juga. Rawatan hospital juga disyariatkan oleh Islam dan sepatutnya diterima oleh masyarakat Islam.

Melalui survey di kalangan pesakit-pesakit saya, ramai juga yang rasa ditipu dengan kos rawatan tradisional sehingga mencecah 4-5 ribuan Ringgit secara keseluruhan dan dimaklumkan akibat terkena “saka” atau “rasukan jin”, serta memerlukan “pembedahan batin”.

Dalam pendekatan Rawatan Islam sebenar Ruk’yah, kita haruslah berpandukan Sunnah dan Al Quran dan tidak menggagungkan kuasa lain selain kasa Allah SWT yang boleh menjurus kepada Syirik.

Baca Rawatan Islam Sebenar di;

https://www.ramlimusa.com/apakah-rawatan-islam-sebenar/

Baca Rawatan Islam Moden dan kes-kes sebenar;

https://www.ramlimusa.com/rawatan-traditional-vs-rawatan-modem-dalam-konteks-rawatan-psikiatri/

Baca Apa Kurangnya Pendekatan Rawatan Dalam Rawatan Morden?

https://www.ramlimusa.com/apa-kurangnya-pendekatan-psychology-dalam-islam/

KES 2

Saat membahagiakan apabila pesakit dan keluarga mula berubah ke arah kesedaran dan kebaikan.. kita hanya berusaha. Allah penentu.

 

Alhamdilillah pesakit saya datang dari merata Malaysia; Langkawi, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Selepas mereka stabil, saya akan rujuk ke hospital berdekatan kerana lebih praktikal. Kecuali pesakit tidak setuju.

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

KES 3

PERKOMGSIAN PERJALANAN SEORANG PESAKIT ANXIETY DAN KEMURUNGAN DAN KINI TELAH STABIL SELEPAS RAWATAN.

Assalamualikum kepada semua pembaca.

Saya agak tertarik pada perubahan positif seorang pesakit saya yang dahulunya amat teruk keadaan sehingga beliau mempunyai perasaan putus harapan. Atas cadangan agar beliau menulis sedikit perjalanan hidup beliau bagi memberi kesedaran pada masyarakat yang agak “liat” dan was-was untuk mendapatkan rawatan pikiatri dengan beranggapan mereka boleh mengendali sendiri penyakit ini. Walau apa pun, segalanya hanya dengan izin Allah SWT.

Ini adalah coretan beliau;

Saya wanita berumur 37 tahun dan sudah bekeluarga serta mempunyai seorang anak istimewa dalam kategori OKU.

Sejak setahun lalu saya sering mengalami palpitation (jantung berdebar-debar) dan tidak boleh tidur. Sehingga pada bulan Jun palpitation semakin teruk diikuti dengan sakit dibahagian dada. Bimbang dengan serangan jantung, saya terus berjumpa dengan Pakar Jantung. Setelah melakukan ujian darah, stress test dan angiogram, doktor menyatakan yang jantung saya ok dan merujuk saya kepada pakar psikiatri atas sebab anxiety.

Saya kemudiannya melakukan DASS test di laman web Prof Dr Ramli Musa (www.ramlimusa.com), dan keputusan ujian Kemurungan , Anxiety dan Stress kesemuanya adalah ditahap sangat teruk .Sejujurnya pengalaman hidup yang berubah 360 darjah setelah masalah keluarga, kemudiannya berhenti kerja, dan dikurniakan Allah dengan anak istimewa rupanya sangat memberi kesan terhadap mental saya, walaupun hakikatnya saya seorang yang selalu berfikiran positif. Namun sepositif mana pun saya, saya sedar saya selalu merasa hiba, selalu menangis tanpa sebab, sangat mudah tersentuh, rasa seperti saya seorang yang gagal dan tak mampu membahagiakan mereka disekeliling saya.

Saya kemudiannya terus menetapkan temujanji dengan Prof Dr Ramli Musa. Saya meluahkan segalanya di sesi terapi yang pertama dan Prof telah mendiagnose saya mempunyai masalah Panic Disorder dan Depression. Saya juga telah dimulakan dengan ubat Brintellix setengah biji sehari (dos rendah), Xanax (jika perlu sekiranya saya susah untuk mengawal panic attack), dan juga Lorazepam bagi masalah tidur.

Setelah hampir 3 minggu, saya mula rasakan perubahan dimana rasa kemurungan saya telah berkurangan, saya juga sudah boleh mengawal rasa panik/ anxiety. Keputusan Ujian DASS saya juga menunjukkan perubahan kepada Kemurungan: Teruk, Anxiety:Sangat Teruk, Stress:Teruk, berbanding sebelum ini semuanya adalah sangat teruk. Di sesi terapi ke 2, saya telah bersetuju untuk dinaikkan dos Brintellix kepada sebiji sehari.

Kini, setelah 4 minggu dari sesi ke 2, Alhamdulillah saya telah tiada rasa murung, juga sudah tiada palpitation (rasa berdebar), tiada lagi sakit dibahagian dada. Sebelum sesi ke 3 tadi, saya lakukan ujian DASS dan keputusannya ialah Kemurungan: Normal, Anxiety: Ringan, Stress: Normal.

Saya bersyukur pada Allah, berterima kasih kepada Prof Dr Ramli atas bantuannya dan keizinan dari Allah saya kembali rasa normal, rasa sihat tanpa rasa risau dengan sentiasa berdebar-debar. Saya juga kembali rasa untuk menghargai diri saya.

Saya tidak mengalami sebarang simptom sampingan dari antidepressant ini seperti khayal atau kemurungan yang lebih teruk seperti yang selalu saya dengar. Saya makan ubat dengan teratur dan ikuti dos yang ditetapkan oleh Prof.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Hanya yang melalui nya yang memahaminya. There is hope, even when your brain tells you there isn’t.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires